Ibu : Sebuah Puisi dari Patani Bumi Darussalam, Selatan Thailand.
Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Disini dikemukakan sebuah puisi Melayu Patani bertajuk “Ibu”
Puisi ini dimuatkan di dalam buku Antologi Sajak Sajak Tunas-Tunas Menguntum. Buku
ini diterbitkan pada Malam Kesusastraan Melayu 2 Tahun 1999 di Patani. Puisi “Ibu”
ini dikarang oleh Hamdiyah Hj. Mali.
Ibu
Kerananya kudilahirkan ke alam nyata ini
Sembilan bulan ku dalam kandungan
Berpenat Lelah mengandung daku
Sehingga sampailah masa diizinkan Tuhan lahirlah aku
Kea lam yang fana ini dialah penyambung nyawa untukku
Sakit tak terbilang…….
Demi melahirkan sang anak
Ibu yang kusayang dan kucinta
Kaulah yang mendidikku
Menyusuiku
Ku di bawah buaian lagumu
Bagaimana hasratnya kau pelihara aku
Sehingga syurga mengikut doamu
Aku berdoa selalu
Semoga ku menjadi anak yang saleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan