Ahad, 15 Oktober 2023

Resolusi Pertemuan Penyair Nusantara XII di Kuala Lumpur, Malaysia.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pertemuan Penyair Nusantara XII adalah pertemuan selanjut dari Pertemuan Penyair Nusantara XI di Kabupaten Kudus, Provinsi Jawa Timur, Indonesia.  Pertemuan Penyair Nusantara merupakan forum tahunan yang lahir dari Pertemuan Penyair Indonesia “The 1st International Poets Gathering” di Medan tahun 2007, diselenggarakan oleh Laboratorium Sastra Medan yang diketuai Afrion. Gagasan tentang perlunya forum tahunan tersebut pertama kali dikemukakan oleh pendiri Komunitas Sastra Indonesia (KSI) Ahmadun Yosi Herfanda dan Viddy AD Daery yang saat itu memimpin rapat dalam gathering.


Tujuan PPN antara lain agar ada forum bergilir yang mempertemukan para penyair se-Nusantara guna menjalin kerja sama kegiatan, pertukaran karya, dan berbagi informasi perkembangan sastra di negara masing-masing. Maka, pada hari itu, bersama para penyair empat negara yang hadir, dicanangkanlah forum tahunan yang diselenggarakan secara bergilir di lima negara, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Patani Selatan Thailand.


Pertemuan Penyair Nusantara XII diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Dan resolusi dari Pertemuan Penyair Nusantara XII adalah seperti berikut:



Pertemuan Penyair Nusantara XII bertemakan “Cinta, Luka, Damai” telah berlangsung di Kuala Lumpur selama tiga hari, bermula pada tarikh 13-15 Oktober 2023.  Pertemuan ini dianjurkan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, SHAPADU Group, serta sokongan daripada pelbagai pihak.  Seramai 247 peserta daripada lima buah negara telah menyertai PPN, iaitu dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara tuan rumah Malaysia. Menyedari bahawa genre puisi telah berkembang luas dan merakyat dalam ranah kesusasteraan seluruh masyarakat di gugusan Nusantara dan menyedari bahawa puisi menjadi wahana ekspresi estetika, pemikiran, sikap, pandangan dan suara hati pengarang, PPN XII mengesyorkan perkara yang berikut:


I.      Meneruskan acara PPN dengan memilih Jakarta sebagai tuan rumah pada 2025;

II.     Pada setiap acara PPN sekurang-kurangnya diterbitkan sebuah antologi puisi khusus PPN oleh tuan rumah;

III.    Menghormati hak kemerdekaan dan pemilikan warga Rempang, Palestine, dan di mana-mana sahaja demi kemanusiaan sejagat.

IV.    Penyertaan perlu dibuka kepada penulis dengan jumlah yang munasabah mengikut kemampuan tuan rumah;

V.     Para panitia PPN setiap negara perlu meraih sokongan dan dukungan daripada pihak pemerintah dan entiti korporat di negara masing-masing untuk mendanai kegiatan PPN;

VI.    Bagi memperluas penyebaran karya, teknologi digital perlu dimanfaatkan secara silang budaya dan negara;

VII.   Panitia PPN perlu menyediakan laman maya yang komunikatif secara khusus dan aktif bagi menggerakkan suasana pengkaryaan yang lebih kondusif, mencerdaskan pemikiran dan kreativiti;

VIII.   Merancang penyediaan dana pengiktirafan kepada karya dan penulis, di peringkat Nusantara;

IX.    Merancang usaha mewacanakan karya penulis secara lintas negara.


Resolusi disepakati dan disahkan oleh:




Tiada ulasan: