Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nk Hassan
Wayang Kulit
Kelantan : Sejarah dan Falsafah
Abdul Razak Bin
Ismail
Persatuan
Peradaban Melayu Malaysia
Budaya bermaksud satu cara hidup atau aturan hidup yang tidak dapat dikonsepsikan sebagai satu bulatan yang statik tetapi sebagai satu spiral yang bergerak berterusan dari belakang ke hadapan. Takrifan budaya secara umum pula ialah seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu jenerasi kepada jenerasi yang lain melalui proses pembelajaran. Menurut Kamus Dewan pula Budaya bermaksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Kesenian dapat dipecahkan kepada dua
perkataan iaitu seni dan kesenian. Seni bermaksud karya (sajak, lukisan, muzik,
dll) yang diciptakan dengan bakat dan (kecekapan) hasil daripada sesuatu
ciptaan. Manakala kesenian pula bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan
seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini
identiti masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Di Kelantan budaya dan kesenian yang popular pada masyarakat melayu dahulu yang masih menjadi amalan dan kepercayaan mereka ialah Ulik Bonda, Main Teri, Bidan Ketujuh, Menora, Bageh, Joro atau Blago lembu, junjung pulut, cukur jambul. Kesenian dan adat ini dapat dipecahkan kepada beberapa aspek yang sangat penting untuk masyarakat pada hari ini mengetahui dengan lebih mendalam terutama mengenai perubatan tradisional masyarakat Kelantan pada zaman dahulu. Aspek termasuk sejarah nama atau asal-usul kesenian, pakaian atau peralatan yang digunakan semasa upacara, individu yang membuat alatan yang berkaitan, pantang larang yang dipercayai oleh masyarakat, serta gambar yang berkaitan dengan upacara yang di jalankan.
Sejarah
Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan sejenis teater
tradisional yang sangat popular dalam kalangan penduduk di Asia Tenggara. Wayang kulit dipercayai
telah wujud sebelum kedatangan bentuk hiburan lain, selain itu wayang kulit ini
merupakan sejenis bentuk hiburan yang menggunakan cahaya dan bayang.
Bayang-bayang yang diperbuat daripada patung-patung kulit yang telah diukir dan
menggunakan watak tertentu dalam menyampaikan bentuk cerita kepada penonton.
Selain di Malaysia Wayang kulit turut popular di Negara lain seperti Indonesia
dan Thailand. Terdapat di beberapa Negara yang lain seperti di Bali, Kemboja
dan China, yang membezakan antara wayang kulit adalah kerana faktor budaya dan
juga dialek.
Asal usul wayang kulit telah banyak
diperkatakan. Rata-rata masyarakat mengatakan wayang kulit berasal dari
Indonesia yang dibawa serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Namun
bukti tersebut sukar untuk dibuktikan kerana tidak terdapat bukti yang kukuh mengenai
pernyataan ini, namun berkemungkinan terdapat persamaan dari segi cerita yang
sama dari nagara yang tersebut. Contohnya watak Ramayana dan Mahabrata. Wayang
kulit juga dikatakan satu bentuk teater yang tertua di Asia dan dalam teater
tradisional Melayu tradisional Greek dan Roman yang mempunyai kaitan dengan
keagamaan.
Selain itu wayang kulit juga di persembahkan
untuk menyampaikan hajat, kesyukuran kepada makhluk alam ghaib, semangat, puaka
dan unsur alam yang lain. Masyarakat dahulu kebanyakannya mempercayai wayang
kulit yang dipersembahkan bertujuan untuk menolak bala atau menentang sebarang
penyebarang sesuatu penyakit yang di alami. Lazimnya wayang kulit ini dipersembahkan dalam
masyarakat Melayu bertujuan untuk melakukan upacara turun ke sawah bagi
memanggil semangat padi, namun telah
mendapat pelbagai andain kerana wayang kulit ini hanya untuk hiburan
semata-mata.
Menjadi amalan dan tradisi dalam masyarakat
terdahulu dalam memulakan permainan wayang kulit. Amalan pembukaan panggung
telah menjadi tradisi dan kemestian setiap kali membuat persembahan, upacara
ini mengandungi unsur-unsur kepercayaan yang berasaskan animismie kerana pada
masa itu masyarakat belum menerima ajaran agama.
Di Malaysia
wayang kulit di negeri Kelantan sangat popular. Wayang kulit Kelantan
sering mendapat pujian serta mendapat sambutan dari masyarakat luar .Kampung
Laut merupakan kampung tertua yang berada di Negeri Kelantan. Penyebaran agama
Islam di percayai muncul di Kampung ini kerana adanya bukti penemuan Masjid Kampung
Laut yang di sebarkan oleh Wali Songo. Kemunculan Wayang Kulit pada masa itu
bertujuan untuk berdakwah dan bukan sekadar hiburan semata-mata penduduk
kampung. Wayang Kulit sinonim dengan masyarakat Melayu Kelantan. Permainan
Wayang kulit merupakan sebuah persembahan teater yang dilakonkan oleh patung,
patung yang diperbuat daripada kulit binatang iaitu lembu dan kambing.
Bagi pengamalkan wayang kulit, permainan
wayang kulit sebenarnya merupakan satu unsur tasauf atau falsafah keislaman
berdasarkan corak penggunaan kelir, pohon beringin, watak yang pelbagai, batang
pisang dan peranan dalang itu sendiri. Apa yang perlu ditegaskan disini, NIAT
dalang mestilah betul agar ia tidak mendatangkan keburukan dan syirik. Walaupun
kita tahu, wayang kulit pada suatu masa dahulu pernah digunakan sebagai alat
penyebaran agama islam di Jawa. Melalui proses evolusi dan perubahan nilai
menyebabkan konsep wayang kulit itu sendiri bersifat.
Terima kasih.