Rabu, 19 Disember 2018

Anak Gunung : Sebuah Puisi Dari Tanah Patani, Selatan Thailand.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Disini dikemukakan sebuah puisi Melayu Patani bertajuk “Anak Gunung”. Puisi ini dimuatkan di dalam buku Antologi Sajak Sajak Tunas-Tunas Menguntum. Buku ini diterbitkan pada Malam Kesusastraan Melayu 2 Tahun 1999 di Patani. Puisi “Anak Gunung” ini dikarang oleh Nurma Yama.

            

Anak Gunung
Biarpun dingin menggigil
Terpaksa melepaskan selimut
Embun kasar menghempas hak salju


Namun………………………
Kewajipan tetap berjalan
Kedengaran nyanian jangkrik
Dipadang kelabu
Ayam jago mendendangkan lagu mardu
Bergantian


Di balik dangau
Dipinggir gunung
Sayap terdengar air terjun


Semua………
Tidak kupeduli
Mataku tetap menumpu
Susu pekat bermutu
Sumber kehidupan harian
Walaupun harga merisaukan


Demi anak isteri
Semua terus berjalan
Beginilah risiko seorang ayah
Dalam era ekonomi merosot.

 


Tiada ulasan: