Khamis, 15 Jun 2023

Hubungan Wilayah Setul (Thailand) – Kedah dan Perlis (Malaysia)

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini saya kemukakan hubungan diantara Wilayah Setul dengan Negeri Perlis dan Kedah (Malaysia). Hubungan  Setul  dengan  kedah  dan  Perlis  berbeza  dengan  hubungan Patani dengan Negeri kedah dan Negeri Perlis.  Kerana  Setul  pada  peringkat  awal  adalah  sebahagian  dari  Negeri kedah.

  

Pada tahun 1839 semasa kerajaan Siam berkuasa atas Negeri  kedah. Kerajaan Siam telah memecahkan Negeri kedah kepada  4 negeri kecil iaitu 1.  Negeri kedah 2.  Negeri Perlis 3. kubang  Pasu dan 4. Setul.

Para pembesar Pemerintahan Negeri Setul. Berfoto di Istana Ku Din @Ku Baharuddin Ku Mek

Negeri kedah diperintah oleh Tuanku Anum,  Perlis diperintah  oleh Syed Hussien Jamalulail,  Kubang Pasu diperintah oleh  Tuanku Hassan dan Negeri Setul Mambang Segara diperintah  oleh Tuanku Mohammad Akib.  Walaupun begitu kemudian  kubang Pasu disatukan kembali dengan Negeri kedah, Perlis  terbentuk  menjadi sebuah negeri.  Sebaliknya negeri Setul  Mambang Segara telah diserap ke dalam pentadbiran Siam  Sehingga sekarang.  Di  Negeri Setul Mambang  Segara  ataupun  sekarang  Wilayah setul masih terdapat keturunan raja atau  pemrintah Setul dari kerabat di Raja Kedah dan Perlis di  Wilyah  Setul.

                   Ku Din @Ku Baharuddin Ku Mek Raja Negeri Setul.

Dengan itu kita tak boleh menafikan hubugan erat  kekeluargaan dikalanggan rakyat biasa dan kalangan orang  atasan  seperti hubungan kerabat DiRaja kedah dan Perlis  dengan beberapa  keluar ga contohnya keluarga ‘Sanuputra’  di Setul yang nama fimilinya diambil dari nama  ‘Tuanku  Bisnu’  Raja Negeri  Setul Mambang Setul Mambang  Segara.


Hubungan  di  peringkat  rakyat  biasa  walaupun  sekarang  jenerasi  muda  tidak  lagi  bersemangat  kekedahan  tetapi  di  peringkat  jenerasi  tua  masih  menganggap  kedah - Perlis  dengan  Setul  pada  peringkat  awal  adalah  satu  negeri  yang  bernama  kedah.


Penulis harap NGO-NGO baik di Kedah, Perlis ataupun di Setul boleh menggerakkan semangat kekitaan diantara penduduk Kedah, Perlis dan Setul.

Tiada ulasan: