Rabu, 18 Oktober 2023

Buku Cinta Agung Ibu karangan Sdr Ferri Anugerah Makmur

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Saya ikut sama dalam acara Pertemuan Penyair Nusantara ke XII di Kuala Lumpur. Setelah mendaftar diri sebagai peserta acara di Hotel Grand Campell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Di ruang seminar ternampaklah poster penjualan buku “Cinta Agong Buku”. Itu biasa saja bagi saya akan nampaklah penjualan buku buku di sesebuah acara seminar baik sastra, puisi, kebudayaa. Tetapi setelah saya berbual dengan Sdr. Ferri Anugerah Makmur, pengarang buku “Cinta Agong Ibu”. Saya diberitahu isi kandung sebenar di dalam buku “Cinta Agong Ibu” itu. Buku ini sangat terkesan bagi diri saya. Dan InsyaAllah akan mengambil buku ini menjadi bahan contoh penulisan untuk kursus Bahasa dan sastra di Patani, Selatan Thailand.

Dari arecabooks.com


Pujian untuk Buku Cinta Agung Ibu


YBhg. Tan Sri Abu Taib Osman, Mantan Peguam Negara Malaysia

“You are a man of determination, know what you want and work very hard to achieve your ambition.”

Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia

“Memberi pendapat, berkongsi pengalaman, mengimbas masa lampau dan merenung kemungkinan apa yang berlaku pada masa depan adalah antara kandungan buku yang dapat menambah kepada pengetahuan kita.”

Tun Dr. Abdul Daim Zainuddin

“Biografi ini adalah contoh teladan bagi setiap kita untuk menjadi pedoman hidup. Sarat dengan nasihat dan pengalaman hidup yang berharga. Satu warisan yang perlu diwasiatkan untuk generasi akan datang.”


Ramli Ibrahim, Sutra Foundation

“Yang jelas, Nusantara tampil sebagai sumber asas kepada beberapa budaya dan tradisi sehingga ia menikmati kekayaan beraneka rupa identiti. Ferri adalah salah satu daripada hasil ini.”

Tentang penulis (secara ringkas) 

Ferri Anugerah Makmur merupakan personaliti pelbagai bakat: penulis, kolektor seni, pembawa acara, motivator, penghibur, restorasi otomobil klasik dan usahawan. Beliau lahir pada 14 Februari, 1962 di Bandung, Indonesia. Berhijrah ke Malaysia pada tahun 1968. Seorang pelajar berbakat di sekolah rendah dan menengah, beliau dianugerahkan Fellow Diploma of the Oxford Centre of Leadership UK. Pernah menganjurkan pameran-pameran seni seperti  LIMA’97 Langkawi International Maritime Aerospace Art Exhibition, ‘The Journey Of Malaysian Art’ (anjuran Bersama APEC Business Summit), ‘Mystical Bali Art Exhibition’, Star Hill Art Gallery, ‘Adeputra, Chekri & Fatimah Chik International Art Exhibition di Tokyo (kolaborasi dengan Matrade) dan ‘Mat Dollah Art Exhibition, Mallorca & Madrid (kolaborasi dengan Kedutaan Malaysia di Sepanyol & Balai Senilukis Negara). 


Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Vice President, Professional Leadership Certification, The Oxford Centre for Leadership, United Kingdom. Buku Cinta Agung Ibu merupakan karya sulung Ferri. Buku tersebut dilancar di Malaysia pada 8hb Mac, 2021 sempena Hari Wanita Sedunia oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Pengerusi BERNAMA ( Hotel Istana Kuala Lumpur).

Dari Berita Harian

Ferri abadikan Cinta Agung Ibu

Atas nama cinta terhadap ibunda, penyanyi dan bekas pengacara popular era 1980-an, Ferri Anugerah Makmur, 60, menghasilkan biografi berjudul Cinta Agung Ibu yang menceritakan jerih perih dilalui insan tersayang itu dalam menempuh kehidupan.


Tambah menarik, kisah ibunya yang berdarah kacukan Tionghua dan Jawa, Allahyarham Siti Hadjirah Rusli, bakal dijadikan drama siri di Malaysia dan filem di Indonesia.

 

Bertemakan kisah cinta sejati yang diperjuangkan biarpun terhalang akibat pelbagai perbezaan, Ferri berkata, Cinta Agung Ibu adalah kisah kehidupan ibu yang berlatar belakangkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam, sejak era 1930-an.


"Cinta Agung Ibu adalah kisah ibu saya yang lahir sebagai seorang gadis yang miskin, dipaksa untuk memilih di antara Islam atau ibu yang melahirkannya.

"Maka bergeloralah hidup ibu dan ayah sepanjang hayat. Tiada keselamatan hidup, apa yang ada hanyalah kebahagiaan rohani," katanya pada sidang media mengumumkan projek besar menerbitkan drama dan filem yang diadaptasikan daripada buku Cinta Agung Ibu nukilannya di sini, baru-baru ini.


Ferri terkenang ibu dan bapanya berdepan kesukaran memulakan hidup berumah tangga akibat sukar mencari rezeki.


"Saya juga melalui kesusahan itu selepas dilahirkan pada 1962.


"Ayah meninggal pada 1979 dan ibu pergi pada 2000. Bayangkan, mereka terpisah selama 21 tahun dan kembali disatukan apabila ibu dikebumikan di bawah kaki ayah.


"Sedangkan, ketika itu, tanah perkuburan itu sudah penuh... Di situlah hikmahnya. Walaupun wanita ini sudah diseksa hidupnya tetapi Allah berikan syurga di dunia. Ini membuktikan simbolik bahawa syurga isteri itu di bawah kaki suaminya," katanya.


Disebabkan kisah ibu yang menyayat hati mendapat sambutan cukup memberangsangkan, timbul idea untuk menterjemahkan naskhah itu dalam versi drama dan filem.


Ferri sangat berterima kasih kerana didatangi ramai individu yang berbakat dari Malaysia dan Indonesia untuk merealisasikan projek itu.


"Idea ini datang daripada keinginan saya menulis. Ini janji saya kepada kedua-dua orang tua kerana saya dilahirkan daripada keluarga susah.


"Ibu beritahu lahir dalam kesusahan itu adalah suatu berkat, tetapi jangan sampai meninggal dunia dalam keadaan susah.


"Modal orang susah itu adalah keyakinan, ketaqwaan dan kerja kerasnya. Di sinilah saya letakkan janji kepada arwah ibu dan ayah untuk menulis kisah kehidupan mereka agar menjadi teladan.


Ferri bersyukur pasaran memberi reaksi positif terhadap buku dihasilkannya.


"Apabila saya terbitkan dalam bahasa Indonesia, pasaran di republik itu juga memberi maklum balas yang baik. Dari situ timbullah idea kenapa tidak dijadikan filem. Saya dilamar penulis skrip yang pernah memenangi anugerah, Jujur Prananto.


"Bukan mudah hendak mendapatkan perhatian seorang penulis skrip dari Indonesia yang pernah banyak anugerah. Jadi, saya rasa amat dihargai," katanya.


Ferri berkata, dia juga didatangi penerbit muda berbakat besar, Adink Liwutang untuk merealisasikan filem berkisar kisah ibu di Indonesia.


Tambahnya, filem itu akan dihasilkan sebuah syarikat produksi Indonesia melalui penerbit, Adink dengan skrip nukilan Jujur.


"Cadangan judul filemnya adalah Dari Surau Cinta Itu Datang," katanya.


Ferri berkata, Allah kemudian membuka pintu rezeki lagi apabila dipertemukan dengan penulis lirik lagu yang pernah dirakamnya, Lutfi Ismail.


"Saya diperkenalkan kepada penerbit Malaysia, Mohd Azrai Abd Rahman dan akhirnya, terhasillah kesinambungan untuk menerbitkan drama.


"Drama bersiri akan dihasilkan penerbit dari Syarikat Teccal Sdn Bhd, Mohd Azrai Abd Rahman dan pengarah, Fairuz Loy," katanya.


Ferri bangga buat kali pertama biografi diangkat dalam dua naskhah berbeza iaitu drama dan filem.


"Bagi saya, ini adalah suatu perkembangan positif apabila tayangan di Malaysia akan menarik minat penonton di Indonesia untuk menyaksikan filemnya.

"Situasi sebaliknya juga berlaku di mana jika 'meletup' di Indonesia, rakyat Malaysia akan berminat untuk menontonnya.


"Saya tidak menyangkal kemungkinan ada tiga bahagian untuk filem seperti filem Hollywood, The Godfather. Namun, semua itu bergantung kepada bajet. Jika ada bajet, kita akan buat sesuatu yang besar," katanya.


Antara lain, Cinta Agung Ibu berkisar seorang gadis beragama Buddha keturunan Jawa-Tionghua yang nekad menukar agama demi menikahi perantau Muslim berasal dari tanah Minang.


Namun, hubungan mereka terhalang dek perbezaan suku dan agama serta nasib buruk akibat kutukan orang tua sendiri.


Perjalanan cinta mereka yang tidak mendapat restu orang tua akibat perbezaan agama, budaya dan bahasa ini memulakan suatu fenomena hidup yang amat bergelora.


Atas dasar cinta yang agung, ibu Ferri sanggup lari dari rumah meninggalkan keluarga, agama, bahasa dan budayanya.


Namun, sumpahan ibu kandung yang melahirkan membawa klimaks perjalanan hidup yang sangat bergelora bagi dirinya dan suami.


Bagi Ferri, kisah dipaparkan dianggap suatu penceritaan yang mampu membawa air mata dan teladan kepada penonton.


Berkongsi mengenai perkembangan seni, Ferri mengakui beliau masih aktif.


Ketika ini, beliau memberi tumpuan kepada projek drama dan filem arwah ibunya dan perniagaan diusahakan termasuk kegiatan pertanian.


"Saya dilatih untuk membuat pelbagai kerja dalam hidup saya. Ini bermakna saya bukan fokus kepada suatu pekerjaan untuk mencari makan. Sebaliknya, saya mencari idea untuk melakukan pelbagai perkara demi kelangsungan hidup.


"Apabila saya tidak dapat melakukan perkara A, contohnya, saya boleh buat perkara B.

 

"Malah, kalau perkara B gagal, saya masih ada perkara C... Begitulah berikutnya. Saya dilatih oleh ibu dan ayah untuk sediakan payung sebelum hujan. Walaupun mereka miskin, ibu dan ayah tetap memberi saya semangat untuk terus berjaya dalam bidang," katanya.


Ferri yang juga anak tunggal pasangan, Allahyarham Makmur Rusli dan Allahyarham Siti Hadjirah dilahirkan pada 14 Februari 1962 di Bandung, Indonesia.


Ferri pernah bertugas sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 15 tahun sambil aktif dalam bidang seni.


Ferri pernah menerbitkan album berjudul Ferri'88 dengan merakamkan lagu ciptaan S Atan serta Roystan Sta Maria.


Ahad, 15 Oktober 2023

Resolusi Pertemuan Penyair Nusantara XII di Kuala Lumpur, Malaysia.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pertemuan Penyair Nusantara XII adalah pertemuan selanjut dari Pertemuan Penyair Nusantara XI di Kabupaten Kudus, Provinsi Jawa Timur, Indonesia.  Pertemuan Penyair Nusantara merupakan forum tahunan yang lahir dari Pertemuan Penyair Indonesia “The 1st International Poets Gathering” di Medan tahun 2007, diselenggarakan oleh Laboratorium Sastra Medan yang diketuai Afrion. Gagasan tentang perlunya forum tahunan tersebut pertama kali dikemukakan oleh pendiri Komunitas Sastra Indonesia (KSI) Ahmadun Yosi Herfanda dan Viddy AD Daery yang saat itu memimpin rapat dalam gathering.


Tujuan PPN antara lain agar ada forum bergilir yang mempertemukan para penyair se-Nusantara guna menjalin kerja sama kegiatan, pertukaran karya, dan berbagi informasi perkembangan sastra di negara masing-masing. Maka, pada hari itu, bersama para penyair empat negara yang hadir, dicanangkanlah forum tahunan yang diselenggarakan secara bergilir di lima negara, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Patani Selatan Thailand.


Pertemuan Penyair Nusantara XII diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Dan resolusi dari Pertemuan Penyair Nusantara XII adalah seperti berikut:



Pertemuan Penyair Nusantara XII bertemakan “Cinta, Luka, Damai” telah berlangsung di Kuala Lumpur selama tiga hari, bermula pada tarikh 13-15 Oktober 2023.  Pertemuan ini dianjurkan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, SHAPADU Group, serta sokongan daripada pelbagai pihak.  Seramai 247 peserta daripada lima buah negara telah menyertai PPN, iaitu dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara tuan rumah Malaysia. Menyedari bahawa genre puisi telah berkembang luas dan merakyat dalam ranah kesusasteraan seluruh masyarakat di gugusan Nusantara dan menyedari bahawa puisi menjadi wahana ekspresi estetika, pemikiran, sikap, pandangan dan suara hati pengarang, PPN XII mengesyorkan perkara yang berikut:


I.      Meneruskan acara PPN dengan memilih Jakarta sebagai tuan rumah pada 2025;

II.     Pada setiap acara PPN sekurang-kurangnya diterbitkan sebuah antologi puisi khusus PPN oleh tuan rumah;

III.    Menghormati hak kemerdekaan dan pemilikan warga Rempang, Palestine, dan di mana-mana sahaja demi kemanusiaan sejagat.

IV.    Penyertaan perlu dibuka kepada penulis dengan jumlah yang munasabah mengikut kemampuan tuan rumah;

V.     Para panitia PPN setiap negara perlu meraih sokongan dan dukungan daripada pihak pemerintah dan entiti korporat di negara masing-masing untuk mendanai kegiatan PPN;

VI.    Bagi memperluas penyebaran karya, teknologi digital perlu dimanfaatkan secara silang budaya dan negara;

VII.   Panitia PPN perlu menyediakan laman maya yang komunikatif secara khusus dan aktif bagi menggerakkan suasana pengkaryaan yang lebih kondusif, mencerdaskan pemikiran dan kreativiti;

VIII.   Merancang penyediaan dana pengiktirafan kepada karya dan penulis, di peringkat Nusantara;

IX.    Merancang usaha mewacanakan karya penulis secara lintas negara.


Resolusi disepakati dan disahkan oleh:




Isnin, 2 Oktober 2023

Khazanah Fathaniyah dan Kisah Panjang Percetakan Kitab-Kitab Ulama Jawi

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Nama “Khazanah Fathaniyah” tidak asing lagi bagi pemiat kitab Jawi lama di pantai timur Malaysia dan Patani, Selatan Thailand. Kerana “Khazanah Fathaniyah” berperanan menerbitkan semula kitab kitab Melayu aksara Jawi yang ditulis oleh ulama ulama Patani di zaman lampau. Dan juga menerbit buku hikayat hidup ulama ulama di Nusantara. Kali ini saya mengambil sebuah tulisan dari Ayung Notonegoro, salah seorang peneliti Nahdatul Ulama, di laman web Nahdatul Ulama Online. Tulisan  Ayung Notonegoro kita dapat lihat pandangan orang di luar kawasan pesisir pantai timur terhadap peranan “Khazanah Fathaniyah”. Isi tulisannya adalah seperti berikut:

Sebuah rumah sederhana di bilangan Beliga, Batu Chaves, Kuala Lumpur ini menjadi saksi penting sebuah peradaban. Dimana sebagian wajah keislaman di Nusantara ini dibentuk dan dikenali hingga sekarang. Rumah tersebut adalah kantor Khazanah Fathaniyah yang didirikan oleh Haji Wan Mohd Shagir Abdullah. Sebuah lembaga non-profit yang bergerak untuk meneliti, mendokumentasi dan mempublikasi ulang khazanah ulama Jawi (Nusantara).


Menurut Wan Haliem, pengelola Khazanah Fathaniyah sepeninggal Wan Shagir, gerakan ini diinspirasi dari upaya yang telah dirintis oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zein al-Fathani (w. 11 Zulhijjah 1325 H). Sosok ini merupakan aktor intelektual utama dalam masifnya penerbitan karya-karya ulama Nusantara pada abad 19. Baik yang berbahasa Arab ataupun bahasa-bahasa lokal Nusantara lainnya. 

Pada masa hidupnya di paruh kedua abad 19, perkembangan dunia percetakan mulai tumbuh. Meskipun saat itu, secara teknologi, penerbitan-penerbitan keislaman di Timur Tengah masih sederhana. Apalagi di Asia Tenggara. Percetakan masih berkutat pada model litograf.


Saat itu, Syekh Ahmad mulai berkecimpung di dunia penerbitan di Timur Tengah. Ia bekerja di Mathba’ah (penerbitan) Al-Miriyah di Bulaq, Mesir. Kemudian, ia ditugaskan di Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah di Mekkah. Aktivitas tersebut, membuat Syekh Ahmad harus bolak-balik antara Mesir, Mekkah dan Istambul (Turki) yang menjadi pusat pemerintahan di Timur Tengah. Hal ini berlangsung antara 1882 sampai 1889.

Dalam menjalankan tugas tersebut, Syekh Ahmad terbersit untuk menerbitkan karya-karya ulama Jawi, khususnya yang berbahasa Melayu. Ide itu ternyata tak mudah untuk mewujudkannya. Saat itu, terdapat larangan dari Raja Hijaz untuk menerbitkan kitab-kitab keislaman yang tidak berbahasa Arab. Selain itu, rekannya pemilik percetakan Musthafa al-Babi-l-Halaby (Mesir) yang diajaknya berkongsi, tak menyambutnya dengan baik. Karena, rekannya tersebut berpikir, komunitas Jawi masih belumlah ramai.


Akan tetapi, tantangan tersebut tak membuat Syekh Ahmad menyerah. Ia berupaya untuk melobi Kesultanan Ustmaniyah yang kala itu dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani. Berkat kealiman dan pengalamannya, Syekh Ahmad berhasil meyakinkan sang sultan. Pada 28 Rajab 1307 H/ 1889 M, ia diberikan kepercayaan Kesultanan Utsmaniyah untuk menangani urusan pentadbiran dan politik. Di tahun yang sama, ia juga dilantik sebagai penasehat Syarif/ Raja Mekkah.

Berkat jabatan tersebut, Syekh Ahmad berhasil memasukkan kitab-kitab berbahasa Jawi di Mekkah-Madinah. Untuk memuluskan upayanya tersebut, ia menggandeng al-Amjad al-Khasmiri Fida Muhammad dan anaknya, Abdul Ghani, untuk membiayai percetakan kitab bahasa Jawi untuk pertama kalinya. Kitab yang pertama diterbitkan itu adalah karya Syekh Abdus Shamad al-Palimbani yang berjudul Hidayatus Salikin. Kitab ini dicetak di Mathba’ah Syekh Hasan at-Tukhi yang berada di dekat Masjid Jami Al-Azhar, Mesir.


Sejak saat itu, kitab-kitab berbahasa Jawi mulai banyak dicetak di Timur Tengah. Syekh Ahmad sendiri banyak menjadi pentashih (editor) atas kitab-kitab yang akan diterbitkan tersebut. Baik yang akan dicetak di Mekkah ataupun yang di Mesir. Dari kerja-kerja editorialnya tersebut, ia juga mulai melakukan standarisasi atas penggunaan dan penulisan kitab-kitab berbahasa Jawi.


Di antara upaya dari Syekh Ahmad adalah mengganti kata-kata lokal yang masuk ke dalam teks naskah. Misalnya, bahasa Patani, Aceh, Bugis, Jawa atau lainnya yang terselip ke dalam penggunaan bahasa Jawi (Melayu). Hal ini terpaksa dipangkas agar bisa dipahami secara luas oleh pembaca. 


Seiring waktu, perkembangan kitab-kitab bahasa Jawi tumbuh pesat. Bahkan, sekali cetak bisa beroplah hingga sepuluh ribu ekslempar. Hal ini sebagaimana diungkapkan oleh syair Syekh Utsman Syihabuddin al-Funtiani (Pontianak): 


“Memperbuat cap kitab bersangat bagus itu

Jadilah banyak kitab Melayu diterjemah itu

Banyak suka orang meterjemah akan dianya

Bersungguh-sungguh kerana banyak faedah di atasnya

Satu kitab sepuluh ribu jadi naskahnya

Senantiasa panjang pahalanya dan amalnya”


Bahkan, percetakan-percetakan baru mulai bermunculan. Terutama di kawasan Asia Tenggara. Seperti di Singapura, Riau, Penang dan di Jawa sendiri. Dari sinilah, khazanah pemikiran para ulama Nusantara, dapat terwariskan secara masif hingga saat ini.


“Dari perjuangan Syekh Ahmad itulah yang membuat Wan Shagir mendirikan ini [Khazanah Fathaniyah],” ungkap Wan Haliem.


Wan Shagir yang masih keturunan Syekh Ahmad itu lantas intens melakukan riset, berkeliling ke berbagai negara Asia Tenggara, mengumpulkan khazanah karya tulis para ulama. Tidak hanya yang berasal dari Patani, tapi juga meluas di seluruh alam Melayu. Hasil riset itu kemudian dipublikasikan. Ada yang berupa artikel populer di media massa ataupun yang berupa buku.


Bahkan, karya-karya ulama yang sudah langka itu diterbitkan ulang. Ada yang berupa alih aksara, terjemah atau bahkan cetak ulang.


Ada puluhan judul yang telah terbit dari upaya Wan Shagir ini. Semuanya sangatlah menarik bagi saya pribadi. Sungguh sebuah karya yang harus ada di rak perpustakaan Komunitas Pegon. Ringgit yang terdalam pun harus dirogoh. Menebus sejumlah judul buku terbitan Khazanah Fathaniyah ini.

Sabtu, 30 September 2023

Kronologi Bentrok Warga dan Aparat di Pulau Rempang Batam

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Konflik diantara penduduk 16 kampung tua Melayu dengan pihak berkuasa Pulau Batam telah mencetus kesedaran etnik Melayu baik di Indonesia sendiri dan di mana saja. Disii saya ketengahkan sebuah artikel bertajuk “Kronologi Bentrok Warga dan Aparat di Pulau Rempang Batam” tulisan Suci Amaliyah di NU Online. Inilah isinya:

Kerusuhan pecah di Rempang, Kota Batam, Kepulauan Riau pada Kamis (7/8/2023) siang. Petugas gabungan dari Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri), Tentara Nasional Indonesia (TNI), Direktorat Pengamanan (Ditpam) Badan Pengusahaan (BP) Batam, dan Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP) terlibat bentrok dengan warga Rempang. Bentrok terjadi saat pengukuran untuk pengembangan kawasan tersebut oleh Badan Pengusahaan (BP) Batam.


Keributan pecah saat petugas gabungan tiba di lokasi. Keributan itu bermula dari adanya aksi demonstrasi warga menolak pengembangan kawasan tersebut. Cekcok warga dengan petugas keamanan membuat aparat menembakkan gas air mata.  Situasi semakin tidak kondusif, warga berlarian, dan tolak menolak antara petugas dan warga terjadi. Dari kejadian itu, dikabarkan beberapa siswa sekolah dibawa ke rumah sakit akibat terkena gas air mata yang terbawa angin, karena lokasinya yang tidak jauh dari tempat terjadinya keributan.


Dalam video yang diturunkan Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI) melalui akaun Twitter, tampak armada kepolisian menyemprotkan water cannon di lokasi bentrokan. Aparat berseragam dan warga tampak berkerumun. Terdengar suara dari toa agar warga mundur. Di akhir video yang beredar, ada sejumlah warga yang ditangkap. Ketua YLBHI Muhammad Isnur mengatakan video itu didapatkan YLBHI dari warga setempat. Konflik agraria bermula dari rencana relokasi  Konflik agraria di Pulau Rempang bermula ketika Badan Pengusaha (BP) Batam berencana merelokasi seluruh penduduk Rempang. Hal itu dilakukan untuk mendukung rencana pengembangan investasi di Pulau Rempang.


Menurut Badan Pengusahaan (BP) Batam, kawasan Pulau Rempang masuk Projek Strategis Nasional (PSN) pada 2023 sebagai Rempang Eco City. PSN 2023 tertuang dalam Permenko Bidang Perekonomian RI Nomor 7 Tahun 2023 tentang Perubahan Ketiga Atas Peraturan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian RI Nomor 7 Tahun 2021 tentang Perubahan Daftar Projek Strategis Nasional.


Kawasan ini diestimasikan memperoleh investasi sebesar Rp381 triliun hingga tahun 2080. Dalam rencana pembangunannya, Pulau Rempang yang luasnya sekira 17,000 hektar akan dibangun menjadi kawasan industri, perdagangan dan wisata. Tujuannya mendongkrak pertumbuhan perekonomian dan peningkatan daya saing Indonesia dengan Malaysia dan Singapura. Tujuh zon yang nanti akan dikembangkan antara lain zona industri, zona agro-pelancongan, zon pemukiman dan komersial, zon pelancongan, zon hutan dan pembangkit listrik tenaga surya, zon hidupan liar dan alam serta zon cagar budaya.

Bahkan Pemerintah Republik Indonesia menargetkan pengembangan Kawasan Rempang Eco City dapat menyerap hingga 306,000 tenaga kerja hingga tahun 2080 mendatang. Dalam keterangan tertulis, BP Batam mengatakan pengembangan Pulau Rempang diawali dengan investasi produsen kaca terkemuka dari China sejak akhir Juli. Perusahaan yang berkomitmen berinvestasi sekira Rp175 triliun akan membangun fasilitas hilirisasi pasir kuarsa dan pasir silika serta ekosistem rantai pasok industri kaca dan kaca panel surya. "Penandatanganan kerja sama dengan Xinyi Group pun disaksikan langsung oleh Presiden RI, Joko Widodo, dan Presiden Republik Rakyat Tiongkok (RRT), Xi Jinping," kata Kepala BP Batam-medan dilansir Antara.

Masyarakat adat menolak PSN Rempang Eco City Masyarakat adat Pulau Rempang yang bertempat tinggal di 16 kampung tua menolak relokasi pembangunan Eco City. Warga menilai kampung mereka memiliki nilai historis dan budaya yang kuat, bahkan sebelum Indonesia merdeka. Mereka dengan tegas menolak wilayah tersebut direlokasi. Ketua Kekerabatan Masyarakat Adat Tempatan (Keramat) Rempang dan Galang, Gerisman Ahmad dalam beberapa kesempatan menegaskan warga kampung tidak menolak pembangunan, tetapi menolak direlokasi. Warga mempersilakan pemerintah melakukan pembangunan di luar kampung-kampung warga. "Setidaknya terdapat 16 titik kampung warga di kawasan Pulau Rempang ini, kami ingin kampung-kampung itu tidak direlokasi," katanya. Ia mengklaim warga Rempang dan Galang terdiri dari Suku Melayu, Suku Orang Laut dan Suku Orang Darat, telah bermukim di pulau setidaknya lebih dari satu abad lalu. "Kampung-kampung ini sudah ada sejak 1834, di bawah kerajaan Riau Lingga," kata Gerisman.

Sejak 1834 itu kata Gerisman, negara tidak pernah hadir untuk masyarakat adat Tempatan di Rempang. Mereka tidak kunjung mendapatkan legalitas tanah meskipun sudah diajukan. "Tiba-tiba sekarang kampung kami mau dibangun saja," tandasnya. Penjelasan Kapolri Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo menjelaskan mengenai peristiwa bentrokan yang terjadi antara aparat gabungan dengan warga di Pulau Rempang, Batam, Kepualauan Riau.


Menurut Kapolri, sebelum terjadi bentrokan, BP Batam sudah melakukan langkah-langkah sebagaimana mestinya yakni mulai dari musyawarah, mempersiapkan relokasi hingga ganti rugi. Ia menyebut BP Batam sudah menyiapkan ganti rugi bagi warga di Pulau Rempang, Batam, terkait rencana pengembangan di kawasan tersebut. "Tentunya langkah-langkah yang dilaksanakan oleh BP Batam sudah sesuai berjalan, mulai dari musyawarah, mempersiapkan relokasi, termasuk ganti rugi kepada masyarakat yang mungkin telah menggunakan lahan atau tanah di Rempang," kata Kapolri di Jakarta pada Kamis (8/9/2023). Sigit mengatakan pengukuran lahan di Rempang bertujuan untuk pengembangan kawasan, namun kemungkinan lokasi tersebut dikuasai oleh beberapa kelompok masyarakat. "Di sana, ada kegiatan terkait dengan pembebasan atau mengembalikan kembali lahan milik otoritas Batam yang saat ini mungkin dikuasai beberapa kelompok masyarakat," ujar Sigit. 

Pengukuran tersebut, lanjut Sigit, dilakukan lantaran pihak BP Batam akan menggunakan lahan tersebut untuk aktivitas investasi. "Kerana memang ada kegiatan yang akan dilakukan oleh BP Batam (pada lahan di Rempang)," kata Sigit. Lebih lanjut, Sigit menegaskan bahwa penyelesaian konflik tersebut diselesaikan melalui musyawarah mufakat antara pihak-pihak terkait. "Namun demikian, tentunya upaya musyawarah, upaya sosialisasi penyelesaian dengan musyawarah mufakat menjadi prioritas, sehingga kemudian masalah di Batam, di Rempang itu bisa diselesaikan," tutur Sigit. Sampai saat ini, petugas gabungan masih berjaga di lokasi sampai situasi benar-benar kondusif dan proses pengerjaan pengukuran lahan untuk proyek strategis nasional tersebut bisa diselesaikan.

Jumaat, 22 September 2023

Brunei Permai, Syair pendek dari Brunei Darussalam.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Disini saya kemukakan sebuah syair pendek atay syapen dari seorang tokoh masyarakat Brunei. Dan kita mengenali beliau dari laman web rasmi kerajaan Brunei, Jabatan-Jabatan Majlis Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri seperti berikut:

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Hj Abdul Rahim telah dilahirkan pada 8 Oktober 1946 di Kampung Puni, Temburong, Negara Brunei Darussalam. Beliau pernah belajar di Madrasah Al-Junied, Singapura pada tahun 1959. Pada tahun 1965,


beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang, Selangor, Malaysia dan pada tahun 1968 di Kolej Islam Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Beliau juga pernah belajar di Universiti Lancaster, United Kingdom untuk latihan dalam perkhidmatan di Jabatan Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dari tahun 1975 hingga 1978. Beliau memulakan kerjaya di jabatan kerajaan pada tahun 1973,


pernah memegang jawatan Daerah Temburong Pegawai pada 1996 hingga 1997 sebelum dilantik sebagai Pegawai Daerah Tutong dari 1997 hingga 1999 dan Pegawai Daerah Belait dari 1999 hingga 2001. Pada 2002, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Anak-anak Yatim sehingga 2005.


Beliau pernah terlibat dalam bidang penulisan dan mula menulis puisi pada tahun 1966 di Kolej Islam Klang dan karya beliau telah diterbitkan di Restu, majalah tahunan Kolej Islam Klang dan terpilih. untuk menerima Hadiah Kreatif Bahana 2002 (Kategori Puisi). Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan (Di Bawah Kategori Antara Orang Bergelar) semenjak pada 13 Januari 2017.                                                            

              

Brunei Permai


01-Dengan Bismillah

kumulakan madah,

Sambil berselawat

keatas Rasulullaah,

Disertai bertahmeed

Alhamdu lillaah,

Mensyukuri rahmat kebesaran Allah.


02-Hari Sabtu

hening dan indah,

Di Negara Brunei

bumi bertuah,

Bersyukur kita

kehadzrat Allah,

Rahmat-Nya luas

melimpah ruah.


03-Salam sayang

Temanku budiman,

Moga selalu

didalam aman,

Sihat ceria

dihiasi senyuman,

Mantap 'aqidah

taqwa beriman.


04-Pencen 'tuha'

baru saja diterima,

Dengan keluarga

kongsikan sama,

Yang paling elok

Ngopi bersama,

Saudara mara dan

teman lama.


05-Ayuhai paradianku

di Grup ani,

Amalkan cara

hidup yang murni,

Sesama keluarga

hidup harmoni,

Bersama canggihnya

Teknologi terkini.


06-Ingat selalu

pesanan indung,

Hidup kita

amat beruntung,

Ada kerajaan

tempat bergantung,

serba serbinya

kerajaan menanggung.


07-Kita syukuri

ne'mat Rabbani,

Keperluan rakyat

kerajaan santuni,

Kebajikan mereka

sentiasa dipantuni,

Dalam negara

makmur harmoni.

 

08-Selamat temanku

berhujung minggu,

Hari istirahat

yang ditunggu-

tunggu,

Usahlah temanku

bimbang dan ragu,

Ceriakan harimu

dengan berlagu.


09-Lihatlah mantari

bersinar cerah,

Sebagai bukti

kebesaran Allah,

Dialah Tuhan

Yang berhak disembah,

Mari ucapkan

la ilaaha

illallaah.


10-Sampai disini

syair karangan,

Kunukil buat

teman kesayangan,

Moga mahabbah

akan berpanjangan,

Terpahat erat

dalam kenangan.

 

Nukilan pena,

iar 🌹🐝

Ibnu 'abdir-raheem.   

Rabu, 20 September 2023

Rempang-Galang : Tanah terluka, sebuah puisi dari Patani, Selatan Thailand.

 Oleh Nik Abdul Rakib Bi Nik Hassan

Dari krisis Pulau Rempang-Pulau Galang yang terhangat berpunca dari Syarikat dari China ingin mengambil Pulau Rempang-Pulau Galang sebagai Rempang Eco-City Project.


Dari Rempang Eco-City Project ini penduduk Melayu di Kampung-Kampung tua sebanyak 16 kampung tua akan dipindah dari Pulau Rempang.  Dengan itu penduduk Pulau Rempang-Puau Galang menolak pemidahan mereka ke tempat baru. Dan terdapat beberapa organisasi termasuk oraganisasi sastra budaya seperti juga Majelis Sastra Riau mengadakan acara Bincang Rempang Aksi Solidaritas penyair Dunia. Acara ini diadakan di Anjung Kampar, Pekanbaru, Provinsi Riau.


Dan sebuah puisi dari Patani, Selatan Thailand untuk acara tersebut. Puisi itu tajuknya “Rempang-Galang : Tanah Terluka”

Rempang-Galang Tanah terluka.


Rempang-Galang bumi pusaka Melayu.

Dari turun temurun desa-desa tua Melayu.

Sejak nenek moyang beranak-pianak di Rempang-Galang.

Rempang-Galang permata tersembunyi Kepri.


Rempang-Galang yang ku semtuhi

Bakit bakau dedaun kehijauan.

Pantai Mirota surga pasir putih.

Air terjun Tembat  indah dan damai.


Kini Rempang-Galang tanah terluka.

Rempang Eco-City menggantikan Rempang-Galang.

Jeritan Rempang-Galang tidak didengari.

Bukankah bayang bayang itu dari Benua Besar.


Jeritan Rempang-Galang jangan berdiam diri.

Anak-anak Rempang-Galang menjerit.

Ibu-ibu Rempang-Galang menangis.

Ayah-ayah Rempang-Galang mengalirkan darah.


Jambatan barelang simbolik perpaduan Batam-Rempang-Galang.

Krisis Rempang-Galang simbolik perpaduan Nusantara.

Bangkitkanlah saudaraku Serumpun Se-Nusantara

Kembalikanlah Kedamaian Rempang-Galang.


Hamra Hassan

Patani, Selatan Thailand.

10 September 2023

                   Foto-foto konflik Pulau Rempang-Pulau Galang