Khamis, 4 September 2014

Bunga-bungaku : Sebuah puisi dari Patani Selatan Thailand

โดย นิอับดุลรากิ๊บ  บินนิฮัสซัน


Bunga bungaku
Patani Darussalam nama negeriku
Patani Darul Maarif nama tanahairku
Patani Darul  Fatanah nama bumiku
Negeriku,  Tanahairku,  Bumiku
Disinilah nama nama besar  Al-Fatani di Nusantara


Sheikh Daud Abdullah di kota suci
Sheikh Ahmad Mohd. Zin di tanah suci
Tengku Mahmud Zuhdi di negeri Darul Ehsan
Sheikh Ahmad Nor di negeri Darul Iman
Sheikh Ibrahim Gajah Mati di negeri Darul Aman


Syeikh Abdul Qadir Abdur Rahman di Patani
Sheikh Abdul Rahman Gudang di Siak Seri Indrapura
Sheikh Abdul Jalil di Mempawah Kalimantan
Syeikh Ali bin Faqih di Kalimantan Barat


Nama namamu membungai
Negeriku  Tanahairku  Bumiku
Jasa jasamu menyinari
Panji Islam di seluruh Nusantara.

Hamra Hassan

Ru Sembilan, Patani.


Tiada ulasan: