Sabtu, 10 September 2011

1st INTERNATIONAL SEMINAR ON MALAY STUDIES 2011 Prince of Songkla University Pattani Campus

โดย นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน

แผนกวิชามลายูศึกษา ภาควิชาภาษาตะวันออก คณะมนุษยศาสตร์และสังคมศาสตร์ มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์ วิทยาเขตปัตตานี ร่วมกับ รายการ "ดี สลาตัน ณ แดนใต้" สถานีโทรทัศน์ ThaiPBS และอำเภอบาเจาะ จังหวัดนราธิวาส เนื่องในโอกาสครบรอบ 103 ปีของการจัดตั้งอำเภอบาเจาะ ได้จัดสัมมนานานาชาติว่าด้วยมลายูศึกษา ครั้งที่ 1 ขึ้นที่อำเภอบาเจาะ จังหวัดนราธิวาส โดยมีวิทยากร นักวิชาการจากประเทศมาเลเซีย อินโดเนเซีย บรูไน สิงคโปร์ ฟิลิปปินส์ และนักวิชาการท้องถิ่น มาบรรยายในหัวข้อ "ปาตานี : ประสบการณ์จากโลกมลายู" กำหนดการสัมมนาในวันที่ 25 กันยายน 2011 และ มีการเสวนาระหว่างนักวิชาการจากประเทศดังกล่าวกับผู้นำท้องถิ่นในหัวข้อ "การพัฒนาปาตานี :ในมุมมองของโลกมลายู"



1st INTERNATIONAL SEMINAR ON MALAY STUDIES 2011
Tema
“Patani : Pengalaman dari Dunia Melayu”

A.Pengantar
Thailand membahagikan sistem pentadbiran pemerintahan kepada wilayah (Province). Setiap wilayah mempunyai gobernor yang menjalankan kuasa pentadbiran di dalam wilayahnya. Wilayah-wilayah tersebut berbeza dari segi latarbelakang, sejarah, sosio-budaya dan sebagainya. Walaupun majoriti penduduk Thailand adalah keturunan Thai, tetapi negara itu mempunyai penduduk berbilang keturunan. Penduduk minoriti adalah penduduk keturunan Melayu, Khmer, Cina, penduduk bukit (Hill tribe) dan sebagainya. Penduduk keturunan Melayu dan Khmer adalah penduduk majoriti dalam wilayah-wilayah yang didiami mereka, tetapi kedua-dua penduduk keturunan tersebut dikira penduduk minoriti di peringkat nasional. Penduduk keturunan Khmer (dikenali dengan nama Khmer Surin) mendiami 3 wilayah yang bersempadan dengan negeri Kampuchea. Wilayah-wilayah tersebut ialah Wilayah Sri Saket, Buriram dan Surin. Walaupun penduduk keturunan Khmer dan penduduk keturunan Thai berlainan bangsa, bahasa pertuturan dan budaya, tetapi menganut agama yang sama iaitu agama Buddha. Keadaan ini berlainan dengan penduduk keturunan Melayu yang mendiami wilayah-wilayah di Selatan Thailand. Wilayah–wilayah yang bersempadan dengan Malaysia itu seperti Wilayah-wilayah Melayu Patani (Kerajaan Melayu Patani lama) iaitu wilayah Pattani, Yala, Narathiwas; Wilayah bekas tanah jajahan Kedah, Malaysia iaitu wilayah Setul dan kawasan Kerajaan Melayu Patani lama yang diserah kepada Singora atau Songkla iaitu 4 daerah (Nathawi, Sabayoi, Chanak dan Sadao) di Songkhla. Penduduk keturunan Melayu hampir 2 juta di wilaya-wilayah tersebut selain dari berlainan bangsa, bahasa pertuturan dan budaya, mereka juga berlainan agama dan sejarah dengan pendudukan keturunan Thai.

Wilayah-wilayah Melayu tersebut telah berada dalam negara Thailand, dengan itu berlaku transmigran sehingga wilayah-wilayah itu selain daripada penduduk Melayu dan etnik Asli (Melayu Asli) terdapat juga etnik Cina dan Thai buddhist. Khususnya wilayah-wilayah Melayu Patani, Semenjak tahun 2004 berada dalam keadaan tidak setabil. baik dari segi politik dan keamanan. Hubungan di antara etnik di beberapa tempat tidak erat seperti sebelum tahun 2004. Seminar Antarabangsa Mengenai Pengajian Melayu kali Pertama diadakan untuk mengemkembalikan hubungan baik di antara etnik di dalam masyarakat Melayu setempat. Pengalaman hubungan etnik di Dunia Melayu atau negara-negara rumpun Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina diketengahkan supaya masyarakat Melayu Patani dapat mengetahui bagaimana hubungan etnik di negera-negara tersebut. Dan dapat mengubahsuai pengalaman tersebut ke dalam masyarakat Melayu setempat. Segenap 103 tahun penubuhan daearah Bachok, Wilayah Narathiwas, Jurusan Pengajian Melayu, Fakulti Kemanusiaan dan Sians Sosial, Prince of Songkla University, Kampus Pattani dengan kerjasama daearah Bachok dan rancangan “Di Selatan” Channel ThaiPBS TV akan mengadakan seminar antarabangsa ini secara alternatif dengan cara merakyatkan.

B.Seminar dan Mengenali masyarakat Melayu Patani
Seminar ini akan diadakan pada 25 September 2011. Seminar ini rencananya akan dibuka oleh Gobernor Wilayah Narathiwas. Seminar bertema “Patani : Pengalaman dari Dunia Melayu” yang berlangsung pada hari Ahad 25 September 2011 bertempat di Golden Jubili Hall, Daerah Bachok dan malamnya diikuti dengan beramah mesra dengan pemimpin masyarakat setempat. Selanjutnya hari kedua, hari Isnin 26 September 2011 para penceramah akan mengikuti lawatan mengenali masyarakat Melayu di beberapa tempat di Wilayah Narathiwas, Yala dan Patani. Dan pada malam tersebut akan diadakan dialog “Pembangunan Patani : Dari pandangan Dunia Melayu” diantara penceramah dari Dunia Melayu bersama pemimpin masyarakat setempat dan kakitangan Daerah Bachok dan sebagainya.

Tempat seminar ialah Golden Jubili Hall, Daerah Bachok dengan mempertimbangkan kapasiti peserta yang mencapai 200 orang. Peserta terdiri atas:
1. Para penceramah dari negara-negara Dunia Melayu dan Patani
2. Kakitangan Daerah Bachok dan sebagainya
3. Para ahli Akdemi di Daerah Bachok dan daerah berhambiran dengannya
4. Para pemimpin masyarakat di Daerah Bachok dan daerah berhambiran dengannya
5. Budayawan, Tokoh-tokoh masyarakat setempat
6. Wartawan nasional dan daerah
7. orang umum

C.Pembukuan kertas kerja dan penyiaran TV
Kertas kerja di seminar ini akan diterjemahkan dari bahasa Melayu/Indonesia kepada bahasa Thai dan akan dibukukan. Dan sebahagian dari seminar ini akan disiarkan di rancangan “Di Selatan” di Channel TV ThaiPBS

D.Kunjungan Tempat bersejarah dan Masyarakat Melayu
Penceramah akan mendapat kesempatan untuk melakukan kunjungan ke tempat-tempat bersejarah dan komuniti Melayu di Wilayah Narathiwas, Yala dan Pattani supaya dapat mengenali masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Melayu Patani, Selatan Thailand secara mendalam. Tempat-tempat tersebut seperti :

1. Tempat insiden Tak Bai, di Wilayah Narathiwas
2. Tempat insiden Masjid Krisik, masjid bersejarah di Wilayah Pattani
3. Masjid Teluk Manak, masjid kayu 250 tahun di Wilayah Narathiwas
4. Kubur Tok Panjang (Sheikh Gombok MinangKabau) di Wilayah Pattani
5. Kubur Tok Pasai (Pengislam Raja Patani Islam pertama) di Wilayah Pattani
6. Kubur Sultan Mustapha shah (Raja Patani Islam pertama) di Wilayah Pattani
7. Kota lama Binjar Lima (Langkasuka) di Wilayah Pattani
8. Universiti Islam Yala
9. Universiti Prince of Songkhla di Wilayah Pattani
10. Universiti Prince of Narathiwas di Wilayah Narathiwas
11. Universiti Rajbhat Yala di Wilayah Yala
12. Bandar Narathiwas
13. Bandar Pattani
14. Bandar Yala
15. Bandar Hadyai
16. dll.

E. Jadual
Jadual bagi penceramah dari Negara-negara Dunia Melayu
24 September 2011
- Pihak pengajar menyambut kedatangan penceramah di lapangan terbang sultan Ismail petera, Kota bharu, Kelantan
- Lawatan tempat Pekan Tak Bai dan Sungai Golok, Wilayah Narathiwas
- Penginapan di Pancor Nasional Park, Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas
- Lawatan ke Masjid Teluk Manak, Masjid kayu tertua di selatan Thailand.
- Lawatan banbar Narathiwas.
- Makan malam di Narathiwas.

25 September 2011
-Makan pagi di Daerah Jeringga, Narathiwas.
-Lawatan ke Universiti Princess of Naradhiwas
-Lawatan ke muzium Jerigga (Raja Sai keturunan Minangkabau)
-Lawatan ke Sekolah agama dan beramah mesra dengan masyarakat Melayu setempat
-Makan tengah hari di Daerah Bachok.
-Seminar antarabangsa pengenai pengajian melayu kali pertama
Penceramah dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan selatan Thailand.
- Lawatan Bandar Sai, Wilayah Pattani
- Makan malam di Daerah Bachok dan beramah mesra dengan masyarakat Melayu setempat.

26 September 2011
- Lawatan tempat-tempat bersejarah di Wilayah Yala, Pattani dan Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani. Universiti Islam Yala,Universiti Rajbhat Yala dan Bandar Hadyai.

27 September 2011
- Pihak penganjur menghantar penceramah dari Negara-negara Melayu Ke lapangan terbang sultan Ismail petera, Kota bharu, Kelantan untuk Pulang ke tempat masing-masing.

F. Kontak Sekretariat:
Nusantara Studies Center
Faculty of Humanities and Social Sciences
Prince of Songkla University, Pattani Campus
Pattani 94000, Southern Thailand
Telp. Pejabat +6673313928 sampai 50 sambung 3026
Faks: +6673312232
HP: + 66894639211(Nik Rakib) ; +66895983007 (Zawawi)
Email: nusantarastudies@gmail.com

Sabtu, 3 September 2011

การเลือกตั้งประธานาธิบดีประเทศสิงคโปร์ ปี 2011

นาย Tan Cheng Bock

นายตัน กิม เลียน

สัญญลักษณ์ของผู้สมัครทั้งสี่ท่าน

สัญญลักษณ์ของผู้สมัครทั้งสี่ท่าน

ผลการเลือกตั้ง

นายโทนี่ ตัน

ผู้สมัครตำแหน่งประธานาธิบดีทั้งสี่ท่าน

ป้ายหาเสียงของนายโทนี่ ตัน

นายโทนี่ ตัน

การออกเสียง

โดย นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน

Khamis, 1 September 2011

Hari Kebangsaan Malaysia

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik hassan
        Setiap 31 Ogos Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ataupun Hari Kebangsaan Malaysia. Disini saya ambil maklumat tentang sejarah dari Wikipedia, seperti berikut :-

disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sejarah
Penubuhan Malaysia,terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Kalimantan Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak.[1] Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.


Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.[2][3] Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.[4] Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak

Isnin, 11 Julai 2011

Kerajaan Buton diislamkan oleh Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fatani


Oleh Nii Abdul Rakib Bin Nik Hassan
        Kerajaan Buton khususnya Raja Buton ke-6, iaitu Timbang Timbangan atau Lakilaponto atau Halu Oleo, diislamkan oleh Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fatani. Mungkin Tuan Sheikh dari Johor tetapi berasal dari Fatani. Kerana Johor dan Patani dizaman dulu hubungan sangat rapat. Ini bukan saja berlaku di peringkat pemerintah negeri seperti perkahwinan Raja Muda Johor dengan Ratu Patani. Bahkan isteri Arena Wati sendiri pernah memberi tahu kepada penulis bahawa beiau dari Johor tetapi berasal dari keturunan Melayu Patani.

       Disini saya muatkan sebuah artikel dari laman web Kementerian Agama Republik Indonesia Kantor Wilayah Sulawesi Tenggara (https://sultra.kemenag.go.id/home/artikel/28712)  dengan tajuk :-


Raja Buton Masuk Islam

Kerajaan Buton secara resminya menjadi sebuah kerajaan Islam pada masa pemerintahan Raja Buton ke-6, yaitu Timbang Timbangan atau Lakilaponto atau Halu Oleo. Bagindalah yang diislamkan oleh Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani yang datang dari Johor. Menurut beberapa riwayat bahwa Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani sebelum sampai di Buton pernah tinggal di Johor.

Selanjutnya bersama isterinya pindah ke Adonara (Nusa Tenggara Timur). Kemudian beliau sekeluarga berhijrah pula ke Pulau Batu atas yang termasuk dalam pemerintahan Buton. Di Pulau Batu atas, Buton, Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani bertemu Imam Pasai yang kembali dari Maluku menuju Pasai (Aceh). Imam Pasai menganjurkan Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani pergi ke Pulau Buton, menghadap Raja Buton.

Syeikh Abdul Wahid setuju dengan anjuran yang baik itu. Setelah Raja Buton memeluk Islam, Baginda langsung ditabalkan menjadi Sultan Buton oleh Syeikh Abdul Wahid pada tahun 948 H/1538 M. Mengenai tahun tersebut, masih dipertikaikan karena sumber lain menyebutkan bahwa Syeikh Abdul Wahid merantau dari Patani-Johor ke Buton pada tahun 1564 M. Sultan Halu Oleo dianggap sebagai Sultan Buton pertama, bergelar Sultan atau Ulil Amri dan menggunakan gelar yang khusus yaitu Sultan Qaimuddin. Maksud perkataan ini ialah Kuasa Pendiri Agama Islam. Menurut La Niampe, salah satu putra Buton mengatakan bahwa :

- Syeikh Abdul Wahid pertama kali sampai di Buton pada tahun 933 H/1526 M.
- Syeikh Abdul Wahid sampai ke Buton kali kedua pada tahun 948 H/1541 M. Kedatangan Syeikh Abdul Wahid yang kedua di Buton pada tahun 948 H/1541 M bersama guru beliau yang bergelar Imam Fathani. Ketika itulah terjadi pengislaman beramai-ramai dalam lingkungan Istana Kesultanan Buton dan sekaligus melantik Sultan Murhum sebagai Sultan Buton pertama.

Pendapat lain dari kertas kerja Susanto Zuhdi berjudul Kabanti Kanturuna Mohelana Sebagai Sumber Sejarah Buton, menyebut bahwa Sultan Murhum adalah Sultan Buton yang pertama memerintah dalam lingkungan tahun 1491 M – 1537 M. Menurut Maia Papara Putra dalam bukunya, Membangun dan Menghidupkan Kembali Falsafah Islam Hakiki Dalam Lembaga Kitabullah, bahwa ``Kesultanan Buton menegakkan syariat Islam ialah pada tahun 1538 Miladiyah. Jika kita bandingkan riwayat-riwayat diatas tahun (1564 M), dengan tahun yang disebutkan oleh La Niampe (948 H/1541 M) dan tahun yang disebutkan oleh Susanto Zuhdi (1537 M), berarti dalam tahun 948 H/1541 M dan tahun 1564 M,

Sultan Murhum tidak menjadi Sultan Buton lagi karena masa beliau telah berakhir pada tahun 1537 M. Setelah meninjau berbagai aspek, nampaknya kedatangan Syeikh Abdul Wahid di Buton dua kali (tahun 933 H/1526 M dan tahun 948 H/1541 M) yang diberikan oleh La Niampe adalah lebih meyakinkan. Yang menarik pula untuk dibahas ialah keterangan La Niampe yang menyebut bahwa Kedatangan Syeikh Abdul Wahid yang kedua kali di Buton pada tahun 948 H/1541 M itu bersama Imam Fathani yang mengislamkan lingkungan Istana Buton, sekaligus melantik Sultan Murhum sebagai Sultan Buton yang pertama. Apa sebab Sultan Buton yang pertama itu dilantik/dinobatkan oleh Imam Fathani?

Dan apa pula sebabnya sehingga Sultan Buton yang pertama itu bernama Sultan Murhum, sedangkan di Patani terdapat satu kampung bernama Kampung Parit Murhum. Kampung Parit Murhum berdekatan dengan Kerisik, yaitu pusat seluruh aktivitas Kesultanan Fathani Darus Salam pada zaman dahulu. Semua yang tersebut itu sukar untuk dijawab. Apakah semuanya ini secara kebetulan saja atau pun memang telah terjalin sejarah antara Patani dan Buton sejak lama, yang memang belum diketahui oleh para penyelidik.

Jauh sebelum ini telah ada orang yang menulis bahwa ada hubungan antara Patani dengan Ternate.Dan cukup terkenal legenda bahawa orang Buton sembahyang Jumaat di Ternate.Perbedaan syariat pemerintahan Islam Buton adalah Kerajaan Islam Buton berdasarkan Martabat Tujuh. Sehingga dapat disimpulkan bahwa kerajaan Islam Buton lebih mengutamakan ajaran tasawuf daripada ajaran yang bercorak zahiri. Namun demikian ajaran syariat tidak diabaikan.

Semua perundangan ditulis dalam bahasa Walio menggunakan huruf Arab, yang dinamakan Buru Wolio seperti kerajaan-kerajaan Melayu menggunakan bahasa Melayu tulisan Melayu/Jawi. Huruf dan bahasa tersebut selain digunakan untuk perundangan, juga digunakan dalam penulisan salsilah kesultanan, naskhah-naskhah dan lain-lain. Tulisan tersebut mulai tidak berfungsi lagi menjelang kemerdekaan Indonesia 1945.

Referensi :
-http://id.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Buton
-http://munsirmediagaleri.blogspot.com/2012/12/sejarah-berdiri-runtuh-dan-perkembangan_28.html

Khamis, 30 Jun 2011

'Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar'

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion. Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, semalam beliau berkata wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

“RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu.

“Saya juga tidak nafikan kemungkinan wang itu digunakan untuk demonstrasi BERSIH. Dengan wang haram ini senjata boleh disediakan dan ada tuduhan Permatang Pauh bekal senjata untuk pengganas.

“Duit RM500 dan RM1,000 dicetak ketika beliau jadi Menteri Kewangan, saya minta Kementerian Kewangan siasat dan saya sedia membantu sekiranya diberi imuniti (kekebalan),” katanya.
Gobalakrishnan yang sebelum ini keluar daripada PKR turut mendakwa Anwar melalui orang tengah membawa keluar wang haram dalam jumlah besar ke luar negara.

“Kalau kementerian beri status imuniti, saya boleh berunding dengan pihak yang pernah membawa keluar RM500 dan RM1,000 bagi pihak Permatang Pauh. Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) turut terbabit dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

“Saya percaya wang RM100 juta ini dilabur oleh isterinya, Shamsidar Taharin bersama ahli perniagaan berbangsa Cina dalam syarikat modal. Saya mahu Kementerian Kewangan siasat dari mana duit itu datang dan dilaburkan,” katanya

Pemilihan Pimpinan Parti PAS 2011

Selepas tewas pada percubaan pertama 2009, Mohamad Sabu akhirnya berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dengan memperoleh sebanyak 420 undi.

Kemenangan Mohamad sekaligus menggagalkan usaha penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa bagi mempertahankan jawatan yang dimenanginya sejak 2005 apabila mendapat undi terendah pada pemilihan parti itu kali ini dengan 224 undi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengiktiraf barisan kepimpinan baru parti itu sebagai 'kabinet pilihan raya' sejajar dengan hasrat dan kehendak perwakilan muktamar kali ini.

Sambil menyifatkan keputusan pemilihan tersebut sebagai simbolik kematangan ahli memilih pemimpin yang bersedia berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Abdul Hadi yakin barisan kepimpinan baru itu berupaya membawa perubahan dalam PAS.


Berikut senarai penuh Jawatahkuasa kerja pas pusat yang terpilih bagi sesi 2011/2013 :

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi