Isnin, 17 Julai 2023

Dr. Tengku Mansur dan Negara Sumatra Timur

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nk Hassan

Semasa baca buku tentang sejarah Indonesia. Terbacalah penubuhan Negara Federasi Republik Indonesia Serikat. Dan saya tertarik kepada sebuah negara di dalam Negara Federasi Republik Indonesia Serikat. Kerana Negara Sumatra Timur itu dominannya penduduk etnik Melayu. Di dalam Negara Sumatra Timur itu terdiri dari beberapa kerajaan Melayu seperti Kerajaan Deli, Kerajaan Asahan, Kerajaan Serdang, Kerajaan Langkat. Dari nama Negara Sumatra Timur itu tahulah nama presidennya, Dr. Tengku Mansur. Dan Alhamdulllah dapat berkenalan dengan cucu presiden itu, Tengku Mansoer Adil. Dari situ dapatlah tahu sedikit sebanyak pahit keluarga presiden dan keturunannya. Di sini saya akan bicara tentang Tengku Mansur dan Negara Sumatra Timur. Isinya diambil dari beberapa tempat rujukan.

Dr. Tengku Mansur

Dr. Tengku Mansur atau Tengku Mansoer (17 Januari 1897 – 6 Oktober 1953) adalah Presiden atau Wali Negara Sumatra Timur, sebagai bahagian dari Republik Indonesia Serikat. Ia juga tokoh pendiri dan Ketua Jong Sumatranen Bond (1917–1919).

 

Biografi

Pelantikan Tengku Mansur sebagai Wali Negara Sumatera Timur

Tengku Mansur lahir di Tanjungbalai, Kesultanan Asahan, Pada 17 Januari 1897. Ia merupakan anak dari Tengku Muhammad Adil (Tengku Babul) dengan Raden Ayu Sariah (berasal dari Cianjur). Tengku Muhammad Adil dan saudara-saudaranya dikenal sangat gencar dalam menentang dan melawan Belanda. Hingga pada tahun 1859 Tengku Muhammad Adil dibuang oleh Belanda ke Buitenzorg (Bogor) untuk menghentikan perlawanannya. Ayahnya menikah dengan empat orang istri dan dikaruniai 12 orang anak.

Tengku Mansur merupakan bahagian dari keluarga bangsawan, kerana Sultan Saibon (Sultan Asahan) merupakan keponakannya.


Tengku Mansur memulai pendidikan tinggi di Inlandsch Artsen School (STOVIA) di Batavia tahun 1911. Dan Tengku Mansur dicatat sebagai satu-satunya siswa bergelar Tengku saat itu. Satu angkatan dengan Tengku Mansur (tingkat satu) adalah Abdoel Moenir Nasution. Kakak kelas mereka di tingkat dua (masuk 1910) adalah Ma’moer Al Rasjid Nasution. Di tingkat tiga (masuk 1909) ada Sjoeib Paroehoeman Harahap dan Soeleman Hasiboean.

                                Jata Negara Sumatra Tmur

Ia mulai berorganisasi dan bergabung dengan pemuda-pemuda nasionalis dan mereka mendirikan organisasi Jong Sumatranen Bond yang mana ia terpilih sebagai ketua (1917). Ia melanjutkan sekolah ke Universiti Leiden, Belanda.


Saat berkuliah di Universiti Leiden, ia menikah dengan gadis Belanda bernama Amalia Gezina Wempe (1893-1967). Istrinya kemudian mengganti nama menjadi Siti Akmal.


Dari pernikahan itu, Tengku Mansur dikurniakan sepasang anak. Anak pertama seorang putri bernama Tengku Sariah lahir di Leiden, 14 Januari 1925 dan meninggal di Medan, 15 April 1994. Anak kedua seorang putra bernama Tengkoe Dr. Adil Mansoer lahir di Leiden, 24 April 1927 dan meninggal di Den Haag, 30 November 1979.


Setelah mendapat gelar dokter di Belanda, Tengku Mansur bekerja sebagai dokter ahli bedah di Medan. Pada bulan November 1947, ia diangkat sebagai Wali Negara Sumatra Timur atau Presiden Negara Sumatra Timur


Tengku Mansur meninggal dunia di Medan pada 6 Oktober 1953

Negara Sumatera Timur

Negara Sumatera Timur didirikan oleh Belanda pada 25 Disember 1947 dalam usaha untuk mempertahankan daerah yang kaya dengan minyak dan perkebunan tembakau dan lobak di daerah yang ketika ini menjadi provinsi Sumatera Utara pesisir timur.


Bagi Belanda, hasil perkebunan lobak dan minyak adalah sangat penting dalam usaha penjajahan kembali wilayah Indonesia yang luas. Sebelumnya pada 8 Oktober 1947, Belanda mengisytiharkan Daerah Istimewa Sumatera Timur dengan gabenor Dr. Tengku Mansur, seorang bangsawan Kesultanan Asahan yang juga ketua pertubuhan Persatuan Sumatera Timur.

Perasmian Tengku Mansur sebagai Wali Negara Sumatera Timur

Negara Sumatera Timur (NST) merupakan salah satu wilayah buatan Belanda yang bertahan dalam tempoh yang lama selain Indonesia Timur disebabkan terdapat banyak faktor kompleks yang membentuk persekutuan anti-republik. Persekutuan tersebut terdiri atas kaum bangsawan Melayu, sebahagian besar raja-raja Simalungun, beberapa ketua suku Karo dan kebanyakan tokoh masyarakat Cina. Mereka semua berasa kedudukannya terancam dengan berdirinya negara baru. Perasaan itu muncul kerana pada masa-masa awal tahun kemerdekaan terdapat pengalaman pahit dengan tekanan kaum muda pro-republik yang begitu anti bangsawan dan anti kemapanan. (revolusi sosial 1946) Dengan datangnya Belanda bersama British di Sumatera, persekutuan anti-republik mendorong dan menyambut tertubuhnya Negara Sumatra Tmur. Walau bagaimanapun ramai juga rakyat yang menentang tertubuhnya Negara Sumatra Tmur dan melakukan perlawanan tentera terhadap Belanda.

Demonstrasi penyokong Negara Sumatera Timur selama kunjungan Wali Negara Sumatera Timur ke Pematangsiantar

Setelah perjanjian KMB disetujui, maka pada tarikh 3 hingga 5 Mei 1950 diadakan perundingan antara perdana menteri Republik Indonesia Serikat,  M.Hatta dengan Presiden Negara Sumatra Tmur Dr. Tengku Mansur yang bersetuju dengan pembentukan negara kesatuan. Pada 13 Mei 1950 Dewan Sumatera Timur menentang kepututsan tersebut. Namun demikian Dewan Sumatera Timur masih bersedia untuk menerima pembubaran Reruplik Indonesia Serikat dengan syarat Negara Sumatra Tmur dileburkan ke dalam Reruplik Indonesia Serikat, bukan Republik Indonesia. Pada 15 Ogos 1950, terbentuklah Negara Persekutuan Republik Indonesia dan Negara Sumatra Tmur bubar.



Tiada ulasan: