Selasa, 1 Julai 2025

Berkebun di Kedai Kopi – sebuah Pauisi dari Patani, Selntan Thailand.

 Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini sekali lagi memukakan sebuah puisi dengan tujuk “Berkebun di Kedai Kopi” puisi ini menggambarkan di sebuah kedai kopi di Selatan Thailand. Situsi ini memang berlaku di tahun 1980-an. Tetapi sekarang entah masih ada atau tidak. Isi puisinya adalah seperti berikut:-


Berkebun di Kedai Kopi


Di kedai kopi

Sebagai sebuah parlimen di kampung

mencari kenikmatan sebuah impian

dalam harap mengharap waktu

kononnya harapan masih ada

menjadi sidang untuk sebuah bicara

di utara dan selatan kampung

timur dan barat datang ke kedai kopi

sidang inilah tempat dicurah isi hati

maka menjadilah parlimen tidak rasmi


di kedai kopi ini

orang Patani datang bercucuk tanam

mencari kehidupan yang lebih bagus

datang bersama idea dan Cadangan bagus

bersilat lidah menjual idea dan cadangan


Berkebun di kedai kopi

Tempat pertemuan orang Patani di sini

Dari pegawai tinggi hingga buruh umum

Dari penerima pendidikn kerajaan

hingga penerima pendidikan agama

semuanya datang untuk bicara di sini

kedai kopi ini parlimen kampung

semua datang memperkatakan ilmu

mempersoal pembangunan kehidupan

beberapa soalan diketengahkan

Pembangunan pendidikan

Pembangunan ekonomi

Pembangunan pertanian

Setiap hari menjadi agenda perjumpaan


Berkebun di kedai kopi

Kita berbicara berkebun di pagi ini

Sambil minum teh tarik

Roto canai sangat enak

ada nasi lemak nasi dagang

perbincangan tiada sudahnya

Pak Jo menanam ribuan pokok durian

Pak Ju menanam ribuan pokok dokong

mereka mimpi menjual durian dokong

semua kita hanya berkebun di atas angin

akhir kita hanya berkebun di kedai kopi


Hassan Hassan

Patani, Thailand Selatan.





Tiada ulasan: