Oleh Nik Abul Rakib Bin Nik Hassan
Tedapat sedikit pebezaan salasilah Raja-Raja
Patani. Ini kemungkinan berpunca dari seorang Raja tetapi ada dua nama.
Terdapat Tiga nama telah disebutkan oleh empat sumber berlainan iaitu Phya Tu
Nakpa (mengikut sumber Hikayat Patani), Anthira Wangsa (Catera Negeri Pattani
dan Tarikh Pattani) dan Cau Seri Bangsa (Sejarah Melayu). Seperti yang tersebut
kemungkinan seorang Raja tetapi dua nama dua nama gelaran.
Begitu juga dengan nama Islamnya setelah
memeluk agama Islam. Terdapt dua nama iaitu Sultan Ismail Syah dan Sultan
Muhammad Syah. Dan perbezaan ini boleh diselesaikan dengan melihat beberapa
persamaan. Pertama, kesemua mereka dilaporkan adalah asalnya Raja di Kota
Mahligai dan kemudian membuka Negeri Patani dan memeluk Islam. Sejarah Melayu
melaporkan Raja tersebut ialah Cau Seri Bangsa, sedangkan Hikayat Patani
melaporkan Raja tersebut ialah Raja Indera (Anthira) Wangsa, manakala Tarikh
Patani menyebutnya sebagai Raja Anthiradha Wangsa.
Sedangkan kebanyakan pengkaji yang menerima
Phya Tu Nakpa yang disebut oleh Hikayat Patani, dikatakan Raja Patani yang
zahir beberapa ratus tahun kemudian, tetapi dari keturunan yang sama. Sehingga
kini belum ditentukan dengan jelas siapakah nama sebenarnya Raja Kota Mahligai
yang membuka Patani dan memeluk Islam itu.
Ada sedikit perbezaan mengenai salasilah Raja-raja atau dinasti awal yang membuka negeri Patani. Perbezaan itu dapat dilihat berdasarkan dua sumber utama iaitu sumber Hikayat Patani oleh Teuuw & Wyatt dan sumber Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Ibrahim Syukri. Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui rajah-rajah tesis sdr Zawawee Pakda Ameen tajuknya “Identiti Melayu Patani: Kajian Tentang Peranan Instutusi Pondok di Wilayah Patani.” Tesis MA dituju kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. seperti berikut:
Rujukan :
Ibrahim Syukri (1985). History of The Malay
Kingdom of Patani. Athens : Ohio University.
Ibrahim Syukri (2002). Sejarah Kerajaan
Melayu Patani. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Hawa Haji Salleh (1992). Hikayat Patani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Teeuw, A & Wyatt (1970). Hikayat Patani.
The Hague : Martinus Nijhoff.
Nik Anuar Nik Mahmud (1999). Sejarah
Perjuangan Melayu Patani 1785-1954,Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan