Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Jika kita kaji tentang perkamusan Bahasa Melayu, terdapat kamus Bahasa Melayu yang usia ratusan tahun. Dan saya akan kemukakan sejarah perkamusan Bahasa Melayu. kali ini dengan mengambil artikel dari Wikipedia.
Sejarah
perkamusan Melayu
Kamus
sulung bahasa Melayu ialah Kamus Melayu-China dalam tulisan Cina yang disusun
pada tahun 1403.[1] Kamus itu hanya mengandungi lebih kurang 500 perkataan yang
berkaitan dengan perdagangan. Kamus Melayu susunan orang Eropah yang pertama
kemudian disusun pada 1522 oleh Antonio Figagetta yang menemani Ferdinand Magellan mengeliling
dunia. Dipercayai Figagetta mengumpul perkataan Melayu untuk berniaga
rempah-ratus di Maluku, Sulawesi. Kamusnya mengandungi 426 perkataan yang
ditulis dalam bahasa Melayu-Itali.
Selama
tiga abad yang berikut, orang Melayu hampir tidak mempedulikan ilmu perkamusan
sama sekali. Mereka hanya menolong orang Eropah mengumpulkan bahan-bahan kamus
mereka. Masa itu, pujangga-pujangga sastera Melayu tidak pernah dibantu oleh
apa-apa jua kamus, melainkan orang tua sahaja untuk mengambil peranan kamus.
Ilmu perkamusan Melayu ialah satu daripada kesan-kesan yang ditinggalkan oleh
penjajah dalam persuratan Melayu.[1] Orang Eropah terpaksa belajar bahasa
Melayu bagi memudahkan hubungan langsung dengan penduduk. Dengan percampuran
tersebut, perbendaharaan bahasa Melayu bertambah dengan kata-kata asing dan
kian kaya, didorong oleh keperluan perdagangan.
Didorong
oleh pertentangan terhadap pengasasan Malayan Union pada 1946, orang Melayu
mula memperjuangkan bahasa, sastera, dan negara. Bagaimanapun, perkamusan
Melayu masih belum diperjuangkan oleh sesiapa pun sehingga kemunculan Zainal
Abidin Safarwan yang bermula berkecimpung dalam bidang tersebut sejak 1958 lalu
menghasilkan kamusnya yang pertama, An Advanced Malay-English Dictionary, yang
diterbitkan oleh Merican & Sons, Singapura pada 1964. Kamusnya yang kedua,
Kamus Sinonim dengan Ungkapan Lengkap diterbitkan oleh Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd pada tahun 1984.
Dewan
Bahasa dan Pustaka
Pada
1977, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta oleh Australian National
University, Canberra, Australia, untuk mengambil alih dan menyiapkan kamus
bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang sedang disusunnya ketika itu apabila
kerajaan Australia menarik balik pembiayaannya sebagai sebahagian langkah
penjimatan negara. Projek itu diserahkan kepada DBP pada 1 November 1978.
Bagaimanapun, projek ini menghadapi banyak masalah yang serupa dengan masalah
yang dihadapi di Australian National University dahulu. Bukan sahaja
mendapatkan kakitangan yang layak itu sukar, apa lagi penutur asli bahasa
Inggeris, malah untuk mengekalkan mereka setelah mereka dilatih juga sukar.
Hakikat bahawa bidang leksikografi merupakan sains dan seni yang agak baharu di
Malaysia hanya memburukkan keadaan. Untuk sekian waktu yang lama, penyusunan
kamus ini umpama "berenang menentang arus". Hanya sejak sekitar 1989
bahawa projek ini mulai melihat sinar harapan dan apa yang diumpamakan oleh
James Murray, ahli leksikografi terkenal, sebagai "bongkah petikan"
kemudian menjadi Kamus Inggeris Melayu Dewan yang diterbitkan pada 1991. Ia
mempunyai lebih kurang 40,000 kata masukan dan ditujukan kepada mereka yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama atau kedua serta juga
mengetahui asas bahasa Melayu.
Kamus
Besar Bahasa Melayu Utusan yang disusun oleh Zainal Abidin kemudian diterbitkan
oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada 1995. Kamus itu pada
hakikatnya merupakan edisi baharu Kamus Sinonim yang disusun oleh Zainal Abidin
pada 1984. Ia merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk mencecah 100,000
perkataan entri dan setakat itu, paling banyak menyenaraikan ungkapan.
Penyusunan
kamus merupakan salah satu kegiatan teras dalam usaha pembinaan dan pengembangan
bahas apa sekalipun. Lantaran itu, Dewan Bahasa dan Pustaka terus mempergiat
usaha perancangan dan pelaksanaan pelbagai projek perkamusan yang merangkumi
kamus ekabahasa, kamus pelbagai bahasa (khususnya kamus dwibahasa), dan kamus
bidang-bidang khusus. Terdapat juga banyak penerbit swasta yang kini
menerbitkan pelbagai kamus bahasa Melayu.
x
x
x