Selasa, 18 Februari 2025

Ghazal Johor, Negeri Dimasyhur

Oleh Nik Abdul Rakib Nik Hassan

Kali ini akan kemukakan sebuah tulisan Dr Azhar Ibrahim Alwee, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Dan beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura. Tulisan beliau berkenan dengan alat muzik Melayu iaitu Ghazal. Isi kandungannya adalah seperti berikut:-


Ghazal Johor, Negeri Dimasyhur.

Lagu Melayu tradisional mendapat nafas penyusunan yang lebih seragam sejak dekad-dekad terakhir abad ke-19.


Pengaruh Barat yang masuk melalui kolonialisme memperkenalkan bukan sahaja alat muzik Barat kepada 'repertoire' (koleksi) muzik Melayu, ia juga memperkenalkan notasi muzik serta cara mengatur secara berkumpulan dalam bentuk orkes, kombo, dan kemudian kugiran.


Di negeri Johor, setelah muzik ghazal diperkenal dan dibangunkan, ia menjadi salah satu genre “terbaharu” dalam senarai muzik Melayu tradisional. Muzik ghazal ini adalah kombinasi dendangan kesultanan Istana Johor-Riau, dengan unsur muzik Parsi, Hindustan dari India.


Genre muzik ini mendapat sambutan di merata Johor kerana ia dinaungi para pembesar Johor. Datuk Bentara Luar Johor, Datuk Mohd Salleh bin Perang (1841-1915) disebut sebagai tokoh yang giat memperkenalkan muzik ini ke beberapa daerah dalam negeri Johor di peringkat awal.


Terbangunnya negeri Johor moden, sekali gus memerlukan identiti baharu serta ragam budaya yang seiring dengan kemodenan itu. Ghazal dan kemudian keroncong diperkenalkan dan mendapat sambutan di negeri tersebut, khasnya pada abad ke-20, dan bertahan sehingga ke hari ini.

                            Datuk Muhammad Salleh bin Perang

Asal Usul Ghazal Johor

Hari ini tarian dan muzik zapin semakin ligat mendapat tempat dalam kegiatan kebudayaan Melayu Johor. Kegiatan kebudayaan di Johor mendapat tempat kerana sejak dari awal ia dianugerahkan naungan dan dukungan oleh para pembesar negeri itu. Yayasan Warisan Johor, yang ditubuhkan sejak 1988 kini memiliki prasarana yang baik dalam melestarikan kegiatan kebudayaan di negeri itu.


Semangat dan kemampuan untuk berpersatuan dan berkumpul dalam pertubuhan budaya, dapat kita jejaki dalam penubuhan sebuah kumpulan seni muzik di Johor. Kumpulan “Jemaah Kampong Bharu Ghazal” yang berpusat di Johor Bahru adalah kumpulan ghazal terawal di negeri itu.


Asalnya kumpulan ghazal ini dipimpin oleh Ungku Abdul Aziz bin Ungku Madjid, Menteri Besar Johor yang ke-6, bersama dengan pembesar yang lain dengan nama asalnya “Seri Pelangi Ghazal”pada 1910.


Apabila Kapten Musa bin Yusof, atau lebih dikenali sebagai Pak Lomak, mengambil alih kumpulan ini, ia diberikan nama baharu, Kumpulan Jemaah Kampong Bahru. Wan Muhammad Ibrahim menjadi pengurusnya. Kumpulan ini banyak diundang merata Johor termasuk ke Singapura.


Ghazal Johor walaupun dikatakan mendapat inspirasi daripada ghazal yang dimainkan di benua kecil India, namun dari alun, bentuk dan rentak sudah sangat Melayu sifatnya. Muzik ghazal, yang memiliki rentak Parsi-India, sebenarnya sudah melalui proses lokalisasi. Yang paling menonjol ialah liriknya dari rangkap pantun, sebagaimana juga dengan muzik Melayu yang lain seperti lagu asli, dondang sayang dan zapin yang menggunakan pantun sebagai lirik.


Umumnya pantun-pantun ini berpesan kepada nilai hidup yang harus berbudi atau mengungkap perasaan manusia yang hidup berkasih, berbahagi dan berpisah. Ghazal “Pulau Pisang” yang pernah dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, berpantun begini:


“Pulau pisang rumahnya api

Pedoman kapal belayar malam

Sebelum ajal berpantang mati

Walau tercampak ke lautan dalam


Pedoman kapal belayar malam

Sarat bermuat buah keranji

Walau tercampak ke lautan dalam

Tidak ku lupa segala janji.”


Sememangnya Pulau Pisang terletak di barat daya perairan Johor, menempatkan sebuah rumah api yang membantu pelayaran kapal di Selat Melaka. Lagu ghazal ini tercipta pada 1949 oleh Awang bin Mohamad dari Api Api Pontian, serta ahli kumpulan ghazal Sri Banang Batu Pahat. Lagu ini pernah dinyanyikan Kamariah Noor, Rosiah Chik dan beberapa yang lain, dengan langgam ghazal mahupun nada asli.


Dari Lagu Negeri Ditahu

Satu sisi yang menarik tentang ghazal Johor, bukan sahaja ia sebagai seni nyanyian dan hiburan, ia mengandung lirik yang sangat memberi pengetahun “geografik” tentang daerah, tempat dan peristiwa di negeri Johor.


Lagu-lagu ghazal yang dibawakan ini sering menyebut tentang daerah dan tempat di negeri Johor. Perhatikan sahaja beberapa judul lagu ghazal yang popular, seperti Kuala Sedeli, Seri Mersing, Gunung Banang, Sri Pontian, Kuala Endau Tanjung Pelepas, Gunung Panti, Bukit Melati, Pasir Pelangi. Ini semua adalah nama-nama tempat terkenal di negeri Johor.


Dengan ghazal dinyanyikan di merata negeri Johor, lagu-lagu ini sekali gus berfungsi sebagai pemberita nama tempat di sekitar negeri Johor. Bayangkan di era yang sebelum wujud alat komunikasi dan belum pula berkembang pesat, lagu-lagu ini memainkan peranan sebagai lantunan lagu yang memperkenalkan anak-anak negeri Johor kepada daerah satu sama lain.


Pak Lomak Pelemak Ghazal

Menarik diperhatikan bahawa dalam pemodenan Johor, ia juga merangkumi bidang seni budaya serta kemajuan bahasa. Ini satu perkembangan baik, memandangkan kemajuan kebudayaan masyarakat harus berjalan seiringan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri.


Dapat kita bayangkan juga adanya pembesar yang memiliki selera budaya yang tinggi, sekali gus mendatangkan faedah besar kepada kepedulian membangunkan seni budaya sebagai salah satu hidup berkemajuan.


Johor pastinya beruntung kerana memiliki pembesar negeri yang berminat terhadap seni kebudayaan. Kecenderungan Datuk Bentara Luar adalah satu contoh terbaik. Ini tertumpah pula kepada cucunda beliau, yakni Pak Lomak. Nama Pak Lomak diiktiraf sebagai pengembang Ghazal Johor. Beliau seorang kapten dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Dari ilham beliau lahir judul-judul lagu yang mengambil nama sempena tempat-tempat yang terkenal di Johor, seperti Kuala Sedeli, Seri Mersing, Puteri Ledang, Gunung Banang, Seri Muar, Seri Pontian dan banyak lagi.


Bayangkan sewaktu kumpulan ghazal bergerak di merata negeri Johor, lagu- lagu ghazal ini sering menyebut nama-nama tempat. Ia secara tidak langsung menjadi sumber pengikat kepada rakyat Johor, yang sudahpun terkenal dengan sikap kenegeriannya yang padu.


Antara karangan Pak Lomak yang terkenal ialah Gunung Banang. Lagu Gunung Banang ini, termaklum dinyanyikan dalam rentak asli dan ghazal. Gunung Banang adalah sebuah gunung yang terletak di Batu Pahat. Dipercayai lagu ini dicipta oleh Pak Lomak pada 1932. Lirik lagu ini berpantun begini:


“Gunung Banang tinggilah menawan

Nampaklah dari Gununglah Soga

Bila kupandang wajahmu tuan

Bagai kupandang pintunya syurga


Selat Melaka airnya tenang

Banyak berlabuh perahu Bugis

Orang yang jauh jangan dikenang

Kalau dikenang tentu menangis”


Lagu ghazal yang popular ini sudah banyak versinya sehingga ke hari ini. Pantunnya cantik dan halus. Bagi Pak Lomak, antara yang mendasar dalam lagu Melayu itu adalah melantun pantun atau lirik dengan jelas dan menarik. Beliau pernah menyebutnya begini:


“Pantun itulah mustahak hendak didengar orang kerana “lidah (perkataan) itu lebih tajam daripada pedang” bukannya (lidah penyanyi). Bagaimana orang menyanyi lagu dondang sayang hingga sampai tiga hari tiga malam bukan sekali lagu itu, ialah kerana pantun-pantun yang sedap-sedap yang menyedihkan hati, menyukakan hati sehingga ada pula yang melekatkan hati.”


Dari Gunung Banang ini, terbit pula sebuah lagu berjudul Seri Banang, yang mungkin mengambil nama sempena gunung tersebut juga. Yang sering menggema dalam nada ghazal bawaan Rojer Kajol, yang berpantun begini:


“Layang-layang bertali benang

Putuslah benang tali belati

Siang dan malam duduk mengenang

Orang dikenang tak ambil peduli


Putuslah benang tali belati

Melayang sampai ke hujung sana

Orang dikenang tak ambil peduli

Alamat saya hiduplah merana.”


Versi lagu ini nyanyian Sharifah Aini dengan nada asli liriknya berpantun begini pula:


“Putus layang dibawah bayu

Jatuh tersangkut di pohon jati

Apa dikenang kisah yang layu

Patahlah tumbuh hilang berganti”


Putus sudah layang dilanggan

Dibawak angin jauh sekali

Kisah yang lama jadi kenangan

Janganlah sampai berulang lagi”


Malah ada juga filem Melayu 'Puteri Gunung Banang' terbitan pada tahun 1956 oleh Malay Film Production di Singapura.


Ghazal Masih Menggema

Hari ini perkumpulan ghazal bercambah di merata Johor. Usaha merakam lagu-lagu ghazal yang bertaburan di Johor telah diusahakan oleh Universiti Malaya pada 1960-an. Pasti ghazal terus berkembang sehingga hari ini, dan wajar juga menjejaki pantun-pantun yang dilantunkan sebagai lirik.


Hari ini terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan tentang muzik ghazal. Salah satu daripadanya ialah buku 'Ghazal Melayu Johor' oleh Rohaya Ahmad, diterbitkan pada 2007 oleh Yayasan Warisan Johor.


Kini festival ghazal diadakan dari semasa ke semasa, selain pertandingan menyanyi ghazal, menari zapin dan mendendangkan keroncong. Yang menariknya anak-anak muda dilibatkan secara aktif.


Malah menarik kalau diperhatikan nama-nama para penyanyi yang versatil menyanyikan lagu-lagu baharu dengan lagu-lagu tradisional. Negeri Johor sendiri adalah tanah kelahiran bagi beberapa penyanyi wanita yang terkenal dengan kemampuan mendendangkan lagu-lagu tradisional seperti Rosiah Chik, Sharifah Aini, Mas Idayu, Noraniza Idris, Rohana Jalil, Norma Kadir dan ramai lagi.

Selain ghazal, Johor juga terkenal dengan zapin, sama ada dalam bentuk muzik dan tarian. Lagu zapin pun berlirik pantun. Lagu “Yaladan” dendangan Ahmad Fadzil yang terkenal dengan gambusnya, bergandingan dengan Sharifah Aini, membawa lagu berlirik pantun ini:


“Jangan diturut resmi lalang

Baik diturut resmi padi

Meninggi diri dibenci orang

Budi bahasa kini dicari


Baik baik pegang kemudi

Janganlah sampai terlanggar karam

Baiklah baik kita berbudi

Janganlah sampai dikata orang”


Inilah yang boleh dikatakan sebagai kebudayaan berseni yang kaya dan akan tercantum pesan dan hiburan, dengan estetikanya membuka kepuasan dalaman dan kebanggaan identiti.


Negeri Johor, baik masyarakatnya dan kepimpinannya, meletakkan seni budaya sebagai penyeri identiti, sehingga ia menjadi penakrif kepada jati diri mereka. Dari pantun-pantun dalam lirik ghazal, ia menyebut dan menyanjungi negeri dan Sultannya menjadi sesuatu yang agak lazim.


Inilah juga yang dapat kita telusuri dari lagu terkenal yang berjudul “Tajuk Johor Tanjung Puteri.” Lagu ini dicipta oleh Encik Ali bin Othman, yang juga salah seorang cucu Datuk Bentara Luar Johor. Beliau pemuzik dan penggubah lagu yang tersohor di zamannya dan mempunyai orkesnya tersendiri.


Lagu Tanjung Puteri didendangkan dalam nada ghazal sering berkumandang dalam majlis-majlis negeri. Lagu ini pernah dirakam oleh Aziz Ahmad, penyanyi asal Singapura pada 1980-an.


“Tajuk Johor Tanjung Puteri

Selat Tebrau airnya biru

Di Pantai Lido tepian mandi

Sepanjang masa dihari minggu


Atas bukit Tanjung Puteri

Taman hiburan indah berseri

Pemandangan menawan hati

Jalan tambak hubungan negeri


Tanjung Sekijang nun dikuala

Tempat nelayan mengail gelama

Istana Hinggap di Kuala Danga

Pantai berkelah keluarga diRaja


Dari Tebrau orang berakit

Singgah Stulang membeli kopi

Pusara Si Bongkok dilereng bukit

Ditepi pantai Tanjung Puteri.”


Pendek kata, lagu-lagu Melayu Johor menceritakan negeri dan daerahnya. Dari lagu sebegini, selintas sejarah Johor, disebut dan dikenang.


Inilah muzik yang telah mengiringi pembangunan negeri dan rakyatnya, sekali gus memperkayakan khazanah kebudayaan dalam dunia Melayu.


Sebagaimana kata mutiara dari William Shakespeare dalam drama terkenalnya 'Tweflth Night' yang membawakan watak Duke Orsino, bangsawan halus yang menyebut begini:


“If music be the food of love, play on.”


Beginilah muzik yang hidup. Ia menjadi sebuah seni dan hayat dalam sejarah negeri dan masyarakat. Saling berpantun, nyanyikanlah!

Ahad, 16 Februari 2025

คำว่า “มลายู”ไม่ได้มีอยู่จริงในประวัติศาสตร์

โดยนิอับดุลรากิ๊บ  บินนิฮัสซัน

ผู้เขียนได้รับส่งวิดีโอและข้อความต่างๆ เกี่ยวกับข้อความที่ว่าคำว่า “มลายู” ไม่ได้มีอยู่จริงในประวัติศาสตร์ ซึ่งแรกเริ่มผู้เขียนไม่อยากสนใจวิดีโอและข้อความต่างๆสักเท่าไร แต่เห็นว่า บางข้อความ และวิดีโอ แทนที่จะเสนอข้อความและหลักฐานที่ถูกต้อง กลับกลายเป็นข้อความที่สร้างแรงไฟ เหมือนสาดน้ำมันลงในกองไฟ


ผู้เขียนได้รับโทรศัพท์จากเจ้าหน้าที่ของ สกสว. (สำนักงานคณะกรรมการส่งเสริมวิทยาศาสตร์ วิจัยและนวัตกรรม หรือ สกว. เดิมว่า เชิญไปร่วมงานรำลึกถึงศาสตราจารย์ ชัยวัฒน์ สถาอานันท์ ในฐานะที่ปรึกษาโครงการชุดมาเลเซีย  ของสกว. ซึ่งผู้เขียนและเพื่อนได้ทำการวิจัยหัวข้อหนึ่ง แต่เมื่อถึงเวลา ด้วยสุขภาพไม่อำนวยจึงไม่อาจไปได้ และต่อมาทางสกสว. (สำนักงานคณะกรรมการส่งเสริมวิทยาศาสตร์ วิจัยและนวัตกรรม หรือ สกว. เดิม ก็โทรมาอีก เพื่อให้ร่วมสัมมนาเกี่ยวกับมาเลเซีย ซึ่งจัดโดยสภาความมั่นคงแห่งชาติ หรือ สมช. โดยจัดขึ้นที่โรงแรมแกรนด์ สปา แอนด์รีสอร์ต อำเภอเมือง จังหวัดสงขลา จัดขึ้นเมื่อปลายเดือนพฤศจิกายน 2024  ในครั้งนั้นปรากฏว่ามีหน่วยงานที่เข้าร่วมสัมมนาจำนวนหนึ่ง เช่น เจ้าหน้าที่ระดับหัวหน้าจากกรมประชาสงเคราะห์ นายทหารจากค่ายอิงคยุทธบริหาร จังหวัดปัตตานี แต่ด้วยช่วงนั้น อยู่ในช่วงน้ำท่วม ต้องพักต่อที่โรงแรมแกรนด์ สปา แอนด์รีสอร์ต ราวสามวัน พร้อมๆกับนายทหารจากค่ายอิงคยุทธบริหาร จังหวัดปัตตานี เมื่อสถานการณ์สามารถกลับบ้านได้ ผู้เขียนจึงพูดคุยกับนายทหารจากค่ายอิงคยุทธบริหาร จังหวัดปัตตานี นายทหารระดับนายพลตรี มีตำแหน่งเป็นรองผู้อำนวยการรักษาความมั่นคงภายในภาค 4 หรือ กอ.รมน. ภาค 4 ส่วนหน้า ได้คุยถึงแนวทางการแก้ไขปัญหาภาคใต้ ผู้เขียนก็ได้พูดแบบเปิดอกว่า ผู้เขียนจะดำเนินความป็นนักวิชาการ มีความเป็นกลางสูง แม้ว่าจะเกษียณมาแล้วสามปี  อะไรที่แนวทางผู้เห็นต่างทำถูก ผู้เขียนก็สนับสนุน หรือถ้าฝ่ายรัฐทำถูก ผู้เขียนก็สนับสนุน  และตอนท้ายของการพูดคุย ผู้เขียนบอกว่า ไม่อยากให้ทางฝ่ายไอ.โอ.ของรัฐเผยแพร่ข้อความ หรือวิดีโอ ที่ไร้หลักฐาน แทนที่จะเป็นผลดีต่อรัฐ กลับกลายเป็นสาดน้ำมันลงกองไฟ ท่านนายพลตรีท่านนั้น ก็ฟัง แต่เหมือนในใจมีอะไร ที่จะบอกว่า คุมไม่ได้

และเมื่อเพื่อนได้ส่งวิดีโอมา แม้จะเป็นวิดีโอเก่า ผู้เขียนจึงใช้เฟสบุ๊คในการแจ้งข้อเท็จของความเป็นมาของคำว่า มลายู สิ่งที่น่าตกใจ แม้ไม่มีการกดไลค์จำนวนมาก และมีกดอันไลค์จำนวนพอควร จากบางส่วนที่เป็นไอ.โอ. และมีคนหนึ่งเป็นทหารที่ดูแล ชำนาญด้านกัมพูชา แต่ดันเสือกโต้ตอบในเรื่องมลายู ถึงอย่างไร ผู้เขียนต้องต้องตกใจ เมื่อเฟสบุคแจ้งว่า มียอดคนดู หรือ วิว มีถึง 1 แสนกว่าวิว ซึ่งสามารถพิสูจน์ได้ว่า ถ้าพวกไอ.โอ. ไม่สาดน้ำมันลงกองไฟ ไฟก็จะไม่โหม แทนที่จะดับไฟใต้ กลายเป็นสร้างความเกลียดชัวมากขึ้น ในครั้งนี้ผู้เขียนจึงขอใช้บล๊อคเพื่อเขียนขยายความของคำว่าที่ว่าคำว่า “มลายู”ไม่ได้มีอยู่จริงในประวัติศาสตร์


เมื่อมีกล่าวว่าคำว่า “มลายู”ไม่ได้มีอยู่จริง แต่คำนี้ถูกสร้างขึ้นโดยนักล่าอาณานิคมชาวตะวันตก จริงไหม พูดได้เลยว่า ไม่จริง คำว่า “มลายู” มีอยู่จริงในประวัติศาสต์ คำนี้มีอายุ ไม่ต่างจากอาณาจักรสุโขทัย หรือคำนี้อาจมีอายุมากกว่าด้วยซ้ำไป ในครั้งนี้ขอยกหลักฐานอยู่ 2 ข้อ คือ

1.     คำว่า “มลายู” มีอยู่ในบันทึกของพระภิกษุอี้จิง (Yijing, I-ching, I-tsing) โดยพระภิกษุอี้จิง (มีอายุระหว่าง ค.ศ. 635–ค.ศ. 713) ได้เดินทางจากประเทศจีนเพื่อไปศึกษาศาสนาพุทธที่ประเทศอินเดีย โดยแวะพักเกาะสุมาตรา และบันทึกถึงรัฐมลายู เรียกเป็นสำเนียงจีนว่า โมโลยู นั้นแสดงว่า คำว่า “มลายู” มีมาราว 1,400 ปีมาแล้ว และบันทึกของพระภิกษุอี้จิง ได้รับการแปลเป็นภาษาอังกฤษ โดย ดร. J. Takkusu โดยชื่อว่า A Record of Buddhist Relagion as Practiced in India and Malay Archipelago (A.D 671-695) พิมพ์ในปี 1896 หรือ 100 กว่าปีก่อน สามารถอ่านหนังสือแปลเล่มนี้ได้ ผมแขวนในบล็อกผมด้วย 

ที่ https://shorturl.at/3CTLV


2.     ในศิลาจารึกที่ชื่อว่า ศิลาจารึกปาดังโรโจ (Prasasti Padang Roco) เป็นพระพุทธรูปปางอโมฆปาศ และมีศิลาจารึกที่ฐานพระพุทธรูป ศิลาจารึกนี้เขียนด้วยภาษามลายูโบราณและภาษาสันกฤต เป็นของขวัญที่กษัตริย์เกอร์ตานาฆาราแห่งอาณาจักรสิงหาซารี บนเกาะชวา มอบให้รัฐมลายูบนเกาะสุมาตรา บันทึกว่าสร้างขึ้นในปีซากาศักราช 1208 (ซากาศักราช เป็นปีศักราชที่ชาวชวาใช้มาในอดีต เป็นปีศักราชที่รับมาจากอินเดีย) เทียบเท่าปี ค.ศ. 1286 ศิลาจารึกนี้เขียนด้วยอักขระชวาโบราณ 

บรรทัดที่ 4 เขียนว่า 4. samagat payanan han Dipankaradasa, rakryan damun Pu Wira paduka Amoghapasa. Bhumi Malayu, brahmana, ksatrya, waisa, sudrarAryya, Sri Maharaja Srimat Tribhuwanaraja Mauliwarmmadewa.,  (ขอให้ของขวัญชิ้นนี้ทำให้ชาวรัฐมลายูทุกท่านดีใจ รวมทั้งพราหมณ์ ทหาร ชาววรรณะแพทศย์ ชาวววรรณะซูดรา (ต่ำสุด) และศูนย์กลางของทั้งปวง ศรีมหาราช ศรีมัตตรีภูวนาราชา เมาลิวาร์มมาเทวา)

 ผู้เขียนขอสุดท้ายว่า เมื่อมีคนกล่าวว่า คำว่า “มลายู” ไม่มีในประวัติศาสตร์ ก็สามารถตอบได้ว่า คำว่า “มลายู” มีอยู่ในประวัติศาสตร์ และเมื่อให้ดูหลักฐานข้างต้นเพียง 2 ข้อ ก็สามารถหักล้างคำกล่าวที่ว่า คำว่า “มลายู” ไม่มีอยู่จริงในประวัติศาสตร์ และคำว่า “มลายู” มีอายุไม่ต่างจากอาณาจักรสุโขทัย หรืออาจมีอายุมากกว่าด้วยซ้ำไป


Khamis, 13 Februari 2025

Peka Sejarah Itu Wajib - Dr. Azhar Ibrahim Alawee

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini saya ketengahka sebuah artikel dengan tajuknya “Peka Sejarah Itu Wajib” tulisan Dr. Azhar Ibrahim Alawee dari National University of Singapore. Tulisan beliau adalah seperti berikut:-


Nurcholish Madjid (1939-2005) ialah seorang cendekia dan pemikir Islam yang gagasan dan hasil kerjanya menjadi teladan terbaik bagi Indonesia dan dunia Islam.


Bagi beliau, dasar sejarah adalah sebahagian daripada konteks yang diperlukan untuk memahami pesan-pesan agama. Sisi sejarah-sosiologi sering disebut sebagai perspektif yang diperlukan, selain peranan manusia dalam proses sejarah.


Sebagai seorang intelektual, kepedulian terhadap sejarah adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan tuntutan. Sejarah menjadi salah satu dasar untuk memahami sesuatu perjalanan masa dan pertalian antara masa lalu dan kini. Sejarah juga menjadi jendela untuk menilai pengalaman dan peristiwa yang mempunyai kesan kepada masyarakat dan dunia.


Nurcholish atau sapaan mesra Cak Nur ialah seorang intelektual yang berpegang teguh kepada visi pembaharuan, dengan pemahaman sejarah sangat penting bagi beliau. Seperti gurunya, Fazlur Rahman, pemahaman sejarah yang rapuh, selain ketidakmampuan memahami dinamika masyarakat dari sudut sosiologi, akan membuat tafsiran dan bacaan kita tentang Islam menjadi tempang.


Al-Quran menuntut agar ilmu yang memandu manusia berupaya mengarahnya kepada kefahaman akan peredaran manusia sepanjang zaman, yakni sejarah, selain dituntut ilmu yang menggalakkan manusia untuk memperbaiki keadaan hidup serta ilmu yang memperdalamkan kefahaman manusia tentang mindanya (al-nufus) demi menjamin kesejahteraan psikologi, motivasi dan moral (akhlak) manusia.


Kefahaman keagamaan harus bersandar kepada kesedaran dan kemampuan untuk membaca sejarah dengan baik, mencerah dan berunsur kritis. Begitulah betapa pentingnya kesedaran sejarah agar bacaan dan kefahaman kita tidak bersifat ahistorical (tidak peka).


Cak Nur tidak menulis esei atau buku tentang sejarah secara spesifik. Namun bukunya, 'Indonesia Kita', adalah sebuah karya ilmiah dengan naratif dan perspektif sejarah yang tepat dan padat. Buku setebal 215 halaman, yang diterbitkan pada 2004, nampaknya ditujukan kepada pembaca umum, dengan pemaparan yang tidak terlalu berat, malah jelas dan bernas.


Cak Nur berupaya menulis dengan kaca mata yang memperlihatkan pemahaman mendalam dan meluas tentang sejarah bangsa Indonesia. Tiga ciri utama dapat kita pelajari daripada penulisan beliau dalam buku ini.


Pertama beliau menulis dengan matlamat untuk membentuk tanda aras utama dalam sejarah Indonesia dengan nada yang apresiatif. Kedua, dengan latar belakang beliau sebagai seorang pemikir Muslim, perspektif beliau tentang peranan Islam, diberikan keutamaan dalam menyusun sesuatu perjalanan sejarah. Ketiga, memberikan penekanan kepada sudut rekonstruktif yang wajar dipertimbangkan dalam pemahaman sejarah dan keadaan semasa Indonesia.


Dalam kata pengantar untuk buku ini, Cak Nur menyebut objektif risalah ini sebagai usaha mengetengahkan persoalan “bangsa dan negara Republik Indonesia, sejak dari masa-masa lampau yang jauh dan masa sekarang yang menantang".


Ini penting kerana pemahaman seperti itu “diperlukan untuk dapat berpartisipasi (mengambil bahagian) dengan baik dalam kehidupan sosiopolitik negara dan bangsa yang sedang membangunkan demokrasi dan berjuang untuk mengembalikan harkat dan martabat nasionalnya". Malah di bahagian penutup Cak Nur berkesimpulan begini:


“Dorongan menulis risalah ini ialah keinginan berbagi pandangan dengan para warga bangsa, khususnya generasi muda. Ketika pelajaran sejarah di sekolah tidak menarik lagi, dan tinjauan masalah dari pandangan-pandangan asasi bisa menjemukan, maka yang dikuatirkan ialah terjadinya pendangkalan dan penyempitan wawasan.”


Cak Nur membincangkan topik sejarah dengan hujah akademik yang cenderung berpendirian “objektif” atas nama kemurnian ilmiah. Sebaliknya bagi Cak Nur, perbincangan yang telus dan menyeluruh diperlukan dalam konteks ini. Juga perlu ada pengetahuan secukupnya tentang proses sejarah bangsa Indonesia, sambil menjenguk kepada kekuatan dan kelemahan yang ada. Memandang ke belakang sebagai romantisme sejarah bukanlah jalannya.


Dalam buku ini Cak Nur melukis garis besar sejarah Nusantara yang sudah terwujud peradaban sebelum kedatangan Islam. Kedatangan Islam menambahkan lagi peranan ini, dan jaringan peradaban kosmopolitan di kota Pelabuhan pesisir yang sekaligus menjadi pusat penyebaran Islam.


Dalam proses Islamisasi, antara yang terbangun dalam institusi pondok pesantren yang menghasilkan santri dan ulama yang menjadi penjana utama pengIslaman di Nusantara. Penghasilan rempah-ratus dan kemudian komoditi yang lain, menarik penjajah dengan keserakahan memonopoli perdagangan hasil bumi dari rantau ini.


Zaman penjajahan mewujudkan pula peribumi dengan kuasa kolonial yang merubah strategi penguasaan dari masa ke semasa. Semangat cinta watan mula muncul dan kemudian berganti sebagai gerakan nasionalisme yang menuntut hak dan martabat bangsa yang dijajah.


Segelintir cerdik pandai terlahir daripada sistem pendidikan kolonial, yang nanti akan turun padang memimpin gerakan nasionalisme. Malah antara yang terawal tampil ialah pedagang peribumi Muslim yang bersatu dalam Sarekat Dagang Islam. Bahasa Melayu semakin menjadi lingua franca, membolehkan bangsa dan suku di Nusantara merasakan saling kebersamaan, selain beragama Islam.


Cak Nur memberikan fokus kepada makna “negara-bangsa” dan bagi beliau umat Islam khususnya harus memahaminya secara tuntas. Model negara-kota Madinah yang didirikan oleh Nabi Muhammad saw, dengan piagamnya adalah contoh kepimpinan yang memiliki sisi moral, selain “peneguhan fahaman masyarakat majmuk.”


Hak asasi manusia terjamin di Madinah, sebagaimana terungkap dalam Khutbah Perpisahan Nabi Besar kita. Yang penting disimpulkan ialah kita melihat prinsip-prisip kemanusiaan yang terkandung dalam cara Nabi menyusun dan memimpin.


Inilah pelajaran dari sejarah yang umat Islam harus fahami, tanpa mudah terpesona dengan model pemerintahan gaya khilafat yang tidak bebas dari dibelenggu cauvinisme sempit dan dinasti despotisme (dinasti pemerintahan kuku besi). Dimensi Islam yang egalitarian dan berdiri atas keadilan, sayangnya ditinggalkan. Kekuasaan dinasti khalifah, menurut Cak Nur “suatu penyimpangan daripada prinsip Madinah". Inilah sisi sejarah yang umat Islam harus akur dan sedari.


Setelah menguraikan perjalanan politik Islam imperium, Cak Nur mengaitkan ini pula dengan pengalaman Indonesia, yang juga dibelenggy cengkaman feudalisme. Beliau menjelaskan:


“Masyarakat kita masih marak unsur-unsur feudalistik yang amat menghambat terwujudnya negara-bangsa atau nation-state moden menurut cita-cita para pendiri...penampilan kita masih sangat pekat oleh nilai-nilai feudalistik, seperti tekanan berlebihan kepada unsur prestise (prestij) dan gengsi…para pemegang tugas kenegaraan yang tidak lagi bertindak sebagai “pelayan public” (public servants), tetapi justru sebaliknya, bertingkah laku seperti “juragan publik” yang serba minta dilayani dan dihormati.”


Indonesia moden selepas kemerdekaan, melalui eksperimen politik daripada sistem parlimen ke sistem berpresiden. Dalam keadaan tidak menentu, Presiden Sukarno tampil menyatukan negara yang diambang perpecahan, sehingga dilaungkan Demokrasi Terpimpin. Akhirnya Sukarno dilucutkan daripada kuasa dan Indonesia memasuki era Orde Baru pimpinan Presiden Suharto.


Ternyata era ini ditandai oleh cara pemerintahan Suharto yang “kurang menghayati berbagai keharusan sebuah 'modern nation-state' sebagaimana didambakan oleh para pengasas". Dengan melemahnya wawasan tentang 'nation-state', pendemokrasian menjadi tersembab. Permasalahan korupsi membengkak, konflik etnik dan agama meruncing, sedang kesenjangan ekonomi semakin melebar.


Cak Nur menegaskan: “Usaha menegakkan standar (piawai) moral merupakan salah satu urgensi bagi bangsa kita. Sekali lagi, lemahnya standar moral inilah yang menyebabkan kita sekarang mengalami krisis multidimensional.”


Faham Sejarah, Masa Depan Mencerah

Jelas dari buku ini, Cak Nur yang bertolak daripada rentetan sejarah, mengaitkan pula dengan keadaan semasa yang tantangannya semakin kompleks dan rumit. Sejarah harus menjadi pengajaran agar yang merosak dan khilaf jangan dibiarkan berulang lagi, dan mana yang pernah unggul dan bermutu dalam sejarah harus dapat kita jenguk kembali, dengan menilai prinsip atau unsur yang berupaya membantu kita berdepan dengan konteks hari ini.


Pastinya sejarah bukan tempat bergundah. Dari kepekaan sejarah harus terbit tekad untuk membangunkan masa depan yang lebih cerah. Cak Nur mengusulkan beberapa agenda utama yang baginya dapat membangunkan kembali Indonesia.


Cak Nur akur bahawa yang digagas ini sangat umum kerana “persoalan kebangsaan dan kenegaraan kita yang memerlukan kejelasan lebih lanjut, memerlukan kegiatan tukar fikiran yang bebas dan cerdas".


Cak Nur juga menyentuh tentang soal beban sejarah. Pertama beban dalam bentuk nativisme dan atavisme yakni fahaman kebangsaan yang sempit. Ini adalah “sikap-sikap yang memandang budaya sendiri sebagai paling benar dan unggul, tanpa melihat kemungkinan adanya ciri-ciri negatif seperti feudalisme".


Kedua, feudalisme sebagai legasi sejarah, masih berdenyut dan bertahan dalam masyarakat. Bagi Cak Nur, hambatan feudalisme memberi kesan kepada pertumbuhan bangsa Indonesia. Malah korupsi yang membengkak dalam masyarakat ada tali temalinya dengan feudalisme yang bertahan. Ditegaskan beliau: “Pemberantasan Korupsi Kolusi Nepotisme (KKN) akan sangat banyak tergantung kepada seberapa jauh kita mampu memberantas feodalisme dan busaya suap-menyuap".


Faham Sejarah, Faham Ilmu

Cak Nur yang berafiliasi (mempunyai hubungan) dengan gerakan pembaharuan Islam meletakkan dimensi sejarah dan sains kemasyarakatan sebagai bingkai teoretis (berdasarkan teori) untuk memahami perkembangan dalam masyarakat serta agama. Pesan-pesan agama yang dibaca secara harfiah adalah pemerosakan pada nilai-nilai itu sendiri kerana ia salah ditempatkan pada maksud, niat dan sasarannya.


Memahami sejarah, dibantu dengan ilmu kemasyarakatan dapat menyumbang kepada pemahaman yang kritis terhadap perjalanan dan keperluan kita secara individu dan kolektif.


Belajar dari sejarah menuntut kita agar sedia menjadi pelaku utama dalam sejarah. Sikap yang membelakangkan sejarah ataupun naif terhadapnya bererti ketidakmampuan untuk memahami keadaan masa kini dan kemungkinannya pada masa hadapan.


Sejarah: Kita Berdialog Dengannya

Cara pandang yang peka menimbangkan dinamika sejarah besar kemungkinan akan dapat memahami mengapa sesuatu fenomena atau peristiwa itu berlaku sedemikian rupa. Sebaliknya, yang buta sejarah akan sukar menerima hakikat bahawa terdapat perubahan, yang kesannnya boleh membaik atau memburuk.


Sebenarnya percubaan menulis gambaran sejarah seperti ini telah dilakukan oleh beberapa tokoh pemikir Indonesia, dengan cara yang memperlihatkan keunikan masing-masing. Pasti kita ingat penulisan Mas Marco Kartodikromo, Muhammad Yamin, Haji Agus Salim, Hamka, Pramoedya Ananta Toer, Rosihan Anwar, Sutan Takdir Alisjahbana, Mochtar Lubis, Abdurrahman Wahid dan Kuntowijoyo yang setiap satu pernah menulis karya dengan tema sejarah yang tersendiri.


Keyakinan dan keilmuan yang dimiliki oleh Cak Nur inilah yang membolehkan beliau melukis gambar besar sesuatu perjalanan sejarah. Dari sejarah Nusantara, dapat kita tinjau beberapa kekuatan dan kelemahan.


Visi sejarah yang luas, disulam dengan komitmen moral dan intelektual untuk memperbaiki mana yang kurang dan terlanjur, serta nada penuh harapan, menjadikan karya Cak Nur sebagai sesuatu wadah yang berguna untuk direnungkan dan memberi panduan untuk Nusantara atau Indonesia menjadi terus maju.

 

Selasa, 11 Februari 2025

งานสัมมนานานาชาติเรื่อง“ปันตุนในโลกมลายู : กลยุทธ์ทางวัฒนธรรมในการดูแลมรดกในยุคดิจิทัล”

โดย นายนิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน

วันที่ 10-11 กุมภาพันธ์ 2025 มีการสัมมนาเรื่องปันตุน (บทกวีประเภทหนึ่ง) มีจริงในสี่จังหวัดชายแดนภาคใต้  บทกวีปันตุน เป็นมรดกมนุษยชาติขงองค์กรยูเนสโก มีมาเลเซียและอินโดเนเซียเป็นเจ้าของ อีกสองปี มลายูศรีลังกา บรูน สิงคโปร์จะยื่นเข้าเป็นเจ้าของมรดกปันตุนด้วย และมลายูในประเทศไทยจะต้องเป็นเจ้าของด้วย

งานสัมมนานานาชาติ “ปันตุนในโลกมลายู : กลยุทธ์ทางวัฒนธรรมในการดูแลมรดกในยุคดิจิทัล”

 

10-11 กุมภพันธ์ 2025 เวลา 08.00-7.00 (เวลาประเทศไทย)

สถานที่สัมมนา : Auditorium Gedung Widyagraha, Lantai 2 Kampus BRIN Gatot Subrta, Jakarta

องค์ปาฐก ดร. เอช. ฟัดลี โซน  รัฐมนตรีว่าการกระทรวงวัฒนธรมอินโดเนเซีย

กลาวต้อนรับ  ดร. แฮรี  โยฆาสวารา  ผอ. สถาบันวิจัย โบราณคดี ภภาษา และวรรณกรรม

บรรยายวิชาการ

ดร. A. T. P. G Engelenhoven มหาวิทยาลัยไลเด้น เนเธอร์แลนด์

ดร. Sasti Snarti ผอ ศูนยวิจัยเอกสารบราณ วรรณกรรม และมุขปาฐก

ดร. Pudentia   นายกสมาคมมุขปาฐก องค์กรภภาคีขององค์กรยูเนสโก

Basuki Teguh Yuwono คณะทำงานรัฐมนตรีกระทรวงวัฒนธรรม

ดร. Azhar Ibrahim มหาวิทยาลัยแห่งชาติสิงคโปร์

ศาสตารจารย์ ดร. Ampuan Braim Tengah มหาวิทยาลัยบรูไนดารุสสาลาม

ศาสตราจารย์กิตติคุณ Muhammad Haji Salleh ศิลปินแห่งชาติมาเลเซีย

นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน  ศูนย์นูซันตาราศึกษา



Sabtu, 8 Februari 2025

อาณาจักรลังกาสุกะในประวัติศาสตร์ไทย

โดย นายนิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน

ภาพวาดบนผ้าไหมม้วน เขียนในสมัยราชวงศ์ซ่งเหนือ คริสต์ศตวรรษที่ 10-12 แสดงภาพราชทูตอชิตะจากลังกาสุกะเดินทางส่งบรรณาการยังประเทศจีน ในสมัยพระจักรพรรดิเอวียน (ปี 552-554) แห่งราชวงศ์เหลียง (จากหนังสือ “พัฒนาการทางโบราณคดีและประวัติศาสตร์ ๓ จังหวัดชายแดนใต้”, สำนักศิลปากรที่ 11 สงขลา กรมศิลปากร กระทรวงวัฒนธรรม 2564)

ลังกาสุกะในเอกสารโบราณต่างๆ จากหนังสือ “พัฒนาการทางโบราณคดีและประวัติศาสตร์ ๓ จังหวัดชายแดนใต้”, สำนักศิลปากรที่ 11 สงขลา กรมศิลปากร กระทรวงวัฒนธรรม 2564


เมื่อครั้งที่ได้โพสต์ลง Facebook เรื่องปาตานีมีจริงในประวัติศาสตร์ไทย เพื่อให้ความเห็น ให้หลักฐานอีกมุม ว่าปาตานีมีจริงในประวัติศาสตร์  ก็มีการถก มีการเถึยง สิ่งที่ถกเถียง นั้นคือเรื่องคำว่า ปาตานี ปัตตานี ปะตานี หรือ ตานี ซึ่งความจริงแล้ว จะชื่ออะไร ก็แล้วแต่ ล้วนเป็นพื้นที่เดียวกัน เพียงแต่ละคน อาจเรียกต่างกัน แต่เมื่อถามคนในพื้นที่แล้ว ย่อมจะมีคำว่า ปาตานี เป็นเสียงส่วนใหญ่  เมื่อปลายเดือนพฤศจิกายน ปลายปีที่แล้ว ผู้เขียนได้รับเชิญเป็นวิทยากรที่โรงเรียน Laguna Resort and Spa ตามที่ผู้เขียนได้รับงบประมาณจากสวก. หรือ ในปัจจุบัน คือ สำนักงานคณะกรรมการส่งเสริมวิทยาศาสตร์ วิจัยและนวัตกรรม (สกสว เรื่องการเมือง การปกครองมาเลเซีย   โดยบรรยายการเมืองมาเลเซีย กับการแก้ปัญหาภาคใต้  ผู้เข้าร่วมสัมมนา มีจากกรมประชาสัมพันธ์ ร่วมทั้งนายทหารจาก กอ. รมน. ส่วนหน้า  ค่ายอิงยุทธบริหารสำหรับแผ่นสไลด์แผ่นสุดท้ายของผู้เขียน ในขณะที่ผู้ดำเนินการสัมมนารีบเร่งให้ผู้เขียนจบให้เร็วที่สุด เพราะกินเวลาคนอื่นหลายนาที จนสังเกตได้ว่า สไลด์แผ่นสุดท้ายไม่ค่อยมีใครสนใจมากนัก ผู้เขียนบอกในที่สัมมนาว่า ถ้าแต่ละฝ่ายยังไม่เปิดใจกว้าง มันก็ยากที่จะแก้ไขปัญหาได้  เพราะแต่ละฝ่ายมีโลกทัศน์ที่แตกต่างกัน สไลด์แผ่นสุดท้ายมีข้อความสั้นๆ คือ  “สำหรับประเทศไทย “ปาตานี” เป็นกิจการภายในของประเทศไทย คนอื่นไม่ควรมาแทรกแซง  แต่สไหรับโลกมลายู ปาตานีเป็นส่วนหนึ่งของโลกมลายู”   และเมื่อเลิกสัมมนา ก็นั่งรอรถในห้องอาหาร ดื่มกาแฟพลางๆ  ผู้เขียนบอกกับนายมหารคนหนึ่ง  ท่านมียศเป็นพลตรี และมีตำแหน่งเป็นรอง ผอ.รมน.ภาค 4 สน.  โดยผู้เขียนบอกว่า ผู้เขียนไม่เห็นด้วยกับการบิดเบือนหลักฐานทางประวัติศาสตร์  เช่นบอกว่าปาตานีไม่มีในประวัติศาสตร์  เมื่อมันมีในประวัติศาสตร์ ก็บอกว่ามีในประวัติศาสตร์ ซิครับ  แล้วหาหลักฐานอื่น หาแนวทางอื่นในการสร้างความปรองดอง ไม่เช่นนั้น มันก็เหมือนเอาน้ำมันราดลงกองไฟ  


เมื่อผู้เขียนโพสต์ลง Facebook เรื่องปาตานีมีจริงในประวัติศาสตร์ ก็มีคนหนึ่ง ที่ไม่ได้เรียนประวัติศาสตร์ โต้ว่า ในสมัยสุโขทัยก็ไม่มีปัตตานี ผู้เขียนจึงจำเป็นต้องใช้หลักฐาน และกลักฐานที่ค่อนข้างจะมั่นคง คือ เอาหลักฐานจากหนังสือหนังสือ “พัฒนาการทางโบราณคดีและประวัติศาสตร์ 3 จังหวัดชายแดนใต้”, สำนักศิลปากรที่ 11 สงขลา กรมศิลปากร กระทรวงวัฒนธรรม 2564) เพราะถ้าเอาหลักฐานอื่น ก็ยังคงไม่ยอมรับ

ผู้เขียนได้โพสต์ลงใน Facebook ว่าด้งนี้

ลังกาสุกะในแผนที่โบราณของจีน จากหนังสือ “พัฒนาการทางโบราณคดีและประวัติศาสตร์ ๓ จังหวัดชายแดนใต้”, สำนักศิลปากรที่ 11 สงขลา กรมศิลปากร กระทรวงวัฒนธรรม 2564


มีคนรู้จักและบางคนถามว่า ไม่มีปาตานี (หรือ ปัตตานี ปะตานี ตานี จะชื่ออะไรก็แลวแต่ ล้วนเป็นพื้นที่เดียวกัน ศาสตราจารย์ ดร. ชัยวัฒน์ สถาอานันท์ อดีตอาจารย์มหาวิทยาลัยธรรมศาสตร์ ให้ความหมายว่า ปาตานี หมายถึงพื้นที่ในอดีตของจังหวัดปัตตานี จังหวัดนราธิวาส และจังหวัดยะลา ส่วนปัตตานี หมายถึงจังหวัดปัตตานี) ในประวัติศาสตร์ยุคสุโขทัยจริงหรือ ก็ตอบว่า ใช่  เป็นความจริงครับ ด้วยอาณาจักรสุโขทัย ตั้งขึ้นมาในพุทธศตวรรษที่ 18  หรือคริสต์ศัตวรรษที่ 13  ส่วนปาตานี หรือ ปัตตานี ปะตานี ตานี จะชื่ออะไรก็แล้วแต่ เกิดขึ้นในราวคริสต์ศัตวรรษที่ 15-ต้นคริสต์ศัตวรรษที่ 16 มันจะมีปาตานี หรือชื่ออะไรในพื้นที่เดียวกันได้อย่างไร มันคนละยุค คนละสมัย ในยุคสมัยสุโขทัยนั้น ในดินแดนบริเวณนั้น มีชื่อว่า ลังกาสุกะ ซึ่งบางยุคกล่าวว่า ลังกาสุกะ มีดินแดนครอบคุมทั้งสามจังหวัดชายแดนภาคใต้ และรัฐเคดะห์

ลังกาสุกะในแผนที่โบราณของจีน จากหนังสือ “พัฒนาการทางโบราณคดีและประวัติศาสตร์ ๓ จังหวัดชายแดนใต้”, สำนักศิลปากรที่ 11 สงขลา กรมศิลปากร กระทรวงวัฒนธรรม 2564


 หลักฐานการมีอยู่ของลังกาสุกะ ไม่ว่าจะเป็นเมืองโบราณอำเภอยะรัง จังหวัดปัตตานี  ภาพวาดราชทูตอชิตะ (อาชิตั๋ว) จากลังกาสุกะ ที่พิพิธภัณฑ์เทียนอันเหมิน กรุงปักกิ่ง  เป็นภาพวาดบนผ้าไหมม้วน เขียนในสมัยราชวงศ์ซ่งเหนือ คริสต์ศตวรรษที่ 10-12 แสดงภาพราชทูตอชิตะจากลังกาสุกะเดินทางส่งบรรณาการยังประเทศจีน ในสมัยพระจักรพรรดิเอวียน (ปี 552-554) แห่งราชวงศ์เหลียง (อ้างจากหนังสือ “พัฒนาการทางโบราณคดีและประวัติศาสตร์ ๓ จังหวัดชายแดนใต้”, สำนักศิลปากรที่ 11 สงขลา กรมศิลปากร กระทรวงวัฒนธรรม 2564) และผมเอง เคยไปดูเอกสารโบราณในรูปแบบบทกวีชื่อ Nagara Kertagama หรือ ที่นักวิชาการส่วนหนึ่งเรียกว่า นครกฤติคม ที่สำนักงานหนึ่งของประเทศอินโดเนเซีย ที่เขียนขึ้นโดย Empu Prapanca เมื่อปี 1365 หรือ 660 ปีก่อน  โดยประเทศเนเธอร์แลนด์มอบคืนให้ประเทศอินโดเนเซีย เมื่อปี  1970 จึงได้รับมอบคืนให้แก่ประเทศอินโดเนเซีย ในบทกวีโบราณดังกล่าว อาณาจักรมาชาปาฮิต มีอิทธพลเหนือ ลังกาสุกะ ไซม์วัง กลันตัน ตรังกานู มีข้อความในหนังสือบทกวี Nagara kertagama ว่า


Langkasuka len ri Saimwang, i Kalaten I terengganu, ……Niran Sanusa Pupul - Langkasuka(patani), Saimwang, kelantan, Terengganu, ……..Semuanya berkumpul dalam satu Nusantara)


ซึ่งเพื่อนที่ทำงานที่หนีวบงานราชการนั่น ซึ่งจบด้านอักขระโบราณกล่าวว่า อิทธิพลเหนือ น่าจะหมายถึงอิทธิพลทางด้านวัฒนธรรม คำโบราณคำนั้น มีความหมายว่า มิตร

สามารถอ่านหนังสือคำแปลในหนังสือ  Nagara Kertagama (นครกฤติคม) ของ  ศ. ดร. Raden Benedictus Slamet Muljana ปี 1953 และสำหรับผู้ที่ใจเปิดกว้าง สามารถอ่านหนังสือ “รัฐปัตตานีใน”ศรีวิชัย” เก่าแก่กว่ารัฐสุโขทัยในประวัติศาสตร์ ผู้แต่ง ศรีศักร วัลลิโภดม, ประพนธ์ เรืองณรงค์, รัตติยา สาและ, ปรามินทร์ เครือทอง, ธงชัย วินิจจะกูล และสุจิตต์ วงษ์เทศ”  และอีกไม่นาน จะมีวิทยานิพนธ์ปริญญาโทเกี่ยวกับศึกษาลังกาสุกะโดยเฉพาะของนักศึกษามหาวิทยาลัยในไต้หวัน

และใน Facebook ได้เขียนเพิ่มเติมเป็นภาษามลายูว่า

Ada kenalan dan sesetengah orang menanyakan saya, adakah betul Patani (atau Pattani, Patani, Tani, apa sahaja namanya, sebenarnya semua terletak di kawasan yang sama, Profesor Dr. Chaivat Sathananta, bekas pensyarah di Universiti Thammasat, menjelaskan Patani (satu T) bermaksud Wilayah Pattani. Wilayah Narathiwat Dan Wilayah Yala, dan Pattani (dua TT)  bermaksud Wilayah Pattani) Sahaja, tidak berada dalam sejarah Empayar Sukhothai. Jawapan saya: Ya, betul sekali.


Alasannya Sukhothai ditubuhkan pada abad ke-18 Era Buddha atau abad ke-13 Masihi. Bagi Patani pula ditubuhkan sekitar abad ke-16 masihi. Agak mustahil Patani berada di era Sukhothai. Kerana kedua duanya  berada di era yang berbeza. Sebaliknya di kawasan Patani pada masa Empayar Sukhothai itu wujudnya Kerajaan Langkasuka. Ada juga sesetengah ahli akademi mengatakan Langkasuka pada satu zaman merangkumi kawasan Kedah dan Patani.


Bagi mereka yang hati terbuka, anda boleh membaca buku “Negeri Patani di "Sriwijaya", lebih tua daripada sejarah Sukhothai”. Tulisan (dalam bahasa Thai) Prof. Dr. Rattiya Salleh dll. Dan tidak berapa lama lagi akan keluarnya tesis MA khusus Langkasuka dari universiti di Taiwan.

 

Khamis, 6 Februari 2025

Alam Melayu: Rencam Muzik, Rencam Warisan oleh Dr. Azhar Ibrahim Alawee, Uiversiti Nasional Singapura (NUS)

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik hassan

Kali ini saya kemukan sebuah artikel betajuk “Aalam Melayu: Rencam Muzik, Rencam Warisan” yang terlah disiarkan di berita.mediacorp.sg isi kandungannya adalah seperti berikut:-


Aalam Melayu: Rencam Muzik, Rencam Warisan Bagai lagu dan irama. Kita sering mendengar ungkapan tersebut.


Begitulah juga dengan setiap budaya. Kita akan cepat mengaitkan sesebuah kebudayaan dengan muziknya.


Dengan mendengar dan menghayati muzik Melayu, kita boleh menjejaki sejarah kebudayaan Melayu itu sendiri. Dalam korpus muzik Melayu, ia boleh ditandakan dengan lagu tradisional, yang merangkumi lagu asli, dondang sayang, zapin, dan ghazal.


Kemudian ia ditambah dengan dangdut dan keroncong. Dangdut sahaja di beberapa daerah Jawa dikenali sebagai Lagu Melayu.


Semasa era moden masuk pula lagu Melayu ala Timur Tengah, dengan Orkes Melayu di Medan, kumpulan nasyid El-Suraya memperkenalkan lagu-lagu dakwah dengan irama mirip orkes Arab yang mendampingi nyanyian Ummi Khalsom di Mesir.


Di kemuncak perfileman Melayu, beratus-ratus lagu dicipta. Singapura yang menjadi pusat perfileman Melayu, sekali gus menjadi pusat muzik Melayu, dengan beberapa syarikat rakaman bertapak di sini.


Gurindam Jiwa Warisan Klasik

Paling menarik antara lagu yang dihasilkan dalam beberapa filem ini, kemudian menjadi popular, sampai ada yang dianggap sebagai lagu “Melayu klasik” yang malar segar, berkumandang di merata Nusantara.


Begitulah pada lagu “Gurindam Jiwa.” Menariknya lirik ditulis oleh Hamzah Husein, seorang sasterawan berbakat besar, yang juga telah banyak menulis skrip untuk beberapa filem Melayu. Wandy Yazid pengubah lagu ini ialah seorang ahli muzik yang sama berbakat. Beliau asal kelahiran Sumatra Barat, menempah nama sebagai pengubah lagu untuk beberapa filem Melayu yang terkenal.


Lagu Gurindam Jiwa pula dinyanyikan oleh Rafeah Buang dan R Ismail, kedua-keduanya tokoh seniman kelahiran Singapura, seperti Hamzah. Hari ini lagu ini berkumandang di merata Nusantara.


Sekiranya kita telusuri dari khazanah muzik Melayu, akan kita menemui tema fikiran, biografi pengubah dan penyanyi, alunan muzik yang dipakai, kombo muzik yang melatarinya, serta trend lagu yang mengikut rentak zamannya.


Dari lembaran muzik Melayu, kita boleh menjejaki perkembangan kebudayaan, dengan kemasukan dan pertembungan budaya luar, yang kemudian diserap, diadun, digubah sehingga menjadi bentuk tersendiri sesuai dengan langgam dan selera tempatan.


Begitulah yang dapat kita lihat dalam lagu asli Melayu, yang menggunakan biola, alat muzik Barat, sementara zapin dengan irama Arab Hadramaut, diolah menjadi lagu bersenikata dari pantun. Di Johor pada abad ke-19, ghazal Melayu diperkenalkan sebagai satu lagi genre dalam muzik, setelah golongan elit Johor mengambil inspirasinya daripada ghazal India-Parsi. Kini ghazal menjadi warisan Melayu yang bernilai tinggi.


Kegiatan kesenian rancak dan memuncak apabila ranah budaya diisi oleh anak seni dan pekerja budaya yang kreatif, tekun mencipta dan mengolah, serta wawasan kebudayaan yang berkosmopolitan. Itulah yang pernah berlangsung di Singapura. Membangun ke depan, kita harus dapat belajar dari sejarah agar dunia warisan kita terus berdaya, bermutu dan hidup.

Lagu Saduran

Dunia muzik terisi bukan sahaja oleh penyanyi. Tetapi penulis seni kata atau lirik, atau pengubah lagu atau komposer. Sebuah lagu itu adalah ilham kreatif daripada pelbagai jurusan kepakaran anak-anak seni.


Anak seni yang terdedah dengan muzik dunia, tidak mungkin tidak terilham untuk mengambil unsur-unsur luar tersebut dan memperkenalkannya ke dalam ranah seni tempatan.


Inilah yang berlangsung dalam muzik saduran. Banyak lagu popular sebenarnya adalah lagu saduran. Saduran di sini boleh sahaja dari rentak dan irama lagu, yang kemudian liriknya diterjemah atau diolah sesuai dengan selera tempatan.


Genre lagu saduran wajar mendapat perhatian, khasnya bagi mereka dalam jurusan pendidikan dan kajian muzik Melayu, atau muzik Nusantara. Biduanita Sharifah Aini, contohnya telah mendendangkan lagu-lagu saduran dari Inggeris, Arab, Hindi dan sebagainya. “Kirimkan Kasih Mu” oleh Sharifah Aini adalah lagu saduran “Save Your Love” oleh Renée & Renato.


Lagu Sharifah Aini, “Di Malam Persandingan” adalah lagu dari Fayrouz, biduanita Arab terkenal asal Lubnan, yang lagu asalnya “Nahna Wel Amar Jiran” sangat puitis seni katanya. Ia bermaksud, “Bulan dan Daku” sebuah dambaan kasih yang menyinari hidup, walaupun versi Melayu oleh Sharifah Aini berkaitan dengan perkahwinan. Inilah dinamika lagu saduran. Ia terus memperkaya ciptaan seni budaya.


Forum di Pusat Warisan

Sebuah forum yang sangat menarik telah berlangsung di Gedung Kuning pada Sabtu lalu (25 Jan 2025), dengan tajuk “Melodic Migrations: Uncovering the Journey of Lagu Saduran". Dua pembicara tampil dalam forum ini yakni Prof Madya Eugene Dairianathan dari NIE-NTU dan Syed Ahmad, seorang guru muzik dan pakar muzik etnik.


Kedua-dua pakar ini telah berkongsi dapatan dan perspektif yang menarik tentang lagu saduran dalam khazanah Melayu, sehingga para peserta terasa kagum dan termaklum bahawa banyak lagu yang pernah mereka dengar dan meminati adalah antaranya lagu-lagu saduran.


Penelitian mereka sayugia mendapat perhatian kerana dari lagu saduran, dapat kita menjejaki dinamika dalaman dan luaran yang membolehkan lagu saduran berkembang, faktor masa serta kelompok kreatif yang berkecimpung dalam dunia muzik Melayu.

Terdapat banyak pola saduran, asal-muasal lagu-lagu yang didatangkan, serta sambutan yang berbeza daripada para pendengar. Sama pentingnya, perbincangan tentang lagu saduran mengajak kita untuk memikirkan apakah faktor sosiologikal yang menjelaskan mengapa ada kecenderungan mendapat sumber lagu daripada sesuatu budaya muzik itu lebih kerap, berbanding daripada budaya muzik yang lain.


Forum anjuran Taman Warisan Melayu, Istana Kampong Gelam ini dijalankan sempena Hari Warisan anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) yang dalam acaranya juga menampil anak-anak seni muzik dan persembahan dalam masyarakat Melayu.


Kagum saya apabila menyaksikan sentuhan alat muzik oleh Riduan Zailani, Shahneezar Shahnan, Nabilah Jalal, Adliana Supiani dan Fizzy. Petang itu Gedung Kuning bergema dengan “Kenari Biru” olahan Nona Asiah, yang juga disadur dari “Blue Canary” yang ada versi bahasa Eropah dan Jepun.


Warisan budaya Melayu bergerak dalam sejarah. Begitu juga muzik Melayu. Penyanyi unggul dalam masyarakat Melayu disebut sebagai biduan dan biduanita. Dalam teks Melayu lama, bersyair itu juga bermaksud bernyanyi. Hang Tuah dan Hang Jebat, pahlawan besar dalam Hikayat Hang Tuah, disebut sebagai orang yang pandai bernyanyi/bersyair, selain jaguh bermain senjata. Penghargaan kepada biduan adalah tanda hormat kita kepada seniman besar yang menciptakan warisan untuk kita.


Rencam Muzik, Rencam Warisan

Keterbukaan sebuah budaya, bererti keanjalan menyerap, meminjam, dan mengolah semula. Dalam muzik saduran, seni olahan dan penyesuaian dibuat agar sesuai dengan cita rasa dan nuansa budaya setempat.


Majlis perkahwinan orang Melayu adalah satu contoh yang sangat baik. Dengarkan lagu-lagu yang diputarkan sewaktu majlis perkahwinan. Lagu Melayu tradisional pasti ada, termasuk lagu Hindustan. Sekarang lagu Arab semakin popular diputarkan. Lagu Inggeris, dan dangdut dari Indonesia pasti ada juga.


Kita sememangnya dibesarkan dengan pendedahan kepada pelbagai ragam muzik daripada bermacam belahan dunia. Di acara keramaian, kita boleh sahaja menyanyi lagu asli dan dangdut, di cara keagamaan kita bernasyid, dengan hiburan seharian kita boleh melompat dari lagu “rok kapak” ke balada pop, sehingga ke alunan Nusantara ala Kopratasa.


Sekiranya generasi ibu bapa kita tergila-gila dengan lagu pop yeh-yeh dan Hindustan, anak muda generasi ini pula tertarik dengan lagu-lagu Korea (K-pop).


Halwa telinga kita akrab dengan alunan daripada pelbagai rencam budaya dunia. Melodi saduran yang masuk dalam pelbagai cara, memperkayakan khazanah muzik kita.


Terpenting ialah anak seni kita berkarya dari bumi dan latar budaya yang rencam sifatnya.


Dalam proses itu, lagu Melayu tradisional dan klasik kita mendapat “sentuhan” baharu kerana adat budaya yang hidup itu wajib disentuh oleh tangan-tangan artistik yang hujungnya terus akan memperbaiki dan menyempurnakan seni yang sedia ada.


Tabik Kepada Biduan Warisan

Maka itu, dalam membicarakan warisan budaya kita, dunia muzik yang berkembang dalam dunia Melayu atau Nusantara wajar kita iktiraf, kagum dan peduli.


Para biduan dan biduanita seperti P Ramlee, Saloma, Rafeah Buang, Kartina Dahari, Sharifah Aini, R Ismail, Ahmad Jais adalah antara ikon warisan.


Sama juga dengan penggubah lagu seperti Zubir Said, Kassim Masdor, Ahmad Nawab, S Atan, M Nasir dan ramai lagi. Gesekan biola Hamzah Dolmat, menjadi aras tertinggi dalam kehalusan irama Melayu lama. Tokoh-tokoh seni ini, telah dalam riwayat mereka menciptakan budaya dan daripada karya besar mereka, kita harus mengiktirafnya sebagai warisan yang harus kita pelihara dan lestarikan.


Muzik Menghidupkan Kehidupan Berbudaya

Kita hidup dengan muzik selalu di sekeliling kita. Sambutan Hari Raya sahaja tidak akan bermakna tanpa diiringi lagu-lagu Raya.


Lagu tradisional kita pula banyak pantun diikat dengan hikmah renungan dan peringatan. Beberapa lagu menyuntik semangat kebangsaan. Ada juga dengan sentuhan kerohanian. Ini semua adalah warisan yang pada masa depan akan menjadi deretan “klasik”yang akan berdamping dengan generasi kemudian.


Bersamalah kita menikmati, menghargai karya anak seni, khasnya dari dunia muzik.


Bagi Masyarakat Melayu Singapura, nyanyian Ismail Haron, “Ilham Pujangga” adalah dendangan dan titipan berharga. Lagu ini dicipta oleh A. Rahim Yadi, dengan seni kata oleh Ismail Haron sendiri. Inilah lagu yang telah mengiringi mereka yang membesar pada tahun 1970-an.


Di sekolah lagu Zubir Said, “Semoga Bahagia” sering dinyanyikan dengan bersemangat. Namun semasa acara kebudayaan, akan bergema senandung Ismail Haron ini. Dari seni kata “Ilham Pujangga” dapat kita sama bertekad dalam kehidupan bermasyarakat:


"Ilham dari pujangga

Berdiam diri bukan artinya kau kalah

Biar cercaan sekali datang menimpa

Sudahlah memang adat di dunia

Bersuaralah kamu pada perkara berguna

Itulah sifat orang bijaksana


Berikanlah tenaga

Untuk nusa dan negara

Ini zaman kemajuan

Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia

Apa di atas sayangkan diri anda

Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang

Pandang yang ramai kepada yang satu


Inilah antara titipan warisan yang sangat berharga. Melagukan kehidupan ertinya kita menyuburkan kebudayaan. Sesungguhnya irama lagu-lagu kita adalah warisan. Nyanyikanlah lagu-lagu ini.