Jumaat, 28 Februari 2014

Adenan Hj. Satem, Ketua Menteri Sarawak baru


Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
        Negeri Sarawak telah mempunyai Ketua Menteri yang baru. Untuk memperkenalkan Ketua Menteri yang baru. Saya muatkan berita ini :-
                                                       Adenan Hj. Satem
Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi.

Beliau menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini.

Tan Sri Dato' Sri Hj Adenan Hj Satem merupakan muka lama dalam politik Sarawak. Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980 an dan 1990 an, Datuk Adenan merupakan political figure yang cukup hebat di dalam kabinet negeri pada masa itu. Sekarang ini dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak. Beliau merupakan bakal Ketua Menteri Sarawak yang ke 5 setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada 28 Februari 2014.

 Pemilihan pucuk pimpinan
Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo diParlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak.

Perubahan pucuk pimpinan
Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri.

Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4136.

Melepaskan jawatan Naib Presiden
Pada bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. Akan tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus menamatkan desas desus yang beliau akan mengndurkan diri daripada arena politik.

Keputusan pilihanraya negeri 2006
Dalam Pilihan raya DUN Sarawak 2006 ,Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan menang.Calon lawan ialah Sobey bin Daud (Keadilan -409 hilang deposit ;Larry Dominic Linang (Bebas-357 HD) Majoriti 4,136 .

Keputusan pilihanraya negeri 2011
Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 4218 undi dengan majoriti 3216. Lawan beliau ialah Gilbert Asson Anak Kulong dari parti Bebas mendapat 215 undi. Calon lain ialah Nani Bt Sahari-(PAS-1002) .

Tiada ulasan: