MELAYU
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya
bersulam jenaka
Budi
bahasanya tidak terkira
Kurang
ajarnya tetap santun
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya
bersulam jenaka
Budi
bahasanya tidak terkira
Kurang
ajarnya tetap santun
Jika
menipu punmasih bersopan
Bila
mengampu bijak beralas tangan
Melayu
itu berani jika bersalah
Kecut
takut kerana benar
Janji
simpan di perut
Selalu
pecah di mulut
Biar
mati adat
Jangan
mati anak
Melayu
di tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa
itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar
juga disebut Melayu,
Minangkabau
memang Melayu
Keturunan
Acheh adalah Melayu
Jakun
dan Sakai asli Melayu
Arab
dan Pakistani semua Melayu
Mamak
dan Malbari serap ke Melayu
Malah
mualaf bertakrif Melayu
Dalam
sejarahnya Melayu itu
Pengembara
lautan
Melorongkan
jalur sejarah zaman
Begitu
luas daerah sempadan
Sayangnya
kini segala kehilangan
Melayu
itu kaya falsafahnya
Kias
kata bidal pusaka
Akar
budi bersulamkan daya
Gedung
akal lautan bicara
Malangnya
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu
ghairah pesta temasya
Sedangkan
kampung telah tergadai
Sawah
sejalur tinggal sejengkal
Tanah
sebidang mudah terjual
Meski
telah memiliki telaga
Tangan
masih memegang tali
Sedang
orang mencapai timba
Berbuahlah
pisang tiga kali
Melayu
itu masih bermimpi
Walaupun
sudah mengenal universiti
Masih
berdagang di rumah sendiri
Berkelahi
cara Melayu
Menikam
dengan pantun
Menyanggah
dengan senyum
Marahnya
dengan diam
Merendah
bukan menyembah
Meninggi
bukan melonjak
Watak
Melayu menolak permusuhan
Setia
dan sabar tiada sempadan
Tapi
jika marah tak nampak telinga
Musuh
di cari ke lubang cacing
Tak
dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah
dan agama dihina jangan
Hebat
amuknya tak kenal lawan
Berdamai
cara Melayu indah sekali
Silaturrahim
hati yang murni
Maaf
diungkat senantiasa bersahut
Tangan
dihulu sentiasa bersambut
Luka
pun tidak lagi berparut
Baiknya
hati melayu itu tak terbandingkan
Selagi
yang ada sanggup diberikan
Sehingga
tercipta sebuah kiasan
’dagang
lalu nasi ditanakkan
Suami
pulang lalar tak makan
Kera
di hutan disusu-susukan
Anak
di pangkuan mati kebuluran’
Bagaimanakah
Melayu abad dua puluh satu
Masihkan
tunduk tersipu-sipu
Jangan
takut melanggar pantang
Jika
pantang menghalang kemajuan
Jangan
segan menentang larangan
Jika
yakin kepada kebenaran
Jangan
malu mengucapkan keyakinan
Jika
percaya kepada keadilan
Jadilah
bangsa yang bijaksana
Memegang
tali memegang timba
Memiliki
ekonomi mencipta budaya
Menjadi
tuan di negara merdeka
Usman
Awang
26
November 1999
Tiada ulasan:
Catat Ulasan