Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Di dalam politik Malaysia lebih lebih lagi sebelum dan selepas Pilihanraya ke 14. Nama besar ini muncul sebagai orang dibelakang ketajuhan Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri ke 6 Malaysia
Di sini saya ambil maklumat tentang kritikan terhadap Datin Seri Rosmah Mansur dari Wikipedia. Inilah isinya :-
Isu
dan kritikan
Rosmah
Mansor telah menerima banyak kritikan keras khususnya daripa para pemblog di
Malaysia, lebih-lebih lagi sejak beliau menyandang gelaran sebagai isteri
Perdana Menteri Malaysia. Banyak kritikan berlegar akibat reputasinya sebagai
seorang yang boros, kuat berbelanja dan dilihat mendominasi agenda politik dan
sosial Najib Razak.
Gambarnya telah ditangkap dan disebar luas dalam media
internet, lebih-lebih lagi apabila terdapat dakwaan bahawa beliau berfotografi
dengan pereka beg ganggang terkenal Hermes Birkins dan barang perhiasan
mewah, menarik kritikan pedas khususnya pihak pembangkang di Malaysia.
Pereka
barangan kemas Amerika Syarikat Jacob and Co, telah mendakwa Datin Seri Rosmah
Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta pada tahun 2011, yang mana
dokumen jual beli juga menunjukkan bahawa barang yang dibeli itu telah
dipulangkan balik ke AS.
“Sebab mengapa nama Puan Rosmah Mansor berada dalam
resit House Airway kerana terdapat barang bernilai yang diposkan ke Kuala
Lumpur, barang tersebut mesti dijaga rapi oleh orang tempatan Malaysia,”
katanya.
Kes
'bini puaka'
Pada
30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau
dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh
Altantuya" di dinding dewan di Universiti Malaya oleh dua mahasiswa yang
terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa
menconteng perkataan-perkataan tersebut.
Salah seorang penyebar berita fitnah
tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang disampaikan
kepadanya. Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli
dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang
menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga
dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh
beliau.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia
dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009,
Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan.[9]
Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11
Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan
tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra")
membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya
daripada penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
x