Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Nama
Ibrahim Haji Yaacob sangat terkenal di kalangan peminat sejarah politik
Malaysia dan Idonesia. Kerana satu waktu dulu jika diizinkan Allah Republik
Indoesia dan Malaya akan bergabug mennjadi sebuah negara bersatu. Tetapi
rancangan Negara Indonesia Raya itu gagal.
Penulis
juga pernah melawat Makam Pahlawan Nasional Republik Indoneia itu di Makam Pahlawan Kalibata,
Jakarta. Kali ini saya ketegahkan sebahagian riwayat hidup Ibrahim Hj Yaakob
atau Drs. Iskandar Kamel (IBHY) dari Aiman Hakim thepatriots.asia beberapa
laman web. Isi kandungannya adal seperti berikut:
Ibrahim
Hj Yaakob dilahirkan pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Chenor, Temerloh,
Pahang. Dari keluarga, yang berasal dari keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan.
Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerlohm, Pahang. Ayahnya Haji
Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati di situ. Ibunya bernama
Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu dan bapanya berpisah. Lalu Ibrahim
Hj Yaakob dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana.
Ibrahim
Hj Yaakob mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada
tahun 1918. Pada tahun 1928, Ibrahim Hj Yaakob telah dipilih menjadi guru
pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak. Di
mana di situlah Ibrahim Hj Yaakob mula didedahkan dengan ideologi perjuangan
nasionalisme.
Contohnya,
Pada tahun 1929, Ibrahim Hj Yaakob dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu
persatuan sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung
Malaya/Borneo. Ibrahim Hj Yaakob juga dikatakan turut menjadi ahli Parti
Nasional Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno.
Pihak
Inggeris yang telah memerhatikan kegiatan politik di MPSI ini sedaya upaya
untuk menghentikan pergerakan mereka. Oleh itu, setelah Ibrahim Hj Yaakob
menamatkan pengajiannya pada 1931, Ibrahim Hj Yaakob dihantar mengajar ke
Bentong, Pahang. Di sanalah, Ibrahim Hj Yaakob terlibat aktif di dalam sebuah
persatuan namanya Kelab Melayu Bentong.
Pada
1938, Ibrahim Hj Yaakob dan rakan-rakannya telah menubuhkan Kesatuan Melayu
Muda bersama rakan-rakan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)nya. Kesatuan
Melayu Muda merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan di Malaya. Kesatuan Melayu
Muda ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang
akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian daripada sebuah negara
besar, Indonesia Raya.
Peringkat
awal pertubuhan, Kesatuan Melayu Muda agak kurang mendapat sambutan kerana
rakyat ketika itu masih lebih menaruh
kepercayaan kepada ketua-ketua tradisional. Dalam usianya yang singkat, sejak
kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941, jelas tidak
banyak yang dapat dilakukan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam perjuangan mencapai
kemerdekaan.
Menjelang April 1941, Ibrahim Haji Yaakob telah dihubungi oleh pihak Jepun yang menawarkan wang untuk membeli akhbar harian Melayu nama akhbar itu ialah Warta Malaya. Ibrahim Haji Yaakob menerima tawaran itu dan tanpa diketahui oleh pemimpin Kesatuan Melayu Muda yang lain telah menjanjikan sokongan Kesatuan Melayu Muda (KMM) kepada Jepun apabila Jepun menyerang Malaya. Warta Malaya menjadi medium propaganda Kesatuan Melayu Muda yang secara terbuka menyokong idea kesatuan politik antara Tanah Melayu dan Indonesia.
Dalam
usaha untuk memajukan kepentingan Kesatuan Melayu Muda dan Melayu kemerdekaan,
Ibrahim Haji Yaakub sejajar dirinya dengan Jepun dan mencadangkan kepada mereka
yang mempunyai akhbar sendiri akan memberikan kepadanya perlindungan yang
terbaik untuk menyembunyikan aktiviti mereka sebagai ejen Jepun. Dengan wang
yang diberikan oleh Jepun, Ibrahim Haji Yaakub membeli Warta Malaya untuk
digunakan dalam propaganda anti-British.
Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu membawa kepada keruntuhan seluruh rangkaian akhbar Tanah
Melayu. Beberapa hari selepas kejatuhan Singapura, Ibrahim Haji Yaakub bertemu
dengan pihak berkuasa tentera Jepun untuk meminta Kesatuan
Melayu Muda (KMM) yang dibenarkan
untuk menyambung semula penerbitan Warta Malaya.
Walaupun
Jepun bersetuju, akhbar itu hanya dibenarkan untuk membuka semula beberapa
bulan kemudian di bawah pengurusan seorang pegawai Jepun. Akhbar itu akhirnya
dihentikan penerbitannya pada 14 Ogos 1942. Ketika pendudukan Jepun, dilantik
sebagai Komandan Giyugun (tentera sukarela) dengan pangkat Leftenan Kolonel.
Dalam
minggu-minggu terakhir sebelum Jepun menyerah kalah, Ibrahim Haji Yaakub sempat
mengatur pertemuan di antara pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan pemimpin
Indonesia bagi mencapai satu tujuan, kemerdekaan dan Indonesia Raya. Mereka
pada mulanya bertemu di Paya Lebar Singapura dan seterusnya di Taiping, Perak.
Dalam
kesempatan itu, Ibrahim Haji Yaakob menyampaikan bahawa kemerdekaan Malaya
tercakup dalam Kemerdekaan Indonesia. Konon, mendengar keinginan Ibrahim Haji
Yaakub itu, Soekarno pun berkata, “Mari kita ciptakan satu tanah air bagi
seluruh tumpah darah Indonesia.” Ibrahim Haji Yaakub kemudian menjawab, “Kami
orang Melayu akan setia menciptakan ibu negeri dengan menyatukan Malaya dengan
Indonesia yang merdeka. Kami orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang
Indonesia.” Perisytiharan kemerdekaan Indonesia dirancang pada 24 Ogos 1945 di
Jakarta.
Namun,
Tuhan juga sebaik-baik Perancang. Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos,
Indonesia cepat – cepat mengisytiharkan kemerdekaan tanpa penglibatan Malaya.
Ternyata hal ini amat mengecewakan Ibrahim Haji Yaakob dan ahli Kesatuan Melayu
Muda (KMM) yang lain. Ibrahim juga sedar nasibnya kini di dalam bahaya kerana
bekerjasama dengan Jepun.
Oleh itu, pada 19 Ogos 1945, Ibrahim Yaakob telah melarikan diri ke Jakarta bersama isterinya Mariatun Haji Siraj, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Manan untuk menemui Soekarno dan para pemimpin republik lainnya lalu bertemu dengan Sukarno untuk proses penyatuan Malaya dan Indonesia.
Namun dek kerana situasi belum aman, Soekarno dan Mohammad Hatta memutuskan untuk menunda pembicaraan penyatuan Malaya tersebut. Ibrahim Haji Yaakob juga diminta Soekarno untuk tidak kembali ke Malaya untuk sementara waktu.
Ibrahim
Haji Yaakob kemudian bertukar nama menjadi Iskandar Kamel, dan bergabung dengan
MBT TKR (Markas Besar Tentara – Tentera Keamanan Rakyat), diperintahkan
membentuk Badan Intelijen SOI Seksi E (Luar Negeri) dengan pangkat Leftenan
Kolonel. Tugas utamanya menjadi pengurus Gerakan Kemerdekaan Malaya.
Ibrahim
Haji Yaakob juga ditugaskan untuk membangunkan jaringan perisikan ke Malaya
dalam membantu pergerakan nasionalis di Malaya. Beliau mengusahakan pengiriman
senjata dari Malaya, Rangoon, dan Manila.
Selain itu Ibrahim Haji Yaakob juga turut turun padang ke semua daerah pendudukan Belanda di Indonesia serta membentuk dan memimpin GKR (Gerakan Revolusi Rakyat) di Solo menentang PKI (Partai Komunis Indonesia). Pada Perang Kemerdekaan 2 (Agresi Militer II 19 Desember 1948), Ibrahim Haji Yaakob berjuang secara gerila di daerah Karanganyar dan Merapi, hingga kembali ke Jogjakarta pada Ogos 1949.
Menjelang
tahun 1951, Ibrahim Haji Yaakob memutuskan untuk mengundurkan dari dari bidang
ketenteraan dan beralih ke lapangan politik. Beliau ditugaskan ke Kementerian
Luar Negeri dan membentuk KEMAM (Kesatuan Malaya Merdeka) yang berjuang untuk
kemerdekaan Malaya dari Indonesia.
Ibrahim
Haji Yaakob juga menjadi anggota pimpinan PNI (Partai Nasional Indonesia)
cabang Jakarta Raya hingga tahun 1958. Ketika era “Demokrasi Terpimpin”, Ibrahim
Haji Yaakob sempat menjadi anggota MPRS (Majelis Permusyawaratan Rakyat
Sementara) mewakili Riau. Di dalam Kempen Trikora (Tri Komando Rakyat), Ibrahim dilantik sebagai Bendahara Kongres
Rakjat Indonesia sekitar 1958-1960.
Ketika
Kempen Dwikora (Dwi Komando Rakyat), Ibrahim Kembali memimpin KEMAM, dan
membantu proses penghantaran pasukan ke Malaya dan Borneo Utara Hingga Tahun
1964 dan dlantik sebagai seorang pegawai
kepada Leftenan Jeneral Ahmad Yani.
Ketika
Peristiwa 30 September berlaku, Ibrahim Haji Yaakob ditugaskan untuk mengambil
alih tampuk kepemimpinan Partindo dan membersihkannya dari unsur-unsur komunis.
Setelah membubarkan Partindo, Ibrahim Haji Yaakob bergabung dan menjadi Ketua
III Partai Murba pada tahun 1967.
Ketika
Pemilu 1971, Ibrahim Haji Yaakob telah tercalon sebagai anggota DPR (Dewan
Perwakilan Rakyat) dari daerah pemilihan Jawa Barat melalui Partai Murba, namun
tewas. Pada tahun 1976, Ibrahim telah dilantik sebagai anggota Majlis
Pertimbangan Partai (MPP) di Partai Demokrasi Indonesia (PDI).
Walaupun nama Ibrahim mulai berkembang di Indonesia, beliau sesekali tidak akan lupakan tanah kelahirannya, Malaya ataupun Malaysia. Pada tahun 1973, beliau pulang semula ke tanah kelahirannya setelah berpuluh tahun menjadi rakyat negara jiran.
Setelah itu Ibrahim Haji Yaakob mengundurkan diri dari politik dan terjun ke dunia perniagaan. Beliau juga turut menjadi salah seorang pengasas Bank Pertiwi dan dilantik sebagai pengarah bank tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan