Rabu, 29 Mac 2023

Nusantara Society di Russia sebuah persatuan kecil tetapi sangat berjasa di Russia.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini saya sekali lagi kemukakan hal Russia. Tetapi kali ini akan fokus kepada sebuah persatuan ahli akademi Russia yang menjalankan beberapa aktiviti berkaitan dengan Alam Melayu atau Alam Nusantara.

Kita sangat terbatas berkenaan dengan badan-badan akademi Russia yang berperanan penting dalam kajian tentang Melayu-Indonesia. Disini marilah kita mengenal sebuah persatuan akademi di Russia yang bernama usantara Society.

Nusantara Society

Persatuan ini memberi huraian berkenaan dengan badannya ialah pertubuhan akademi di Russia yang bukan untung untuk felo penyelidik, profesor, pensyarah, pelajar dan lepasan ijazah institusi akademik, universiti dan sekolah tinggi di Kota Moscow dan Kota St. Petersburg, persatuan ini mengkaji wilayah Nusantara yang luas. Iaitu yang dihuni oleh orang yang bertutur dalam bahasa Austronesia. Nusantara termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Timor Leste, Madagaskar, Oceania, serta negara-negara di mana penutur minoriti Austronesia, seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Kampuchea  dan Taiwan (Republik China)

 

Sejarah Ringkas

Nusantara Society ini diasaskan pada 10 Januari 1990, atas dasar kajian tentang Bahasa dan sastra Bahasa  Melayu-Indonesia. Kemudian, pada Jun 1998, the Nusantara Research Center telah ditubuhkan di the Institute of Asian and African Countries di Moscow State University. Pengasas dan Presiden the Nusantara Research Center dari tarikh penubuhan sehingga sehingga 2004 ialah Dr. B. B. Parnickel.

 

Pada tahun 2000 Nusantara Society telah didaftarkan semula, Pengasasnya ialah: N. F. Aliyeva, L. N. Demidyuk, T. V. Dorofeeva, B. B. Parnikel, V. A. Pogadaev, V. V. Sikorsky.

 

Matlamat Utama

Matlamat utama Nusantara Society adalah seperti berikut :

1.Untuk menjalin hubungan dengan institusi saintifik dan universiti di Alam Nusantara, Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan lain lain tempat.

 

2. Mempromosikan kursus pengajian dan pengajaran tentang Alam Nusantara serta pengajaran bahasa Melayu dan Indonesia, dan bahasa Austronesia yang lain.

 

3. Untuk menjalankan pertukaran buku, majalah dan bahan lain antara negara di Alam Nusantara dengan Rusia, untuk menganjurkan semua jenis pameran, persembahan, tayangan video dan filem.

 

4. Mengusahakan projek penyelidikan bersama dan mengatur persidangan dan seminar.

5. Untuk menggalakkan kerja penyelidikan pasca siswazah dan pelajar dan untuk memudahkan percubaan pakar Rusia, siswazah dan pelajar di luar negara.

Kerjasama dengan institusi lain.

Nusantara Society kerjasama rapat dengan beberapa badan baik di dalam Russia dan luar negara. Badan-badan tersebut adalah seperti berikut:

 

the Gorky Institute of World Literature dibawah the Russian Academy of Sciences,

the Margarita Rudomino All-Russia State Library for Foreign Literature

the Russian State Library,

the Faculty of Oriental Studies at Saint Petersburg State University,

Leiden University

the Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies (KITLV)

University of Malaya,

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengadakan MOU pada tahun  1995.

Dan beberapa badan luar negeri lagi.

Pada tahun 2017, Nusantara Society mengadakan acara genap 50 tahun bahan baca Bahasa Melayu-Indonesian dibawah naunangan Ahli akademi bernama A. A. Guber, seorang saintis dan orientalis Soviet yang cemerlang, Ahli Akademik dan guru pertamanya dalam pengajian Oriental. Kerja beliau meneroka masalah paling penting dalam sejarah baru dan terkini, ekonomi dan dasar Timur, persoalan umum gerakan pembebasan negara, pelbagai aspek hubungan antarabangsa dan dasar penjajahan. A. A. Guber menjadi basis kepada Nusantara Society.

Pada 4  April 2018, Nusantara Society menerbitkan keluaran ke 20 tentang Pengajian Melayu-Indonesia. Dan meluncur pada acara jubli Nusantara Society.

 

Nusantara Society juga terlibat dalam bidang penerbitan.Penerbitannya termasuk Siri Pengajian Melayu-Indonesia (sebahagiannya berdasarkan kertas seminar) dan pelbagai kajian tentang budaya Alam Nusantara (dengan kerjasama Universiti Saint Petersburg). Sehingga 2019 terdapat 21 terbitan Pengajian Melayu-Indonesia.

 Ahli Lembaga (2021)

Presiden: Professor Dr. Vilen V. Sikorsky (Kementerian Luar Negeri Federasi Russia).

Timbalan presiden: Professor Madya Dr. Victor A. Pogadaev (Akademi Diplomat, Kementerian Luar Negeri Federasi Russia)

Timbalan presiden: ProfessorMadya Dr. Eugenia S. Kukushkina (Institute Negara Asia dan Afrika)

Setiaushasa koordinator Dr. Ekaterina A. Baklanova (Institute Negara Asia dan Afrika)

 

Ahli

Felo penyelidikan Dr. Anton O. Zakharov (Institut kajian Oriental, Akademi Sains Russia)

Professor Madya  Dr. Marc Yu. Ulianov (Institute Negara Asia dan Afrika)

Penyelidik kanan Dr. Maria Yu. Stanyukovich (Muzium Antropologi dand Etnografi)

 

Ahli kehormat

Datuk Dr. Kemala (semenjak 22 November 2017

Dr. Siti Zainon Ismail (semenjak 1 Januari 2020

 

Aktiviti Nusantara Society di Alam Nusantara kebanyakanya seperti yang saya lihat ialah Profesor Madya Dr. Victor A. Pogadaev. Kerana dia pernah mengajar Bahasa Russia di Universiti Malaya dan melibatkan diri dengan kawan kawan di persatuan-persatuan penulis baik di Malaysia dan Indonesia. Degan itu dia tiak asing lag bagi sastraan, budayaan di Malaysia dan Indonesia. Dia juga menyusun kamus besar Bahasa Indonesia–Bahasa Russia.

Nusantara Society juga mengadakan webinar dengan kawan kawan di luar Russia seperti Eropah an Alam Nusantara.


   Acara International Minangkabu Festival di Sumatra Barat, Indonesia.

Kita di Alam Melayu atau Alam Nusantara boleh mengambil Nusantara Society menjadi contoh yang menjalankan penyelidikan sastra budaya Melayu-Indonesia.

Selasa, 28 Mac 2023

Hubungan Nusantara Studies Center (Patan Thailand Selatan) dengan Indonesia

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pada peringkat awal Nusantara Studies Center ditubuhkan berpunca dari tindakan Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains, Prince of Songkla Kampus Pattani. Di Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains tersebut terdapat 2 jurusan yang berkaitan dengan Melayu. Iaitu Jurusan Bahasa Melayu yang lebih fokus kepada Bahasa Melayu Malaysia.

 

Dan satu lagi ialah Jurusan pengajian Melayu. Jurusan pengajian Melayu ini kami lebih meluaskan skop pengajian kepada pengajian Alam Melayu atau Alam Nusantara. Pengajian ini yang merangkumi selain Rumpun Melayu di Asia Tenggara, kami juga mengaitkan masyarakat Melayu di Sri Lanka, Melayu Afrika Selatan, Melayu Australia, Melayu Pulau kokos dan Pulau krismas, Melayu Arab Saudi dan suku suku dari rumpun Malayo-Polynesia di Madagaskar.

Masnor Muslich

Tindakan Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains, Prince of Songkla Kampus Pattani ialah memansuhkan Jurusan Pengajian Melayu kemudian mereka mencari jalan alternatif dengan menggabungkan kedua dua jurusan itu menjadi satu jurusan iaitu jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu. Dan dari situlah lahirnya Nusantara Studies Center. Pada peringkat awal akan menamakan badan ini dengan nama Malay Studies Center untuk meneruskan perjuangan Jurusan pengajian Melayu yang telah digabungkan dengan Jurusan Bahasa Melayu. Tetapi perkataan Melayu tidak disenang oleh pensyarah lawatan dari Universti Malang Jawa Timur Indonesia, Almarhum Pak Masnor Muslich. Dengan itu nama ditukar dari Malay Studies Center kepada Nusantara Studies Center.

                 Masnur Muslich Bersama pelajar Pengajian Melayu

Aktiviti Nusantara Studies Center selain memainkan peranan di dalam kampus juga memainkan peranan di luar kampus. Aktiviti di luar kampus lebih kepada aktiviti di negara-negara Rumpun Melayu.

 

Disini akan huraikan aktiviti di Indonesia. Aktiviti di Indonesia terbahagi kepada 2 aktiviti iaitu 1. Aktiviti sastra dan budaya dengan menyertai seminar, membentang kertas kerja di seminar dan persembahan dari pelajar Jurusan Pengajian Melayu. 2. Aktiviti akademi dengan menyertai seminar, membentang kertas kerja akademi di seminar. Kedua dua aktiviti ini salah satu tujuannya ialah untuk menjaringkan kenalan kenalan di Indonesia.

Disini saya memberi beberapa contohnya seminar yang Nusantara Studies Center ikut serta adalah seperti berikut :


Panitia Selogika Unhas Sudah Terima 40 Naskah

 

“Pemateri yang mengisi kegiatan tersebut adalah Dekan Fakultas Ilmu Budaya Unhas, Prof Drs Burhanuddin Arafah MHum PhD, Northern Illinois University AS, Prof Dr James T Collins, Ketua Gapena Malaysia, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Universitas Khairun Ternate Maluku Utara, Prof Dr Gofran Ali Ibrahim.”

 

“Serta Prince of Songkla University Thailand, Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan MA, Ketua Program Studi S3 Antropologi PPs Unhas, Prof Dr Pawennari Hijjang MA, Ketua Prodi Magister Linguistik Sekolah Pascasarjana Unhas, Dr Hj Nurhayati MHum, Wakil Direktur Pusat Bahasa Mandarin Unhas, Mr Fang Qiang MHum dan beberapa dosen Unhas, Unmul dan Samarinda.”

Bagi acara “Banda Fiesta 2018”. Yang dianjurkan oleh Perhimpunan Sastra Budaya Negeri Serumpun pada 23-28 Oktobe 2018 tersiar di kompasiana.com pada 30 Oktober 2018 ditulis oleh Agung Pranyoto adalah seperti berikut :

 

“Komunitas SABANA (Sastra Banda Neira) Berkecimpung dalam Pelatihan Apresiasi Sastra Negara Serumpun”

 

“Yang hadir dalam acara tersebut diantaranya adalah Malim Ghozali dan Hisyam (Malaysia), Nik Rakib (Thailand), Yatiman Yusof dan Rohani Din (Singapura), Prof. Dr. Ampuan Berahim Tengah, Muhammad (Brunei Darussalam). Yang mewakili Indonesia adalah Dr. Husnu Abadi, Fakhrunnas MA Jabbar, Yeyen Kiram, Uki Bayu Sejati, Wahjudi Djaja, Herman Syahara, Moh. Rois, Sari Narulita, Shinta Miranda, dan lain-lain.”  

 

“Kehadiran para sastrawan dari lima negara ini memberikan dampak positif bagi seluruh masyarakat Banda Neira, Acara dibuka oleh Kepala Pendidikan dan Kebudayaan Provinsi Maluku, Prof. Dr. Aksan Tuasikal yang mewakili Bupati Maluku Tengah. Acaranya berlangsung selama lima hari, adapun salah satu kegiatannya adalah workhsop penulisan sastra, workhsop teater, seminar dan diskusi internasional (trend dunia sastra & sastra dunia), susur sejarah Banda, penampilan mini pentas. Acara tersebut diikuti oleh Komunitas SABANA, guru, mahasiswa dan pegiat sastra.”

Di Banda Neira, saya sempat bersilaturrahim dengann pihak pensyarah di Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Hatta-Syahrir. Dan kami masih bersilaturahim sehingga sekarang. Alhamdulillah terdapat berita “Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Hatta-Syahrir” telah bergabung dengan Sekolah tinggi Perikanan Hatta-Syahrir” menjadi “Universiti Banda Neira” .

 

Diatas adalah sedikit contoh acara yang Nusantara Studies Center melibatkan diri. Oleh kerana Nusantara Studies Center adalah sebuah badan kecil yang lebih kepada badan kombinasi diantara akademi dengan Action oriented, dengan itu Nusantara Studies Center mengadakan aktiviti menerus dari acara acara tersebut.

 

Isnin, 27 Mac 2023

Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia - Drs. Masnur Muslich (3)

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Artikel Al Marhum Drs. Masnur Muslich, mantan pensyarah di Universiti Negeri Malang, Jawa Timur, Indonesia tajuknya “Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia” telah disiarkan bahagian 1 dan bahagian 2. Dan kali ini adalah bahagian akhir iaitu bahagian ke 3.

Dan ini adalah “Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia” bahagian ke 3:

 

(sambung dari Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia - Drs. Masnur Muslich (2) )

 

“Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia”

Oleh Masnur Muslich

 

Pada 2 Februari 1819, kuran lebih tiga abad setelah orang-orang Eropa tiba di Kepulauan Indonesia, Stamford Raffles, ketika dia menjadi Letnan Gubernur Jenderal di Bengkulu, atas nama pemerintah kolonial Inggris mendirikan kota Singapura pada salah satu pulau (Tumasik) yang bergabung dalamKepulauan FRiau. Setelah benteng Singapura ini didirikan, Inggris dan Belanda berada dalam konflik bersenjata terus-menerus karena berebut kepentingan.

 

Segera setelah perang Napoleon di Eropa mereda, pada tahun 1824 ditandatangani persetujuan untuk mengakhiri konflik bersenjata antara Inggris dan Belanda di Asia Tenggara. Persetujuan itu terkenal dengan nama London Treaty of 1824 (Traktat London 1824) yang membagi kawasan Kepulauan Nusantara menjadi dua bagian: Kepulauan Indonesia berada di bawah pemerintahan Kolonial Belanda dan Semenanjung Malaya dan Singapura berada di bawah kekuasaan Kolonial Inggris. Dengan demikian, Kerajaan Riau dan Lingga menjadi bagian dai daerah pemerintahan Kolonial Hindia Belanda, dan Kerajaan Johon dan sekitarnya menjadi bagian dari daerah pemerintahan Kolonial Inggris. Mulai saat itu pula, perpisahan bahasa Melatu Riau dan bahasa Melayu Johor secara legal terjadi.

 

Bahasa Melayu Riau yang merupakan bahasa ibu penduduk Kerajaan Riau dan Lingga dan pulau-pulau di sekitarnya, berkembang dan menyebar dengan sangat pesat, sesuai dengan keperluan masyarakat yang bersangkutan sebagai alat komunikasi lisan. Bahkan, sejak berlakuknya Persetujuan London atau TRaktat London, bahasa Melayu Riau mendapatkan status yang baik dalam kesusastraan dunia. Berbagai karya kesusastraan yang cukup tinggi nilainya yang ditulis oleh penutur asli bahasa Melayu Riau diterbitkan.

 

Pada tahun 1857, misalnya, Raja Ali Haji menerbitkan bukunya yang berjudul Bustanul Katibin, sebuah buku tatabahasa normatif bahasa Melayu Riau. Buku tatabahasa ini selama berpuluh-puluh tahun dipergunakan oleh sekolah-sekolah di wilayah Kerajaan Riau dan Lingga, dan di Singapura. Pengarang-pengarang lain yang sezaman dengan Raja Ali Haji, misalnya, Raja Ali Tengku Kelana, Abu Muhammad Adnan, dan lain-lain, juga menerbitkan karya mereka.


Publikasi karya Raja Ali Haji dan pengarang lain dapat dianggap sebagai upaya awal dalam proses pembakuan bahasa Melayu Riau. Bahkan, pada permulaan abad ke-20 karya-karya ini dijadikan buku acuan oleh ahli-ahli bahasa Belanda. Bahasa Melayu Riau yang sedang berkembang pesat dan tumbuh dengan sehat ini oleh banyak ahli bahasa disebut sebagai bahasa Melayu Tinggi.

 

Perkembangan Bahasa Melayu Sebelum Traktat London

Sesudah Traktat London ditandatangani antara pemerintah Inggris dan Belanda, pemisahan antara Bahasa Melayu versi Riau dan Johor semakin nyata. Bahasa Melayu versi Johor di Semenanjung Malaya dan Singapura berkembang, tetapi tidak sepesat perkembangan versi bahasa Melayu Riau di Kepulauan Nusantara.

 

Bahasa Melayu Riau mengalami perkembangan yang sangat pesat. Hal ini disebabkan oleh masyarakat pribumi yang bersifat multi-etnik yang mempunyai bahasa daerah sendiri-sendiri. Di samping itu, bahasa Melayu yang sejak dulu menjadi lingua franca meningkat statusnya menjadi bahasa yang memiliki norma supra-etnik dikuasai oleh hampir semua orang yang suka berlayar atau bepergian ke mana-mana.

 

Beberapa peristiwa penting menyangkut perkembangan bahasa Melayu Riau dapat diungkapkan di bawah ini.

  - Tahun 1865 bahasa Melayu Riau diangkat oleh pemerintah Kolonial Hindia Belanda sebagai bahasa resmi kedua mendampingi bahasa Belanda. Pranan ke-lingua franca-an bahasa Melayu semakin nyata dan penting.

 

  - Tahun 1901 Charles van Ophuijsen menerbitkan bukunya yang berjudul Kitab logat Melajoe: Wondenlijst voor de Spelling der Maleische Taal yang berisi sistem ejaan bahasa Melayu mempergunakan huruf Latin yang bersifat fonemis. Sebelumnya bahasa Melayu Riau mempergunakan huruf Arab (baiasa diistilahkan huruf Jawi) yang bersifat silabik sebagai sistem ejaan. Sistem ejaan van Ophuijsen dengan huruf Latin dianggap lebih sesuai dengan bahasa Melayu.

 

  - Tahun 1918 bahasa Melayu mulai dipergunakan di dalam sidang-sidang Volksraad (Dewan Rakyat). Dengan demikian status bahasa Melayu meningkat menjadi bahasa supraetnik melebihi bahasa-bahasa daerah lainnya.

 

  - Tahun 1920 bahasa Melayu menjadi bahasa Balai Pustaka. Semua buku hasil penerbitan Balai Pusataka mempergunakan bahasa Melayu. Penyebaran bahasa Melayu ke pelosok Nusantara semakin intensif. Semua sekolah dasar di desa-desa mempergunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di samping itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa para pejuang kemerdekaan Indonesia.

 

  - Pada tanggal 28 Oktober 1928 bahasa Melayu dijadikan oleh para peserta Kongres Pemoeda sebagai bahasa persatuan yang tertuang pada butir ketiga Soempah Pemoeda yang diikrarkannya.

 

  - Pada tahun 1933 bahasa Melayu menjadi bahasa Poedjangga Baroe sekelompok pegarang yang menerbitkan berbagai majalah dan buku.

 

  - Pada tahun 1938 Kongres bahasa Melayu (Indonesia) di Solo. Kongres ini meletakkan dasar-dasar tentang pemakaian istilah bahasa Indonesia dan bukan bahasa Melayu lagi.

 

  - Tahun 1942 – 1945 Kepulauan Nusantara diduduki oleh balatentara Jepang. Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa pengantar pada semua jenjang pendidikan.

 

  - Pada tanggal 17 Agustus 1945 proklamasi kemerdekaan Indonesia diumumkan ke seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Indonesia. Pasal … ayat … UUD 1945 memuat bahwa “Bahasa Indonesia adalah bahasa nasional dan resmi negara.” Sejak itu bahasa Indonesia menjadi bahasa Angkatan ‘45.

 

  - Tahun 1954 Kongres Bahasa Indonesia II di Medan. Kongres ini dihadiri pula oleh utusan dari Semenanjung Malaya dan Singapura.

 

  - Tahun 1972 antara Republik Indonesia dan Negara Malaysia tercapai persetujuan di bidang kebudayaan. Masalah bahasa termasuk di dalamnya. Terbentuklah Majelis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MABIM).

 

  - Pada tanggal 16 Agustus 1972 diumumkan pemberlakuan Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan (EYD) di Indonesia dan di Malaysia. Kenyataan ini menjadikan bahasa Melayu sebagai norma supra-nasional.

 

  - Pada tanggal 30 Agustus 1975 diumumkan pula pemberlakukan tatacara pembentukan istilah di Indonesia dan Malaysia. Hal ini semakin memperkuat MABIM sehingga Nagara Brunai Darussalam dan Republik Singapura tertarik untuk bergabung di dalam majelis bahasa ini.

 

  - Kongres Bahasa Indonesia III dan seterusnya diselenggarakan secara teratur setiap lima tahun. Kongres Bahasa Indonesia VI tahun 1993 menghasilkan berbagai keputusan yang memperkuat kedudukan bahasa Indonesia, baik sebagai bahasa persatuan, bahasa nasional, bahasa negara, bahasa resmi, maupu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi (iptek).

 

  - Kerja sama kebahasaan antara Negara Kesatuan Republik Indonesia, Negara Malaysia, Negara Brunei Darussalam, dan Republik Singapura semakin kokoh. Keadaan ini akan mengantar bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi luas di kawasan Asia Tenggara untuk selanjutnya diharapkan menjadi salah satu bahasa dunia di dalam abad ke-21.

 

Perkembangan bahasa Melayu versi Johor di Semenanjung Melaya dan Singapura tidak sepesat dengan perkembangan bahasa Melayu versi Riau di Kepulauan Nusantara. Hal ini disebabkan oleh berbagai faktor, di antaranya politik bahasa yang dianut oleh Inggris.

 

Pemerintah Kolonial Inggris mengakui adanya empat bahasa resmi, yaitu bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, dan bahasa Inggris. Keempat bahasa itu dipergunakan sebagai bahasa pengantar pada lembaga-lembaga pendidikan. Umumnya, bahasa Inggris paling dominan dipergunakan sebagai bahasa pengantar.

 

Keadaan kebahasaan seperti digambarkan di atas berlangsung sampai dengan terbentuknya Negara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956. Peristiwa ini kemudian disusul dengan terbentuknya Negara Malaysia, yang mencakup Serawak dan Sabah (North Borneo), yang merdeka dan berdaulat, lepas dari kekuasaan Inggris. Setelah kemerdekaan dicapai, bahasa Melayu di negara tersebut mulai memerankan fungsinya sebagai bahasa resmi, bahasa negara, bahasa nasional, dan mengalami perkembangan yang cukup pesat.

 

Fenomena ini menunjukkan bahwa sampai saat ini bahasa Melayu, baik yang sekarang menjadi bahasa Indonesia di Indonesia, bahasa Melayu di Malaysia, bahasa … di Brunai, dan bahasa … di Singapura, tetap berkembang dan menjalankan fungsinya sebagai alat komunikasi secara efektif. Bahkan, secara de facto telah berperan sebagai bahasa komunikasi luas di Asia Tenggara. Yang diperlukan adalah pengakuan dari internasional (lewat PBB) bahwa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang layak dipakai sebagai bahasa komunikasi internasional atau dunia. Apabila harapan ini tercapai, berarti secara de jure bahasa Melayu semakin mantap.

 

Pustaka Acuan

Abas, Husen. 1987. Indonesian As a Unifying Language of Wider Communication: a Historical and Sociolinguistic Perspectives.Canberra: Research School of Pasific Studies, ANU.

Alisjahbana, Sutan Takdir. 1974. “Language Policy, Language Engineering and Literacy in Indonesia and Malaysia”. Dalam Fiherman, ed. 1974: 179-187.

Fishman, Joshuo A., ed. 1974. Advances in Language Planning. The Hague: Mouton.

Hamidy, U.U. 1973. Bahasa Melayu Riau: Sumbangan Bahasa Melayu Riau kepada Bahasa dan Bangsa Indonesia. Pekanbaru: Badan Pembina Kesenian Daerah Propinsi Riau.

Junus, Umar. 1969. Sedjarah dan Perkembangan Kearah Bahasa Indonesia dan Bangsa Indonesia. Djakarta: Bhratara.

Joyonegoro, Wardiman. 1995. “Pidato Pembukaan KIP BIPA III”. 28 Agustus 1995.

Almarhum Drs. Masnur Muslich, semasa bertugas membantu jurusan Pengajian Melayu di di Faculty of Humanities and Social Sciences, Princes of Songkhla University (PSU), Campus Pattani, Selatan Thailand.




 

Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia - Drs. Masnur Muslich (2)

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Artikel Al Marhum Drs. Masnur Muslich, mantan pensyarah di Universiti Negeri Malang, Jawa Timur, Indonesia sangat menarik. tajuknya “Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia” agak menarik dan sekali lagi saya kemukakan artikel ini. Tetapi kerana terlalu Panjang dengan itu saya bahagikan kepada 3 episod. ini adalah episode kedua :

 

(sambung dari Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia - Drs. Masnur Muslich (1) )

 

Pada tahun 1581, Jan Huygen van Linschoten, seorang pelaut Belanda yang berlayar ke Indonesia, menulisa di dalam bukunya Itinerarium Schipvaert naar Oost ofte Portugaels Indiens bahwa bahasa Melayu adalah bahasa yang dipergunakan oleh banyak orang timur, dan bahwa barang siapa yang tidak mengerti bahasa itu akan berada dalam keadaan seperti orang Belanda (dari zaman yang sama) yang tidak mengerti bahasa Perancis. (Alisjahbana dalam Fishman, 1974: 393).

 

Pada akhir abad ke-17, sewaktu Francois Valentyn di Malaka, ia telah menulis buku berjudul Oud en Nievw Oostindien II Del V tentang bahasa Melayu. Dalam buku tersebut dinyatakan bahwa bahasa Melayu telah terbukti menjalankan fungsinya sebagai alat komunikasi dan lingua franca yang penting di Malaka. Valentyn seorang pendeta dan ahli sejarah berbangsa Belanda dalam penulisan buku sebanyak enam jilid itu menjelaskan sejarah dan skenario kota pelabuhan di Kepulauan Melayu. Sebagian penjelasannya adalah:

 

“Bahasa mereka, yaitu bahasa Melayu … bukan saja digunakan di pantai-pantai Tanah Melayu, melainkan juga di seluruh India dan di negeri-negeri sebelah timur. Di mana-mana pun bahasa ini dipahami oleh setiap orang. Bahasa ini bagaikan bahasa Perancis atau bahasa Latin di Eropa, atau senacan bahasa perantara di Itali atau di Levent. OLeh karena banyaknya bahasa ini digunakan,maka seseorang yang mampu bertutur dalam bahasaMelatu akan dapat dipahami orang baik dalam negeri Persia maupun Filipina.”

 

Sub-era Kerajaan Melayu Bintan-Tumasik (abad ke-12 sampai dengan abad ke-13 Masehi)

Segera setelah Kerajaan Bintan didirikan di Pulau Bintan keadaan memaksa raja memindahkan ibu kota kerajaannya ke Pulau Tumasik, letak Singapura sekarang. Beberapa tahun kemudian, Tumasik dikuasai oleh Kerajaan Majapahit dari Jawa. Ibu kota, sekali lagi, harus dipindahkan lagi ke Malaka di Semenanjung Malaya. Daerah-daerah tempat perpindahan ini masih termasuk daerah Riau.

 

Bahasa Melayu dipergunakan di daerah itu sebagai bahasa ibu.

Diperkirakan bahwa perpindahan pusat kekuasaan itu terjadi antara tahun 1100 Masehi sampai dengan tahun 1250 Masehi. Sayang sekali tak ada catatan tertulis yang dapat dijadikan sumber acuan mengenai peran bahasa Melaytu selama sub-era Bintan-Tumasik ini. Jadi, apakah bahasa Melayu yang dipergunakan pada sub-era ini ada hubungannya dengan bahasa Melayu pada era Kerajaan Sriwijaya tidak dapat diketahui dengan pasti.

 

Banyak ahli bahasa dan orinentalis menganggap bahwa bahasa Medlayu era Kerajaan Sriwijaya adalah semacam bahasa Melayu kuno seperti yang ditunjukkan oleh berbagai inskripsi batu bertulis abad ke-7 Masehi. Junus (1969) bersikap agak ragu tentang hubungan antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu Riau. Tetapi, dengan adanya bahasa Melayu Bintan-Tumasik yang merupakan suatu bentuk bahasa peralihan antara kedua bahasa itu, maka keraguan Junus hilang dengan sendirinya. Lebih-lebih apabila diingat asumsi yang mengatakan bahwa suatu bahasa kini  merupakan perkembangan bahasa masa lampau. Dengan demikian, asumsi bahwa ada hubungan antara bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu era Kerajaan Sriwijaya benar adanya.

 

Sub-era Kerajaan Meayu Riau (abad ke-14 sampai dengan abad ke-19 Masehi) Untuk pembahasan ini kiranya perlu dibedakan dengan jelas antara bahasa Melayu era Kerajaan Sriwijaya dan bahasa Melayu dari sub-era Keraan Riau. Seperti disinggung sebelumnya bahwa bahasa Melayu era Kerajaan Sriwijaya sangat dipengaruhi oleh bahasa Sansekerta. Karena sifat kekunoannya itu, banyak ahli bahasa menyebut bahasa pada era Kerajaan Sriwijaya itu sebagai bahasa Melayu Kuno. Sementara itu, bahasa Melatu pada sub-era Kerajaan Riau atau Kerajaan Melayu Riau sama sekali tidak sipengaruhi oleh bahasa Sansekerta dan memiliki ciri khas tersendiri, yaitu Riau.

 

Oleh sebab itu, bahasa ini disebut “bahasa-bahasa Melayu Riau”. Terdapat tiga periode dalam sub-era ini, seperti diuraikan berikut ini.

 

- Periode Kerajaan Malaka (abad ke-14 sampai dengan abad ke-15 Masehi)

Seperti telah dikatakan sebelumnya, tentara kerajaan Majapahit menyerang Kerajaan Tumasik yang memaksa pusat kekuasaannya dipindahkan ke Malaka di Semenanjung Malaya. Adat-istiadat dan bahasa yang dibawa dari Tmasik dipertahankan, dan mulai saat itu dan seterusnya bahasa Melayu Riau berkembang dan tersebar ke hampir seluruh penjuru Semenanjung Melaya.

 

Kerajaan Malaka berkibar selama hampir 100 tahun. Lokasinya yang berada di pintu gerbang Selat Malaka, yaitu rute lalu lintas pelayaran yang ramai dan penting yang menghubungkan antara Asia Timur dan Asia Barat, antara Asia Timur dan Eropa, antara Samudra India dan Laut Cina Selatan, dan antara Samudra India dan Samudara Pasifik, Malaka merupakan pelabuhan yang paling sibuk di kawasan Asia Yenggara pada waktu itu.

 

Pada peralihan abad ke-15, Malaka juga menjadi pusat penyebaran agama Islam. Menjelmanya kota itu menjadi pusat penyebaran agama Islam. Winstedt (1917: 92) melukiskan sebagai berikut:

“Perlak and Pasai in North Sumatra were the first Malay Centers for the propagation of the Muhammadan faith and culture. At Pasai, in 1407 was buried Abdul’llah ibn Muhammad ibn Abdul’l-Kadir ibn Abdul’l-Azis ibn Al-Mansur Abu Ja’far al-Abbasi al-Muntasir, a missionary from Delhi of the house of the Abbasides who furnished Caliphs from the time of Prophet till it was destroyed by the Turks in 1258. Pasai converted Malaka, a center greater than itself.”

 

Dengan demikian, Malaka menjadi pusat dua kegiatan, yaitu perkembangan dan penyebaran bahasa Melayu, dan penyebaran ajaran agama Islam. Sebenarnya, kedua kegiatan ini terlaksana secara bersamaan, sebab para guru dan penganjur agama Islam, dalam melaksanakan misinya itu, mengikuti perjalanan para pelaut dan pedagang, mempergunakan bahasa Melayu.

 

Pada tahun 1511, misionaris Portugis menyerang dan menaklukkan Malaka yang memaksa dipindahkannya pusat kedua kegiatan tersebut. Pusat perkembangan dan penyebaran bahasa Melayu, dan penyebaran ajaran agama Islam pindah ke Johor.

Meskipun Malaka dijadikan oleh Portugis sebagai pusat penyebaran agama Kristen, namun peran sebagai pusat pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu tetap berlangsung. Berkat orang Portugis, penggunaan bahasa Melayu tidak terbatas hanya di kawasan Asia Tenggara saja, melainkan meluas ke pusat-pusat perdagangan di India dan Cina Selatan. Sebagai bukti, Ar-Raniri, seorang pengarang dan teolog Islam yang lahir dan besar di India telah menguasai bahasa Melayu dengan baik ketika ia tiba di Aceh tahun 1637.

 

Hal ini hanya mungkin apabila bahasa Melayu telah banyak dipergunakan di Gujarat pada masa itu (Alisjahbana dalam Fishman, 1974: 394).

 

Bahasa Melayu merambah jalannya juga ke benua Eropa dalam abad ke-16. Karena bahasa Malayulah yang dipergunakan oleh para raja atau pangeran Malayu ketika berkomunikasi dengan raja Portugis. Pada waktu yang sama, St. Francis Xavier mempergunakan bahasa Melayu untuk mengajak penduduk Maluku memeluk agama Kristen. Xavier sendiri mengatakan bahwa bahasa Melayu merupakan bahasa yang dimengerti oleh hampir setiap orang.

 

- Periode Kerajaan Johor (abad ke-16 sampai dengan abad ke-17 Masehi)

Dengan ditaklukkannya Malaka oleh Portugis pada tahun 1511, kegiatan kerajaan itu dipindahkan ke Johor, suatu daerah di sebelah selatan Malaka di Semenanjung Malaya. Lokasinya tidak sebaik lokasi Malaka dalam hal pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu dan ajaran agama Islam.

 

Meskipun demikian, periode Kerajaan Johor telah menyumbangkan sesuatu yang amat berharga, yaitu mempertahankan bentuk bahasa Melayu Malaka. Di Malaka, nama bahasa Melayu Malaka masih tetap dipergunakan, tetapi unsur-unsur bahasa Portugis banyak ditambahkan ke dalam bahasa tersebut sehingga pantas disebut “bahasa pidgin”.

 

Bahasa Melayu Malaka sebelum penaklukan Portugis sangat berbeda dengan bahasa Melayu Malaka setelah Malaka dikuasai Portugis. Bahasa Malayu Johorlah yang mempertahaknkan ciri-ciri khas bahasa Melayu Malaka sebelum penaklukan Portugis.

Bahasa Melayu Johor memegang peran penting di dalam penyebarluasan agama Islam ke bagian timur Kepulauan Nusantara. Kesusastraan Melayu dari abad ke-16, dan bahkan sampai abadke-17, sangat dipengaruhi oleh ajaran dan pemikiran Islam.

 

Bahasa Melayu Johor sangat berjasa di dalam penyebaran ajaran agama Islam di Kepulauan Nusantara, bahkan di kawasan Asia Tenggara.

 

- Periode Kerajaan Riau-Lingga (abad ke-18 sampai dengan abad-19 Masehi)

Pada tahun 1719 Raja Kecil, dari Istana Kerajaan Johor, dipaksa memindahkan pusat kekuasaannya ke Ulu Riau, di Pulau Bintan, salah satu pulau yang bergabung dalam Kepulauan Riau. Pemindahan ini merupakan permulaan dari suatu periode dalam pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu, yaitu periode Kerjaan Riau dan Lingga.

 

Dalam periode inilah bahasa Melayu memperoleh ciri ke-Riau-annya, dan bahasa Melayu Riau inilah yang merupakan cikal bakal bahasa Nasional Indonesia yang dicetuskan oleh Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928.

 

Periode Kerajaan Riau dan Lingga tercatat mulai tahun 1719, ketika didirikan oleh Raja Kecil, sampai dengan tahun 1913, ketika kerajaan itu dihapus oleh Pemerintah Kolonial Belanda. Selama keberadaan kerajaan ini hampir 200 tahun lamanya, ada tiga momentum yang penting sekali bagi perkembangan dan persebaran bahasa Melayu Riau, yaitu tahun 1808, ketika Raja Ali Haji lahir; tahun 1857, ketika Raja Ali Haji menyelesaikan bukunya yang berjudul Bustanul Katibin, suatu tatabahasa normatif bahasa Melayu Riau; dan tahun 1894, ketika percetakan Mathba’atul Riauwiyah atau Mathba’atul Ahmadiyah didirikan.

 

Pengoperasian percetakan Mathba’atul Riauwiyah ini sangat penting karena melalui buku-buku dan pamflet-pamflet yang diterbitkannya, bahasa Melayu Riau tersebar ke daerah lain di Kepulauan Nusantara. Yang lebih penting adalah usaha pembakuan bahasa Melayu Riau sudah dimulai.

 

Selama perang antara Perancis dan Inggris yang berlangsung di Eropa, yang berakibat Negeri Belanda sempat diduduki Perancis beberapa tahun, selama itu terjadi pula perang antara kekuasaan Inggris di Asia Tenggara dan kekuasaan Belanda yang tunduk kepada {emerintah Perancis di Kepulauan Nusantara.

 

Untuk beberapa tahun lamanya, 1819 – 1824, Pulau Jawa dan Pulau Sumatra diduduki Inggris. Salah seorang administratur Inggris yang ulung, yang pernah menjadi Gubernur Jenderal di Pulau Jawa dan Pulau Sumatra, yaitu Stamford Raffles, mendirikan Singapura pada bekas kerajaan Tumasik pada tahun 1819.

 

Orang-orang Blanda datanga pertama kali ke Indonesia bertujuan untuk berdagang. Pada tanggal 20 Maret 1602 mereka mendirikan VOC (Verenigde Oost Indische Compagnie) untuk melaksanakan perdagangan. VOC beroperasi di Indonesia selama hampir 200 tahun sampai tahun 1799, menyusul perusahaan itu direorganisasikan menjadi suatu pemerintahan kolonial. Belanda mulai menjajah Indonensia dengan memperoleh nama baru Nederlandsche OOst-Indie (India Belanda).

 

Di sinilah, Selat Malaka, di daratan Semenanjung Malaya, kekuasaan kolonial Inggris semakin mencekamkan kukunya. Setelah jatuh ke tangan Portugis, daerah Malaka ini semakin penting perannya sebagai pusat perdagangan. Tertarik oleh kekayaan yang melimpah yang dipersembahkan oleh daerah ini kepada raja Portugis, perusahaan British Est India, yang pada saat itu masih beroperasi di anak benua India, mulai meluaskan daerah perdagangannya ke Asia Tenggara. Segeralah muncul konflik kepentingan di antara ketiga kekuasaab kolonial: Inggris, Beanda, dan Portugis.

 

Dari sudut pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu, konflik antara Inggrs dan Belanda sangat penting, karena konfrontasi antarakedua kekuasaan itu berakhir pada pembagian kawasan Kepulauan Nusantara menjadi dua, berdasarkan variasi bahasa Melayu yang dipergunakan di kawasan itu, yaitu bahasa Melayu Johor dan bahasa Melayu Riau.

Semasa Al Marhum membantu Jurusan Pengajian Melayu di Fakulti Kemanusian dan Sains Sosial, Prince of Songkla University, kampus Pattani, Selatan Thailand.




 

Sabtu, 25 Mac 2023

Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia - Drs. Masnur Muslich (1)

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Al Marhum Drs. Masnur Muslich, mantan pensyarah di Universitas Negeri Malang, Jawa Timur, Indonesia. Dan pada tahun 2006 Al Marhum diperbantukan di Jurusan Pengajian Melayu di Faculty of Humanities and Social Sciences, Princes of Songkhla University (PSU), Kampus Pattani, Selatan Thailand. Dan di fakulti itulah saya dapat berkenalan dan kami berkerja di satu bilik iaitu bilik Jurusan Pengajian Melayu. Artikel Al Marhum tajuknya “Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia” agak menarik dan sekali lagi saya kemukakan artikel ini. Tetapi kerana terlalu Panjang dengan itu saya bahagikan kepada 3 episod. Ni ada episode pertama :

 

“Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia”

Oleh Masnur Muslich (Al Marhum), Malang, Jawa Timur, Indonesia.

 

Penelusuran perkembangan bahasa Indonesia bisa dimulai dari pengamatan beberapa inskripsi (batu bertulis) atau prasasti yang merupakan bukti sejarah keberadaan bahasa Melayu di kepulauan Nusantara. Prasasti-prasasti itu mengungkapkan sesuatu yang menggunakan bahasa Melayu, atau setidak-tidaknya nenek moyang bahasa Melayu. Nama-nama prasasti adalah:Kedukan Bukit (683 Masehi), Talang Tuwo (684 Masehi), Kota Kapur (686 Masehi), Karang Brahi (686 Masehi), Gandasuli (832 Masehi), Bogor (942 Masehi), dan Pagaruyung (1356) (Abas, 1987: 24).

 

Prasasti-prasasti itu memuat tulisan Melayu Kuno yang bahasanya merupakan campuran antara bahasa Melayu Kuno dan bahasa Sanskerta.

 

Prasasti Kedukan Bukit yang ditemukan di tepi Sungai Tatang di Sumatera Sedlatan, yang bertahun 683 Masehi atau 605 Saka ini dianggap prasasti yang paling tua, yang memuat nama Sriwijaya.

 

Prasasti Talang Tuwo, bertahun 684 Masehi atau 606 Saka, menjelaskan tentang konstruksi bangunan Taman Srikestra yang dibangun atas perintas Hyang Sri-Jayanaca sebagai lambang keselamatan raja dan kemakmuran negeri. Prasasti ini juga memuat berbagai mantra suci dan berbagai doa untuk keselamatn raja.

 

Prasasti Kota Kapur di Pulau Bangsa dan prasasti Karang Brahi di Kambi, keduanya bertahun 686 Masehi atau 608 Saka, isinya hampir sama, yaitu permohonan kepada Yang Maha Kuasa untuk keselamatan kerajaan Sriwijaya, agar menghukum para penghianat dan orang-orang yang memberontak kedaulatan raja. Juga berisi permohonan keselamatan bagi mereka yang patuh, taat, dan setia kepada raja Sriwijaya.

 

Jika berbagai prasasti tersebut bertahun pada zaman Sriwijaya, bisa disimpulka bahwa bahasa Melayu Kuno pada zaman itu telah berperan sedbagai lingua franca. Atau, ada kemungkinan sebagai bahasa resmi pada zaman Sriwijaya. Kesimpulan ini diperkiat oleh keterangan I Tsing tentang bahasa itu bahwa bersama dengan bahasa Sanskerta, bahasa Melayu (diistilahkan Kw’en Lun) memegang peranan penting di dalam kehidupan politik dan keagamaan di negara itu (Sriwijaya).

 

Selain berbagai prasasti tersebut, terdapat pula beberapa catatan yang bisa dijadikan sumber informasi tentang asal-usul bahasa Melayu. Sejarah kuno negeri Cina turut membuktikan tentang keberadaan bahasa Melayu tersebut. Pada awal masa penyebaran agama Kristen, pengembara-pengembara Cina yang berkunjung ke Kepulauan Nusantara menjumpai adanya berbagai lingua franca yang mereka namai Kw’en Lun di Asia Tenggara. Salah satu di antara Kw’en Lun itu oleh I Tsing diidentifikasi di dalam Chronicle-nya sebagai bahasa Melayu.

 

Untuk keperluan perkembangan bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia, Traktat London (Perjanjian London) 1824 antara pemerintah Inggris dan Belanda merupakan tonggak sejarah yang sangat penting. Sebab, pada traktat itu antara lain berisi kesepakatan pembagian dua wilayah, yaitu: (1) Semenanjung Melayu dan Singapura besera pulau-pulau kecilnya menjadi kekuasaan kolonial Inggris; dan (2) Kepulauan Nusantara (Kepulauan Sunda besar: pulau-pulau Sumatera, Jawa, sebagian Borneo/kalimantan, dan Sulawesi; Kepulauan Sunda kecil: pulau-pulau Bali, LOmbok, Flores, Sumbawa, Sumba, sebagian Timor, dan lain-lain; Kepulauan Maluku dan sebagian Irian) menjadi kekuasaan kolonial Belanda.

 

Oleh karena itu, perkembangan bahasa Melayu ini dapat dikelompokkan menjadi dua periode, yaitu (1) periode sebelumm Traktat London, dan (2) periode setelah Traktat London.

Perkembangan bahasa Melayu sebelum Traktat London

Perkembangan bahasa Melayu sebelum Traktat London ini dapat disistematisasikan ke dlam beberapa era, sub-era, dan periode seperti berikut:

 

- Era Kerajaan Sriwijaya (abad ke-7 sampai dengan abad ke-11 Masehi);

 

- Era Kerajaan-keraan Melayu (abar ke-12 sampai dengan abad ke-19 Masehi):

 

- Sub-era Kerajaan Melayu Bintan-Tumasik (abad ke-12 s.d. abad ke-13 Masehi)

- Sub-era Kerajaan Meayu Riau (abad ke-14 sampai dengan abad ke-19 Masehi):

- Periode Kerajaan Malaka (abad ke-14 sampai dengan abad ke-15 Masehi)

- Periode Kerajaan Johor (abad ke-16 sampai dengan abad ke-17 Masehi)

- Periode Kerajaan Riau-Lingga (abad ke-18 sampai dengan abad-19 Masehi)

 

- Era Pemisahan Tahun 1824

Perkembangan bahasa Melayu sebagaimana disitematisasikan tersebut sangat berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu pasca Traktat London 1824, karena bahasa Melayu berkembanga menjadi tiga arah, yaitu:

 

- di Indonesia menjadi Bahasa Indonesia;

- di Malaysia menjadi BahasaMalaysia;

- di Brunei menjadi Bahasa Melayu Baku;dan

- di Singapura menjadi Bahasa Nasional.

 

Era Kerajaan Sriwijaya (abad ke-7 sampai dengan abad ke-11 Masehi)

Sebagai kerajaan maritim, Sriwijaya mengalami masa kejayaan relatif cepat oleh lokasinya yang sangat strategis pada Selat Malaka, suatu pusat perdagangan yang penting selama berabad-abad lamanya. Para saudagar dari timur dan barat serta dari Kepulauan Nusantara bertemu dan mengadakan transaksi dagang. Tentu saja bahasa Melayu, atau semacam bahasa Melayu kuno, menjadi bahasa para saudagar itu. Itulah sebabnya maka bahasa Melayu menjadi bahasa resmi Kerajaan Sriwijaya. (Humaidy, 1973 dan Alisjahbana dalam Fishman, 1974).

 

Dengan demikian, Kerajaan Sriwijaya merupakan pusat kegiatan hajat manusia dan pusat administrasi kerajaan dan daerah-daerah taklukannya. Sriwijaya juga merupakan pusat pendidikan, kebudayaan, dan keagamaan. Abas (1987) mengulangi apa yang pernah ditulis oleh Gregoris F. Zaide, seorang ahli sejarah Filipina terkemuka, mengenai kejayaan Kerajaan Sriwijaya pada era itu:

 

“The Empire of Sriwijaya (Sri-Vishaya) emerged from the ashes of the maritime colonialism of Pallawa from 8th ventury to 1377 AD. Founded by Hindunized Malays, it was basucally Malayan in might, Hindunistic in culture, and Buddhistic in religion. The empire was so named after the capital, Sri-Vishaya, Sumatra. At the height of its power under the Shailendra dynasty, it included Malaya, Ceylon, Borneo, Celebes, the Philippines, and part of Formosa, and probaly exercised sovereignty over Cambodia and Champa (Annam). (Zaide, 1950: 36)”

 

Menurut Mees (1954) Sriwijaya mendirikan suatu perguruam tinggi Buddha yang mahasiswanya datang dari semua penjuru kawasan yang dikuasainya. Beberapa dari mahasiswa bahka datang dari kerajaan-kerajaan tetangga Champa dan Kamboja. Bahasa pengantar pada perguruan tinggi itu dan pusat-pusat pendidikan lainnya adalah bahasa melayu kuno atau lingua franca Kw’en Lun.

 

Era Kerajaan-keraan Melayu (abar ke-12 sampai dengan abad ke-19 Masehi):

Pemakaian bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa Sansekerta telah mendominasi Kerajaan Sriwijaya. Hal ini jelas terlihat pada berbagai inskripsi batu bertulis yang ditemukan pada berbagai tempat di Sumatra. Tetapi, dalam era berikutnya, yaitu era Kerajaan-kerajaan Melayu yang muncul dari abad ke-12 sampai dengan abad ke-19 Masehi, bahasa yang dipakai tidak lagi dipengaruhi oleh bahasa Sansekerta. Raja-raja yang berkuasa pada saat itu berketurunan Melayu.

 

Era ini dapat dibagi menjadi dua sub-era, yaitu sub-era Kerajan Bintan dan Tumasik, dan sub-era Kerajaan Melayu Riau. Selanjutnya, sub-era Kerajaan Melayu Riau ini dibagi lagi menjadi tiga periode, yaitu periode Kerajaan Malaka, periode Kerajaan Johor, dan periode Kerajaan Riau dan Lingga. Sekali lagi, pembagian menjadi periode-periode ini sangat penting karena berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia.


Pada era Kerajaan-kerjaan Melayu ini, penyebaran bahasa Melayu mengalami perkembangan yang sangat pesat. Kedatangan orang-orang Eropa yang ikut mempergunakana bahasa Melayu sebagai lingua franca tidak hanya membantu penyebaran bahasa itu secara ekstensif melainkan juga menaikkan statusnya sebagai bahasa yang memiliki “norma supraetnik”, melebihi norma etnik bahasa-bahasa daerah lainnya yang ada di Kepulauan Nusantara.

 

Pigafetta yang mendampingi Magelhaens di dalam pelayarannya yang pertama mengelilingi dunia, misalnya, berhasil menyusun glosari pertama bahasa Melayu ketika kapalnya berlabuh di Tidore tahun 1521 Masehi. Glosari Pigafetta yang sederhana ini menunjukkan bahwa bahasa Melayu yang berasal dari Indonesia bagian barat telah menyebar ke bagian timur Kepulauan Nusantara pada waktu itu. Bahkan, pada tahun 1865 pemerintah kolonial Belanda mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa resmi kedua mendampingi bahasa Belanda. Hal ini mengisyaratkan bahwa peranan bahasa Melayu sebagai lingua franca tidak dapat diabaikan begitu saja.

* Almarhum Drs. Masnur Muslich, MSi. adalah mantan dosen di Universitas Negeri Malang – Indonesia. Pada tahun 2006 diperbantukan di Jurusan Pengajian Melayu di Faculty of Humanities and Social Sciences, Princes of Songkhla University (PSU), Campus Pattani, Thailand.