Rabu, 25 Disember 2024

Ketokohan Dan Pemikiran Dato’ Dr. Siddiq Fadzil Tentang Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Oeh Nik Abdul akib Bin Nik Hassan

Kali ini saya kemukakan sebuah makalah tulisan Prof Dr. Haji Dr. Awang Asbol Haji Mail dari Akademi Pengajian Brunei/Fakulti Sastra dan Sosial Sains Universiti Brunei Darussalam. Tajuknya ialah “Ketokohan Dan Pemikiran Dato’ Dr. Siddiq Fadzil Tentang Kedaulatan Raja-Raja Melayu”Makalah ini di bentang di Konferensi Kampung Segeram yang di anjurkan di Sekolah Tinggi Agama Islam Natuna. Isi maklah ada seperi berikut:-

PENGENALAN

Dato’ Dr Siddiq Fadzil merupakan seorang tokoh yang sangat prolifik dalam bidang pemikiran Islam dan Melayu yang dihubungkan dengan sejarah dan kebudayaan. Kewujudan corak pemikiran demikian muncul kerana pengaruh lantaran latar pendidikan beliau didasari oleh pendidikan agama di samping sifat patioritiknya terhadap bangsanya. Senario ini diperkuatkan dengan dengan penglibatan beliau dalam pertubuhan gerakan dakwah iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebuah pertubuhan Islam yang dikaitkan sebagai perintis kepada kebangkitan Islam era 1970an. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 62)

Penglibatan Dato’ Dr Siddiq Fadzil yang aktif dalam pertubuhan ini menyebabkan beliau pernah dilantik sebagai Presiden ABIM ketiga (1983 – 1991). Ketokohan beliau menerajui ABIM khususnya dalam cabaran Thiqah al-Da’iyyah selepas penghijrahan tokoh utama ABIM, Anwar Ibrahim menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisations, UMNO) yang menguasai kerajaan pada ketika itu. Kekecohan telah berlaku kesan penyertaan ini dalam rumah tangga ABIM, namun dapat ditenteramkan dengan berkat kepimpinan dan pengaruh Dato’ Dr Siddiq Fadzil sehingga menjadikan ABIM sebagai gerakan dakwah yang terus berdaya maju dalam menempuh arus perubahan semasa. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 63)


Corak pemikiran dan gerakan dakwah Dato’ Dr Siddiq Fadzil tidak hanya dilontarkan dalam ceramah-ceramah dan forum-forum tetapi juga tercerna dalam bentuk buku, monograf, makalah dan kertas kerja. Karya-karya beliau yang sarat dengan pemikiran dan wawasan yang bernas bukan sahaja baik untuk dakwah Islamiah tetapi juga cuba membangkitkan kesedaran umat Melayu baik dalam kalangan pemerintah mahupun rakyat biasa. Oleh kerana pola pemikiran beliau tentang Islam dan Melayu begitu luas, maka makalah ini hanya memfokuskan pembicaraan terhadap ketokohan dan pemikiran Dato’ Dr Siddiq Fadzil dalam konteks


kedaulatan raja-raja Melayu semasa menempuh liku-liku menerajui sebuah kerajaan. Daulat dalam konteks perbincangan ini umumnya dihubungkan dengan kekuasaan raja-raja Melayu dalam segenap bidang ke atas rakyat dan negara. Manakala Melayu lazimnya dirujuk kepada sekelompok mesyarakat yang secara umumnya ramai mendiami negara-negara seperti Brunei, Malaysia dan Indonesia. Sementara itu terdapat lagi kumpulan Melayu minoriti yang tinggal di Patani Selatan Thailand, Filipina dan Singapura. Bagaimanapun amalan pemerintahan beraja bagi Alam Melayu hingga kini hanyalah berlaku di Brunei dan Malaysia. Selebihnya mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


RIWAYAT HIDUP

Dato’ Dr Siddiq Fadzil adalah anak watan Perak yang lahir pada 4 Januari 1947 di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh. Beliau mendapat pendidikan formal di peringkat awal di Sekolah Rendah Sungai Tiang Darat (1954-1959) dan menamatkan bangku persekolahan menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Syah, Ipoh (1959-1966). Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang berjaya dalam melahirkan ramai tokoh-tokoh agama negara. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 63). Minat Dato’ Dr Siddiq Fadzil kepada alam perguruan yang mendalam menjadi daya pendorong kepada beliau untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1967-1968). Dengan yang demikian kerjaya awal beliau telah dilakar untuk menjadi seorang pendidikan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya pada tahun 1971. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 63).


Setelah memperolehi ijazah, alam perguruan Dato’ Dr Siddiq Fadzil berpindah ke Menara Gading apabila menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai tutor. Bagi membolehkan beliau layak sebagai tenaga akademik di peringkat institusi pengajian tinggi, maka beliau melanjutkan pengajian ijazah keduanya di universiti yang sama sehingga mendapat ijazah Sarjana Persuratan (M.Litt) pada tahun 1978. Beliau meneruskan pengajian hingga ke peringkat ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan tamat pada tahun 1989. Beliau merupakan penerima pertama ijazah ini dari Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 64).


Hubungan Dato’ Dr Siddiq Fadzil dengan Universiti Kebangsaan Malaysia tidak hanya terbatas dalam bidang akademik dan kerjaya tetapi juga bertemu jodoh dengan isteri beliau iaitu Siti Zulaikah Mohd Noor (kini Professor Madya Dr.) dan berkahwin pada Ogos 1975. (Badlihisham


Mohd Nasir, 2008: 64) Professor Madya Dr Siti Zulaikah Mohd Noor merupakan seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam. Perkahwinan Dato’ Dr Siddiq Fadzil dengan Professor Madya Dr Siti Zulaikah Mohd Noor telah dikurniakan enam orang cahaya mata. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 64).


Dato’ Dr Siddiq Fadzil kemudiannya bersara pada tahun 2002 dan isterinya pula bersara pada tahun 2006. Meskipun beliau tidak lagi meneruskan kerjaya sebagai seorang kaki tangan akademik, tetapi Dato’ Dr Siddiq Fadzil tetap mencurahkan bakti dalam membangun masyarakat Melayu apabila dilantik menjadi Presiden dan CEO (Chief Executive Officer) Kolej Darul Hikmah dan menjadi Fellow Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Selain itu juga, beliau menyandang jawatan Pengerusi Institut Darul Ehsan dan Ketua Majlis Istisyari WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia). Bakti yang ditaburkan beliau sahaja setakat itu, malahan masih aktif dalam menyumbangkan idea dan terlibat dalam berbagai aktiviti sama ada dalam bidang akademik mahupun dakwah Islamiah. Hal ini berlaku kerana beliau masih terbabit dengan kegiatan kemasyarakatan terutama menjadi pemimpin ABIM. (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 64; Ahmad Nabil Amir, 2019: 102)


Dato’ Dr Siddiq Fadzil juga banyak terlibat dalam menyumbangkan tulisan yang bertemakan Islam dan Melayu. Antara buku-buku pernah beliau terbitkan seperti Kebangkitan Islam: Kenyataan dan Harapan (1975), Terjemahaan Di Bawah Naungan Al-Quran (1980), Minda Melayu Baru (1992), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999), Menoleh Sejarah Menyorot Arah (1999), Pengurusan Tawhidik (2011). Sementara itu penulisan dalam bentuk makalah seperti “Gerakan Islam di Alam Melayu: Cabaran Zaman dan Lingkungan” (1988), “Pembinaan Bangsa Malaysia: Antara Wawasan Nasional dan Aspirasi Islam” (1995), “Raja dalam Pemikiran Politik Islam-Melayu: Telaah dan Ulasan terhadap kitab Thamarat Al- Mahamah” (1997) dan “Dunia Melayu sebagai Sebuah Zon Kebudayaan Islam” (1997). (Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 65-67)


Dato’ Dr Siddiq Fadzil juga aktif dalam menyampaikan ceramah-ceramah dan merupakan seorang pemidato yang berbakat kerana berupaya menarik perhatian pendengar dengan penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan bernas. Ia disampaikan dalam seminar-seminar dan persidangan-persidangan sama ada di dalam atau luar negara. Beliau juga mendekati masyarakat umum melalui kuliah-kuliah santai yang disampaikan di surau, masjid dan Pusat Latihan ABIM.


Melalui pendekatan ini menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja dianggap sebagai seorang tokoh akademik tetapi juga seorang tokoh gerakan dakwah yang berwibawa.


RAJA DAN ISLAM

Sebagai seorang cendekiawan yang sering memperkatakan yang bersangkutan dengan isu-isu Islam dan Melayu, maka pemikiran Dato’ Dr Siddiq Fadzil tidak lari dari tumpuan kepada raja- raja Melayu itu sendiri. Institusi ‘Raja’ memang sudah lama wujud dalam tamadun manusia yang pada asalnya dari sebuah kampung yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah kerajaan dan seterusnya membentuk empayar. Semua ini berlaku kerana adanya tokoh-tokoh pemimpin yang berkarisma di samping sokongan padu daripada para pengikutnya. Tanpa raja sebuah negara akan huruhara kerana masing-masing pemimpin mengaku dirinya raja. Oleh kerana masing-masing ingin mencapai puncak kuasa, maka bagi mencapainya mahu tidak mahu danai-danai peperangan perlu dihadapi.


Bagi Alam Melayu, pemerintahan beraja juga sudah lama wujud terutama di zaman pengaruh Hindu Buddha. Dalam tradisi budaya masyarakat Melayu sudah sebati dengan anggapan raja sebagai kuasa tertinggi yang berdaulat yang didambakan mendatangkan kemakmuran kepada mereka. Raja-raja yang dilantik dipercayai mempunyai kaitan dengan dewa-dewa yang diwarisi daripada tradisi agama Hindu Buddha. (Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zaliha Wan Othman dan Ratna Laila Shahidin, 2014: 143) Walau bagaimanapun apabila agama Islam datang ke Alam Melayu, pengaruh Hindu Buddha semakin berkurangan dan agama Islam telah digunakan secara meluas oleh raja-raja dan pentadbir istana. Dalam hubungan ini Dato’ Dr Siddiq Fadzil mengatakan bahawa Institusi Beraja tidak perlu lagi dilihat dalam konteks konsep dewaraja iaitu dari sudut kesaktian, kekebalan, kemutlakan selaku jelmaan dewa (Siddiq Fadzil, 1993:5) tetapi harus menjurus kepada ajaran Islam, sebagaimana pandangan beliau berikut:


“Sesungguhnya proses pengislaman telah memanusiakan raja dan menanggalkan sifat kedewaannya serta menundukkannya kepada undang-undang Al-Quran dan al Sunnah. Raja-raja memakai gelaran Zillu Llahi Fi l-ard” (Siddiq Fadzil, 1993:5)


Dari pandangan ini jelas apabila Islam telah dianuti oleh raja-raja Melayu, maka berperanan mereka adalah sebagai payung keadilan atau sebagai institusi pelaksana keadilan yang diamanahkan oleh Allah. Dengan sebab itu raja sering dirujuk dan dipadankan dengan peristilahan politik Islam seperti khalifah, sultan dan imam. (Siddiq Fadzil. 1998: 105). Apabila raja-raja Melayu memeluk Islam, maka tertubuhlah kerajaan-kerajaan Islam di Alam Melayu sebagaimana yang berlaku dalam abad ke 14 dan ke 16 Masihi. Dalam menelusuri perkembangan ini, sejarah tidak boleh menafikan peranan raja-raja Melayu menjadi salah satu faktor utama kepada ianya berlaku. Hal ini boleh dilihat apabila mereka bertindak memeluk Islam, maka dengan sendirinya rakyat jelata mengikutinya untuk sama-sama memeluk Islam hingga agama ini berkembang luas. Raja-raja Melayu dalam menyebarkan Islam bukan sahaja menerusi dakwah, bahkan melalui penaklukan dan perkahwinan. Di sinilah jasa besar yang ditabur oleh raja-raja Melayu dalam menjadi Islam sebagai pegangan kehidupan sebahagian besar masyarakat Melayu di dunia dan di akhirat. Dengan jasa inilah juga agama lain terutama agama Kristian dapat disekat perkembangannya.


Peranan raja sebagai printis perkembangan Islam ini boleh dilihat pada Kesultanan Brunei yang dipelopori oleh Awang Alak Betatar. Baginda telah memeluk Islam pada tahun 1368 Masihi setelah berkahwin dengan puteri Johor atau Singapura Tua. (Haji Awang Asbol Hj Mail, Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah, Nani Suryani Haji Abu Bakar, Hajah Asiyah Az Zahra Haji Ahmad Kumpoh dan Haji Tassim Haji Abu Bakar, 2019:20). Baginda kemudiannya dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah (1363-1402). Apabila Awang Alak Betatar memeluk Islam, maka ramailah rakyat Brunei berduyun-duyun menganut agama suci ini yang sebelum ini kurang berkembang biarpun kemunculannya sudah berlaku pada tahun 977 Masihi di negara ini.


Apabila Sultan Sharif Ali (1425-1432) menaiki takhta dan menjadi Sultan Brunei yang ketiga, maka dasar-dasar pentadbiran Islam menjadi keutamaan kepada baginda. Baginda membina masjid bagi keperluan mendirikan sembahyang berjemaah baik sembahyang fardhu lima waktu mahupun sembahyang Jumaat, Adili Fitri dan Adil Adha. Baginda kadangkala berperanan sebagai imam, membaca khotbah malahan sebagai guru agama. (Pg Dr Haji Mohammad Pg Haji Abd Rahman, 1994:124). Ini menunjukkan bahawa baginda bukan sahaja sebagai pemerintah tetapi juga menyampaikan dakwah Islam kepada rakyatnya.


Penyebaran agama Islam semakin berkembang pesat ketika pemerintahan Sultan Bolkiah (1485- 1524) yang telah berhasil mendirikan sebuah empayar Islam yang luas. Ia berlaku bukan sahaja kerana kewibawaan kepimpinan baginda tetapi juga disebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi. Keruntuhan kerajaan ini menyebabkan ramai pendakwah dan pedagang Islam yang lazimnya datang ke negeri ini telah mengubah haluan ke beberapa buah pelabuhan lain di Alam Melayu termasuk Brunei. Ini menjadikan kedudukan Islam dan kerajaan Islam Brunei semakin kuat. Sementara Sultan Bolkiah sendiri turut peranan menyebarkan Islam di Alam Melayu dengan cara perkahwinan. Baginda telah berkahwin dengan dua orang puteri dari kedua-dua negeri yang ditundukkannya iaitu puteri raja Sulu bernama Laila Mencanai dan puteri raja Seludang yang nama rajanya Datu Gamban. Selain itu terdapat juga kerabat diraja Brunei yang dikahwinkan dengan pembesar-pembesar jajahannya seperti yang dilakukan di Sulu. (Pg Dr.Haji Mohammad Abdul Rahman, 2011:21; Pg Dr Haji Mohammad Pg Haji Abdul Rahman, 1994:127)


Islam terus mendapat perhatian untuk disebarluaskan oleh sultan-sultan Brunei selepas kemangkatan Sultan Bolkiah seperti yang dilakukan oleh Sultan Abdul Kahar (1524-1530), Sultan Saiful Rijal ( 1533-1581) dan Sultan Muhammad Hasan (1582-1598). Di zaman pemerintahan mereka Islam terus tersebar ke Suluk, Cuyo, Keramian dan Mindanao. Mubaligh- mubaligh Islam dari Brunei bukan sahaja berdakwah begitu sahaja, malahan membina masjid dan sekolah agama seperti yang dilakukan di Mindanao. (Haji Awang Abdul Aziz Juned, 1992: xlix)


Ketika pemerintahan Sultan Saiful Rijal, penyebaran Islam yang pesat baginda lakukan cukup membimbangkan pihak Sepanyol yang bertapak di Manila Filipina. Dengan yang demikian Sepanyol berpendapat bahawa gerakan dakwah dari Brunei perlu disekat dan orang-orang Brunei dikehendaki untuk meninggalkan ajaran Islam dan digantikan dengan ajaran Kristian. Walau bagaimanapun Sultan Saiful Rijal tetap tegas untuk menentang dan mempertahankan akidah Islam Brunei biarpun Sepanyol menyerangnya pada tahun 1578 Masihi. Sungguhpun Brunei tewas dalam serangan yang dikenali sebagai Perang Kastila ini, namun Sepanyol hanya dapat bertapak selama 72 hari dengan yang demikian ia gagal untuk mengkristiankan rakyat Brunei. Ia berlaku atas keberanian dan kebijaksanaan Sultan Saiful Rijal dan kegagahan Pengiran Bendahara Sakam dengan disokong oleh para pendakwah dan rakyat Brunei. (Pg Dr Haji Mohammad Pg Haji Abd Rahman, 1994:128-133)


Manakala dalam pemerintahan Sultan Hassan, baginda telah menyusun sistem pentadbiran, menghidupkan adat istiadat dan memperkukuhkan ajaran Islam. Oleh itu bagi mengukuhkan kedudukan Islam di Brunei, baginda dikatakan telah melaksanakan Hukum Kanun Brunei yang bersendikan agama Islam. Oleh itu, melalui dakwah dan penyebaran Islam yang dilakukan oleh Kesultanan Brunei ini telah dapat mengwujudkan sistem pemerintahan yang dapat menangani dan mendukung ajaran Islam bukan sahaja di Brunei sendiri malahan juga rantau yang berdekatan dengannya. (P.L.Amin Sweeney, 1968:20)


Sementara itu tertubuhnya kerajaan Islam di Melaka bermula apabila Sultan Pasai (Perlak) iaitu Sultan Makhdum Ala’uddin Malik Muhammad Amin Syah II (1225-1263) mengahwinkan puteri baginda dengan Parameswara dari Melaka. (Mohd Jamil Mukmin, 2004:40; Mohd Dahlan Mansoer, 1979:143; Bharuddin Che Pa, 2012:2) Ini menunjukkan bahawa kerajaan Melaka mempunyai hubungannya dengan kerajaan Islam Pasai. Dengan pengislaman Parameswara dengan gelaran Sultan Muhammad Shah, maka raja-raja Melaka selepas baginda telah memainkan peranan dalam mengukuhkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Kesultanan Brunei.


Kesultanan Melaka telah berjaya muncul sebagai pusat kegiatan penyebaran Islam dan berjaya meluaskan ke seluruh kawasan Alam Melayu. Meskipun tidak dapat dikatakan bahawa Melaka sebagai printis kemasukan Islam di Alam Melayu, tetapi Melaka berjasa dalam memantapkan kedudukan Islam di rantau ini. Bagi membolehkan agama Islam bertapak kuat di Melaka, Sultan Muhammad Syah telah memimpin semua rakyat Melaka sama ada di peringkat atasan dan bawahan untuk sama-sama memeluk agama Islam. Melaka kemudiannya telah menjadi pusat perkembangan Islam apabila ia menjadi tumpuan ulama-ulama dari Alam Melayu. (Bharuddin Che Pa, 2012:2; Mohd Jamil Mukmin, 2004:78,196).


Dalam era pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477), baginda telah menghantar para pendakwah Melaka ke negeri-negeri di bawah takluknya bagi menyampaikan ilmu berkaitan dengan agama Islam kepada masyarakat tempatan. Sultan Mansur Shah sendiri telah berguru dengan ulama-ulama luar untuk menuntut ilmu seperti Maulana Abu Bakar dan Kadi Yusof. Maulana Abu Bakar membawa kitab agama “Dur Al Manzum” sebagai panduan dalam mengajarkan ilmu agama. Sultan menitahkan Maulana Abu Bakar membawa kitab yang membincangkan tentang Zat, Sifat dan Af’al ini ke Pasai untuk diterjemahkan. Hal ini lakukan bagi memudahkan memahami ilmu-ilmu Islam yang terkandung dalam kitab itu.(Yahya Abu


Bakar, 1983:37-38; Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam, Muhammad Anas Ibrahim dan Mohd Khairi Ismail, 2021:72)


Selain itu, baginda juga mengarahkan pembinaan masjid berdekatan dengan istana baginda. (Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam, Muhammad Anas Ibrahim dan Mohd Khairi Ismail, 2021:73) Maka apabila azan berkumandang, baginda dan masyarakat Islam lainnya termasuk para pedagang boleh menunaikan sembahyang fardhu dengan lebih mudah. Masjid ini telah menjadi mercu tanda keagungan Islam di Melaka. Oleh itu Sultan Mansur Shah sebagai penguasa tertinggi dan sekaligus Ketua Agama Islam Melaka adalah seorang raja Melayu yang amat mengambil berat terhadap perkembangan agama Islam.


Selain sultan, pembesar Melaka seperti Bendahara juga menjadi tunggak kepada penyebaran Islam di Melaka dan Alam Melayu. Ia boleh dilihat peranan yang dimainkan oleh Tun Perak yang banyak menabur jasa dalam menyebarkan Islam menerusi perluasan kuasa politik, perdagangan dan juga dorongan kedatangan para ulama ke Melaka. Selain Tun Perak, Tun Mutahir juga tergolong sebagai Bendahara Melaka yang berkarisma. Beliau seorang pemimpin Melaka yang adil, pemurah dan melihara segala dagang seperti dicatat oleh Sejarah Melayu. Di zaman kepimpinannya Melaka berkembang maju dan memiliki sumber pendapatan yang tinggi. Menurut catatan Tom Pires sewaktu Tun Mutahir menjadi Bendahara kegiatan perdagangan begitu pesat hingga dalam satu masa terdapat 4000 orang pedagang di Melaka. Dari jumlah ini 1000 orang pedagang datang daripada Gujerat India. Oleh yang demikian dengan peranan berkembar yang dilakukan oleh sultan dan Bendahara ini telah menjadikan Melaka sebagai salah satu pusat penyebaran Islam yang terpenting di Alam Melayu. (D.G.E Hall, 1996: 196; Awg Asbol Haji Mail & Ampuan Brahim, 2019:4)


RAJA DAN KEADILAN

Apabila Islam menjadi pegangan berbangsa dan bernegara bagi raja-raja Melayu, maka mereka tidak boleh terpisah dengan apa yang telah diaturkan dan diajarkan oleh oleh agama. Dalam hubungan ini Dato’ Dr Siddiq Fadzil (1993: 10) berpendapat bahawa raja Melayu yang memang mempunyai kedaulatan dalam pemerintahan mestilah menjadi penegak keadilan sebagaimana pandangan beliau berikut:


“Setiap raja yang menaiki takhta diminta menyatakan komitmennya untuk memerintah dengan seadil-adilnya menerusi lafaz sumpah dengan nama Allah- Wa Llahi, Wa ni Llahi, wa ta Llahi” (Siddiq Fadzil, 1993:10)


Dalam hal ini jelaslah pengaruh Islam telah menjadikan sistem pemerintahan raja-raja Melayu sebagai ‘pewaris khalifah di bumi Allah’ di Alam Melayu. (Ahmad Jama’ Amin Yang, Mohd Samsudin dan Izuan Razali, 2016: 67). Ia wujud seperti di Brunei, Melaka, Perak, Aceh, Patani, Sambas, Sulu dan Mataram. Bagi Kesultanan Brunei, konsep Khalifah Allah jelas tertara pada teks Terasul ketika Majlis Penabalan sultan yang baharu atau Majlis Berpuspa. Hal ini boleh dilihat pada kandungan Terasul berikut:


“Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi raja dalam Negeri Brunei ini Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi junjungan rakyat Negeri Brunei ini Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi pemimpin rakyat Negeri Brunei ini Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi penaung rakyat Negeri Brunei ini Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi turus tunggak Negeri Brunei ini

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi Yang Dipertuan bagi negeri Brunei ini Mudah-mudahan Bawah Duli Tuanku kekal karar di atas singgahsana Kerajaan Brunei turun temurun memerintah dan memimpin rakyat Negeri Brunei Darussalam. Amin ya raabal alamin. (P.M. Yusuf, 1958: 21-22)


Setakat ini teks terasul ini belum ada kajian mendalam mengenainya bila dan siapakah yang mula-mula memakainya, tetapi menurut P.M. Yusuf, teks ini telah pun digunakan secara turun temurun oleh Kesultanan Brunei. Bersandarkan dari pendapat ini bolehlah dipercayai bahawa teks ini bukanlah satu yang baharu, ia boleh dikatakan satu teks tradisional yang telah diwarisi oleh Kesultanan Brunei sekian lama, lagipun teks terasul ini peranannya berkait rapat dalam istiadat berpuspa. Ia adalah satu majlis penting yang bagi mengesahkan kedaulatan seorang sultan sebagai pemerintah Brunei tertinggi dengan gelaran Yang Dipertuan yang biasanya diadakan setiap kali pertabalan seorang sultan yang baharu. Oleh itu bolehlah dikatakan penggunaan teks terasul ini sudah lama berlaku dan berlanjutkan hingga kini. (F.O. 12/14; P.M. Yusuf, 1975:43: Ranjit Singh 2000: 63)


Sungguhpun dalam teks terasul ini tidak menyentuh secara langsung mengenai Sultan Brunei sebagai Khalifah Allah, Bayangan Allah di bumi namun apa yang tersirat dalam teks terasul sudah cukup jelas memberikan gambaran yang Sultan Brunei adalah Khalifah Allah atau Wakil Allah di dunia ini. Hal ini boleh dilihat apabila teks ini menyatakan yang Sultan Brunei menjadi


kepala negara adalah atas kehendak Allah, bukan atas kehendak dirinya yang boleh diinterpretasikan Allah telah mentakdirkan dan memilih Sultan Brunei sebagai pemerintah tertinggi Brunei.

Dalam teks terasul ini juga mengandungi nilai-nilai falsafah politik dan kerajaan yang menekankan bahawa lantikan sebagai Sultan adalah tanggungjawab yang amat berat. Sultan meskipun menjadi kuasa tertinggi negara tidak boleh menggunakan kuasanya sewenang- wenangnya, segala tindak tanduk baginda mestilah berlandaskan ajaran Al Quran dan Sunnah Nabi seperti mana pandangan Dato’ Dr. Siddiq Fadzil di atas. Jika sultan itu adil, maka baginya pahala dan wajib bagi rakyat untuk berterima kasih. Kalau sultan yang adil mendapat pahala maka jika baginda bersifat zalim dan tidak adil maka baginda juga akan mendapat dosa. Oleh yang demikian mana-mana kepercayaan atau agama memang terdapat prinsip yang tidak membenarkan ketidakadilan mengotori penggunaan kuasa, apatah lagi jika ia dilihat dalam kerangka Islam. (Pehin Haji Mohd Jamil Al Sufri, 1996 : 4 ; Abdul Karim Zaidan, 2000 :3)


Begitu juga dalam Kesultanan Perak, sultan-sultannya juga dianggap Khalifah Allah yang boleh dilihat dalam Hikayat Misa Melayu terhadap gelaran Paduka Seri Sultan, ‘Ala al-Din’, Mansur Al Shah Iskandar sebagai Khalifah al Rahim. Gelaran ini diberikan kerana pemerintahan sultan- sultan Perak penuh dengan ciri-ciri keadilan, kemurahan keamanan dan kesenangan seisi negeri. (Raja Chulan. 2015: xxii-xxiv)


Oleh itu bagi Dato’ Dr Siddiq Fadzil, institusi raja-raja Melayu bukan sahaja sebagai penaung berdaulat semata-mata tetapi raja juga perlu bertanggungjawab dalam mempertahankan perpaduan dan keamanan negara di samping keadilan yang tidak boleh dijual beli. Beliau berpendapat sebagai kuasa tertinggi yang dianggap sebagai Bayang-bayang Allah di muka bumi, raja-raja Melayu perlu memberikan perlindungan kepada rakyat mereka. Tindak tanduk sultan- sultan tidak boleh melangkaui aturan yang terpapar semasa mengangkat sumpah yang mengakui untuk melaksanakan pemerintahan seadil-adilnya. Menurut Dato’ Dr Siddiq Fadzil lagi, Islam sentiasa menganggap manusia adalah sama di hadapan undang-undang. Amalan membeza- bezakan antara golongan atasan dan bawahan dalam soal hukum tidak mampu menciptakan ketertipan dan kedamaian. (Dato’ Dr Siddiq Fadzil, 1993: 3)


Pandangan ini memang tepat kerana apabila seorang raja Melayu tidak menunjukan ciri-ciri keadilan dalam kedaulatan pemerintahannya pasti tidak akan dapat menciptakan kedamaian atau


kemanan kerana ia akan mendapat tentangan dan bangkangan dari rakyat. Tentangan mungkin dalam bentuk kritikan melalui tulisan mahupun bangun mengangkat senjata.


Krtikan terhadap raja Melayu yang tidak adil boleh dilihat dalam paparan Dato’ Dr Siddiq Fadzil ke atas karya Raja Ali Haji dalam kitabnya Thamarat al-Mahammah yang memprotes perilaku rajanya yang anarkis dengan mengatakan seorang raja yang memegang kuasa bukanlah tiket untuknya berbuat sesuka hati tanpa mengendahkan hukuman halal haram dan dosa dan pahala kerana memenuhi kehendak nafsunya. Inilah yang menyebabkan rakyat merasa marah dan enggan lagi taat setia kepada raja. (Dato’ Dr Siddiq Fadzil, 1993: 3).


Kritikan terhadap raja-raja Melayu juga pernah dilontarkan oleh Abdullah Munsyi yang berkawan rapat dengan pihak British pada akhir abad ke-19. Beliau mengatakan raja-raja pada masa itu bersifat zalim dan menindas. Beliau melihat pemerintahan raja-raja Melayu tidak sebaik British yang diagung-agungkan baik dan maju. (Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 2004: 204-205) Sungguhpun kritikan ini yang boleh dianggap mewakili suara rakyat ini tidak memberi bekas kepada kedaulatan seseorang raja Melayu kerana maklumat ini tidak tersebar secara meluas dan tidak mempunyai pendokong yang ramai, namun di zaman moden ini suara-suara rakyat yang disertai oleh para pejuangnya yang inginkan pemerintahan yang adil boleh didapati dalam media- media massa dan mudah tersebar. Bagaimanapun bagi Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, suara-suara rakyat mendambakan keadilan dan perubahan ini mesti dilandasi oleh langkah-langkah yang bijaksana, jika tidak pejuang suara rakyat akan kecundang dan tidak membawa makna apa-apa, sepertimana pandangan beliau berikut:


“Para penyuara aspirasi umat telah melaksanakan misinya dengan penuh tanggungjawab, bukan sekadar melepas geram dan dendam. Mereka cukup sedar bahawa kemungkaran harus ditentang, tetapi caranya harus cukup bijaksana dan penuh perhitungan, jangan sampai mengakibatkan padah yang lebih parah” (Dr.Siddiq Fadzil, 1993: 31-32)


Sementara itu apabila rakyat mengadakan bantahan dalam bentuk mengangkat senjata terhadap raja yang tidak adil sudah pasti mencetuskan huruhara dalam negara. Ini menjadikan bukan sahaja kehidupan rakyat terjejas tetapi juga boleh menjejaskan kuasa politik dan kedaulatan raja baik jangka pendek mahupun dalam jangka panjang. Ia boleh dilihat dalam rakaman sejarah Alam Melayu sebagaimana yang berlaku dalam Kesultanan Brunei dalam isu Pengiran Bendahara Sakam semasa pemerintahan Sultan Saiful Rizal, Perang Saudara Kedua antara Sultan


Muhammad Alam (1826-1828) dengan Sultan Omar Ali Saifuddin II (1825-1852) pada tahun 1828 dan pemberontakan Sarawak Asal pada tahun 1835.


Ketidakadilan ini pernah terjadi semasa pemerintahan Sultan Saiful Rijal (1533-1581) yang berkaitan dengan isu Pengiran Bendahara Sakam. Sultan telah mengampunkan Pengiran Bendahara Sakam meskipun beliau didapati bersalah dalam kes melarikan anak perempuan Pengiran Seri Lela ketika bersanding dengan anak lelaki Pengiran Seri Ratna. (Faraihana Anchong dan Haji Awang Asbol Haji Mail, 2020: 35)


Tindakan ini bertentangan dengan tanggungjawab raja sebagai pemerintah yang berlaku adil. Bagaimanapun dalam konteks tradisi Melayu konsep daulat dan derhaka, raja Brunei adalah kuasa tertinggi negara dalam mana keputusannya tidak boleh dibantah sebagai lambang kedaulatannya. Bagaimanapun pengampunan tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna hingga mereka meminta bantuan daripada Francisco de Sande, Gabenor General Sepanyol di Manila untuk menyerang Brunei. Permintaan ini disambut baik oleh beliau kerana pihak Sepanyol sememangnya ingin menakluki Brunei dan menjadikan Brunei sebagai pusat perdagangan dan menyebarkan agama Kristian. Oleh itu, pada 14 April 1578, Francisco de Sande telah menyerang pusat pemerintahan Brunei dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Kastila. Dalam pertempuran ini, Brunei telah tewas tetapi penaklukan ini tidak berlangsung lama kerana orang-orang Sepanyol telah dapat ditewaskan oleh pahlawan-pahlawan Brunei yang diketuai oleh Pengiran Bendahara Sakam seperti dijelaskan di atas. (Faraihana Anchong & Haji Awang Asbol Haji Mail, 2020: 35)


Sungguhpun serangan Sepanyol ini tidak mampu mengugat keutuhan daulat Kesultanan Brunei, namun apabila berlaku ketidakadilan terhadap perdagangan antimoni Sarawak Asal pada abad ke-19, ia telah mencetuskan pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan pada tahun 1835. Mereka tidak berpuashati dengan tindakan Pengiran Shah Bandar Muhammad Salleh selaku gabenor Sarawak Asal pada masa itu menonopoli perdagangan bahan tersebut yang menyebabkan mereka kehilangan pendapatan. Bahan ini memang memberikan sumber kewangan lumayan kepada ketua-ketua tempatan sebelum ini kerana mendapat pasaran di Singapura. Dari segi undang- undang pemilikan wilayah, tindakan Pengiran ini tepat kerana Sarawak Asal berstatus “Sungai Kerajaan” yang menjadi milik raja yang memerintah.1(Peter Leys, 1968: 119-121; D.E Brown,


1 Dalam sistem pentadbiran wilayah Kesultanan Brunei tradisional, ia dibahagikan kepada tiga status wilayah yang dikenali sebagai Sungai Kerajaan, Sungai Kuripan dan Sungai Tulin. Wilayah Sungai Kerajaan dimiliki oleh sultan


1974:158) Pemberontakan ini tidak dapat diselesaikan meskipun Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim dihantar. Ia hanya dapat ditamatkan dengan bantuan James Brooke pada tahun 1840. Sebagai ganjaran bantuan ini James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak Asal. Di sinilah bermulanya kejatuhan wilayah Brunei pada abad ke-19 ke tangan kuasa British. (D.S Ranjit Singh, 1991:48-49)


Isu ketidakadilan raja Melayu juga tercerna dalam Kesultanan Melaka apabila Sultan Mahmud Syah (1488-1511) melanggar amanah atau wa’adat daulat seorang raja disebabkan oleh kepentingan diri sendiri. Baginda telah bertindak zalim dengan membunuh kesemua keluarga Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir disebabkan baginda terkilan tidak dapat memperisterikan puteri bendahara, Tun Fatimah. (Norazimah Zakaria, 2005: 328) Sebelum peristiwa ini, Raja Iskandar Syah pemerintah Singapura juga berbuat zalim apabila baginda menjatuhi hukuman mati ke atas gundik baginda anak perempuan Sang Rajuna Tapa. Sedangkan hukuman ini tidak layak dilakukan kerana baginda hanya mendengar fitnah. Gundik ini dihukum dengan cara yang memalukan dengan disula satu kawasan dikenali sebagai di hujung pasir. (An Outline of the Malay Annals, 1938:81)


Perbuatan tidak adil ini ternyata telah meninggalkan bekas kepada kedua-dua raja ini apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Sementara itu Singapura berjaya dikalahkan oleh Majapahit setelah Sang Raja Tapa membuka pintu kota negeri ini. (Haron Daud, 1989: 133) Oleh yang demikian, jelaslah dalam rakaman sejarah Alam Melayu bahawa seseorang raja yang tidak adil sebagai raja yang berdaulat akan menerima pembalasan yang setimpal hingga membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan. Selain itu raja Melayu yang tidak adil juga boleh mencetuskan tentangan keras dari rakyat hingga kehormatan dan kemuliaan raja tercemar. Dalam hubungan ini Dato’ Dr Siddiq Fadzil dalam kajiannya Tradisi Kesultanan Perspektif Islam (1993: 10) telah menekankan slogan ‘raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah’. Peristiwa seperti ini berlaku dalam era pemerintahan Sultan Mansur Syah apabila baginda menjatuhi hukumana mati secara terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu ke atas Hang Tuah. Beliau telah difitnah oleh Pateh Kerma Wijaya


yang sedang memerintah, sementara itu wilayah Sungai Kuripan dilmiliki oleh wazir yang terdiri dari Pengiran Bendahara, Pengiran Pemancha, Pengiran Digadong dan Pengiran Temanggong. Wilayah-wilayah ini dimiliki hanya berdasarkan jawatan dan tidak boleh diwariskan. Manakala itu Sungai Tulin boleh dipunyai oleh sultan, para pembesar dan golongan pengiran. Ia boleh diwariskan kepada keturunan berikut. Para pemilik wilayah mempunyai hak untuk melantik ketua wilayah, mengutip cukai, berniaga, menjaga keamanan dan menjatuhkan hukuman selain hukuman mati.


bermukah dengan dayang-dayang diraja. Sedangkan perkara ini tidak benar. Oleh itu dengan perasaan setia kawan yang mendalam menyebabkan Hang Jebat, sahabat Hang Tuah telah memecahkan benteng ‘pantang Melayu menderhaka’ Hang Jebat telah mengamuk dan menawan istana Sultan Mansur Syah hingga baginda terpaksa lari meninggalkan istana. Maknanya dalam rakaman sejarah Alam Melayu, rakyat sanggup dan bersedia membelakangi konsep kedaulatan raja dan sanggup menderhaka kepada raja, sungguhpun ia adalah Khalifah Allah di muka bumi, jika seorang raja itu berlaku tidak adil. (Haron Daud, 1989: 133). Dari peristiwa-peristiwa di atas jelas pendapat Dato’ Dr Siddiq Fadzil tentang perlunya raja bersifat adil untuk mengwujudkan keharmonian memang tepat dan bersesuaian bahkan ia masih boleh dipakai hingga kini. Meskipun sebahagian penduduk Alam Melayu sudah mengamalkan pemerintahan demokrasi yang diimpot dari Barat, namun jika pemimpin yang menggantikan raja tidak menunjukkan keadilan dalam pemerintahan ia pasti tumbang oleh kebangkitan rakyat.

 

Namun untuk mencipta keadilan dalam daulat pemerintahan raja-raja Melayu bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan kerana kekebalan raja-raja Melayu dari segi undang-undang sudah menjadi tradisi dan budaya dalam masyarakat Alam Melayu. Ia juga sering dipengaruhi oleh rasa kekeluargaan dan juga kepentingan persendirian. Hal ini boleh dilihat di awal kemunculan Tun Perak dalam pentadbiran Kesultanan Melaka. Beliau sepatutnya berhak untuk menyandang jawatan Bendahara yang keempat selepas kematian bapanya Bendahara Seri Wak Raja. Akan tetapi disebabkan pergolakan politik di Melaka, maka beliau disingkirkan dan hanya dilantik sebagai penghulu di daerah Kelang sahaja. Bagaimanapun, beliau tetap menerima jawatan ini dengan hati yang terbuka tanpa melakukan penderhakaan kepada Sultan Melaka. Jawatan Bendahara ini telah disandang oleh Tun Ali dan kemudiannya melantik anak saudaranya, Raja Kassim sebagai Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah (1446- 1456). (Haji Abdullah Ishak, 1990: 104) Dari peristiwa ini dapat digambarkan bahawa Tun Perak tetap akur dengan titah sultan walaupun jawatan ini memang layak untuknya. Oleh yang demikian, Tun Perak adalah seorang rakyat yang taat setia kepada raja yang memegang teguh kata-kata ‘Pantang Anak Melayu Menderhaka’.


Begitu juga apabila Tun Perak menjadi Bendahara Melaka, anak beliau, Tun Besar telah dibunuh oleh Raja Muhammad, Putera Mahkota Melaka. Tragedi berlaku apabila dastar Raja Muhammad terjatuh ke tanah terkena bola raga yang ditendang oleh Tun Besar. Bagaimanapun Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak mahu menderhaka kepada raja biarpun anak buah


beliau ingin membalas dendam. Sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, “…hamba Melayu tidak pernah durhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini.” (Siddiq Fadzil, 1993:1) Bagaimanapun Sultan Mansur Syah tidak menyebelahi puteranya yang telah melakukan jenayah ini dengan memerintahkan untuk ia dibawa ke Pahang. Tindakan ini sekurang- kurangnya meredakan kemarahan Bendahara Paduka Raja Tun Perak dan keluarganya biarpun hukuman ini kurang setimpal.


Namun tidak pula dinafikan memang ramai raja-raja Melayu yang melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan. Bagi Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, pemerintahan seperti ini boleh membawa rahmat kepada negara apabila ketertipan dan kedamaian dapat dicapai. Hal ini terbukti dalam catatan sejarah. Dalam sejarah Kesultanan Brunei, pemerintahan Sultan Muhammad Hasan (1582-1598) adalah dianggap raja yang adil apabila baginda menghukum mati mertua baginda sendiri dan sebilangan daripada pembesar yang ingin menderhaka. (Farahaina Anchong & Haji Awang Asbol Haji Mail, 2020: 34) Jelas bahawa Sultan Muhammad Hassan seorang sultan yang adil dengan tidak pilih bulu walaupun kepada bapa mertua baginda sendiri dan juga para pembesar baginda.


Peristiwa yang sama juga berlaku dalam era pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852-1885), baginda telah menjatuhi hukuman mati ke atas penjenayah bernama Maidin iaitu anak kepada pembesar kesayangan baginda. Maidin telah melakukan beberapa jenayah seperti merompak, merampas harta benda dan membunuh beberapa orang pedagang yang berulang-alik dari Labuan ke Brunei. (W.H Treacher, 1889:41) Walau bagaimanapun, hukuman tetap dijalankan ke atas Maidin. Oleh itu, hukuman yang dijatuhkan telah memberikan gambaran bahawa Sultan Abdul Momin telah melaksanakan hukuman secara adil tanpa mengira orang dan taraf kedudukan. Sesiapa sahaja yang melakukan jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.


Manakala itu ciri-ciri keadilan raja Brunei juga boleh dilihat ke atas Sultan Muhammad Ali (1660-1661), apabila putera baginda Pengiran Muhammad Alam membunuh anak Pengiran Bendahara Abdul Mubin setelah tewas dalam perlawanan bersabung ayam. Pengiran Bendahara mengamuk mahu membunuh Pengiran Muhammad Alam, namun beliau berjaya melarikan diri. Bagi menggelakkan pertumpahan berterusan, maka Sultan Muhammad Ali rela menjadi gelang ganti lalu dihukum mati oleh Pengiran Bendahara. Ternyata Sultan Muhammad Ali adalah seorang sultan yang adil apabila rela mengantikan tempat puteranya untuk dihukum. (P.L.Amin


Sweeney, 1968:57-58) . Kalau Sultan Muhammad Ali bersedia mati kerana puteranya ternyata tetapi Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Aceh pula sanggup menjatuhkan hukuman mati pada putera baginda. Hukuman ini dijatuhi setelah baginda mendapati putera baginda melalukan kesalahan fatal apabila berasmara dengan isteri salah sorang pembesar Aceh. (M.C Ricklefs, 1991: 52-53) Oleh itu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam boleh dianggap seorang raja Melayu yang adil.


Bagaimanapun dalam sejarah Brunei tidak semua penjenayah dihukum berdasarkan perbuatan mereka, ada juga akan diberikan pengampunan. Ini menunjukan bagaimana tingginya daulat seorang raja Melayu dalam menjunjung kedaulatan undang-undang negeri. Hal ini boleh dilihat semasa pemerintahan Sultan Hashim (1885-1906), baginda telah mengampunkan seorang penjenayah bernama Abdul Latif yang sepatutnya dijatuhkan hukuman mati. Baginda memberikan pengampunan disebabkan baginda terpesona dengan irama seruling yang digubah dan dimainkan oleh beliau ketika di dalam penjara. Oleh itu apabila beliau ini dibebaskan, Abdul Latif kemudiannya telah dilantik menjadi peniup serunai bagi majlis beradat istiadat diraja Brunei dan irama seruling ini telah menjadi sebahagian daripada irama serunai naubat dan gendang jaga-jaga yang dikenali sebagai Rampak Sangga Bunuh. (Haji Mohd Jamil Al-Sufri, 2002:39; Haji Asbol Haji Mail, 2011:74)


Apabila raja-raja Melayu menunjukkan ciri-ciri keadilan dalam daulat pemerintahannya, pada biasanya kerajaan itu akan mencapai kegemilangan, baik dari segi ekonomi mahupun politik. Hal ini boleh dilihat dalam Kesultanan Brunei di zaman pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524). Kesultanan Brunei menjadi sebuah negara yang kuat yang menguasai sebahagian besar Pulau Borneo, Tawi-Tawi sehingga Saludang (Manila). (Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah and Sabullah Hj Hakip, 1995:4; Mohd Jamil Al-Sufri, 1997:23) Keagungan pemerintahan Sultan Bolkiah semakin terselah apabila baginda berjaya menguasai sebahagian besar Pulau Borneo termasuk wilayah Sambas, Kota Waringin, Banjarmasin, Pasir, Kutai dan Bolongan. Baginda juga menguasai Pulau-Pulau Suluk, Palawan, Keramian hingga Saludang (Luzon) iaitu daerah- daerah yang sekarang dikenali dengan nama Filipina. (Mohd Jamil Al-Sufri, 1997:27)


Begitu juga semasa pemerintahan Sultan Hassan (1582-1598), baginda adalah raja yang adil hingga dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota (1607-1636) Acheh. (Mohd Jamil Al-Sufri, 1992: xli). Ekoran keadilannya inilah kedaulatan pemerintahan Sultan Hassan berada dalam keadaan mantap hingga jajahan  Brunei


meluas meliputi negeri-negeri di barat laut dan timur laut Borneo serta Pulau-Pulau Sulu, Mindanao dan beberapa buah pulau di selatan Kepulauan Filipina. Sempadan Empayar Brunei di barat laut Borneo terletak di Tanjong Dato bersempadan dengan Sambas. Manakala di timur laut Borneo sempadan Empayar Brunei terletak di wilayah Bolongan. ( Haji Abd Karim Haji Abdul Rahman. 2008:40)


Hal yang sama juga berlaku semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) Melaka apabila baginda dikategorikan sebagai seorang raja yang adil dan paling lama memerintah. Keadilan yang menjadi dasar kedaulatan pemerintahan baginda telah menjana kesejahteraan negeri Melaka apabila rakyat tidak segan untuk menumpahkan ketaatan kepada raja tanpa berbelah bahagi. (Zabir Usman. 1982:17). Sifat raja berdaulat yang adil ini diwarisi oleh Sultan Muzzafar Shah hingga empayar Melaka berkembang ke Pahang, Terengganu, Kedah, Patani, Johor, Kelantan, Kampar, Siak, Rokan, Inderagiri, Siantan, Kepulauan Riau Lingga dan Jambi. (Mohd Jamil Mukmin, 2004:198)


Keadilan pemerintahan juga berlaku di Aceh dan Mataram sehingga kedua-dua kerajaan ini mencapai zaman keagungan. Aceh mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam apabila wilayah negara ini meluas dengan kekuatan politik. Pada ketika inilah juga ekonomi Aceh berkembang kerana banyak para pedagang yang datang bukan sahaja dari rantau ini bahkan dari negara-negara Barat untuk berdagang di pelabuhannya. Sementara itu kerajaan-kerajaan Islam di Jawa seperti Demak dan Mataram juga pernah mencapai zaman gemilang. Demak mencapai kegemilangan semasa di bawah pemerintahan Raden Patah (1500-1518) dan Mataram semasa pemerintahan Sultan Agung (1613-1645) Kedua- dua kerajaan telah berjaya meluaskan jajahanya yang sekaligus memberikan keuntungan dari segi ekonominya. (Dr.Ismail Hamid, 1986: 123, 132, 134)


INTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN PERUBAHAN

Dalam melaksanakan dan mengukuhkan kedaulatan raja-raja Melayu, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil juga berpendapat bahawa institusi raja-raja Melayu bukanlah suatu yang beku, ia perlu berubah dan harus berubah sesuai dengan keperluan zaman dan lingkungannya. Peristiwa sejarah silam boleh diambil iktibar apabila masyarakat Alam Melayu apha dengan pemodenan dan perubahan yang berlaku di dunia Barat. Ekoran tamadun mereka yang tinggi inilah ia mudah menguasai dan menjajah Alam Melayu. Abdullah Munshi sendiri pernah mengkritik raja-raja Melayu yang tidak

mahu mengikuti pemodenan yang dibawa oleh British. Beliau berpendapat pemodenan ini penting untuk membangun negara ke arah yang lebih maju.(Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 2044:204)


Pandangan tentang perubahan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil ini memang selaras dengan apa yang berlaku di Brunei dan Malaysia. Bagi Brunei, raja adalah ketua negara yang mempunyai kuasa mutlak. Sungguhpun rakyat belum berpeluang memilih jawatan Perdana Menteri melalui pilihan raya. Bagaimanapun Brunei di bawah pimpinan raja memang mengambil langkah untuk terus berubah sesuai dengan perubahan zaman lebih-lebih dalam berhadapan dengan cabaran revolusi tekonologi maklumat yang sukar diramal kesan pengaruhnya dan perkembanganya. Di bawah sistem pemerintahan beraja Brunei terus menikmati kesejahteraan hingga kini. Sementara itu institusi raja berperlembagaan diamalkan di Malaysia dengan rakyat dibenarkan memilih Perdana Menteri dan kabinetnya yang akan mentadbir negara melalui pilihan raya. Namun setiap perubahan menurut Dato’ Dr. Siddiq Fadzil mestilah berteras ajaran Islam bukan sahaja bagi mencapai keadilan yang mapan, jika tidak sukar untuk melahirkan pemimpin yang amanah dan jujur. Andainya negara ketandusan pemimpin seperti ini sudah tentu negara akan kecundang dan kehidupan rakyat akan merana dan menderita sebagaimana yang berlaku di zaman silam pemerintahan di Alam Melayu dan peristiwa terkini dalam abad ke-21. Sebagaimana pandangan beliau berikut:


“Namun keunggulan hakiki ini hanya dapat diraih lewat agenda pembinaan watak bangsa berasaskan nilai kemakrufan. Untuk itu bangsa harus kembali mengakar pada tradisi Islam. Tradisi Islam yang telah berurat berakar dalam kebudayaan Melayu yang membentuk akal budi. Pengabaian terhadap dimensi keagamaan dan kebudayaan telah mengakibatkan krisis jati diri dan keruntuhan integriti. Yang terbudaya bukan nilai-nilai murni, tetapi amalan keji seperti rasuah dan pecah amanah” (Ahmad Nabil Amir, 2019 :103-104)


Pandangan perubahan berlandaskan ajaran Islam sebagaimana yang dilontarkan oleh Dato Dr. Siddiq Fadzil memang telah berlaku di Negara Brunei Darussalam sejak pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (1950-1967) lagi. Apabila Brunei mencapai kemerdekaan padaa tahun 1984, perubahan berlandaskan Islam telah menjadi legal apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zaddin Waddaulah telah mengisytiharkan bahawa Negara Brunei Darussalam dalam berbangsa dan bernegara akan memegang Konsep Melayu Islam Beraja sebagaimana pengisytiharan baginda berikut:

............ Dengan memasyurkan dan mengisytiharkan dengan nama Beta dan bagi

Pihak Diri Beta dan bagi pihak Penganti-penganti Beta dan bagi pihak rakyat Negara Brunei Darussalam bahawa mulai dari 1hb.Januari T.M. 1984 bersamaan dengan Tahun Yang Ke-Tujuh Belas Beta di atas Takhta Kerajaan Negara Brunei Darussalam adalah Dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala akan untuk selama- Lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja Yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah…      ” (Pehin Haji Mohd Jamil Al-Sufri 1992: 207)


Dengan pengisytiharkan konsep ini tidak bermakna Negara Brunei Darussalam berundur ke belakang dalam menanai kedaulatan negara ini sebagai sebuah negara merdeka, sebaliknya ia memang sudah serasi dengan suasana dan kehidupan rakyat negara ini yang terbukti memang sudah terlakar dalam sejarah negara. Malahan konsep Melayu Islam Beraja tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa pengisian yang padu sesuai dengan perubahan zaman. Hal ini boleh dilihat apabila tahap demi tahap konsep Melayu Islam Beraja diperkenalkan agar ia boleh diamalkan dalam kehidupan harian dengan mula diperkenalkan di peringkat pendidikan rendah, menengah hingga ke universiti. Kemudian ianya dilaratkan ke jabatan-jabatan kerajaan.

 

Selain itu nilai-nilai Islam yang luhur juga diperkenalkan dan menjadi undang-undang untuk dihayati oleh setiap lapisan rakyat. Antaranya penubuhan Bank Islam pada tahun 1991, menyekat hidangan arak dalam Penerbangan Diraja Brunei 1988 dan kelab-kelab Angkatan Bersenjata Diraja Brunei 1991 (Pehin Tuan Imam Abdul Aziz Juned, 1992:167) melarang kegiatan judi, menutup sementara kegiatan-kegiatan perniagaan semasa waktu sembahyang Fardhu Jumaat dan melaksanakan Undang-undang Islam pada tahun 2013. Pembangunan berkebajikan berlandaskan Islam juga dilaksanakan seperti pendidikan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma, pemedulian orang-orang yang berkeperluan dan rancangan perumahan mampu milik secara besar-besaran sejak merdeka. Selain itu juga kerajaan sentiasa perhatin ke atas kebajikan hidup rakyat apabila barang penting seperti minyak petrol dan diesel serta beras diberikan subsidi.


Pada realitinya kedaulatan pemerintahan beraja Brunei hingga kini berjaya mengwujudkan kesejahteraan kepada rakyatnya yang berbilang kaum dan bangsa. Ini bererti intitusi beraja juga boleh dan mampu membangun dan memberikan keharmonian kepada rakyat bukan sahaja sistem pemerintahan demokrasi. Malahan adakalanya sistem ini menimbulkan masalah kepada rakyat


apabila pemimpin yang menggantikan kepimpinan sistem beraja bersifat korup, tidak amanah, tidak jujur dan menyalahgunakan kuasa sebagaimana pandangan Dato’ Dr. Siddiq Fadzil. Dalam perubahan ini tidak hanya institusi beraja Melayu perlu berubah tetapi juga sikap rajin, kreatif dan ingin maju dalam kalangan rakyat juga perlu dilakukan agar dapat bersaing dengan kaum- kaum bukan Melayu dan di arena antarabangsa.

 

KESIMPULAN

Ketokohan dan pemikiran Dato’ Dr Siddiq Fadzil jelas terserlah apabila penulisan beliau kebanyakannya menjurus kepada isu Islam dan umat Melayu di Alam Melayu. Dalam memperkatakan kedaulatan raja-raja Melayu di rantau ini beliau dengan jelas menekankan, meskipun mereka dianggap sebagai Khalifah Allah di muka bumi, namun dalam melaksanakan kedaulatan pemerintahan keadilan dan tidak berbuat zalim perlu diutamakan dan dijunjung. Ini memang sesuai dengan ajaran agama Islam yang suci. Raja-raja Melayu yang melanggar ikrar untuk berlaku adil semasa majlis pertabalan pada kebiasaannya akan berhadapan dengan tentangan dan kritikan rakyat. Hal jelas terbukti dalam sejarah raja-raja di rantau ini sebagaimana yang berlaku ke atas kerajaan Brunei dan Melaka. Malahan pengganti sistem pemerintahan beraja dalam sistem demokrasi juga akan berhadapan dengan kebangkitan rakyat apabila pemimpinnya tidak adil. Menurut Dato’ Dr Siddiq Fadzil, raja-raja yang berjaya menjana keadilan dalam kedaulatan pemerintahannya akan mampu menciptakan kemanan, kedamaian hingga negara boleh mencapai kegemilangan. Hal ini sudah terbukti dalam catatan sejarah apabila Brunei, Melaka, Aceh, Patani dan Mataram berjaya mencapai kemuncak keagungan setelah raja-raja menjunjung keadilan. Oleh itu pemikiran Dato’ Dr Siddiq Fadzil tentang kedaulatan raja-raja Melayu tidak boleh dipisahkan dengan pemerintahan yang adil yang dicalak oleh ajaran Islam itu sendiri. Ianya penting kerana raja-raja adalah tempat rakyat dan penduduk untuk berlindung dan mendapat keharmonian. Raja yang adil sudah pasti dirahmati oleh Allah di dunia dan di akhirat. Apa yang jelasnya pemikiran Dato’ Dr. Siddiq Fadzil tentang kedaulatan raja-raja Melayu ini tidak hanya terpakai terhadap raja-raja di zaman tradisional bahkan masih laku dan akan terus laku hingga kini bukan sahaja terhadap kepimpinan raja itu sendiri tetapi juga pengganti-pengganti kuasa raja dalam bentuk pemerintahan demokrasi yang disadur dari Barat ini.


BIBLIOGRAFI

Buku

A. Aziz Deraman. 2021. Jati Diri Bangsa. Kota Bharu: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan


Dr Haji Zaini Bin Haji Ahmad. 2003. Brunei Merdeka: Sejarah Dan Budaya Politik. Bandar Seri Begawan: De’Imas Printing And Trading Company.


Dr. Ismail Hamid, 1986, Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu, Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn Bhd.


Farahaina Achong, Haji Awang Asbol Haji Mail, Nani Suryani Haji Abu Bakar dan Haji Tassim Haji Abu Bakar. 2021. Kesultanan Brunei dan Aceh Tradisional (Abad 14-19 Masihi): Perbandingan Sistem Pentadbiran dan Isu Politik. Bandar Seri Begawan: Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR).


Haji Abdullah Ishak. 1990. Islam di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu). Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam.


Haji Abd Karim Bin Haji Abdul Rahman. 2008. Keruntuhan Empayar Brunei KM 19: Satu Kajian Dari Sudut Ekonomi. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.


Haji Asbol Haji Mail. 2011. Kesultanan Melayu Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran.Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Haji Awang Asbol Haji Mail, Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah, Nani Suryani Haji Abu Bakar, Hajah Asiyah Az Zahra Haji Ahmad Kumpoh dan Haji Tassim Haji Abu Bakar. 2019. Melayu Islam Beraja, The Malay Islamic Monarchy In Negara Brunei Darussalam Prior to 1906: A Historical Study. Bandar Seri Begawan: Persatuan Sejarah Brunei.


Hall.D.G.H. 1996. History Of South East Asia. London: Macmillan & Co. Ltd.


Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ismail Hamid. 1988. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Mohd Dahlan Mansoer, 1979, Pengantar Sejarah Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara. Kuala Lumpur: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.


Pehin Haji Mohd Jamil Al-Sufri, 1992, Liku-Liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah


                                1997.  Tarsilah Brunei:                                Zaman                                Kegemilangan dan Kemasyhuran. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah Brunei.


                                2002. Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri.


Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Awang Juned. 1992. Islam Di Brunei: Zaman Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah.


Pengiran Dr Haji Mohammad Abd Rahman. 2011. Islam Di Brunei Darussalam: Zaman British (1774-1984). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Raja Chulan. 2015. Hikayat Misa Melayu. Shah Alam: Reka Cetak.


Ranjit Singh, D.S., Brunei 1839-1983: The Problem of Political Survival. Singapore: Oxford University Press, 1991 (reprinted)


                       The Making of Sabah 1865-1941 The Dynamics of Indigenous Society.Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000


Ricklefs, M.C, 1991, Sejarah Indonesia Moden, Yogyakarta: Gadjah Mada Univerity Press


Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah dan Sabullah Hj Hakip. 1995. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

Siddiq Fadzil. 1993. Tradisi Kesultanan: Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

 

              . 1998. Minda Melayu Baru. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

 

              . 2005. Pemerkasaan Bangsa Peranan Kepimpinan, Agama dan Budaya. PetalingJaya: Inmind.

 

Artikel

Ahamad Jama’ Amin Yang, Mohd Samsudin dan Izuan Razali. 2016. “Pemaknaan Kuasa Dalam Kepimpinan Politik Melayu di Malaysia: Suatu Interpretasi Sejarah” dlm International Journal of The Malay Civilisaton. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Ahmad Nabil Amir. 2019. “Dr Siddiq Fadzil dan Derap Perjuangannya” dlm. Borneo International Journal of Islamic Studies. Jakarta: Center for Research and Community Services of State Islamic Institute of Samarinda.


Amin Sweeney, P.L. (ed.), 1968, ‘Silsilah Raja-raja Berunai teks ‘A’.’ Journal of the Malaysian Branch Royal Asiatic Society. Vol.XLI Pt.2


Awg Asbol Haji Mail & Ampuan Brahim Ampuan Haji Tengah. 2019. “Pengiran Bendahara Brunei dan Bendahara Melaka: Satu Perbandingan Peranan dan Isu Daulat Derhaka” dlm. Sejarah & Rencam Warisan Alam Melayu, Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Johor.


Badlihisham Mohd Nasir. 2008. “Ketokohan dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadzil” dlm. Jurnal Usuluddin, Bil 27. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Bharuddin Che Pa, 2012. “Institusi Raja dan Peranannya Terhadap Penyebaran Islam Di Alam Melayu Nusantara” dlm. Jurnal of Humanities. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Brown D.E. 1974,  “Sultan Mumin’s Will and related Documents”, Brunei Museum Journal,Vol.III No.2


Faraihana Anchong & Haji Awang Asbol Haji Mail. 2020. “Kesultanan Brunei dan Aceh Tradisional, Abad Ke-14 hingga 19 Masihi: Satu Perbandingan Konsep Daulat dan Derhaka pada Era Pengaruh Islam” dlm. Susurgalur: Jurnal Kajian Sejarah dan Pendidikan Sejarah, Volume 8 (1). Jakarta: Minda Masagi Press.


Leys, Peter, 1968, “Observations on the Brunei Political System 1883-1885”, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS). Vol.XLI Pt.2


Norazimah Zakaria. 2005. “Sejarah Melayu: Sebuah Genre Sintesis Yang Baik Bagi Memenuhi Tuntutan Moral Islam Dan Aspek Pengawalan Politik” dlm. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16.Kuala Lumpur: Universiti Malaya


“An Outline of the Malay Annals (Shellabear’s edition, romanised, Singapore, 1909)” 1938 Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society. Vol.XVI Pt.3

 

P.M. Yusuf, 1975, “Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam” Brunei Museum Journal. Vol.IV No.3


Sabihah Osman, Muhammad Hadi Abdullah dan Sabullah Hj Hakip. 1995. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

Treacher, W, H. 1889. “British Borneo: Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo” dlm. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society XX, Part I


Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam, Muhammad Anas Ibrahim dan Mohd Khairi Ismail. 2021. “Kegemilangan Islam Melaka Di Bawah Dua Generasi Pemerintah (1445-1477)” dlm. Jurnal Melayu, Bil 20 (1). Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara.


Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 2004, “Penilaian Abdullah Munsyi Tentang Kemodenan yang dibawa oleh Pmerintah Kolonial British” dlm Jurnal Pengajian Melayu 14


Yahya Abu Bakar, 1983, “Melaka sebagai Pusat Islam Abad Ke XV Masihi” dlm. Sari, Jurnal Institusi Bahasa Kesuasteraan dan Kebudayaan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Jil.1 No.1


Zabir Usman. 1982. ‘Melaka: Pusat Perkembangan Islam Di Tenggara Asia’ dlm. Melaka dan Sejarahnya. Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia.


Kertas Kerja

Pg Dr Haji Mohammad Pg Haji Abd Rahman. 1994. “Peranan Sultan Dalam Perkembangan Islam Di Negara Brunei Darussalam” dlm. International Seminar on Brunei Malay Sultanate In Nusantara Proceedings Volume 1. Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Melayu Universiti Brunei Darussalam & Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah


Manuskrip

P.M. Yussof, 1958, “Manuskrip Adat Istiadat Negeri Brunei” Dokumen disimpan oleh Arkib Negara Brunei Darussalam.


FAIL FOREIGN OFFICE (F.O) BRITISH

From the Sultan of Brunei to Lieutenant Goocruor Scott, Brunei 29 Muharram 1269 (11 October 1852), F.O. 12/14


Tiada ulasan: