Sabtu, 17 Jun 2023

Hubungan Patani – Kelantan

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Hubungan Patani-Kelantan sangat akrab. Kedua dua negeri itu Kelantan-Patani boleh dikataan “Dua Negeri Bersaudara”. Sebahagian penduduk Kelantan berasal dari Patani. Sebalinya sebahagian penduduk Patani juga berasal dari Kelantan.


Kali ini akan bicara tentang hubugan Kelantan-Patani. Baik tentang garis sempadan dan hubungan diantara penduduk.


Garis  sempadan diantara Wilayah Narathiwas dengan Negeri  Kelantan pada masa  sekarang adalah berbeza dari garis  sempadan sebelum tahun 1909. Daerah Takbai, Wilayah  Narathiwas sebelum tahun 1909 adalah tanah jajahan Negeri  Kelantan.  Dalam perijanjian diantara kerajaan British yang  memerintah tanah Melayu pada saat itu telah membuat satu  perjanjian dengan kerajaan Siam. Perjanjian tersebut  dinamakan  “Anglo - Siamise  Treaty  1909”

       Sungai Golok persempadanan Kelantan-Patani di musim kelmarau.

Dalam  perjanjian  itu selain British mengiktirafkan kuasa Siam terhadap Patani. Dan Negeri-negeri Melayu seperti Negeri Kelantan, Negeri Terengganu, Negeri Kedah dan Negeri Perlis Kerajaan Siam mengiktirafkan kuasa British terhadap neger-negeri tersebut. Ini kerana walaupun negeri-negeri Melayu tersebut mesti menghantar ufti 3 tahun sekali kepada kerajaan Siam tetapi kerajaan Siam tiada kuasa ke atas negeri-negeri Melayu tersebut. Kerana di negeri-negeri tersebut masih tercatat “Tributary to Siam but Protected by treaty with British Government”. Dan selain itu sedikit garis sempadan diubah baik diantara Kedah dengan Singgora. Dan juga Kelantan dengan Legeh (Patani)

Bagi Kelantan dengan Legeh (Patani), kedua-dua pihak telah  mengubah garis sempadan dengan  menjadikan  sebuah  sungai  bernama “Sungai Golok” sebagai garis sempadan diantara  kedua-dua pihak. Dengan perubahan garis sempadan ini  seakan pertukaean tanah iaitu kawasan sekitar Sungai Pergau  termasuk Daerah Jeli sebelum ini menjadi tanah jajahan Negari  Legeh (Sekarang dalam Wilayah Narathiwas)  diserap  ke  dalam  Negeri Kelantan. Sebaliknya tanah jajahan Negerikelantan yang  di Sebut “a small corner in Northeast of Kelantan diserah  kepada Negari Legeh (Sekarang dalam Wilayah Nerathiwas).  Pada saat sekarang kawasan ini  dikenali dengan nama Daerah  TakBai, Wilayah Narathiwas.


Dengan perubahan garis sempadan ini menyebabkan  penduduk Melayu Patani yang mendiami kawasan Negeri  Legeh yang mendiami kawasan Negeri Legah yang diserap ke  dalam Negeri Kelantan telah berubah status dari “Melayu  Patani” kepada “Melayu Kelantan”.


Dan sebaliknya penduduk Melayu Kelantan yang mendiami  kawasan yang disabut “a small corner in Northeast of  Kelantan” juga taleh berubah status dari “Melayu Kelantan  kepada “Melayu Patani”.


Mr. Walter Armstrong Graham, Penasihat kerajaan Siam di  Negeri Kelantan telah menulis dalam bukunya dengan tajuk  “Kelantan : a state of the Malay panisulai; a handbook of  Information” telah menjelaskan bahawa pada tahun 1908  penduduk Melayu Kelantan yang mendiami kawasan yang  diserah kepada kerajaan Siam berjumlah 3,000 orang.


Nik Mohamed Bin Nik Mohd. Salleh, menjelaskan kawasan  yang disebut “a small corner in the Notheast of Kelantan”  merangkumi beberapa kampong seperti kampong Bukit  Tanjung, Kampung Belawan, kampong Che’Hel, kampong  Tabal dan kampong Sumgai Golok dan termasuk bebrapa  kawasan sekitar Sungai Golok, Sungai Menara, Sungai Layar,  Sungai kayu kelat, Sungai Padi, dan Sungai Elong.  Kemudian  kawasan ini terbentuk Sebagai Daerah Tak Bai, Wilayah  Narathiwas.


Dari perubahan sempadan tersebut kita tidak dapat  menafikan bahawa di kawasan Daerah Tak Bai, Wilayah  Narathiwas dengan Negeri Kelantan memang mereka  mempunyai hubungan kekeluargaan. Begitu juga dengan  kawasan Negeri Legeh (Sekarang dalam Wilayah Narathiwas)  yang diserapkan ke dalam Negeri Kelantan memang meraka  juga mempunyai kekeluargaan diantara meraka. Hubungan  kekeluargaan terbut berlanjutan sehingga sekarang.


Lebih lebih lagi peringkat pemimpin, Negeri Kelantan dan  Patani dianggap sebagai “Dua Negeri bersaudara”. kerana  hubungan  kerabat Raja - Raja Patani dengan Kesultanan Kelantan sengat akrab. Kesultanan Kelantan sekarang dikatakan berasal dari Patani. Dan begitu juga di Patani  terdapat 2 kesultanan berasal dari kelantan.


kesultanan kelantan pertama yang memerintah Patani ialah  Raja Bahar (1651 - 1670) dan Akhiri dengan Raja Mas Jayam  (1724 - 1726).  kesultanan Patani yang berasal dari kelantan  kedua yang memerintah Patani ialah semasa Patani telah  dipeceh menjadi 7 negeri kecil.  Kesultanan  Patani yang berasal dari kelantan kedua ini dimulai dengan Tengku  Muhamad anak kepada Raja Muda kelantan yang bermasalah  dengan perebutan kuasa di kelantan telah dijemput menjadi  Raja Patani,  Tengku Muhamad atau Tuan Besar berkuasa  menjadi Raja Patani (Negeri Patani kecil setelah Patani dipecah menjadi 7 negeri kecil) pada 1845 - 1856.  Kesultanan Patani yang berasal dari kelantan ini berakhir dengan Raja  Patani yang bernama Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Bin  Tengku Sulaiman Sharifuddin Shah. Tengku Abdul Kadir Kamaruddin berkausa diantara tahun 1899 – 1902.

                      Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Patani.

kekerabatan diantara kerabat keluarga DiRaja Jering yang  memerintah Negeri Jering, salah satu negeri  kecil di Patani. Negeri Jering adalah sebuah diantara 7 negeri kecil yang Patani dipecah pada zaman dulu. Dan kerabat keluarga Raja  Teluban atau Negeri Sai dan kerabat keluarga Raja Jering dengan kerabat keluarga DiRaja Kelantan mempunyai pertalian. 


Tengku Abdul Hamid, ahli kerabat keluarga DiRaja Jering dan  DiRaja Teluban telah berkahwin dengan ahli keluarga DiRaja  kelantan.  Hasil dari perkahwinan tersebut lahirlah Tengku  Anis, Sultanah Kelantan di Teluban. Kemudian Tengku Anis  berkahwin dengan Tengku Ismail Petra. Dan hasil dari  perkahwinan tersebut dikurniakan Tengku Faris Petra  ataupun Sultan Muhammad V, Sultan kelantan sekarang.

Tengku Isyah Binti Tengku Ayub 

Tengku Abdul Hamid ayah Tengku Anis juga telah berkahwin dengan seorang perempuan lagi. Dan lahirlah Tengku Ayub. Tengku Ayub mempunyai zuriat. Salah seorangnya Tengku Aisyah, dia adalah bekas pelajar penulis di Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani. Tengku Isyah adalah sepupu Sultan Muhammad ke V, Sulatan Kelantan yang masih menetap di Patani. 

Tiada ulasan: