Oleh
Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
Dalam artikel ini akan
menggabungankan 2 kajian yang kedua - dua kajian ini ada
kaitan dengan Melayu. Dan kedua-dua kajian ini berada dalam satu projek kajian
tentang masyarakat Melayu Patani. Kajian ini dijalankan selama 2
tahun. Kajian pertama dengan tajuk “Melayu Patani: Etnik, Jatidiri dan
Perubahan” dijalankan selama 1 tahun di ketiga tiga
wilayah di Selatan Thailand iaitu Wilayah Pattani, Wilayah Narathiwas dan
Wilayah Yala.
Metodologi kajian bagi kajian
pertama dengan memilih 2 buah kampung Melayu di setiap
satu wilayah yang jatidirinya berlainan iaitu jatidiri Melayu masih kuat dan
satu lagi jatidiri lemah. Setiap kampong ditempatkan seorang pembantu
penyelidik. Selain pembantu penyelidik ditempatkan di setiap kampung. Pihak
penyelidik juga menjalankan “focus group” setiap kampung di universiti Prince
of Songkla University, Kampus Pattani.
Setelah kajian pertama telah tamat
dan pihak penyelidik merumuskan hasil kajian. Pihak penyelidik juga mulakan
kajian kedua dengan tajuk “Hubungan Etnik (Melayu-Siam) di Sempadan
Thailand-Malaysia”. Dan hasil dari kajian pertama tentang Melayu Patani juga
telah digunakan untuk kajian kedua.
Kajian kedua dengan tajuk “Hubungan
Etnik di Sempadan Thailand-Malaysia” Kajian ini fokus kepada hubungan
masyarakat Melayu dengan masyarakat Siam atau masyarakat Thai. Kajian ini
khusus kajian hubungan di Patani (Wilayah Narathiwas) Thailand dengan negeri
Kelantan, Malaysia.
Kajian ini memilih 2
buah kampung Melayu, satunya terletak dalam Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwas,
Thailand dan satu lagi terletak dalam Daerah Tumpat, Negeri Kelantan,
Malaysia. Kajian kedua ini juga memakan
masa selama 1 tahun dengan pihak penyelidik menempatkan
setiap satu kampung seorang pembantu penyelidik.
Kedua-dua kajian ini dijalankan
untuk mencari jalan penyelesaian masalah konflik di Selatan Thailand.
Wilayah-wilayah di Selatan Thailand khususnya wilayah-wilayah di sempadan
Malaysia-Thailand iaitu Wilayah Pattani, Wilayah Narathiwas dan Wilayah Yala.
Di wilayah-wilayah tersebut penduduk majoriti adalah penduduk keturunan Melayu.
Setelah berlaku kekacauan di
Selatan Thailand dengan berlaku konflik diantara masyarakat Melayu dengan pihak
pemerintah Thailand. Kerajaan Thailand telah memberi sokongan untuk mengkaji
masyarakat Melayu di Selatan Thailand. Kajian terhadap masyarakat Melayu yang
dikenali dengan “Melayu Patani” itu supaya kerajaan dapat menyelesaikan masalah
konflik tersebut.
Peta Masyarakat Melayu Patani di
Selatan Thailand
Kajian
pertama tajuk “Melayu Patani : Etnik
Jatidiri dan Perubahan” bertujuan kajian ialah
1.
mengkaji
jatidiri Melayu Patani. 2. mengkaji proses asimilasi atau
Siamisasi terhadap masyarakat Melayu Patani. 3. mengkaji
cara mempertahankan jatidiri Melayu Patani. 4. mengaki
kesan dari dasar asilimasi atau Siamisasi terhadap jatidiri Melayu Patani. 5. mengkaji kesan terhadap pertahanan jatidiri Melayu Patani.
Setalah
menjalankan kajian selama setahun. Pihak penyelidik telah menganalisis data,
meninjau di setiap kampung yang diselidik. Satu pertemuan ialah kampung yang
jatidiri Melayu masih kuat dan kebudayaan Melayu dihormati oleh warga Thai
Buddhist. Penentangan masyarakat Melayu kepada pihak warga Thai Buddhist tidak
begitu kuat. Sebaliknya kampung yang jatidiri Melayu lemah dan kebudayaan
Melayu tidak dihormati oleh warga Thai Buddhist. Sebahagian dari warga kampung
itu akan lebih menentang pihak warga Thai Buddhist.
Dalam
kajian terdapat beberapa aktiviti tentang kebudayaan Melayu masih dijalankan seperti
pakaian Melayu di Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Begitu juga dengan
aktiviti pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah TADIKA, sekolah-sekolah
agama.
Satu
Pertemuan ialah Bahasa Melayu Diraja yang dipakai dikalangan kerabat Diraja
Melayu Patani telah hilang. Kata-kata DiRaja seperti bersiram, santap, gering,
berangkat tiba, berkenan, beradu tiada lagi dikalangan masyarakat kerabat
Diraja Patani.
Kesimpulan
kajian pertama terhadap etnik, jatidiri dan perubahan adalah seperti berikut:
Etnik Melayu, Masyarakat Melayu Patani masih
menganggap mereka sebagai bangsa Melayu beragama Islam. Tetapi mereka mengakui
bahawa mereka berwarganegara Thailand.
Jatidiri Melayu, terdapat 3 fakta yang
menentukan Melayu Patani iaitu Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kebudayaan Melayu
dan Islam. Seperti apa pepatah Melayu menyatakan Melayu Adatnya, Melayu
Bahasanya, dan Islam agamanya. Perubahan
Jatidiri Melayu, terdapat beberapa masyarakat Melayu Patani telah menerima
kebudayaan warga Thai Buddhist seperti makanan ala Thai, cara hidup seperti
orang Thai, berbahasa harian dalam bahasa Thai dan sebagainya.
Kajian
kedua dengan tajuk “Hubungan Etnik di Sempadan Thailand-Malaysia” ini bertujuan
seperti berikut: 1. mengkaji
hubungan etnik diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani. 2. mengkaji
proses asimilasi kebudayaan diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani. 3. mengkaji penerimaan kebudayaan bersama diantara Thai Buddhist
dengan Melayu Patani. 4. mengkaji kerjasama diantara Thai
Buddhist dengan Melayu Patani didalam
bidang politik dan pentadbiran. 5. mengkaji kerjasama
diantara Thai Buddhist dengan Melayu Patani
didalam bidang pendidikan. 6. Mengkaji hubungan
etnik di sempadan Malaysia-Thailand
terhadap impak keselamatan kedua-dua Negara.
Dari hasil kajian pertama ini juga
telah dapat fakta tentang jatidiri Melayu dan beberapa maklumat untuk menuju ke
kajian kedua. Dalam kajian kedua tentang hubungan etnik di sempadan kedua-dua
Negara dengan khusus kepada negeri Kelantan dan Wilayah Narathiwas. Di Wilayah
Narathiwas, baik di kampong masyarakat Melayu dan masyarakat keturunan Siam
pihak penyelidik tiada masalah menjalankan kajian.
Sebaliknya terdapat beberapa masalah
kajian kedua, lebih lebih lagi di Daerah Tumpat, Negeri Kelantan. Kerana fakta
politik diantara Parti UMNO dan Parti PAS juga menyebabkan pihak penyelidik
agak sulit dalan menjalankan kajian.
Dengan menempatkan pembantu
penyelidik di semua kampong yang dijalankan kajian selama satu tahun. Di sini
Penulis akan lebih fokus kepada hubungan etnik diantara Melayu Patani dengan
Thai Buddhist di Wilayah Narathiwas. Hubungan etnik diantara masyarakat Melayu
Patani dengan masyarakat Thai Buddhist di Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwas
ialah :
Hubungan Etnik melalui bahasa
Pergaulan diantara kedua-dua etnik
menyebabkan kedua-dua etnik menerima kata-kata dari satu kaum kepada satu kaum
seperti penerimaan kata kata Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Thai tempatan.
Kata-kata Bahasa Melayu dalam Bahasa
Thai tempatan.
Bahasa
Melayu Baku Bahasa Melayu
Patani Bahasa Thai
tempatan
Jagong jagong khong
Jambu jamu jamu
Sawa (buah) Sawo Sawa
Petai Peta Peta Cermat Cermak Cemak
Rasa Raso Rasa, Sa
Belacan Belace Becan
Pandan Pane Kenan
Musang Muse Musang
Panggang Pange Pangang
Janji janyi canci
Timba Timo Tima Kercut Kercuk Kecut
Apam Ape Pam
Cucur Cuco Con
Tuak (air nira) Tuwok Tawak
Selut Seluk Lut
Tembakau Tebaka Bekau
kata
kata Bahasa Thai tempatan dalam Bahasa Thai tempatan.
Kata
kata Bahasa Thai yang diserap ke dalam Bahasa Melayu Patani ini telah
diubahsuai dengan dialek Melayu Patani sehingga kata-kata tersebut kurang faham
atau tidak faham oleh masyarakat Thai Buddhist
Bahasa
Thai Bahasa
Melayu Baku Bahasa Melayu Patani
Kamkan Ahli Jawatan
Kuasa Kamke
Thammada Biasa Thamada
Rong-phak Balai Polis Lo-phak
Thoratat Televisyen Thoratak
Charachorn Trafik Charachorng
Khru Guru Khru
Tahan Askar Tahang
Thanakhan Bank Thanakhang
Thesban Majlis
Perbandaran Thesbang
Phan-rong Tukang
kebun Pha-rong
Samian Setiausaha Samiang
Baeb Fesyen Baek
Phim Cetak Phing
Plad
Amphoer Penulong Pegawai Daerah Belak Aphoe
Aiyakarn Pendakwa
raya Ayok-kae
Kaset Pertanian Kasek
Thorasap Talipon Thorasak
Hubungan
Etnik melalui perkahwinan campur
Perkahwinan
diantara kedua-dua etnik akan dijalankan dengan pihak bukan beragama Islam akan
memeluk agama Islam. Terdapat beberapa kes perkahwinan campur diantara
kedua-dua etnik.
Satu
Pertemuan yang sangat menarik dalam perkahwinan yang berlaku di sesama etnik di
kampung yang dikaji ialah jika perkahwinan itu berlaku di kampung masyarakat
Melayu. Pihak masyarakat Thai yang hadir dalam jamuan perkahwinan itu tidak ada
masalah dengan makanan yang disediakan oleh masyarakat Melayu.
Sebaliknya
jika perkahwinan itu berlaku di kampong
masyarakat Thai Buddhist, pihak masyarakat Thai Buddhist akan menyediakan
makanan yang dimasakkan oleh orang Melayu dan pinggang mangkuk juga disedia dari
masyarakat Melayu.
Hubungan Etnik melalui Politik
Sistem
pentadbiran Thailand, di peringkat bawah sekali ialah Badan Pentadbiran Mukim.
Pentadbir terdiri dari Pengerusi dan Timbalan Badan Pentadbiran Mukim dan ahli
Badan Pentadbiran Mukim sebanyak 2 orang setiap kampung.
Pentadbir mukim ini melalui pemilihan raya oleh penduduk setempat. Dengan itu
ahli politik baik dari kalangan Melayu ataupun Thai Buddhist Perlu bekerjasama
untuk mendapat kuasa dalam pentadbiran badan tersebut.
Hubungan
Etnik melalui Perniagaan
Masyarakat
Melayu Patani yang berjiran dengan masyarakat Thai Buddhist seperti kampung
yang dikaji telah mempunyai hubungan yang sangat lama. Didapati kedua-dua kampung
saling bantu membantu. Mengikut kajian, kampung Melayu yang terletak ditepi
pantai dan kampung Thai Buddhist jaug sedikit dari pantai. Kampung Melayu
dizaman dulu menjalankan aktiviti penangkapan ikan. Sebaliknya kampung Thai Buddhist menjalankan aktiviti pertanian.
Kedua-dua kampung akan tukar menukar barangan masing-masing.
Pada
saat sekarang terdapat sebuah pasar di sebuah kampung Melayu yang dikaji.
Setiap hari Ahad pasar ini akan menjalankan aktiviti. Para penjual dan pembeli
terdiri dari penduduk kampung Melayu dan Kampung Thai Buddhist di sekitar itu.
Dari
kesimpulan kajian ini didapati penduduk Melayu dan penduduk Thai Buddhist tiada
masalah hubungan etnik diantara mereka. Kerana hubungan baik ini telah berjalan
semenjak dulu lagi. Tetapi kepenting politik di luar kampung-kampung yang
menular masuk ke kampung-kampung, baik dari golongan tertentu dan pihak
kerajaan menyebabkan situasi keruh berlaku di beberaa tempat. Dengan mengambil
beberapa contoh dari kajian inilah akan dapat mengeratkan lagi hubungan
diantara etnik di Wilayah Pattani, Wilayah Yala dan Wilayah Narathiwas.
Hubungan
etnik diantara masyarakat Melayu di Negeri Kelantan, baik di peringkat negeri
dan peringkat rakyat perlu menjadi contoh untuk menjalankan beberapa aktiviti
hubungan etnik di kalangan masyarakat Melayu Patani dengan masyarakat Thai
Buddhist.
Terima
kasih.