Sabtu, 30 Jun 2018

Datin Seri Rosmah Mansur Isteri Perdana Menteri ke 6

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
     Di dalam politik Malaysia lebih lebih lagi sebelum dan selepas Pilihanraya ke 14. Nama besar ini muncul sebagai orang dibelakang ketajuhan Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri ke 6 Malaysia
Di sini saya ambil maklumat tentang kritikan terhadap Datin Seri Rosmah Mansur  dari Wikipedia. Inilah isinya :- 


Isu dan kritikan
Rosmah Mansor telah menerima banyak kritikan keras khususnya daripa para pemblog di Malaysia, lebih-lebih lagi sejak beliau menyandang gelaran sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Banyak kritikan berlegar akibat reputasinya sebagai seorang yang boros, kuat berbelanja dan dilihat mendominasi agenda politik dan sosial Najib Razak.

Gambarnya telah ditangkap dan disebar luas dalam media internet, lebih-lebih lagi apabila terdapat dakwaan bahawa beliau berfotografi dengan pereka beg ganggang terkenal Hermes Birkins dan barang perhiasan mewah, menarik kritikan pedas khususnya pihak pembangkang di Malaysia.

Pereka barangan kemas Amerika Syarikat Jacob and Co, telah mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta pada tahun 2011, yang mana dokumen jual beli juga menunjukkan bahawa barang yang dibeli itu telah dipulangkan balik ke AS. 

“Sebab mengapa nama Puan Rosmah Mansor berada dalam resit House Airway kerana terdapat barang bernilai yang diposkan ke Kuala Lumpur, barang tersebut mesti dijaga rapi oleh orang tempatan Malaysia,” katanya.

Kes 'bini puaka'
Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan di Universiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. 

Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang disampaikan kepadanya. Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. 

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan.[9] Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra") membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya daripada penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

x

Tiada ulasan: