Di Patani, yang dimaksudkan 3 wilayah
Melayu di Selatan Thailand iaitu Wilayah Pattani, Wilayah Yala(Jala) dan
Wilayah Narathiwas (Kuala Menara). Pada saat sebelum Raya AidilAdha keadaan sangat
genting. Kerana hari raya tersebut ditetapkan pada 26 Oktober 2012. Tetapi
sebelum tarikh itu 24 Oktober adalah hari genap 8 tahun “trajedi Tak Bai” yang
terkenal. Trajedi yang mengaut jiwa penduduk rakyat Melayu Patani
seramai 85 orang.
Jadi, semasa penulis dan kawan
sepejabat bertolak dari kampus universiti untuk ke Daerah Teluban di dalam
Wilayah Pattani. Di kedua dua belah jalan penuh dengan kawalan pihak tentera
dan polis Thailand. Kerana pihak kerajaan Thailand bimbang akan berlaku
tembakan dan pengeboman di hari genap 8 tahun itu. Penulis dan kawan pergi ke
rumah seorang guru agama di daerah tersebut untuk mengambil wang dari seorang
guru agama Melayu Patani yang menetap di Kuala Lumpur.
Sdr. Zawawee bersama Sdr. Abdullah Fathy Al-Fatany
Wang itu untuk membeli 2
ekor lembu qurban yang akan diadakan di sebuah kampung nelayan Melayu
bersebelahan universiti. Tahun ini adalah tahun kedua yang pihak saya dan kawan
dapat menyumbang lembu hasil dari wang orang Malaysia kepada kampung tersebut.
Seletah kami berdua mendapat wang amanah qurban dari Malaysia. Kawan menghantar
saya di Pekan Teluban untuk ke Pekan Narathiwas sebaliknya kawan terus pulang
ke Pattani.
Peta kawasan penempatan orang Melayu dan orang Siam
Dalam perjalanan dari Pekan Teluban
ke Narathiwas terdapat beberapa roadbock tentera dan polis di jalan tersebut. Setelah
penulis sampai di kampung berdekat dengan kampong Bukit Tanjung dipinggir Pekan
Narathiwas atau disebut orang Melayu tempatan dengan nama Pekan Menara. Kawasan
kampung ini pada tahun 1909 masih terletak dalam negeri Kelantan. Tetapi pada
tahun itu pihak british dengan Siam mengadakan perjanjian yang dinamakan
Anglo-Siamese Treaty 1909. Perjanjian itu membataskan sempadan baru diantara
Kelantan dengan Siam menyebabkan berlaku pertukaran kawasan diantara kedua dua
pihak. Dan kampung-kampung orang Melayu Kelantan di kawasan yang disebut “A
small corner Northeast of Kelantan”
telah diserap ke dalam kawasan Wilayah Narathiwas.
Peta lama Kelantan kawasan Dearah Tak Bai (Taba) adalah jajahan Kelantan
Pada hari rayapenulis telah pergi
sembahyang raya di masjid di kampong itu. Keadaan pada hari raya ini diberitahu
Imam masjid bahawa agak beza dari raya Aidil
Fitri. Kerana di raya Aidil Fitri
lebih meriah hampir semua warga kampung ini pulang. Tetapi pada hari raya Aidil
Adha ini terdapat sesetengah warga tidak pulang ke kampung halaman. Menyebabkan
jemaah sembahyang di masjid pada hari raya ini berkurangan jika dibanding
dengan raya Aidil Fitri. Walaupun begitu
yang sering penulis pantau ialah kereta yang dibawa orang ke masjid. Setiap
kali terlihat kereta plet Malaysia. Kerana terdapat sesetengah pada mereka
kerja di Malaysia. Ini bukan hal yang mustahil kerana diantara mereka di
kawasan ini dengan Kelantan adalah dua bersaudara. Patani dan Kelantan adalah
abang dan adik. Kedua duanya berkongsi sejarah, bahasa, budaya dan sebagainya.
Bukan sahaja di Daerah Tak Bai yang bersempadan dengan Daerah Tumpat, Kelantan,
Malaysia yang wang Malaysia masih dipakai. Tetapi di Pekan Narathiwas juga wang
Malaysia boleh dipakai di kebanyakan kedai untuk membeli barang keperluan
harian.
Imam sedang membaca khutbat Sembahyang Raya Aidil Adha
Keadaan sebelum Imam membaca khutbat Raya Aidil Adha
Setelah sembahyang raya Aidil Adha,
pihak pengurusan masjid memberitahu bahawa mereka akan tunda pembinaan bangunan
TADIKA selama seminggu kerana masih di dalam masa raya Aidil Adha. Penulis sangat kagum dengan
gotong royang pembinaan TADIKA ini dengan menggunakan tenaga sukarela dari
orang kampung. Di Patani (Wilayah Pattani, Wilayah Yala @Jala dan Wilayah
Narathiwas @Kuala Menara) peranan TADIKA adalah sangat penting sebagai badan mempertahankan jatidiri Melayu di wilayah-wilayah Melayu tersebut. di Patani agaknya berbeza dari
Malaysia. Kerana di sini, TADIKA menjalankan aktiviti di hari sabtu dan ahad.
Iaitu hari cuti di sekolah-sekolah rendah kerajaan. Maka pelajar
sekolah-sekolah rendah itulah pelajar di TADIKA. Bukan pelajar sepenuh masa
seperti TADIKA di Malaysia.
Bangunan Tadika yang didirikan atas usaha orang kampung.
Setelah sembahyang raya Aidil Adha,
terdapat sesetengah memberi wang saku kepada kanak-kanak seorang sebanyak 20
baht atau lebih kurang RM 2. Dan pihak
masjid juga letakkan meja untuk minuman dan makanan ringin supaya sesiapa dapat
ambilnya.
Seorang wanita memberi wang 20 Baht kepada kanak-kanak
Kanak-kanak masih berpakaian Melayu dan Tub Arab
Setelah selesai sembahyang Raya Aidil Adha
Meja kuih dan biskut disediakan kepada semua orang
Seterusnya masing masing pulang ke
rumah. Kerana sesetengah perlu menembelih lembu qurban. Dan daging diagih
kepada orang orang kampung. Ini adalah sedikit gambaran tentang situasi hari
raya Aidil Adha di sebuah kampong dipinggir Pekan Narathiwas. Walaupun beberapa
kampung mungkin situasi berbeza dari kampung yang ditulis ini. Tetapi
situasinya tidaklah sangat juah dari kampung dipinggir Pekan Narathiwas ini.
Dua wanita yang berkongsi bahagian dalam qurban
Sedang menjalankan tugas
Sedang menjalankan tugas
selesai berquran seekor lembu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan