Sabtu, 10 September 2011

1st INTERNATIONAL SEMINAR ON MALAY STUDIES 2011 Prince of Songkla University Pattani Campus

โดย นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน

แผนกวิชามลายูศึกษา ภาควิชาภาษาตะวันออก คณะมนุษยศาสตร์และสังคมศาสตร์ มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์ วิทยาเขตปัตตานี ร่วมกับ รายการ "ดี สลาตัน ณ แดนใต้" สถานีโทรทัศน์ ThaiPBS และอำเภอบาเจาะ จังหวัดนราธิวาส เนื่องในโอกาสครบรอบ 103 ปีของการจัดตั้งอำเภอบาเจาะ ได้จัดสัมมนานานาชาติว่าด้วยมลายูศึกษา ครั้งที่ 1 ขึ้นที่อำเภอบาเจาะ จังหวัดนราธิวาส โดยมีวิทยากร นักวิชาการจากประเทศมาเลเซีย อินโดเนเซีย บรูไน สิงคโปร์ ฟิลิปปินส์ และนักวิชาการท้องถิ่น มาบรรยายในหัวข้อ "ปาตานี : ประสบการณ์จากโลกมลายู" กำหนดการสัมมนาในวันที่ 25 กันยายน 2011 และ มีการเสวนาระหว่างนักวิชาการจากประเทศดังกล่าวกับผู้นำท้องถิ่นในหัวข้อ "การพัฒนาปาตานี :ในมุมมองของโลกมลายู"



1st INTERNATIONAL SEMINAR ON MALAY STUDIES 2011
Tema
“Patani : Pengalaman dari Dunia Melayu”

A.Pengantar
Thailand membahagikan sistem pentadbiran pemerintahan kepada wilayah (Province). Setiap wilayah mempunyai gobernor yang menjalankan kuasa pentadbiran di dalam wilayahnya. Wilayah-wilayah tersebut berbeza dari segi latarbelakang, sejarah, sosio-budaya dan sebagainya. Walaupun majoriti penduduk Thailand adalah keturunan Thai, tetapi negara itu mempunyai penduduk berbilang keturunan. Penduduk minoriti adalah penduduk keturunan Melayu, Khmer, Cina, penduduk bukit (Hill tribe) dan sebagainya. Penduduk keturunan Melayu dan Khmer adalah penduduk majoriti dalam wilayah-wilayah yang didiami mereka, tetapi kedua-dua penduduk keturunan tersebut dikira penduduk minoriti di peringkat nasional. Penduduk keturunan Khmer (dikenali dengan nama Khmer Surin) mendiami 3 wilayah yang bersempadan dengan negeri Kampuchea. Wilayah-wilayah tersebut ialah Wilayah Sri Saket, Buriram dan Surin. Walaupun penduduk keturunan Khmer dan penduduk keturunan Thai berlainan bangsa, bahasa pertuturan dan budaya, tetapi menganut agama yang sama iaitu agama Buddha. Keadaan ini berlainan dengan penduduk keturunan Melayu yang mendiami wilayah-wilayah di Selatan Thailand. Wilayah–wilayah yang bersempadan dengan Malaysia itu seperti Wilayah-wilayah Melayu Patani (Kerajaan Melayu Patani lama) iaitu wilayah Pattani, Yala, Narathiwas; Wilayah bekas tanah jajahan Kedah, Malaysia iaitu wilayah Setul dan kawasan Kerajaan Melayu Patani lama yang diserah kepada Singora atau Songkla iaitu 4 daerah (Nathawi, Sabayoi, Chanak dan Sadao) di Songkhla. Penduduk keturunan Melayu hampir 2 juta di wilaya-wilayah tersebut selain dari berlainan bangsa, bahasa pertuturan dan budaya, mereka juga berlainan agama dan sejarah dengan pendudukan keturunan Thai.

Wilayah-wilayah Melayu tersebut telah berada dalam negara Thailand, dengan itu berlaku transmigran sehingga wilayah-wilayah itu selain daripada penduduk Melayu dan etnik Asli (Melayu Asli) terdapat juga etnik Cina dan Thai buddhist. Khususnya wilayah-wilayah Melayu Patani, Semenjak tahun 2004 berada dalam keadaan tidak setabil. baik dari segi politik dan keamanan. Hubungan di antara etnik di beberapa tempat tidak erat seperti sebelum tahun 2004. Seminar Antarabangsa Mengenai Pengajian Melayu kali Pertama diadakan untuk mengemkembalikan hubungan baik di antara etnik di dalam masyarakat Melayu setempat. Pengalaman hubungan etnik di Dunia Melayu atau negara-negara rumpun Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina diketengahkan supaya masyarakat Melayu Patani dapat mengetahui bagaimana hubungan etnik di negera-negara tersebut. Dan dapat mengubahsuai pengalaman tersebut ke dalam masyarakat Melayu setempat. Segenap 103 tahun penubuhan daearah Bachok, Wilayah Narathiwas, Jurusan Pengajian Melayu, Fakulti Kemanusiaan dan Sians Sosial, Prince of Songkla University, Kampus Pattani dengan kerjasama daearah Bachok dan rancangan “Di Selatan” Channel ThaiPBS TV akan mengadakan seminar antarabangsa ini secara alternatif dengan cara merakyatkan.

B.Seminar dan Mengenali masyarakat Melayu Patani
Seminar ini akan diadakan pada 25 September 2011. Seminar ini rencananya akan dibuka oleh Gobernor Wilayah Narathiwas. Seminar bertema “Patani : Pengalaman dari Dunia Melayu” yang berlangsung pada hari Ahad 25 September 2011 bertempat di Golden Jubili Hall, Daerah Bachok dan malamnya diikuti dengan beramah mesra dengan pemimpin masyarakat setempat. Selanjutnya hari kedua, hari Isnin 26 September 2011 para penceramah akan mengikuti lawatan mengenali masyarakat Melayu di beberapa tempat di Wilayah Narathiwas, Yala dan Patani. Dan pada malam tersebut akan diadakan dialog “Pembangunan Patani : Dari pandangan Dunia Melayu” diantara penceramah dari Dunia Melayu bersama pemimpin masyarakat setempat dan kakitangan Daerah Bachok dan sebagainya.

Tempat seminar ialah Golden Jubili Hall, Daerah Bachok dengan mempertimbangkan kapasiti peserta yang mencapai 200 orang. Peserta terdiri atas:
1. Para penceramah dari negara-negara Dunia Melayu dan Patani
2. Kakitangan Daerah Bachok dan sebagainya
3. Para ahli Akdemi di Daerah Bachok dan daerah berhambiran dengannya
4. Para pemimpin masyarakat di Daerah Bachok dan daerah berhambiran dengannya
5. Budayawan, Tokoh-tokoh masyarakat setempat
6. Wartawan nasional dan daerah
7. orang umum

C.Pembukuan kertas kerja dan penyiaran TV
Kertas kerja di seminar ini akan diterjemahkan dari bahasa Melayu/Indonesia kepada bahasa Thai dan akan dibukukan. Dan sebahagian dari seminar ini akan disiarkan di rancangan “Di Selatan” di Channel TV ThaiPBS

D.Kunjungan Tempat bersejarah dan Masyarakat Melayu
Penceramah akan mendapat kesempatan untuk melakukan kunjungan ke tempat-tempat bersejarah dan komuniti Melayu di Wilayah Narathiwas, Yala dan Pattani supaya dapat mengenali masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Melayu Patani, Selatan Thailand secara mendalam. Tempat-tempat tersebut seperti :

1. Tempat insiden Tak Bai, di Wilayah Narathiwas
2. Tempat insiden Masjid Krisik, masjid bersejarah di Wilayah Pattani
3. Masjid Teluk Manak, masjid kayu 250 tahun di Wilayah Narathiwas
4. Kubur Tok Panjang (Sheikh Gombok MinangKabau) di Wilayah Pattani
5. Kubur Tok Pasai (Pengislam Raja Patani Islam pertama) di Wilayah Pattani
6. Kubur Sultan Mustapha shah (Raja Patani Islam pertama) di Wilayah Pattani
7. Kota lama Binjar Lima (Langkasuka) di Wilayah Pattani
8. Universiti Islam Yala
9. Universiti Prince of Songkhla di Wilayah Pattani
10. Universiti Prince of Narathiwas di Wilayah Narathiwas
11. Universiti Rajbhat Yala di Wilayah Yala
12. Bandar Narathiwas
13. Bandar Pattani
14. Bandar Yala
15. Bandar Hadyai
16. dll.

E. Jadual
Jadual bagi penceramah dari Negara-negara Dunia Melayu
24 September 2011
- Pihak pengajar menyambut kedatangan penceramah di lapangan terbang sultan Ismail petera, Kota bharu, Kelantan
- Lawatan tempat Pekan Tak Bai dan Sungai Golok, Wilayah Narathiwas
- Penginapan di Pancor Nasional Park, Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas
- Lawatan ke Masjid Teluk Manak, Masjid kayu tertua di selatan Thailand.
- Lawatan banbar Narathiwas.
- Makan malam di Narathiwas.

25 September 2011
-Makan pagi di Daerah Jeringga, Narathiwas.
-Lawatan ke Universiti Princess of Naradhiwas
-Lawatan ke muzium Jerigga (Raja Sai keturunan Minangkabau)
-Lawatan ke Sekolah agama dan beramah mesra dengan masyarakat Melayu setempat
-Makan tengah hari di Daerah Bachok.
-Seminar antarabangsa pengenai pengajian melayu kali pertama
Penceramah dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan selatan Thailand.
- Lawatan Bandar Sai, Wilayah Pattani
- Makan malam di Daerah Bachok dan beramah mesra dengan masyarakat Melayu setempat.

26 September 2011
- Lawatan tempat-tempat bersejarah di Wilayah Yala, Pattani dan Universiti Prince of Songkla, Kampus Pattani. Universiti Islam Yala,Universiti Rajbhat Yala dan Bandar Hadyai.

27 September 2011
- Pihak penganjur menghantar penceramah dari Negara-negara Melayu Ke lapangan terbang sultan Ismail petera, Kota bharu, Kelantan untuk Pulang ke tempat masing-masing.

F. Kontak Sekretariat:
Nusantara Studies Center
Faculty of Humanities and Social Sciences
Prince of Songkla University, Pattani Campus
Pattani 94000, Southern Thailand
Telp. Pejabat +6673313928 sampai 50 sambung 3026
Faks: +6673312232
HP: + 66894639211(Nik Rakib) ; +66895983007 (Zawawi)
Email: nusantarastudies@gmail.com

Tiada ulasan: