Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Saya dapat melawat Pulau Natuna, sebuah pulau atau kepulauan di tengah laut. Ini kerana saya diundang oleh Sekolah Tinggi Agama Islam Natuna untuk menghadiri sebuah seminar antarabangsa. Dan Nusantara Studies Center dapat buat MOU dengan Sekolah Tinggi Agama Islam Natuna. Semasa di Pulau Nutuna saya sangat terperangjat kerana sesetengah penduduk pulau itu terdiri dari keturunan "Wan" yang berasal dari Patani, Selatan Thailand.
Semasa di Pulau Natuna teringat saya kepada Wan Mohd Saghir Abdullah seorang pengkaji keturunan Melayu Patani berasal dari Pulau Midai, Kepulauaan Natuna. Dan di sini saya muatkan tulisan almarhum yang dimuatkan di blog "http://ulama-nusantara.blogspot.com/" dengan "tajuk Peranan ulama
Patani di perantauan" saya hanya muatkan yang berkaitan dengan Kepulauan Natuna.
Pendahuluan
APABILA kita
bercakap ataupun menulis apa saja mengenai Patani, rasanya tidak akan
kekeringan bahan kerana cukup banyak perkara yang boleh ditonjolkan. Patani
adalah suatu negeri yang telah bertamadun sejak lama, Langkasuka, Tamberalinga,
Fathani Darus Salam dan lain-lain. Kerajaan yang pernah berpusat di negeri itu
sudah cukup dikenal dalam sejarah serantau. Apabila kita terjemah dan tafsirkan
sepotong tulisan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, barangkali boleh
dijadikan sebuah buku yang agak tebal juga.
Tulisan
tersebut adalah, "... Patani adalah suatu negeri daripada negeri-negeri
Melayu. Telah lahir sebahagian putera-puteranya orang-orang yang baik-baik,
cerdik serta arif bijaksana. Adalah pada zaman dulu di bawah satu daulah
(kekuasaan/pemerintahan) daripada daulah-daulah mereka yang agung/besar".
Ramai yang
menyangka bahawa orang Patani hanya terlibat dalam satu bidang keislaman saja
kerana cukup ramai ulama yang berasal dari Patani yang muncul sebagai pengarang
kitab. Pada pandangan penulis, sebenarnya orang-orang Patani bukan hanya
terlibat dalam penulisan kitab tetapi juga terlibat dalam seluruh aspek
kemasyarakatan.
Mengenai
ulama-ulama Patani sudah cukup banyak ditulis dan telah banyak pula dipetik
orang; baik dijadikan tesis, buku dan lain-lain mahupun kertas kerja.
Ulama-ulama
yang sudah cukup terkenal seperti Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh
Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani,
Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dan ramai lagi.
Di sini penulis
menonjolkan tokoh-tokoh Patani yang nadir, yang belum dibicarakan. Bahkan nama
sesuatu tempat yang berasal daripada aktiviti mereka masih dapat dikesan
walaupun kadang-kadang tokoh pemula, nama mereka tidak dikenali.
Kadang-kadang
dikenal nama, tetapi orang tidak dapat mengesan bahawa pemula tadi adalah
berasal dari Fathani Darus Salam. Untuk mewakili sekian ramai tokoh orang
Patani selaku pemula sesuatu aktiviti atau kejadian, maka di sini hanya penulis
sebut beberapa orang yang kebanyakannya adalah ulama, sebagai contoh di antara
mereka.
Mengenai mereka
ini penulis bahagikan kepada beberapa tempat yang wujudnya peranan mereka,
iaitu di Betawi, Sulawesi Selatan, Kalimantan Barat, Kepulauan Riau, Siak,
Jambi, Aceh, Brunei, Semenanjung, Mekah, Mesir dan Turki.
Peranan ulama
Patani di Kepulauan Riau
Kepulauan
Natuna, Siantan, Jemaja dan Tambelan yang semuanya terletak di Laut Cina
Selatan adalah kepulauan-kepulauan yang mesti disinggah oleh para pelayar pada
zaman dulu. Orang Patani pula baik yang dari Patani sendiri ataupun keturunan
mereka yang telah lama tinggal di Campa, setiap kali berulang-alik antara
Patani-Jawa-Campa, sentiasa singgah di kepulauan-kepulauan itu.
Pulau yang
terbesar di Laut Cina Selatan ialah Pulau Bunguran. Di sana, memasuki sungai
kecil disebut Sungai Semala, terletak sebuah kubur yang dikeramatkan orang yang
disebut Keramat Binjai, iaitu seorang ulama yang berasal dari Patani, yang
berkemungkinan dari Semela, Patani.
Keseluruhan
Pulau Natuna itu memang dibuka oleh orang Patani. Pemerintah pulau itu disebut
sebagai Datuk Kaya dan semua mereka memakai nama 'Wan' di pangkal nama.
Menunjukkan bahawa mereka juga berasal dari kaum bangsawan Patani. Demikian
halnya dengan Datuk Kaya Kepulauan Tambelan.
Sebelum
menceritakan asal-usul Datuk Kaya di sini, penulis catatkan sedikit peristiwa,
bahawa sekitar abad ke-16-17, sebuah perahu terdampar di Pantai Teluk Baruk
disebut juga Gunung Rujin di Pulau Bunguran itu.
Di tempat
perahu itu terdampar kemudian dinamakan orang dengan Tanjung Kapal. Dipercayai
perahu tersebut berasal dari Patani setelah melalui Campa. Hinggakan pemimpin
rombongan perahu terdampar itu belum diketahui secara pasti, tetapi salah
seorang keturunannya bernama Wan Taksim.
Wan Taksim
inilah mengutus seorang anaknya bernama Wan Abu Bakar belajar ke Mekah. Beliau
hidup sezaman dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-duanya ada
hubungan keluarga dan tinggal serumah di Mekah.
Setelah menjadi
ulama, Haji Wan Abu Bakar mendapat arahan Sheikh Daud supaya menyebarkan Islam
di kepulauan-kepulauan yang tersebut.
Perintis sebar
agama
Boleh dianggap
beliau adalah perintis menyebarkan agama Islam di kepulauan-kepulauan yang
tersebut itu.
Di Kepulauan
Siantan beliau menjadikan Air Bini sebagai pusatnya. Anak beliau bernama Haji
Wan Abdur Rahman juga belajar di Mekah, setelah menjadi ulama selain mengembara
di kepulauan-kepulauan tersebut beliau juga pernah menyebar Islam di Sarawak.
Beliau
menjadikan Pulau Midai sebagai pusat penyebarannya untuk persekitaran Laut Cina
Selatan. Beliau adalah imam yang pertama Masjid Baitur Rahman di Pulau Midai
yang dibina bersama murid-muridnya yang berasal dari Terengganu.
Adapun Datuk
Kaya yang pertama Pulau Bunguran bernama Wan Muhammad Perdana Mahkota. Dari
mana beliau berasal menjadi pertikaian pendapat, ada riwayat bahawa beliau
berasal dari Johor, riwayat lain berasal dari Patani.
Namun penulis
lebih cenderung menyetujui pendapat beliau berasal dari Patani. Mengenai ini
sangat jelas bahawa ketika beliau meninggal dunia, anak beliau yang bernama Wan
Qamaruddin (Wan Rama) selaku yang berhak menggantinya tidak berada di tempat
tetapi sedang tinggal di Campa, maka diutus orang pergi mengambilnya.
Wan
Qamaruddin/Wan Rama adalah Datuk Kaya Pulau Bunguran yang kedua. Beliau diganti
oleh anaknya, Wan Teras. Wan Teras memperoleh tiga anak dan yang menggantikan
beliau sebagai Datuk Kaya ialah Wan Husein. Beliau ini seorang alim meninggalkan
sebuah karya tentang ilmu tasauf yang diselesaikan tahun 1289 H/1872 M.
Manuskrip asli
karya tersebut pernah menjadi milik penulis, dan telah diserahkan kepada Pusat
Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor kelas MS 1091.
Anak Datuk Kaya
selanjutnya adalah Wan Muhammad Benteng (pemerintahannya tahun 1926-1941) yang
dikenali dengan Datuk Kaya Bunguran Timur. Datuk Kaya yang terakhir ialah anak
beliau bernama Wan Muhammad Rasyid.
Selain itu,
salah satu kebudayaan sejenis Menora, di Pulau Bunguran/Natuna dan di Mempawah,
Kalimantan Barat disebut Mendu dipercayai bermula dari kebudayaan Patani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan