Kedua dua tempat itu di Indonesia iaitu Jambi dan Aceh, penulis telah melawat sebahagiannya untuk mencari hubungan di antara Patani dengan Jambi dan Aceh. Di sini saya akan muatkan sebahagian dari sebuah artikel yang ditulis oleh Wan Mohd Saghir Abdullah dengan tajuk }Peranan Ulama Patani di Perantauan".
Peta Aceh
Peta Jambi
PERANAN
ULAMA PATANI DI JAMBI
Ketika
terjadi pertikaian khilafiah di Mekah, kemenangan berada di tangan golongan
Wahhabiyah. Ia menyebabkan beberapa ulama tidak aman tinggal di Mekah. Di
antara mereka termasuklah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.
Tengku
Mahmud Zuhdi al-Fathani mengambil Jambi sebagai tempat persinggahan pertamanya.
Di
Jambi secara tidak langsung beliau mendapat tempat dan ramai orang datang
mengunjungi beliau kerana ingin menuntut ilmu. Dalam tempoh yang relatif tidak
memakan masa yang lama beliau dan kawan-kawan berhasil mendirikan tempat
pendidikan di Tahtul Yaman.
Oleh
kerana Sultan Sulaiman Selangor mengajaknya pindah ke Selangor, lalu beliau
meninggalkan Jambi, tetapi tempatnya di Jambi diganti oleh anaknya, Tengku
Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.
Pengaruh
dan peranan Tengku Muhammad al-Fathani di Jambi sangat besar, sangat ramai
muridnya. Di Jambi beliau dikenali dengan nama 'Ulama Jubah Hitam' kerana
setiap kali mengajar beliau memakai jubah hitam dan berserban dengan kemas.
Penulis
telah dua kali datang ke Jambi (1985 dan 1986) menginap di rumah anaknya
bernama Zakaria. Daripada wawancara yang diperoleh, hampir seluruh pendapat
masyarakat, bahawa setelah Tengku Muhammad al-Fathani tiada, memang tidak
ditemui lagi ulama yang setaraf dengan beliau baik dari segi keilmuan ataupun
besar pengaruhnya kepada masyarakat.
Sewaktu
berada di Jambi, penulis sempat menyalin kandungan Harian Ampera yang ada dalam
simpanan penduduk.
Harian
Ampera hari Selasa, 28 Disember 1976, halaman 6 mencatatkan, "Seorang
Tokoh Agama Islam yang terkenal di Jambi Tuan Guru Zuhdy, hari Minggu, 26
Disember tutup usia di Jakarta. Almarhum singgah di Jakarta dalam perjalanan
kembali ke Jambi dari Tanah Suci Mekah. Jenazah Tokoh Islam Jambi itu, Senin
kelmarin tiba di lapangan Pal Merah dengan pesawat terbang milik National Air
Charter.
"Ribuan
masyarakat termasuk sejumlah besar pejabat pemerintah di sini menyambutnya di
lapangan terbang. Dari Pal Merah jenazah dibawa ke Mesjid Raya Jambi untuk
disembahyangkan dan hari Senin petang kelmarin dikebumikan di seberang Kota
Jambi".
PERANAN
ULAMA PATANI DI ACEH
Hubungan
antara Patani dan Aceh sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara berjalan
sudah demikian lama. Barangkali sejak diperkenalkan agama Islam di Asia
Tenggara, hubungan kekeluargaan antara kedua-dua tempat tersebut sudah terjalin
dengan eratnya.
Dapat
dicatat di antara ulama Aceh yang datang menyebar Islam ke Patani ialah Sheikh
Muhammad Sa'id dan Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
Penulis
difahamkan bahawa ulama dan tokoh Aceh yang sangat terkenal iaitu Teungku Daud
Beureueh (1896-10 Juni 1987) termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang
berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu. Sampai di mana kebenaran cerita
ini masih dalam tahap penelitian.
Mengenai
Teungku Daud Beureueh di sini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah cukup
banyak diketahui oleh orang, juga pernah dimuatkan dalam ruangan ini.
Jika
kita kaji watak peribadi Teungku Daud Beureueh dan keseluruhan watak masyarakat
Aceh dengan watak ulama-ulama Patani dan keseluruhan watak masyarakat Patani,
sangat banyak persamaan terutama sekali sikap cenderung kepada pemerintahan
bercorak Islam dan anti kafir. Maka sangat boleh diterima bahawa orang-orang
Patani memang terjalin pertalian kekeluargaan dengan orang-orang Aceh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan