Jumaat, 27 Januari 2023

Tanah Kelantan yang diserah kepada Patani (Thailand) pada tahun 1909

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Di Selatan Thailand khususnya Wilayah Narathiwas jarang sekali perbincangan berkenaan dengan Tanah Negeri Kelantan yang diserah kepada Negeri Legeh (Patani Thailand). Sehingga generasi muda dikawasan tersebut tidak tahu bahawa mereka dan ibu bapa yang asli Kawasan itu adalah saki baki keturunan Kelantan yang diserap ke dalam Negeri Legeh. Almarhum Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud, mantan pensyarah sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mengatakan penduduk Kelantan yang diserap ke dalam Negeri Legeh yang berpunca dari Tanah Negeri Kelantan itu diserah kepada Siam lebih kurang 3,000 jiwa.

Tanah Negeri Kelantan yang diserah kepada Legeh (Patani Thailand) , dalam sejarah Narathiwas (Thailand) diketepikan berkenaan   dengan  sebahagian  kawasan dari  negeri  Kelantan  yang telah   diserapkan ke dalam Wilayah Narathiwas. Peristiwa penyerahan   tanah negeri Kelantan disebut dalam sejarah Kelantan dengan  berbunyi :


" Sir John Anderson, Governor  of  the Straits Settlements and  High   Commissioner for the Federated Malays States, objected to the   proposed Kelantan - Legeh boundary. As a result   fresh arrangement were made with the Siamese Government for the  cession of the Lower part of Legeh  incliding the headwaters of   the Pergau River.  In return, a small corner in the northaest of  Kelantan was to be given to Siam. Eventually, on 10  March 1909, the final version of the treaty was formally signed in Bangkok by Paget and by Prince Devawongse Varoprakar, The Siamese Foreign   Minister. It was duly ratified by both governments on 9 July the  same year"  

Yang disebutkan "a small corner in the northeast of Kelantan" ialah   kawasan yang sekarang termasuk Kampung Tanjong (Kampung Bukit Tanjong, Selatan  Narathiwas), Kampung Che'Hel, Kampung Belawan (Ban  Phraiwan), Kampung Tabal (Ban Tak Bai) dan Kampung Sungai Golok, serta  kawasan yang dilalui Sungai Golok, Sungai Menara, Sungai Layar, Sungai  Kayu Kelat, Sungai Padi dan Sungai Elong. Tanah negeri Kelantan yang  diserapkan ke dalam Wilayah Narathiwas terdiri dari Daerah Tak Bai, Sebahagian dari Daearah Sungai Golok, Sebahagian dari Daerah Sungai  Padi dan sebahagian dari Daerah Waeng.      



Rujukan Nik Mohamed Bin Nik Mohd.  Salleh "Kelantan in Transition : 1889-1910" dalam William R. Roff (Ed.) Kelantan  Religion, Society and     Politics in a  Malay State, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,1974 ) Muka  55.



Tiada ulasan: