Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Saya ikut sama dalam acara Pertemuan Penyair Nusantara ke XII di Kuala Lumpur. Setelah mendaftar diri sebagai peserta acara di Hotel Grand Campell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Di ruang seminar ternampaklah poster penjualan buku “Cinta Agong Buku”. Itu biasa saja bagi saya akan nampaklah penjualan buku buku di sesebuah acara seminar baik sastra, puisi, kebudayaa. Tetapi setelah saya berbual dengan Sdr. Ferri Anugerah Makmur, pengarang buku “Cinta Agong Ibu”. Saya diberitahu isi kandung sebenar di dalam buku “Cinta Agong Ibu” itu. Buku ini sangat terkesan bagi diri saya. Dan InsyaAllah akan mengambil buku ini menjadi bahan contoh penulisan untuk kursus Bahasa dan sastra di Patani, Selatan Thailand.Dari
arecabooks.com
Pujian
untuk Buku Cinta Agung Ibu
YBhg.
Tan Sri Abu Taib Osman, Mantan Peguam Negara Malaysia
“You are a man of determination, know what you
want and work very hard to achieve your ambition.”
Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia
“Memberi pendapat, berkongsi pengalaman, mengimbas masa lampau dan merenung kemungkinan apa yang berlaku pada masa depan adalah antara kandungan buku yang dapat menambah kepada pengetahuan kita.”
Tun
Dr. Abdul Daim Zainuddin
“Biografi
ini adalah contoh teladan bagi setiap kita untuk menjadi pedoman hidup. Sarat
dengan nasihat dan pengalaman hidup yang berharga. Satu warisan yang perlu
diwasiatkan untuk generasi akan datang.”
Ramli
Ibrahim, Sutra Foundation
“Yang
jelas, Nusantara tampil sebagai sumber asas kepada beberapa budaya dan tradisi
sehingga ia menikmati kekayaan beraneka rupa identiti. Ferri adalah salah satu
daripada hasil ini.”
Tentang penulis (secara ringkas)
Ferri Anugerah Makmur merupakan personaliti pelbagai bakat: penulis, kolektor seni, pembawa acara, motivator, penghibur, restorasi otomobil klasik dan usahawan. Beliau lahir pada 14 Februari, 1962 di Bandung, Indonesia. Berhijrah ke Malaysia pada tahun 1968. Seorang pelajar berbakat di sekolah rendah dan menengah, beliau dianugerahkan Fellow Diploma of the Oxford Centre of Leadership UK. Pernah menganjurkan pameran-pameran seni seperti LIMA’97 Langkawi International Maritime Aerospace Art Exhibition, ‘The Journey Of Malaysian Art’ (anjuran Bersama APEC Business Summit), ‘Mystical Bali Art Exhibition’, Star Hill Art Gallery, ‘Adeputra, Chekri & Fatimah Chik International Art Exhibition di Tokyo (kolaborasi dengan Matrade) dan ‘Mat Dollah Art Exhibition, Mallorca & Madrid (kolaborasi dengan Kedutaan Malaysia di Sepanyol & Balai Senilukis Negara).
Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Vice President, Professional Leadership Certification, The Oxford Centre for Leadership, United Kingdom. Buku Cinta Agung Ibu merupakan karya sulung Ferri. Buku tersebut dilancar di Malaysia pada 8hb Mac, 2021 sempena Hari Wanita Sedunia oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Pengerusi BERNAMA ( Hotel Istana Kuala Lumpur).
Dari
Berita Harian
Ferri
abadikan Cinta Agung Ibu
Atas
nama cinta terhadap ibunda, penyanyi dan bekas pengacara popular era 1980-an,
Ferri Anugerah Makmur, 60, menghasilkan biografi berjudul Cinta Agung Ibu yang
menceritakan jerih perih dilalui insan tersayang itu dalam menempuh kehidupan.
Tambah menarik, kisah ibunya yang berdarah kacukan Tionghua dan Jawa, Allahyarham Siti Hadjirah Rusli, bakal dijadikan drama siri di Malaysia dan filem di Indonesia.
Bertemakan
kisah cinta sejati yang diperjuangkan biarpun terhalang akibat pelbagai
perbezaan, Ferri berkata, Cinta Agung Ibu adalah kisah kehidupan ibu yang
berlatar belakangkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam, sejak
era 1930-an.
"Cinta Agung Ibu adalah kisah ibu saya yang lahir sebagai seorang gadis yang miskin, dipaksa untuk memilih di antara Islam atau ibu yang melahirkannya.
"Maka
bergeloralah hidup ibu dan ayah sepanjang hayat. Tiada keselamatan hidup, apa
yang ada hanyalah kebahagiaan rohani," katanya pada sidang media
mengumumkan projek besar menerbitkan drama dan filem yang diadaptasikan daripada
buku Cinta Agung Ibu nukilannya di sini, baru-baru ini.
Ferri
terkenang ibu dan bapanya berdepan kesukaran memulakan hidup berumah tangga
akibat sukar mencari rezeki.
"Saya
juga melalui kesusahan itu selepas dilahirkan pada 1962.
"Ayah
meninggal pada 1979 dan ibu pergi pada 2000. Bayangkan, mereka terpisah selama
21 tahun dan kembali disatukan apabila ibu dikebumikan di bawah kaki ayah.
"Sedangkan,
ketika itu, tanah perkuburan itu sudah penuh... Di situlah hikmahnya. Walaupun
wanita ini sudah diseksa hidupnya tetapi Allah berikan syurga di dunia. Ini
membuktikan simbolik bahawa syurga isteri itu di bawah kaki suaminya,"
katanya.
Disebabkan
kisah ibu yang menyayat hati mendapat sambutan cukup memberangsangkan, timbul
idea untuk menterjemahkan naskhah itu dalam versi drama dan filem.
Ferri
sangat berterima kasih kerana didatangi ramai individu yang berbakat dari
Malaysia dan Indonesia untuk merealisasikan projek itu.
"Idea
ini datang daripada keinginan saya menulis. Ini janji saya kepada kedua-dua
orang tua kerana saya dilahirkan daripada keluarga susah.
"Ibu
beritahu lahir dalam kesusahan itu adalah suatu berkat, tetapi jangan sampai
meninggal dunia dalam keadaan susah.
"Modal
orang susah itu adalah keyakinan, ketaqwaan dan kerja kerasnya. Di sinilah saya
letakkan janji kepada arwah ibu dan ayah untuk menulis kisah kehidupan mereka
agar menjadi teladan.
Ferri
bersyukur pasaran memberi reaksi positif terhadap buku dihasilkannya.
"Apabila
saya terbitkan dalam bahasa Indonesia, pasaran di republik itu juga memberi
maklum balas yang baik. Dari situ timbullah idea kenapa tidak dijadikan filem.
Saya dilamar penulis skrip yang pernah memenangi anugerah, Jujur Prananto.
"Bukan
mudah hendak mendapatkan perhatian seorang penulis skrip dari Indonesia yang
pernah banyak anugerah. Jadi, saya rasa amat dihargai," katanya.
Ferri
berkata, dia juga didatangi penerbit muda berbakat besar, Adink Liwutang untuk
merealisasikan filem berkisar kisah ibu di Indonesia.
Tambahnya,
filem itu akan dihasilkan sebuah syarikat produksi Indonesia melalui penerbit,
Adink dengan skrip nukilan Jujur.
"Cadangan
judul filemnya adalah Dari Surau Cinta Itu Datang," katanya.
Ferri
berkata, Allah kemudian membuka pintu rezeki lagi apabila dipertemukan dengan
penulis lirik lagu yang pernah dirakamnya, Lutfi Ismail.
"Saya
diperkenalkan kepada penerbit Malaysia, Mohd Azrai Abd Rahman dan akhirnya,
terhasillah kesinambungan untuk menerbitkan drama.
"Drama
bersiri akan dihasilkan penerbit dari Syarikat Teccal Sdn Bhd, Mohd Azrai Abd
Rahman dan pengarah, Fairuz Loy," katanya.
Ferri
bangga buat kali pertama biografi diangkat dalam dua naskhah berbeza iaitu
drama dan filem.
"Bagi
saya, ini adalah suatu perkembangan positif apabila tayangan di Malaysia akan
menarik minat penonton di Indonesia untuk menyaksikan filemnya.
"Situasi
sebaliknya juga berlaku di mana jika 'meletup' di Indonesia, rakyat Malaysia
akan berminat untuk menontonnya.
"Saya
tidak menyangkal kemungkinan ada tiga bahagian untuk filem seperti filem
Hollywood, The Godfather. Namun, semua itu bergantung kepada bajet. Jika ada
bajet, kita akan buat sesuatu yang besar," katanya.
Antara
lain, Cinta Agung Ibu berkisar seorang gadis beragama Buddha keturunan Jawa-Tionghua
yang nekad menukar agama demi menikahi perantau Muslim berasal dari tanah
Minang.
Namun,
hubungan mereka terhalang dek perbezaan suku dan agama serta nasib buruk akibat
kutukan orang tua sendiri.
Perjalanan
cinta mereka yang tidak mendapat restu orang tua akibat perbezaan agama, budaya
dan bahasa ini memulakan suatu fenomena hidup yang amat bergelora.
Atas
dasar cinta yang agung, ibu Ferri sanggup lari dari rumah meninggalkan
keluarga, agama, bahasa dan budayanya.
Namun,
sumpahan ibu kandung yang melahirkan membawa klimaks perjalanan hidup yang
sangat bergelora bagi dirinya dan suami.
Bagi
Ferri, kisah dipaparkan dianggap suatu penceritaan yang mampu membawa air mata
dan teladan kepada penonton.
Berkongsi
mengenai perkembangan seni, Ferri mengakui beliau masih aktif.
Ketika
ini, beliau memberi tumpuan kepada projek drama dan filem arwah ibunya dan perniagaan
diusahakan termasuk kegiatan pertanian.
"Saya
dilatih untuk membuat pelbagai kerja dalam hidup saya. Ini bermakna saya bukan
fokus kepada suatu pekerjaan untuk mencari makan. Sebaliknya, saya mencari idea
untuk melakukan pelbagai perkara demi kelangsungan hidup.
"Apabila saya tidak dapat melakukan perkara A, contohnya, saya boleh buat perkara B.
"Malah,
kalau perkara B gagal, saya masih ada perkara C... Begitulah berikutnya. Saya
dilatih oleh ibu dan ayah untuk sediakan payung sebelum hujan. Walaupun mereka
miskin, ibu dan ayah tetap memberi saya semangat untuk terus berjaya dalam
bidang," katanya.
Ferri
yang juga anak tunggal pasangan, Allahyarham Makmur Rusli dan Allahyarham Siti
Hadjirah dilahirkan pada 14 Februari 1962 di Bandung, Indonesia.
Ferri
pernah bertugas sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 15 tahun sambil
aktif dalam bidang seni.
Ferri pernah menerbitkan album berjudul Ferri'88 dengan merakamkan lagu ciptaan S Atan serta Roystan Sta Maria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan