Oleh
Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Kali
ini kita bicara tentang Sejarah Orang Melayu. Memang banyak pendapat tentang
sejarah orang Melayu. Terdapat pendapat yang logik dan juga pendapat yang tidak
logik. Sepertilah teori teori asal usul orang Melayu terdapat berbagai teori
yang masuk akal dan tidak masuk akal. Kali ini saya ketengahkan satu kertas
kerja yang ditulis oleh Sdr Mohd Arof Ishak dengan tajuk “Sejarah Orang Melayu
di Nusantara”. Beliau berlatarbelakang sains politik. Pernah begkhidmat dalam
perkhidmatan awam di Malaysia. Sekarang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan
Sejarah Malaysia, juga Ahli Majlis Lembaga Peradaban Melayu (ADAB).
Beliau
membentang kertas kerja ini di seminar Dialog Kebudayaan Melayu atau Malay
cultural dialogue. Temanya, “Revitalization of Malay wisdom, present and past”
atau “Menyemarakkan semula kebijaksanaan Melayu, sekarang dan dahulu”. Seminar ini diadakan pada 3-5 Disember 2012 di
Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia.
Sdr.
Mohd Arof Ishak, atas nama Persatuan Sejarah
Malaysia membentang kertas
kerjanya dengan tajuk “Sejarah Orang Melayu di Nusantara”. Isi kandungan kertas
kerjanya adalah sepeti berikut :-
Subjek
ini menekankan kepada 3 perkara besar :
Pertama, ia menunjukkan kepada satu rumpun bangsa yang besar.
Kedua, ia menunjukkan kepada
satu tanah-air yang asal dan asli; bermaksud adanya satu habitat, dan penghunian yang sediakala
(natives in a homeland).
Ketiga, ia menunjukkan kepada satu tamadun yang tersendiri.
Perhimpunan “Dialog Kebudayaan” dan tema khususnya
“menyemarkan semula kebijaksanaan Melayu” akan menyuluh dengan
terang sekali ke-tiga-tiga perkara besar yang
disebut di atas.
Satu Rumpun Bangsa yang besar : Istilah “Melayu”
Istilah ini digunakan untuk perbincangan kita dan
kefahaman kita bagi bermaksud rumpun bangsa besar yang dikenali
sarjana sebagai Malayo-Polynesian dan
juga Austronesian.
Memang istilah
“Melayu” itu tidaklah begitu tepat
kerana adanya juga suku bangsa yang namanya ‘Melayu’
di Nusantara. Istilah
Malayo-Polynesian juga
sebenarnya tidaklah 100 persen memuaskan
kerana sebahagian istilah
ini (iaitu Polynesian) cuma merujuk kepada
satu wilayah geografi,
bukan sebenarnya nama satu kelompok
bangsa; manakala, Malayo itu
memang merujuk kepada suatu bangsa.
Istilah Austronesian juga mempunyai
keukrangannya, kerana ia merujuk kepada penduduk ‘pulau-pulau di selatan’ ; ini tidak benar
kerana bukan semua pulau-pulau yang dihuni oleh orang Austronesia itu berada di bahagian selatan dunia kita. Jadi, kesulitan untuk menyatakan dengan
tepat istilah untuk rumpun besar bangsa yang menghuni Nusantara
tidak sepatutnya menjadi
satu problem. Kesulitan ini adalah akibat tuanya rumpun bangsa di Nusantara dan meluasnya taburan
rumpun bangsa ini sehingga sampai
ke pulau-pulau di Lautan Teduh, dan pulau Madagsacar di Afrika.
Satu Tanah-Air
Yang Asal dan Asli : Nusantara
Rumpun Bangsa Melayu adalah satu masyarakat manusia
dengan identiti yang lain daripada bangsa-bangsa yang asal dan asli (natives) yang
wujud sebagai jirannya, seperti bangsa India, bangsa asli Australia dsb. Setiap sejarah
bangsa adalah sejarah
satu kelompok manusia di satu habitat yang asli (native homeland). Benua India umpamanya, adalah satu habitat manusia yang menjadi penghuni
asli di benua kecil India. Benua Australia
pula adalah satu habitat asli bangsa asli Australia (Australian aborigines). Maksudnya, ialah sejarah
manusia itu tidak jitu jika hakikat habitatnya tidak difahami bersekali. Habitat bermaksud alam asal atau alam semulajadi sesuatu species atau kelompok
masyarakat. Habitat itu bukan sahaja satu habitat
manusia tetapi juga satu habitat
budaya, kerana interaksi
manusia dan habitatnya memunculkan budaya – cara hidup, nilai dan buah fikiran,institusi masyarakat, dan juga bahasa. Ini membentuk homeland. Maka, sejarah bangsa rumpun Melayu adalah sejarah bangsa
tersebut dengan dengan interaksi habitatnya sekali, iaitu tanahairnya, iaitu Nusantara.
Nusantara adalah satu habitat kepulauan yang menjadi satu
habitat manusia dan tamadun manusia yang amat berbeza
dengan habitat tamadun
manusia yang lain dalam sejarah
ketemadunan manusia. Ini ialah
kerana habitat bagi bangsa dan tamadun lain seperti Cina, Arab, dsb. semuanya adalah habitat tanah
besar (mainland). Perbezaan asas ini membentuk sejarah bangsa yang berlainan.
Satu Ketemadunan dan Peradaban : Tamadun dan Peradaban Nusantara
Ketemadunan tidak bermaksud
adanya pembinaan seperti Tembok Besar
seperti di China, atau piramid
sahaja. Maksudnya, jika suatu
kelompok bangsa tidak mempunyai pembinaan seperti
ini, ini bukan bermakna ia tidak mempunyai tamadun. Saya mentafsirkan tamadun sebagai pemilikan oleh satu kelompok bangsa akan
suatu body of culture, a body of values, and a body of wisdom (“satu kehidupan
budaya, satu amalan nilai, dan satu kebijaksanaan”). Satu kehidupan berbudaya bermaksud satu cara hidup
bermasyarakat, berseni dan beradat; satu
amalan nilai bermaksud isi nilai yang halus dan tinggi yakni peradaban;
kebijaksanaan bermaksud kaedah
hubungan dan susunan masyarakat seperti
pemerintahan, kedaulatan, keadilan yang bijak yang menunjukan nilai yang tinggi.
Maka, tema dialog hari ini iaitu “Revitalization
of Malay wisdom” adalah tepat sekali dengan isi tafsiran tamadun yang saya ketengahkan
Manusia rumpun bangsa Melayu di habitatnya di Nusantara
memiliki tafsiran tamadun saya iaitu a body of culture, a body of values, and a
body of wisdom. The body of culture, body of
values, dan body of wisdom
di Nusantara ini bukan
sahaja wujud dengan jelasnya tetapi ia juga menunjukkan kepelbagaian atau diversity yang
begitu kaya, yang bermaksud satu ketemadunan yang tinggi. Diversity malah
menjadi satu sifat utama tamadun
dan peradaban bangsa rumpun Melayu.
Kepelbagaian ini juga menunjuk kepada kewujudan tamadun dan peradaban Nusantara yang tua sekali.
Bukan sahaja tamadun dan
peradaban di Nusantara ini pelbagai
dan tua, ia juga tumbuh dan membentuk
sifat secara asli dan semulajadi. Maksudnya, teras tamadun dan peradaban
di Nusantara bukanlah
hasil
daripada pengaruh tamadun
asing, walau pun tidak dapat dinafikan pengaruh
asing ada melekat kepada tamadun dan peradaban kita, khususnya dari sekitar 2,000 tahun dahulu. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah
tamadun dan peradaban Nusantara telah tumbuh
amat jauh lamanya, lebih daripada 2,000 tahun dahulu,
dengan sendiri.
Sejarah Melayu di Nusantara
Zaman sejarah didefinisikan sebagai zaman adanya rekod
bertulis (dokumen). Zaman yang sebelum adanya rekod bertulis adalah zaman
pra-sejarah. Namun, tidak wujudnya rekod bertulis tidak bermakna suatu bangsa atau tamadun itu tidak
wujud ketika itu. Maka itu ‘sejarah’ yang sebenarnya sejarah harus mengambilkira dalil-dalil yang pelbagai,
yakni termasuk yang lain
daripada dalil bertulis, untuk menceritakan keseluruhan kewujudan satu bangsa atau tamadun. Dalil-dalil yang lain termasuk dalam ilmu
arkeologi, linguistics, DNA, dsb.
Maka, sejarah bangsa rumpun Melayu di Nusantara
tidak sekadar dari zaman Srivijaya sahaja, iaiatu dari
abad ke-7. Maka, saya menekankan di
sini bahawa bangsa dan tamadun rumpun Melayu telah wujud jauh lebih lama daripada
abad ke-7, jika kita bersandarkan kepada dalil-dalil dari pelbagai bidang
ilmu seperti ilmu bahasa, ilmu DNA dsb. malah juga
dalil arkeologi yang lebih
terbaru ditemui di Asia Tenggara.
Satu perkara yang penting ialah masih ramai daripada kalangan
masyarakat umum di Nusantara sendiri
masih mempercayai bahawa bangsa Melayu berasal dari selatan China seperti dari Yunan. Ini sering kita temui dalam media termasuk media ‘baru’
sekali pun. Maka, kepercayaan ini
memberikan satu imej Nusantara, malah seluruh Asia Tenggara, yang amat kerdil dan tidak penting dalam
sejarah manusia dan tamadun di Asia. Kepercayaan sebegini
ialah akibat pengaruh
teori yang muncul berdasarkan pengetahuan, khususnya arkeologi
setakat tahun-tahun 1930-an dahulu.
Namun, dalil-dalil terbaru
dari pebagai bidang ilmu telah muncul yang memberikan satu realiti baru terhadap sejarah
bangsa rumpun Melayu
di Nusantara. Malah, dalil-dalil baru ini
telah menimbulkan satu gambaran bahawa Asia Tenggara adalah habitat di mana
telah munculnya bangsa-bangsa awal di Asia. Evolusi kepada bangsa-bangsa awal ini telah memunculkan bangsa Melayu
di bahagian selatan Asia Tenggara,
bersama bangsa-bangsa negrito yang masih ada wujud kini. Evolusi bangsa-bangsa awal di Asia
Tenggara ini berlaku dalam kalangan
manusia awal yang telah berhijrah keluar daripada benua Afrika, dan telah sampai ke Asia Tenggara anggaran
60,000 – 80,000 tahun dahulu.
Ada pula daripada
kalangan mereka yang sampai dari Afrika itu telah bergerak terus ke
timur sehingga menjadi orang asli di Australia
dan New Guinea sekarang ini, manakala ada juga mereka
yang bergerak terus ke utara
menuju negara China sekarang ini, dan setrusnya mengalami evolusi yang berterusan.
Ini bermakna dalil-dalil baru menunjukkan bahawa bangsa
rumpun Melayu telah muncul di Asia Tenggara
sendiri, bermaksud bahawa bangsa rumpun Melayu adalah penduduk asli Nusantara
(natives of Nusantara). Ketika mereka dari benua Afrika telah sampai ke Asia Tenggara,
seluruh Asia Tenggara
adalah satu benua kecil yang disebut hari ini sebagai
Sundaland. Tetapi,
akibat naiknya paras air laut dari 14,000 hingga 8,000 tahun dahulu,
bumi Sundaland ini telah
terpecah menjadi pulau-pulau yang kini dikenali sebagai Nusantara atu Kepulauan Melayu. Maka, bangsa rumpun Melayu itu menjadi
penghuni asli di pulau- pulau ini bersama
mereka daripada kalangan negrito.
Dengan ini nyatanya
bangsa rumpun Melayu itu pasti satu bangsa yang amat tua yang menghuni
Nusantara. Kemungkinan ini
ditunjukkan dengan teori dari bidang
ilmu bahasa yang menyatakan
sesuatu bangsa yang tua akan menunjukkan kepelbagaian dalam bahasa atau linguistic diversity. Hakikatnya sekarang ialah keluarga bahasa
Melayu atau yang dikenali sebagai
keluarga bahasa Malayo-Polynesian atau
Austronesian adalah
merupakan
keluarga bahasa yang menunjukkan linguistic diversity yang tertinggi di Asia. Ini satu dalil yang
sungguh penting.
Dari ilmu genetik pula
beberapa kajian DNA di Asia dalam sekitar sedekad yang lalu malah lebih telah menunjukkan bahawa manusia bergerak
dari selatan ke utara di Asia Timur, setelah mereka sampai ke Asia Tenggara
dari Afrika. Dalil-dalil ini telah menterbalikkan kepercayaan yang dipegang
oleh ramai sarjana
dan dlam kalangan
masyarakat umum bahawa manusia berhijrah
dari utara ke selatan, yakni dari China ke Asia Tenggara. Gambaran
yang muncul dari dalil-dalil baru ini tegas menunjukkan orang Asia Tenggara,
termasuk bangsa rumpun Melayu, adalah satu masyarakat yang lebih tua berbanding dengan masyarakat
di utara benua Asia.
Dari sebuah habitat yang merupakan satu sub-continent (iaitu Sundaland) bangsa rumpun Melayu telah menghuni
satu habitat tanah-dan-air iaitu satu gugusan
pulau-pulau yang terbesar di dunia. Interaksi antara manusia Melayu dengan habitat tanah-dan-airnya
yang begitu luas, telah membentuk
satu bangsa kelautan
(a maritime people) yang berjaya memiliki keupayaan pelaut dan pembikinan perahu dan
layar yang amat tinggi. Laut dan selat turut menjadi sebahagian daripada
tempat hidupnya bangsa rumpun Melayu. Selat bukannya
pemisah tetapi satu kelangsungan tanah daratan pulau. Aktiviti hidup pelaut bangsa rumpun
Melayu berterusan hingga ke hari ini di
antara pulau-pulau di Nusantara. Iaitu mengekalkan dunia budaya, tamadun
dan kebijaksanaan yang satu
walau pun telah ada wujudnya titik garis sempadan politik moden.
Tamadun pelaut bangsa rumpun Melayu bukan sahaja
satu tamadun pengembara tetapi juga satu
tamadun pedagang. Hasil bumi
semulajadi yang kaya khususnya rempah ratus di
Nusantara di zaman silam telah membangunkan satu rangkaian pedagang laut
di Nusantara, dan rangkaian pedagang
laut ini terus keluar dari gugusan pulau-pulau Melayu ke utara ke China dsb. dan ke barat ke Afrika, ke tanah Arab dan ke Eropah.
Perdagangan rempah ratus
oleh bangsa rumpun Melayu menjadikan Nusantara punca
perdagangan antarabangsa yang terbesar di dunia di zaman silam.
Bangsa rumpun Melayu membangunkan pelabuhan-pelabuhan dagang yang maju dan disukai pedagang asing. Dari Ternate di timur Nusantara, ke utara
Filipina dan ke barat Selat Melaka wujud rangkaian pelabuhan
dagang rempah ratus yang banyak.
Pelabuhan- pelabuhan ini bukan
sahaja menjana perdagangan tetapi juga mempamirkan kebijaksanaan Melayu dari zaman silam, dengan pengendalian serta pengurusan labuhan
dan dagangan yang baik. Pelabuhan-pelabuhan zaman silam untuk perdagangan rempah-ratus
ini (spice trade route) eloknya
dikenalpasti semula di seluruh Nusantara
(dengan kerjasama kerajaan/pemerintah Indonesia, Malaysia,
Filipina, Brunei dan Singapura sebagai satu projek Nusantara), dan tapak-tapaknya dibangunkan semula serta dihidupkan semula sebagai pusat dagang, pusat restoran makanan asli
provinsi atau setempat di Nusantara, serta
pusat wisata untuk menjadikan the spice route sebagai tarikan antarabangsa. Jika ini berjaya
dilakukan ia akan membangunkan semula semangat asli, habitat asli serta
kebijaksanaan asli Nusantara. Pelabuhan-pelabuhan dagang rempah-ratus
ini merentasi sempadan politik di Nusantara. Jika tapak rangkaian pelabuhan spice route ini dibangunkan semula di seluruh Nusantara ia akan membina semula semangat
dan habitat atau alam Nusantara yang satu. Lama kelamaan
kita akan terus sahaja menyebut
Padang, Surabaya, Kota Bharu, Cebu, Brunei dsb. sebegitu sahaja tanpa perlu lagi menyebut
Indonesia, Malaysia, Filipina
atau Negara Brunei.
Ini akan berupaya
revitalise, menghidupkan semula, tamadun dan peradaban Melayu yang satu dahulu, tanpa tersekat di sempadan politik.
*sebahagian isi makalah ini telah terbit dalam Letter to Editor, New Straits Times, Malaysia, tanggal 7 Julai 2012, bertajuk Malay Origins.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan