Khamis, 29 Jun 2023

Datuk Al Azhar (Riau) yang saya kenal

 Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini saya akan bicara tentang seorang tokoh budayawan Dunia Melayu. Namanya Datuk  Al Azhar dari Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia.  Pertama kali saya berkenalan dengan Datuk Al Azhar adalah semasa rombongan budaya dari mahasiswa Universiti Riau datang melawat Selatan Thailand. Dalan rangkaan melawat Universiti Prince of Songkla, Kampus Patani. Bertuahnya semasa itu Almarhumah Arin Saidi, mantan Timbalan Rektor Universiti Prince of Songkla, Kampus Patani mengurus supaya rombongan ini dapat bermalam di kampus tersebut. Walaupun rombongan ini awal akan hanya singgah sekejap saja di kampus Pattani. Dan di kampus Pattani pada sebelah malam rombongan budaya dari Universiti Riau mengadakan persembahan budaya Melayu Riau.

Sebelum kedatangan rombongan budaya dari Universiti Riau. Saya dan Sdr Zawawi Pakda Ameen menerima talipon dari Datuk Zainal Borhan. Semasa itu Datuk Zainal Borhan menjawat sebagai Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Dan kami berdua adalah alumni Akademi Pengajian Melayu itu. Pengiring rombongan budaya dari Universiti Riau adalah Datuk Al Azhar dan Dr. Elmustian dari Program Studi Bahasa dan Sastra Indonesia Universiti Riau. Dan dari perkenalan pertama itu kami terus bersilaturrahim dan semakin rapat.

Orang yang berperanan dalam berbagai organisasi budaya Melayu ialah Datuk Al Azhar. Dan disini saya muat turun sedikit riwayat hidup Datuk Al Azhar :-


Datuk Al azhar adalah budayawan, sastrawan, dan ketua MKA (Majelis Kerapatan Adat) Lembaga Adat Melayu Riau masa khidmat 2017-2022.


Ketua MKA LAM Riau

Musyawarah Besar (Mubes) VII Lembaga Adat Melayu (LAM) Riau, Rabu (17/5/2017) malam, akhirnya menetapkan Datuk Al Azhar sebagai Ketua Majelis Kerapatan Adat (MKA) LAM Riau. Selain itu, Mubes LAM Riau juga menetapkan Datuk Syahril Abu Bakar sebagai Ketua Umum Dewan Pimpinan Harian (DPH) LAM Riau


Filmografi

Al azhar pernah memerankan Raja Ahmad, ayahanda pahlawan nasional Raja Ali Haji dalm film tahun 2009 Mata Pena Mata Hati Raja Ali Haji arahan Gunawan Paggaru.

Tiada ulasan: