Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Negeri Sarawak telah mempunyai Ketua Menteri yang baru. Untuk memperkenalkan Ketua Menteri yang baru. Saya muatkan berita ini :-
Petra
Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat
sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan
Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana
Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi.
Beliau
menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib
Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai
Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92,
yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini.
Tan
Sri Dato' Sri Hj Adenan Hj Satem merupakan muka lama dalam politik Sarawak.
Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada
akhir 1980 an dan 1990 an, Datuk Adenan merupakan political figure yang cukup
hebat di dalam kabinet negeri pada masa itu. Sekarang ini dilantik sebagai
Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak. Beliau merupakan bakal Ketua Menteri Sarawak
yang ke 5 setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat
perletakan jawatan pada 28 Februari 2014.
Dalam
pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk
Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan
Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas
di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti
oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun
penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga
ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan
Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas
Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan
Cikgu Sukinam Domo diParlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi
menteri yang berasal dari Sarawak.
Perubahan
pucuk pimpinan
Namun
begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan
beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri
ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai
menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri.
Lain
alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal
dilangsungkan pada Mei 2006. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri
Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak
dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9
2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau
bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu
adik kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan
Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat
Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri
Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga
tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat
dengan majoriti 4136.
Melepaskan
jawatan Naib Presiden
Pada
bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. Akan
tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac
2007 sekaligus menamatkan desas desus yang beliau akan mengndurkan diri
daripada arena politik.
Keputusan
pilihanraya negeri 2006
Dalam
Pilihan raya DUN Sarawak 2006 ,Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan
menang.Calon lawan ialah Sobey bin Daud (Keadilan -409 hilang deposit ;Larry
Dominic Linang (Bebas-357 HD) Majoriti 4,136 .
Keputusan
pilihanraya negeri 2011
Dalam
pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 4218 undi dengan
majoriti 3216. Lawan beliau ialah Gilbert Asson Anak Kulong dari parti Bebas
mendapat 215 undi. Calon lain ialah Nani Bt Sahari-(PAS-1002) .