Oh ! Patani : Sebuah Puisi dari Patani Selatan Thailand
โดย นิอับดุลรากิ๊บ บินนิฮัสซัน
บทกวีชิ้นหนึ่งที่จะอ่านในงานสัมมนาวรรณกรรมภูมิภาคมลายู หรือ Pertemuan Penyair Nusantara Ke VII ที่ประเทศสิงคโปร์
Patani tetap dihatiku
Patani Darussalam
Patani Darulmaarif
Patani Darulfatonah
Lama sudah aku laungkan namamu
Dalam irama dan puisi
kau tetap dihatiku
Oh Patani
Semasa aku menangis
Semasa aku ketawa
Semasa aku menangis dan ketawa
Bersama sawah bendangmu
Bersama bukit bukaumu
Bersama laut dan sungaimu
Bersama anak-anakku tercinta
Patani
Akan kulaungkan namamu
Dari pesisir Andaman ke Laut Cina Selatan
Jika kutinggalkan kau nanti
Akan kulaungkan namamu
Dari lautan dalam sampai ke langit biru
Bila kutinggalkan kau nanti
Kau tetap dihatiku
Hamra Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan