Oleh Nik Abdul rakib Bin Nik Hassan
Kali
ini saya kemukakan tulisan Dr. Azhar Ibrahim Alwee, seorang Mitra Nusantara
Studies Center. Dia adalah Mitra dari Singapura, seorang pensyarah Pengajian
Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau juga Naib Pengerusi
Yayasan Warisan Melayu (MHF) dan anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura dan
Sahabat Sastera. Tulisan beliau adalah seperti berikut:-
ulisan
pendeta bukan sembarangan
Diriwayatkan
ketua dan rakyat jelataan
Barang
lama bersama kenangan
Dari warisan terolahlah harapan
Tahun
ini kita meraikan dan mengenang jasa bakti dan karya ilham beberapa penulis
dari negara kita dan serantau.
Mereka
semua sudah berpulang tetapi menjadi adat kita untuk mengenang tokoh-tokoh
hebat ini setelah mereka cukup 100 tahun.
Dalam
Bahasa Inggeris sambutan sebegini disebut 'centennial celebration'.
RAIKAN
KARYA 4 TOKOH HEBAT
Tahun
2024 ini, kita meraikan seabad riwayat dan bakti karya
empat tokoh yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan Melayu-Indonesia. Dari
Singapura ialah A Samad Ismail dan Muhammad Ariff Ahmad.
Dari Indonesia, A A Navis dan Sitor Sitomurang. Tokoh-tokoh besar ini menjadi warisan sastera dan budaya di Nusantara, pastinya.
Cikgu
Muhammad Ariff Ahmad, dengan gelaran Pendeta Ariff adalah tokoh besar yang
dibangga dan dihargai dalam masyarakat Melayu Singapura. Nama beliau terpahat
dalam sejarah sebagai antara pendiri Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS'50) yang ditubuhkan di Singapura. Pertubuhan ini menjadi
pendorong utama dalam perkembangan sastera Melayu moden, dengan cogan kata
sastera untuk masyarakat, suatu tekad sastera yang masih berkumandang dan
berkibar dalam dunia kesusasteraan Melayu, baik di Singapura mahupun
Semenanjung Malaysia.
Cikgu Ariff, sapaan akrab bagi beliau, yang bekerjaya sebagai guru sekolah, sedari usia mudanya sudah aktif dalam kegiatan sastera. Maka tidak menghairankan apabila beliau aktif pula dalam pergerakan sastera, di mana peranan beliau dalam ASAS’50 telah memberi bukan sahaja kepada kepimpinan dalam kalangan penulis tetapi sebagai teladan kepada cerdik pandai Melayu bahawa keterlibatan dalam hal-ehwal masyarakat adalah amanah, pertanggungjawaban yang tidak boleh mereka tangguhkan.
Selepas
Perpisahan dari Malaysia, beberapa cerdik pandai Melayu yang dahulu
bermastautin di Singapura, meninggalkan pulau ini. Cikgu Ariff dengan beberapa
guru Melayu yang lain, seperti Masuri SN, dan Suratman Markasan, Suradi Parjo,
Aliman Hassan mengisi ruang kepimpinan, khasnya dalam bidang kebudayaan dan
kesusasteraan. Di ASAS’50 lah Cikgu Ariff menyumbang bakti
kepada masyarakat dengan penuh dedikasi. Di saat sibuk bergerak menyusun
pembentukan ASAS'50, Ckgu Ariff sempat menulis
“Dalam bicara
diperkukuh
Gagasan
Bersatu teguh bercerai rapuh
Idea
sastera baru dipupuk, sastera alama diperwutuh
Cita-cita
karya sastera jadi pencapai kemerdekaan penuh
Slogan:
seni sastera untuk masyarakat rakyat seluruh
Tindakan:
sendiri-sendiri dalam satu persatuan yang teguh
Angkatan
Sasterawan’50 – ASAS’50.”
Itulah puisi “Bersatu Digerhayu” yang menjadi harapan Cikgu Ariff, dan rasanya inilah yang menjadi pedoman beliau dalam menggerakkan usaha sastera, bahasa dan budaya di Singapura. Pastinya suatu amanah dari beliau bahawa ASAS’50 harus terus memainkan peranan ini juga.
Di
era pembangunan Singapura sejak 1970-an, kepimpinan yang
mewakili masyarakat Melayu juga harus diisi, selain yang terdapat dalam
perwakilan politik dalam Parlimen dan pemerintahan. Di sini cerdik pandai
Melayu seperti Cikgu Ariff harus mengembangkan tugas dalam beberapa
jawatankuasa kerja agar kepentingan masyarakat Melayu diwakili. Perhatikan
sahaja senarai kerja kesukarelawanan mahupun perlantikan yang dipercayakan
kepada beliau.
SUMBANGAN BESAR ALLAHYARHAM
Atas
jasa besar beliau kepada dunia sastera tanah air, beliau telah dianugerahi
Pingat Budaya pada 1987. Nama beliau juga tersenarai
sebagai antara salah seorang perintis sastera (Literary Pioneer) di
Perpustakaan Negara Singapura. Di NIE-NTU pula, tersergam sudut koleksi khas
mengenang jasa Cikgu Ariff. Malah ada biasiswa Pengajian Melayu, yang dinamakan
sempena nama beliau.
Perpustakaan Negara juga telah menerbitkan bibliografi khas yang mengumpulkan senarai karya beliau sejak tahun 1947 sehinggalah ke hari senja beliau. Dengan usaha gigih Encik Mohd Raman Daud, tersusun memoir Cikgu Arif, berjudul Perjalanan MAS: Memoir Muhammad Ariff Ahmad diterbitkan oleh ASAS’50 pada 2003. Temu ramah dengan beliau yang dihasilkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura, juga suatu rujukan yang berharga.
Selain
Masuri dan Suratman, Cikgu Ariff juga dipandang sebagai guru mapan Bahasa
Melayu yang banyak dirujuk tentang persoalan budaya, bahasa dan kemasyarakatan.
Beliau amat disegani malah oleh kepimpinan politik Melayu kerana beliau bukan
sahaja banyak berjasa, tetapi juga disanjungi oleh kelompok pendidik Melayu di
merata Singapura.
Beliau
juga aktif menulis dalam ruangan akhbar, dan tidak terlepas menghadiri banyak
majlis kebudayaan Melayu demi memberi galakan dan sokongan. Beliau juga
menggalas tugas sebagai ahli penasihat atau ahli lembaga dalam pelbagai
pertubuhan seperti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), SBC dan MENDAKI.
Sebegitulah kepakaran beliau sering dirujuk, maka sudah wajar beliau dikalungkan gelaran Pendeta Muhammad Ariff Ahmad, sepertimana gelaran yang pernah disandangkan pada Za’ba dan Ismail Hussien di Malaysia. Namun gelaran bukanlah yang dicari oleh tokoh seperti Cikgu Ariff kerana memimpin masyarakat dengan bakti tenaga, masa dan fikiran itulah kebesaran amanah yang harus dipikul.
Pengetahuan
beliau tentang adat resam, pepatah dan petitih, pantun, kepercayaan dan seni
budaya juga sangat luas, seolah-olah seperti ensiklopedia bergerak. Tentulah
beliau menjadi aset bagi masyarakat dan negara, kerana bukan sahaja menjadi
“guardian” kebudayaan, tetapi juga terkedepan untuk menyeru kepada kemajuan dan
pembangunan masyarakat Melayu. Beliau sesungguhnya tidak canggung berdepan
dengan konteks masyarakat dan negara yang sedang membangun, di mana proses
modenisasi yang cepat bergerak memerlukan masyarakat yang beretos kreatif dan
pembina struktur.
Novel
Syarifah (1998) membingkis cerita perakuan derajat yang dipertahankan,
namun ia adalah sesuatu yang sebenarnya tidak sejalan dengan nilai kesaksamaan
dan maruah manusia. Pastinya ia lahir dari pemerhatian tajam tentang hal yang
berlaku dalam masyarakat. Juga dari beberapa puisi karangan beliau, akan
terjelma pemikiran dan nilai yang beliau yakini. Sedang novel-novel remaja yang
beliau tulis Sarah Pengarang Kechil (1957) membawa mesej
betapa pentingnya pendidikan untuk golongan anak muda.
Dari
gaya pemikiran, Cikgu Ariff bukanlah yang jenis berlantang suara, jauh lagi
berposisi radikal, dan bergempita dengan kritikannya. Sebaliknya beliau, dengan
kerjaya sebagai guru, mengambil sikap yang tidak bersifat kontroversial,
berpandukan pertimbangan politik yang berhaluan sederhana dan pragmatik.
Pastinya ini bukanlah suatu kelemahan atau kekurangan. Setiap gaya kepimpinan
pasti memiliki kecenderungan masing-masing.
Beliau
selalunya tenang malah suka berseloroh orangnya. Beliau bukan 'ideologue' yang
mahu mempersoalkan idea dan pemikiran yang sudah melembaga. Maka jarang kita
mendengar lantunan kritis dari beliau, walaupun kadangkala akan kita kesani
dari pelbagai karya beliau, khasnya puisi, yang terdapat sudut mengajar kita
berfikiran mendalam tentang keadaan kita hari ini.
Perhatian puisi bertajuk “Jangan Tak Ada” yang nadanya sinis sambil mengingatkan bahawa masyarakat Melayu yang celik harus mengambil peluang, wajar hadir dalam sejarah, jangan sampai tertinggal dalam peredaran masa:
“Hidup dalam
masyarakat majmuk, kita
Hak
punya tiap kelompok sama rata
Tapi
Sama
pada hak, pada bagiannya tidak
Jika
kelompok lain bisa punya 100 benda
Punyaku
satu cuma, sudah pada –
“jangan tak
ada,” kata orang.
Itu
kan “adil”, namanya!
Toleran,
toleran!”
“Jangan tak ada”
itu samalah dengan bahasa basahan yang sering kita pakai. Di saat ada peluang,
kita harus rebut. Di saat pengagihan sumber dan peluang tidak seimbang, kita
tetap harus mengambil apa yang kita berhak, agar kita tidak terlepas peluang.
Cukup atau tidak, yang penting mesti bergerak mendapat apa yang sedia ada,
daripada langsung tertinggal tidak punya apa-apa. Malah puisi ini juga boleh
dibaca sebagai teguran agar apa yang diagihkan dalam masyarakat jangan hanya
sekadar agihan simbolik yang boleh disebut sebagai “token.” Pesanan seperti ini
sungguh tajam, dan inilah puisi beliau yang antaranya bertaring.
Satu
lagi puisi menarik berjudul “Pura-Pura” yang ditulis pada tahun 1964,
terlantun pertanyaan beliau, seraya merenungnya sendiri:
“Kutanya pula
pada pendeta
Apakah
namanya orang yang pura-pura!
Pengambil
muka
Penjual
bangsa
Manusia
tidak bijaksana
Tahulah
aku sekarang
Si
pura-pura itu orang curang
Pemimpin
tiada jujur
Yang
bikin pengikutnya hancur
….”
Berjela
panjang sekiranya kita mahu membutirkan jasa bakti dan merakam peranan dan sumbangannya.
Tahun ini di Singapura terdapat dua acara bagi mengenang 100 Tahun
hayat bakti Cikgu Ariff. Pada 18 Oktober 2024,
buku kenang-kenangan dalam bentuk e-buku “Demi Bahasa” telah dilancarkan di
Perpustakaan Negara Singapura.
Pada
Sabtu 23 Nov ini pula, akan diadakan Syarahan Perdana
Memperingati MAS. Syarahan ini akan disampaikan oleh Prof Awang Sariyan, dengan
judul: “Muhammad Ariff Ahmad Permata Cendekia di Tanah Pura.” Ia dianjurkan
oleh NIE-NTU. Ia juga akan diadakan di lokasi yang sama.
Semoga
hari peringatan sebegini menjadi perangsang dan teladan, membakar obor berbudi
pada anak negeri, menyemat kasih pada sastera, menjadi fasih pada bahasa,
sebagaimana Cikgu Ariff telah memberi tunjuk ajar dan menitipkan contoh-contoh
bernas kepada kita. Kepada Cikgu Ariff, kita tabik dengan doa, semoga
keberkatan ilmu beliau berpanjangan dalam masyarakat kita.
Khasnya
kepada sasterawan, kelompok yang paling dipeduli oleh Cikgu Ariff, beliau
menitip pesan:
“Sasterawan
tidak dapat memerintah masyarakat, tetapi dapat menuliskan keadaan masyarakat
untuk masyarakat mengambil tindakan.”
Itulah Ariff nan Pendeta, yang berdiri untuk bahasa, sastera dan kemajuan bangsanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan