Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Kali ini akan kemukakan sebuah puisi tajuknya Wawasan Patani oleh Hamra Hassan. Puisi ini lahir dari idea memperjuangkan bahasa Melayu di Patani, Selatan Thailand oleh Dr. Phaosan Jehwe Dan mendapat ilham dari sebuah puisi dari Sdr Haji Jawawi dari Brunei. Inilah sebuah puisi dengan tajuk “Wawasan Patani”
Wawasan Patani
Bahasa Melayu Bahasaku di Patani
Bahasanya lembut penuturannya indah
Bahasa Melayu bahasa perpaduan rumpunku
Bahasa penghubung antara Nusantara
Bahasa Melayuku Bahasa ibunda
tiada bahasa Melayuku hilanglah Melayu di bumi Patani
megah bertapak bahasa Melayu di Nusantara
mengharum wangi ke seluruh Nusantara
Bahasa Melayu bahasa bumi Patani
lambang maruah bumi pertiwi
jadilah bumi Patani ini sebagai tanah Melayu
bahasa Melayu bangsa Melayu sebagai pasaknya
Bahasa Melayu Bahasaku di Patani
apakah wawasan pemuda untuk menjunjung
agar ia dapat menembusi dunia
dengan bermadah lantang dan lembut bicaranya
Bahasa Melayu kebanggaanku di bumi
Patani
bahasa Melayu jangan diganti bahasa asing
kerana bahasa Melayu melambangkan bangsa
Pemuda Patani menjagalah Warisan Patani
Hamra Hassan
Patani,
Thailand Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan