Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Pada Mei 2023 pihak para pegawai Pejabat
Pendidikan Luar Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok,
Narathiwas telah dating melawat Rumah Nusantara. Tujuan lawatan kali ini ialah
untuk melihat situasi “keluarga membaca”. Sebenarnya Rumah Nusantara ini berbentuk
“Mini Perpustakaan” Kerana di Rumah Nusantara ini termuat sekitar 7,000 buah
buku. Buku buku itu dipindah dari Prince of Songkla University, Kampus Pattani.
Semasa akan pencen pihak fakulti di Prince of Songkla University, Kampus
Pattani menawar supaya buku buku itu ditempatkan di fakulti dengan fakulti akan
menyediakan satu bilik untuk buku buku itu. Tetapi oleh kerana buku buku itu
adalah beli dari hasil duit peribadi. Lebih lebih lagi kebelakangan ini duit
yang fakulti pernah membantu pensyarah beli bahan bahan kuliah sudah tiada
lagi. Dengan itu penulis fikir lebih baik bawa buku buku pulang ke daerah
penulis. Buku buku itu tersimpan di daerah saya dan mungkin boleh menjadi
tempat rujukan kepada para pembaca yang layak.
Buku buku ini walaupun belum disusun secara
sistematik mengikut system perpustakaan. Tetapi buku buku telah telah dibahagi
kepada beberapa bahagian. Seperti buku buku Sastera, baik sastera dan puisi
dari Indonesia, Brunei dan Malaysia. Sebahagiannya buku buku ini diserah oleh
penulis buku itu sendiri. Kemudian buku buku motivasi baik dalam Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai. Seterusnya kamus kamus bahasa Nusantara. Kamus
kamus ini selain bahasa Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina juga terdapat Bahasa
Bahasa daerah di Nusantara. Bukan itu saja tersapat kamus kamus bahasa Vienam,
portugis, Jerman, Rusia, dll.
Satu sudut khas untuk buku buku karangan
tokoh budayawan Melayu Riau. Iaitu Pak Tenas Affendy atau nama sebenarnya
Tengku Nasyaruddin Effendy. Buku buku Pak Tenas Affendy untuk menjadi tempat
rujukan hal pakaian, budaya, pemikiran Melayu.
Buku buku sebahagian besarnya adalah buku
buku yang berkaitan dengan Melayu dan Rumpun Melayu. Setiap kali penulis ke Indonesia
akan pergi ke Toko Buku untuk mencari buku buku yang terkait dengan tempat yang
pergi. Jika susah untuk mencari Toko Buku, penulis akan ke Perpustakaan
setempat untuk fotostat buku buku seperti semasa ke Pulau Lombok.
Dalam lawatan pihak Pejabat Pendidikan Luar
Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas kali ini.
Penulis minta pustakawan dibawah pejabat tersebut lebih buka minda lihat bagaimana
perkembangan perpustakaan di negeri-negeri jiran.
Di Indonesia kita oleh lihat bagaimana fungsi
bahgian arkib di daerah dengan arkib disimpan dibawah perpustakaan. Dan
menamakan bahagian itu dengan Perpustakaan dan Arkib setempat.
Bahkan bahan bahan arkib baik secara original,
Salinan, foto di Thailand tiada bahagian Arkib di perpustakaan masing masing.
Perpustakaan Nasional Republik Indonesia
Begitu juga jika kita lihat dari segi “Living
Library” secara peribadi nampaknya Perpustakaan Nasional Republik Indonesia
lebih ke depan dari perpustakaan Nasional Thailand. Bangunan Perpustakaan
Nasional Republik Indonesia setinggi 24 tingkat itu selain ada beberapa ruang
seperti ruang baca, ruang pameran dll. Juga ada ruan kantin di tingkat ke 4 dan
ruang naskah naskah kuno di tingkat 9. Dan di tingkat ke 9 ini agak menarik
kerana pihak Perpustakaan Nasional Republik Indonesia telah mencetak buku buku
kajian naskah kuno kerjasama diantara Perpustakaan Nasional Republik Indonesia
dengan pihak lain seperti Masyarakat Pernaskahan Nusantara (Manassa) atau The
Indonesia Association For Nusantara Manuscripts. Dari cetakan buku buku hasilan
kajian ini pihak Perpustakaan Nasional Republik Indonesia meletakkan buku buku
itu di tingkat tersebut. Dan pengunjung-pengunjung boleh ambil buku buku itu secara percuma.
Di perpustakaan di Thailand tiada bahagian arkib. Dengan itu jika seseorang pelanggan ingin mendapat maklumat atau bahan arkib agaknya sulit untuk mendapat bahan bahan tersebut di perpustakaan setempat. Kita wajib melihat bagaimana bahagian Arkib di sesebuah perpustakaan di Indonesia menjalankan fungsinya. Supaya kita dapat mengambil kelebihan darinya untuk serap masuk ke dalam fungsi perpustaaan di Thailand.
Ini bahagian arkib di perpustakaan di Indonesia.
Disini penulis akan ketengahkan beberapa
perkara tentang “Living Library” suyapa pihak Pejabat Pendidikan Luar Sistem
Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas boleh mengubah
perpustakaannya kepada perpustakaan berbentuk “living Library”
Kittirat Na Ranong, bekas pengarah dan
pengurus Bursa Saham Thailand memberi idea bahawa untuk menghidupkan
perpustakaan, perpustakaan harus mempunyai 5 ciri seperti
berikut:
1) Mampu
menampung semua keperluan pembelajaran dengan bergaya untuk semua peringkat
umur
2) Hias
dengan gaya moden Fokus pada ketelusan, keterbukaan, keselesaan
3) Lengkap dengan peralatan pencarian
maklumat, internet tanpa wayar
4) Terdapat sudut rekreasi, skrin tayangan,
sudut perbincangan, mengikuti berita, sudut filem, mendengar muzik dan
permainan otak.
5) Terdapat sudut kopi dan kedai buku untuk
menikmati buku kegemaran anda.
Penulis sangat kagum dengan perpustakaan peribadi B.J. Habibie, Mantan presiden Indonesia. Begitu juga cita cita penulis untuk membangunkan sebuah perpustakaan peribadi fokus kepada ilmu KeMelayuan dan ilmu ASEAN. Jika tercapai satu hari akan menjadi tempat rujukan peminat peminat I sekitar daerah ini.
Semasa bersama Mantan presiden Indonesia B.J.
Habibie
Perpustakaan B.J. Habibie dan Ainun
Sombat Suwanphithak, bekas Pengarah Pejabat Pentadbiran Pendidikan Tidak Formal, telah memberikan 6 idea tentang perpustakaan hidup seperti berikut:
1) Pelbagai
perkhidmatan dan aktiviti disediakan.
2) Terdapat
perkhidmatan maklumat yang moden dan pantas dengan teknologi ICT.
3) Suasana
dan persekitaran hendaklah disusun kondusif untuk kajian dan penyelidikan. dan
menyumbang kepada aktiviti komuniti, masyarakat
4) Pengurusan
kualiti dan kecekapan
5) Bekerja
dengan hati
6) Bekerjasama dan menyelaras dengan rangkaian
Perpustakaan Awam Daerah Bachok, Narathiwas.
Bagi perpustakaan dibawah Pejabat Pendidikan Luar Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas juga boleh mengadakan beberapa program supaya dapat menarik pembaca pembaca ke perputakaan tersebut seperti :
Program diskusi ilmu
Program Rakan perpustakaan
Program Mingguan dalam bidang social, budaya,
sejarah, kepakaran. Dll.
Program Perpustakaan Bersama masyarakat dan
sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan