Rabu, 16 Disember 2020

Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid : Kehilangan Permata di Malaysia

 Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pada 15 Disember 2020 Malaysia dan seluruh ummat Melayu di Nusantara telah hilang sebuah permata. Iaitu Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid tokoh Melayu Malaysia telah meninggal. Untuk penghormatan al-marhum  Profesor Diraja disini saya memetic riwyat hidupnya dari Wikipedia.

Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 – 15 Disember 2020) merupakan seorang ahli ekonomi dan pensyarah Malaysia. Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia. Beliau mendapat gelaran Profesor Diraja (Royal Professor) dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993

Kehidupan awal dan keluarga

Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Ibunya bernama Hamidah binti Abdullah, seorang wanita Inggeris. Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah.

 

Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.

 

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga merupakan sepupu kepada intelektual Muslim tersohor, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

 

Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin dengan bekas Naib Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran.[6]

 

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru, Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura (kini Universiti Malaya) untuk mendapatkan Diploma Seni dan di Universiti Malaya, Singapore (kini Universiti Malaya di Kuala Lumpur) pada tahun 1951 untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi). Pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.

Kerjaya

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Profesor dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

 

Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tersebut dan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

 

Atas inisiatifnya, di Universiti tercipta Taman Botani, Muzium Seni Asia, dan sebuah kedai buku koperasi. Waktu beliau memimpin UM, pertukaran mahasiswa mula dilaksanakan antara Universiti Malaya dan Institut Bahasa-Bahasa Timur (kemudian Institut Negara-negara Asia dan Afrika) di Universiti Negara Moscow (sejak tahun 1970).

Anugerah

Beliau yang dianugerahkan gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Jun 1978.

 

Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang di-Pertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

 

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

 

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 

Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.




Sumbangan dan jawatan

Antara sumbangan, peranan utama dan jawatan yang dipegang Ungku Aziz kepada negara ialah:-

 

1. Pencetus idea penubuhan, dan Yang Dipertua, Angkatan Koperasi    

   Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-)

2. Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya

    Berhad (KKUM) (1968-).

3. Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian

   Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 –

   30.9.2008).

4. Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam   

    Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council)

    (2006-2009).

5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu

    bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis

    Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.

6. Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji

   (LTH).

7. Pencetus idea penubuhan dan Ketua Pengarah Pertama Dewan

   Bahasa dan Pustaka (DBP).

8. Mengasaskan Institut Bahasa Teikyo.

9. Mengasaskan Universiti Malaya.

10. Mencetuskan idea Akademi Islam.

11. Mencetuskan idea Pusat Asasi Sains.

12. Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - 15.12.2020).

13. Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - 15.12.2020).

14. Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - 15.12.2020).

 

Kematian

Pada hari Selasa 15 Disember 2020, beliau meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 4:30 akibat sakit tua. Jenazah beliau dimandikan di hospital tersebut sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail lalu tiba pada pukul 8:50 malam.[9][10] Jenazah disembahyangi selepas solat Isyak pada pukul 8:55 malam sebelum diibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara lalu tiba pada pukul 9:15 malam. Jenazah beliau selesai dikebumikan pada sekitar pukul 9:50 malam.

Tiada ulasan: