Selasa, 13 Jun 2023

Kronologi Wilayah Setul, Thailand. Tanah Kedah yang terlepas ke Thailand

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Wilayah Setul asalnya adalah Tanah Negeri Kedah. Disini saya kemukakan kronologi Wilayah Setul. Kronologi Wilayah Setul adalah seperti berikut :-


1813 Tunku  Bisnu  memerintah  Mukim  Setul,  sebagai  sebuah  Mukim dalam negeri kedah


1815 Tunku  Bisnu  menunggal  dunia  dan  Mukim  Setul  tiada  pemerintah selama 24 tahun Sehingga tahun 1838


1839 Mukim Setul dinaiktarafkan dari sebuah mukim kepada  sebuah Negeri bernama Negeri Setul Mambang Segara dan Tunku Mohammad  Akib menjadi raja pertama bagi negeri Setul. Pemerintahannya  diantara tahun 1839 – 1844


1844 Negeri Setul diserap ke dalam ‘Monthon’ atau  ‘Mandela’  Legor atau Nokorn Sri Thammarat (Negara Sri Darmaraja)  sehingga  tahun 1897


1876 Tunku Ismail, putra sulong Tunku Mohammad Akib  menjadi Raja Negeri Setul


1884 Tunku Ismail meninggal dunia dan putra sulongnya,  Tunku Abdul Rahman mengganti ayahnya menjadi Raja Setul.


1895 Sultan kedah menghantar Tunku Baharuddin Bin Tunku  Meh untuk memerintah Nergeri  Setul.


1997 Terbentuk  ‘Monthon’ Negeri Sai (Kedah) dengan kedah, Perlis  dan Setul dimasuk ke dalam  ‘Monthon’ tersebut.


1901 Sungai Upeh, sebuah kawasan dalam negeri Setul  mempunyai kemajuan yang pesat dengan menjadi salah satu  pelabuhan perniagaan lada di selat Melaka.


10 Mac 1909 Perjanjian Anglo - Siamese  Treaty  1909  telah  memisah Negeri Setul dari negari kedah dengan kedah dan  Perlis dibawah pentadbiran British sebaliknya Negeri Setul  dimasukkan ke dalam pemerintahan Siam.


1909 Terbentuknya sebuah daerah di namakan Daerah  Mambang dalam Wilayah Setul.


6 Ogos 1909 Wilayah Setul diserap masuk ke dalam  ‘Monthon’  Phuket.


1 Ogos 1910  Terdirinya  sebuah sekolah, Namanya Sekolah Thai Melayu. 7 tahun kemudian sekolah ini ditukar nama kepada “Sekolah Setul Widya”


1914 Prakosa  Ishak  manjadi  Guburnur  Setul


1 julai 1916  Sekolah Rendan Mukim Berakit Daerah Sungai  Upeh didirikan Sebagai  sekolah kedua di Setul.


1918 Sekolah Thai Melayu ditukar nama kepada  Sekolah  Setul  Widya atau Setul Wittaya.


1922 Daerah kecil Dusun diturunkan taraf menjadi sebuah  mukim di dalam Daerah Mambang.


1925 Setul diletak dibawah Monthon Legor atau Nakorn Sri  Thammarat.


9 Julai 1929 Pihak kerajaan Siam melanjutkan khidmat Phraya  Samataratburin sebagai  Guburnur sehingga 1932.


1930 Daerah  kecil Langu dinaiktaraf menjadi sebuah daerah  dan Daerah Thungwa dituruntarafkan menjadi sebuah daerah  kecil.


1939 Daerah Mambang ditukarkan nama menjadi Daerah  Muang Setul.


1 jun 1969 Daerah kecil Khuan kalong ditubuhkan dengan di  bawah Daerah Muang Setul.


28  jun  1973 Daerah kecil Thungwa dinaiktarafkan menjadi  sebuah daerah.


1 Mei 1976 Daerah kecil Thapae ditubuhkan dengan dibawah  Daerah Muang Setul.


14 Januari 1977 Daerah kecil khuandon di tubuhkan dengan  dibawah Daerah Muang Setul.


1 Februari 1988 Daerah kecil khuan Don dinaiktarafkan  menjadi  sebuah daerah.


3 Julai 1994 Daerah kecil Thapae dinaiktarafkan menjadi  Sebuah daerah.


15  September 1996 Daerah kecil Manang ditubuhklan dan di  bawah Daerah khuan Kalong.


24 Ogos 2007 Daerah kecil Manang dinaiktararafkan menjadi  Daerah Manang.

Walapun Wilayah Setul adalah sebuah tanah dari Negeri Setul. Tetapi kerana terpisah dari Negeri Setul telah lama. dan penduduk Wilayah Setul menerima kesan dari dasar “Siamisasi” kerajaan. Sehingga sebahagian penduduk Melayu Setul tidak boleh lagi berbahasa Melayu. Begitu juga perasaan “KeKedahan” mereka sudah tiada lagi dalam jiwa raga penduduk Melayu Setul.


Beberapa tahun lalu semasa penulis ke Bandar Setul. Dan terjumpa seorang Melayu usia sekitar 70 tahun mengatakan semasa dia masih kecil di dalam bandar ini kebanyakan berbahasa Melayu (Kedah) tetapi sekarang orang yang berbahasa Melayu sudah berkekurangan. Dan dia mengatakan “Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa”


 

Tiada ulasan: