Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Kali ini saya sekali lagi kemukakan hal
Russia. Tetapi kali ini akan fokus kepada sebuah persatuan ahli akademi Russia
yang menjalankan beberapa aktiviti berkaitan dengan Alam Melayu atau Alam
Nusantara.
Kita sangat terbatas berkenaan dengan badan-badan akademi Russia yang berperanan penting dalam kajian tentang Melayu-Indonesia. Disini marilah kita mengenal sebuah persatuan akademi di Russia yang bernama usantara Society.
Nusantara Society
Persatuan ini memberi huraian berkenaan
dengan badannya ialah pertubuhan akademi di Russia yang bukan untung untuk felo
penyelidik, profesor, pensyarah, pelajar dan lepasan ijazah institusi akademik,
universiti dan sekolah tinggi di Kota Moscow dan Kota St. Petersburg, persatuan
ini mengkaji wilayah Nusantara yang luas. Iaitu yang dihuni oleh orang yang
bertutur dalam bahasa Austronesia. Nusantara termasuk Brunei Darussalam,
Indonesia, Malaysia, Filipina, Timor Leste, Madagaskar, Oceania, serta
negara-negara di mana penutur minoriti Austronesia, seperti Singapura,
Thailand, Vietnam, Kampuchea dan Taiwan
(Republik China)
Sejarah Ringkas
Nusantara Society ini diasaskan pada 10 Januari 1990, atas dasar kajian tentang Bahasa
dan sastra Bahasa Melayu-Indonesia.
Kemudian, pada Jun 1998, the Nusantara Research Center telah
ditubuhkan di the Institute of Asian and African Countries di Moscow State
University. Pengasas dan Presiden the Nusantara Research Center dari tarikh penubuhan
sehingga sehingga 2004 ialah Dr. B. B. Parnickel.
Pada tahun 2000 Nusantara
Society telah didaftarkan semula, Pengasasnya ialah: N. F. Aliyeva, L. N. Demidyuk,
T. V. Dorofeeva, B. B. Parnikel, V. A. Pogadaev, V. V. Sikorsky.
Matlamat Utama
Matlamat utama Nusantara Society adalah
seperti berikut :
1.Untuk menjalin hubungan dengan institusi
saintifik dan universiti di Alam Nusantara, Eropah, Amerika Syarikat, Australia
dan lain lain tempat.
2. Mempromosikan kursus pengajian dan
pengajaran tentang Alam Nusantara serta pengajaran bahasa Melayu dan Indonesia,
dan bahasa Austronesia yang lain.
3. Untuk menjalankan pertukaran buku, majalah
dan bahan lain antara negara di Alam Nusantara dengan Rusia, untuk menganjurkan
semua jenis pameran, persembahan, tayangan video dan filem.
4. Mengusahakan projek penyelidikan bersama
dan mengatur persidangan dan seminar.
5. Untuk menggalakkan kerja penyelidikan pasca siswazah dan pelajar dan untuk memudahkan percubaan pakar Rusia, siswazah dan pelajar di luar negara.
Kerjasama dengan institusi lain.
Nusantara Society kerjasama rapat dengan beberapa
badan baik di dalam Russia dan luar negara. Badan-badan tersebut adalah seperti
berikut:
the Gorky Institute of World Literature dibawah
the Russian Academy of Sciences,
the Margarita Rudomino All-Russia State
Library for Foreign Literature
the Russian State Library,
the Faculty of Oriental Studies at Saint
Petersburg State University,
Leiden University
the Royal Netherlands Institute of Southeast
Asian and Caribbean Studies (KITLV)
University of Malaya,
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dengan Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia mengadakan MOU pada tahun 1995.
Dan beberapa badan luar negeri lagi.
Pada tahun 2017, Nusantara Society mengadakan acara genap 50 tahun bahan baca Bahasa Melayu-Indonesian dibawah naunangan Ahli akademi bernama A. A. Guber, seorang saintis dan orientalis Soviet yang cemerlang, Ahli Akademik dan guru pertamanya dalam pengajian Oriental. Kerja beliau meneroka masalah paling penting dalam sejarah baru dan terkini, ekonomi dan dasar Timur, persoalan umum gerakan pembebasan negara, pelbagai aspek hubungan antarabangsa dan dasar penjajahan. A. A. Guber menjadi basis kepada Nusantara Society.
Pada 4 April 2018, Nusantara Society menerbitkan keluaran
ke 20 tentang Pengajian Melayu-Indonesia. Dan meluncur pada acara jubli Nusantara
Society.
Nusantara Society juga terlibat dalam bidang penerbitan.Penerbitannya termasuk Siri Pengajian Melayu-Indonesia (sebahagiannya berdasarkan kertas seminar) dan pelbagai kajian tentang budaya Alam Nusantara (dengan kerjasama Universiti Saint Petersburg). Sehingga 2019 terdapat 21 terbitan Pengajian Melayu-Indonesia.
Ahli Lembaga (2021)
Presiden: Professor Dr. Vilen V. Sikorsky (Kementerian Luar Negeri Federasi Russia).
Timbalan presiden: Professor Madya Dr. Victor
A. Pogadaev (Akademi Diplomat, Kementerian Luar Negeri Federasi Russia)
Timbalan presiden: ProfessorMadya Dr. Eugenia
S. Kukushkina (Institute Negara Asia dan Afrika)
Setiaushasa koordinator Dr. Ekaterina A.
Baklanova (Institute Negara Asia dan Afrika)
Ahli
Felo penyelidikan Dr. Anton O. Zakharov
(Institut kajian Oriental, Akademi Sains Russia)
Professor Madya Dr. Marc Yu. Ulianov (Institute Negara Asia
dan Afrika)
Penyelidik kanan Dr. Maria Yu. Stanyukovich
(Muzium Antropologi dand Etnografi)
Ahli kehormat
Datuk Dr. Kemala (semenjak 22 November 2017
Dr. Siti Zainon Ismail (semenjak 1 Januari 2020
Aktiviti Nusantara Society di Alam Nusantara kebanyakanya seperti yang saya lihat ialah Profesor Madya Dr. Victor A. Pogadaev. Kerana dia pernah mengajar Bahasa Russia di Universiti Malaya dan melibatkan diri dengan kawan kawan di persatuan-persatuan penulis baik di Malaysia dan Indonesia. Degan itu dia tiak asing lag bagi sastraan, budayaan di Malaysia dan Indonesia. Dia juga menyusun kamus besar Bahasa Indonesia–Bahasa Russia.
Nusantara Society juga mengadakan webinar
dengan kawan kawan di luar Russia seperti Eropah an Alam Nusantara.
Kita di Alam Melayu atau Alam Nusantara boleh
mengambil Nusantara Society menjadi contoh yang menjalankan penyelidikan sastra
budaya Melayu-Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan