Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Kaki
ini akan kemukakan sebuah artikel tajuknya “Adat Berpatut, Kemanusiaan Dituntut”
tulisanan Dr Azhar Ibrahim Alwee, seorang pensyarah Pengajian Melayu di
Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau juga Naib Pengerusi Yayasan Warisan
Melayu (MHF) dan anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Sahabat Sastera.
Tulisan ini disiarkan di “berita.mediacorp.sg”. Tulisan ini adalah seperti
berikut:-
SINGAPURA:
Adat adalah ungkapan leluhur dari nenek moyang Melayu terdahulu. Adat
diwariskan dari satu generasi ke generasi. Terkandung dalam adat ialah gagasan
nilai yang dianjurkan, dimuliakan, disepakati dan disanjungi.
Adat
mencerminkan idealisme etika, intelektual dan estetika bangsa dan peradaban
Melayu. Sebagai pedoman yang sayugia diteladani, adat menjadi sebahagian
daripada falsafah hidup masyarakat Melayu.
Ungkapan
dan amalan adat adalah sumber moral etika dan intelektual dalam kehidupan
berbudaya bagi masyarakat Melayu, selain daripada tradisi agama Islam. Malah
adat dan agama itu sangat bersenyawa dari nilai-nilai utama yang dianjurkan.
Dalam
memahami pesan-pesan adat, adalah baiknya kita melihat cakerawala adat secara
keseluruhan, yakni bersangkutan gagasan, paradigma atau pandangan dunia yang
terkandung dalam adat. Selain itu kita boleh mengenali dan mengapresiasi 'local
wisdom' yang terkandung di dalam nilai-nilai adat ini.
Adat
membawa maksud yang berbagai juga. Namun ada beberapa ciri utama yang memberi
makna kepada takrif adat itu sendiri.
Pertama
adat itu bukan berbentuk hukuman berdasarkan undang-undang, tetapi ketertiban
yang umum.
Kedua,
ia bukan ketetapan mutlak, jauh lagi mahu menggugah tetapi menasihati dan
berpesan dengan berhemah. Sebagai lafaz anjuran, pesanan dan peringatan, ia
terungkap dengan nada perumpamaan dan kiasan, menjadikan ia lembut dan beralun.
Pastinya
bidalan-bidalan adat diperturunkan secara lisan, diingat secara kolektif,
sebelum ia terkumpul dan tercatat.
KENAPA
SISTEM ADAT TERPAKAI?
Dalam
sejarah, masyarakat pertanian yang strukturnya tidak kompleks, belum ada
institusi perundangan yang ketat. Yang wujud adalah aturan atau konvensi yang
disepakati untuk menyusun masyarakat. Dalam struktur masyarakat sebegini yang
saling bergantungan antara satu sama lain, sistem adatlah menjadi aturan paling
cocok.
Apabila
struktur sosial berevolusi menjadi sebuah negeri yang berkerajaan, maka
perundangannya digubal oleh penguasa feudal dengan hukum kanun serta adat
istiadat istana yang menegakkan aturan yang hierarkikal.
Walaubagaimanapun
di peringkat kehidupan sosial orang-orang Melayu di kampung, adat masih lagi
menjadi konvensi sosial yang mengikat mereka. Yang paling jelas semua ranah
kehidupan ini akan ada “adatnya” masing-masing, sebagaimana digambarkan
sebegini:
“Adat
kanun raja di darat
Adat
lembaga ada istiadat
Adat
undang datuk muafakat
Adat
nakhoda berjanji surat
Adat
berkampung hidupnya rakyat
Adat
beriman dipandu syariat”
Dalam
pandangan hidup masyarakat Melayu, kesempurnaan dalam menjalankan adat akan
menjadikan kita seorang yang bersifat budiman. Yang budiman itu tahu adat. Yang
budiman itu adalah orang yang tersanjung berbudi pekerti, berhemah fikiran,
bertutur kata, dan berperilaku.
Adat
yang dijalankan itu pula terbahagi dengan dua perihal.
Pertama,
adat istiadat merujuk kepada peraturan dalam majlis di istana yang harus diakur
tempat dan darjat si pemakainya.
Kedua
adalah adat resam yang membawa pengertian tradisi atau kelaziman yang terpakai
sejak sekian lamanya, dianggap patut dipakai, dan janggal atau tak beradat
kalau ditinggalkan.
Kalau
istana memiliki sejumlah adat yang harus dijalankan, begitu juga rakyat
terbanyak dengan ragam masing-masing. Namun sekiranya adat itu merujuk kepada
nilai-nilai yang mengusung makna kesempurnaan peribadi, ia merentasi kelas
sosial. Ertinya terdapat adat yang spesifik pada sesuatu kelompok, ada juga
adat yang harus terpakai kepada semua.
Menarik
kalau diperhatikan ungkapan adat yang menakrifkannya sendiri. Sebagaimana
disebut:
“Adat
yang kawi,
Shara
yang lazim.”
“Pada
adat,
Menghilangkan
yang buruk,
Menimbulkan
yang baik;
Kata
shara,
Menyuruhkan
berbuat baik,
Menegahkan
berbuat jahat.”
Yang
berpatut, yang elok, yang manis, yang sepadan itulah menjadi nilai idaman dalam
adat, sehingga disebut “Adat Berkata Jadi Manis, Adat Diamal Tambah Majlis.”
Berbuat sesuatu di luar adat menjadikan majlis tidak manis atau tak patut.
Bayangkan
sebuah kenduri kahwin yang tiada memberikan “berkat kahwin,” entah ia telur
pulut kuning mahupun sekotak coklat yang diberikan sebagai berkat kahwin
sebelum tetamu pulang. Berbagi berkat itulah suatu adat. Jika tidak berbuat,
kenduri kahwin itu tidak akan lengkap, malah bersalahan dengan adat.
Begitu
juga dengan akad nikah, sebaiknya juga mengikut adat bersanding. Kalau ada yang
tidak mahu bersanding atas alasan tertentu, maka boleh saja menyinggung
perasaan ahli keluarga yang lain. Mengikuti adat makanya dianjur agar rukun
damai terjaga, malah majlis menjadi manis.
Sangat
diberatkan dalam masyarakat Melayu dalam menjalankan perintah Tuhan dan Rasul.
Maka adat Melayu sangat akrab dengan pesan-pesan agama. Adat itu seharusnya
seganding atau selari dengan hukum syarak, yakni prinsip asas dalam penggubalan
hukum hakam Islam.
“Adat
memakai syarak mengatakan
Wujud
satu jalan berlainan.”
Adat
yang terpakai itu boleh juga dianggap sebagai manifestasi nilai-nilai Islam
yang difahami dan diamalkan dalam konteks setempat. Sekiranya diperhatikan
dengan mendalam inti utama dalam adat adalah perakuan kepada keseimbangan dan
keadilan.
Menegakkan
keadilan, dan menjalankan sesuatu dengan seimbang pastinya juga antara
nilai-nilai utama yang dianjur dalam Islam. Adat yang terpakai, namun jangan
sampai ia kepentingan masyarakat yang lebih besar:
“Yang
adat tidak membunuh
Yang
syarak tidak mematikan.”
Sehinggakan
ditambah:
“Adat
berpijak pada yang benar
Hukum
berpijak pada yang adil.”
ADAT & KEMANUSIAAN MELAYU
Nilai-nilai
universal sama ada dari pesan agama atau etika kemanusiaan yang sejagat menjadi
pengisi yang asasi dalam gagasan adat. Nilai-nilai universal ini sering
berkumandang dalam bidalan-bidalan adat.
Antara
nilai-nilai yang dianjur ini ialah: (a) memperaku martabat manusia; (b) akur
kepada kesamarataan; (c) menyanjung usaha dan kerja manusia; (d) menegakkan
akal dalam kehidupan; (e) bahawa keadilan itu wajib didirikan; (f) tiada
undang-undang yang arbitrari, bahawa semua di bawah undang-undang; (g)
menghormati nyawa semua makhluk termasuk alam sekitar; (h) ilmu menjadi pandu
untuk mengatur diri dan masyarakat.
Dalam
kehidupan seharian orang Melayu, nilai-nilai yang tersebut di atas wajar
terjelma. Namun ini belum cukup, sekiranya orang Melayu itu belum sedar akan
dirinya yang hidup dalam linkungan masyarakat.
Perilaku
hidup yang harus mengikut adat. Antaranya: (a) beradat tahu diri, tahu malu,
tahu tempat; (b) berbuat sesuatu dengan “manis,” agar tambah majlis; (c)
bersopan dan santun; (d) sepakat bermuafakat; (e) bergotong-royong; (f) menanam
budi, rela berbagi; (g) berbahasa dan berbangsa; (h) berhemah dan beramanah;
(i) akur pada adat istiadat dan dibuat dengan berpatut.
TIGA
RANAH ADAT
Ranah
Adat terbahagi tiga, yakni: “Adat yang sebenar adat”, “Adat yang diadatkan”,
dan “Adat yang teradat.” Terdapat tiga jenis adat yang diberikan sifat,
kegunaan dan asal muasalnya.
Pertama
adalah adat yang sebenar adat. Itulah adat yang semula jadi, sepertinya hukum
alam, atau hukum Tuhan yang seadanya, yang berlaku pada sepanjang waktu, yakni
abadi
“Adat
tak lekang oleh panas
Adat
tak lapuk oleh hujan
Adat
berwaris kepada Nabi
Adat
berkhalifah kepada Adam
Adat
berinduk ke ulama
Adat
dianjak layu diumbut mati
Adat
ditanam tumbuh dikubur hidup
Adat
terconteng di lawang
Adat
tersurat di kertas
Adat
tersirat dalam Sunnah
Adat
yang turun dan berkembang
Adat
turun dari Datuk Temenggung
Adat
turun dari Tuk Perpatih Pinang Sebatang
Adat
yang diikat oleh syarak
Adat
bertalikan Kitabullah
Yang
keras tak tertakik
Yang
lunak tak tersudu
Dibunal
ia singkat
Direntang ia panjang
Kalau kendurnya berdenting-denting
Bila tegang berjela-jela
Itulah
adat sebenar adat”
Kedua
ialah adat yang digubal, dikuatkuasakan, dan disepakati antara raja dan rakyat.
Sebegini disebut:
“Adat
yang diadatkan
Adat
yang turun dari raja
Adat
yang tumbuh dari datuk
Adat
yang cucur dari penghulu
Adat
yang dibuat kemudian
Putus
muafakat ia berubah
Bulat
kata ia berganti
Beralih
musim ia layu
Bertukar
angin ia melayang
Bersalin
baju ia tercampak
Berkisar
duduk ia beralih
Berpaling
tegak ia lepas
Adat
yang dapat dibuat-buat
Adat
yang dapat ditukar salin.”
Ketiga
adalah adat yang teradat. Ia adalah adat yang digubal menjadi pegangan oleh
masyarakat tetapi ia sesuatu yang tidak kekal sifatnya, yakni boleh berubah
dari masa ke masa, mengikut peredaran zaman:
“Adat
yang teradat
Datangnya
tidak berberita
Perginya
tidak berkhabar
Kecilnya
teranja-anja
Besarnya
terbawa-bawa
Adat
yang disarung tidak berjahit
Adat
yang berelindal tidak bersimpul
Yang
dibawa burung lalu
Yang
tumbuh tidak ditanam
Yang
berkembang tidak berkuntum
Yang
bertunas tidak beranting
Adat
yang datang kemudian
Yang
diseret jalan panjang
Yang
bertenggek di sampan lalu
Yang
berlabuh di atas tangan
Yang tidak berurat tunggang
Datang angin ia terbuang
Datang
panas ia lekang
Datang
hujan ia rerak.”
Begitulah
ranah adat yang telah diperturunkan kepada kita, dan tokoh budaya seperti Tenas
Effendy sangat tekun mengumpul dan menjelaskan ungkapan atau bidalan adat.
Antara
yang pernah beliau paparkan adalah bidalan adat sebagai pakaian diri “orang
beradat”, yang miliki sifat dan sikap merendah diri:
“Sifat
merendah menjunjung tuah
Rendahnya
tidak membuang marwah
Rendahnya
tidak mengambil muka
Rendahnya
tidak mengada-ada
Rendah
menurut alur patutnya
Rendah
mengikut pada adatnya
Rendah
berpunca pada adabnya
Rendah
mengangkat tuah diri
Rendah
menjaga budi pekerti
Rendah
tak dapat diperjual beli
Pantang merendah kepala dilapah
Pantang
merendah minta sedekah
Pantang
merendah dimakan sumpah
Pantang
merendah aib terdedah”
Begitu
juga dengan sifat tahu malu sangat diperhatikan dalam kehidupan orang Melayu.
Bidalan adat menyeru begini:
“Yang
disebut sifat malu
Malu
membuka aib orang
Malu
menyingkap baju dibadan
Malu
mencoreng arang dikening
Malu
melanggar pada syarak
Malu
terlanda pada adat
Malu
tertarung pada lembaga
Malu
merusak nama baik
Malu
memutus tali darah
Malu
hidup menanggung malu
Malu
mati tidak bermalu”
Bahawa
yang seimbang, setara, dan sepatut adalah sebahagian daripada nilai adil yang
harus terjelma. Dibayangkan seperti berikut:
“Bila
menimbang sama beratnya
Bila
menyukat sama penuhnya
Bila
membelah sama baginya
Bila
mengukur sama panjangnya
Sesuai
sukat dengan timbangnya
Sesuai
belah dengan ukurnya
Sesuai
peluh dengan upahnya
Sesuai
penat dengan dapatnya
Sesuai
hukum dengan salahnya
Sesuai
alur dengan patutnya
Tingginya
tidak menimpa
Kuatnya
tidak mematah
Besarnya
tidak melendan
Menangnya
tidak melenjin
Duduknya
pada yang hak
Teganya
pada yang benar
Kasihnya
tidak memilih
Sayangnya
tidak berbilang”
Dalam kehidupan bermasyarakat, manusia mesti cukup sifat, di mana adat memandu umat menjadi muafakat dan menjamin maslahat. Itulah adat yang membawa selamat:
“Berat
sama dipikul
Ringan
sama dijinjing
Ke
bukit sama mendaki
Ke
lurah sama menurun
Hati
gajah sama dilapah
Hati
tungau sama dicecah
Hidup
jelang-menjelang
Sakit
jenguk-menjenguk”
“Lapang
sama berlegar
Sempit
sama berhimpit
Lebih
beri-memberi
Kalau
berjalan beriringan
Yang
dulu jangan menunjang
Yang
tengah jangan membelok
Yang
di belakang jangan menumit
Yang
lupa diingatkan
Yang
bengkok diluruskan
Yang
tidur dijagakan
Yang
salah tegur-menegur
Yang
rendah angkat-mengangkat
Yang
tinggi junjung-menjunjung
Yang
tua memberi wasiat
Yang
alim memberi amanat
Yang
berani memberi kuat
Yang
berkuasa memberi daulat
Kuat
lidi karena diikat
Kuat
hati karena muafakat”
Dalam
pergaulan, harus diperhatikan lafaz dan tindak-tanduk kita, tahu tempat dan
tahu diri, tidak melebih, tidak terhegeh, namun tak sampai pula menjadi kerdil
dan terkepil.
“Berseloroh
sama sebaya
Berunding
sama setara
Bergelut
di halaman
Berunding
di rumah
Berbuat
baik berpada-pada
Berbuat
jahat jangan sekali
Yang
patut dipatutkan
Yang
tua dituakan
Yang
berbangsa dibangsakan
Yang
berbahasa dibahasakan
Kalau
lepas ke halaman orang
Berkata
duli agak sepatah
Memberi
tahu orang di rumah
Entah
orang salah duduk
Entah
orang salah tegak
Entah
orang salah kain”
KESIMPULAN
Adat
bukanlah barang lama yang sudah lapuk dek zaman. Pasti ada adat yang kuno dan
mundur sudah ditinggalkan dalam pengalaman sejarah. Ada adat yang bertahan
disebabkan kecenderungan pemikiran yang tertentu, Tetapi adat yang terkandung
nilai universal akan menjadi pelita nilai yang akan menjadi kandil dalam peradaban
dan kehidupan kita.
Sayugia
kita mendalami bidalan adat dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh agar
nilai-nilai yang terkandung dalam bidalan adat dapat kita fahami, hargai, dan
pastinya diteladani.
Untuk
mengenali kemanusiaan Melayu, perhatikanlah dari bidalan adatnya. Saya akhiri
dengan sebuah gubahan saya yang menyimpulkan kepentingan hidup beradat:
Beradat
Memancar Syariat
Beradat
Meningkat Martabat
Beradat
Melafaz Hikmat
Beradat
Membawa Manfaat
Beradat
Menjamin Maslahat
Beradat
Membuka Sepakat
Beradat
Mengikat Masyarakat
Beradat
Meneguh Umat
Beradat
Menguat Kudrat
Beradat
Mencari Berkat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan