Jumaat, 29 Ogos 2014

Wajah Wajah Patani Baru : Sebuah Puisi dari Patani Selatan Thailand

โดย นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน

บทกวีชิ้นหนึ่งที่ใช้อ่านในงานสัมมนาวรรณกรรมภูมิภาคมลายู หรือ Pertemuan Penyair Nusantara ke VII ที่ประเทศสิงคโปร์


Wajah Wajah Patani Baru

Aku melihat sejarah masa silam

Ketika negeri ini masih di sudut peta dunia Perkampungannya terletak di pesisir pantai Pelabuhannya tak pernah diacuhkan Pengembara dan nakhoda asing


Patani mewarna warni Nusantara

Patanilah pusat pendidikan agama

Patanilah tempat para ulama Al-Fatani Patanilah kilang kitab kitab jawi


Aku melihat Patani kini

Ketika negeri ini sudah hilang dari peta  dunia

Rumah batu tersegam di bandar-bandar

Rumah mewah tersegam di mana mana


Anak muda mencari dunia

Anak muda mencari budaya asing

Anak muda mencari bahasa asing

Anak muda mencari jatidiri asing


Aku melihat Ratu Hijau

Aku melihat Ratu Kuning

Aku melahat Ratu Biru

Aku melihat para ulubalangnya


Mereka menitis air mata

Kerana anak cucunya tidak menghargai

Bahasa Melayu, Budaya Melayu dan Jatidiri Melayu Di Bumi Patani


Hamra  Hassan

Tiada ulasan: