Ekonomi/Bisnis

Khamis, 25 Mei 2023

Penduduk Keturunan Melayu di Selatan Thailand.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan


Thailand juga seperti lain-lain negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik termasuk etnik Melayu. Dan kali ini akan bicara tentang etnik Melayu di Thailand khususnya etnk Melayu di provinsi-provinsi yang dominan etnik Melayu. Provinsi-provinsi tersebut ialah Provinsi Pattani, Provinsi Yala, Provinsi Narathiwas, Provinsi Setul dan 4 daerah di Provinsi singgora atau Songkhla.


Michel Gilquin mengatakan pihak Universiti Michigan telah menjalankan satu kajian pada tahun 1998 menyatakan lebih dari 80 % penduduk muslim di Thailand berbahasa Melayu. Dan dalam kajian tersebut juga mengatakan penduduk muslim (Melayu) yang padat sekali di Selatan Thailand iaitu di Provinsi Pattani, Provinsi Yala, Provinsi Narathiwas, Provinsi Setul dan 4 daerah di Provinsi singgora atau Songkhla. Bagi sekitar 35-50 % penduduk Muslim mendiami di provinsi Trang, Provinsi Phuket, Provinsi Krabi, Provinsi Pang-nga, Provinsi Pattalung

Mengikut Pejabat Statistik Thailand pada tahun 2010

Penduduk umum berbanding degan pendudk Melayu/Muslim


Provinsi-provinsi di Bangkok dan kawasan sekitarnya

Ayutthaya 870,700 jiwa       Melayu/Muslim 4.3 % = 37,440 jiwa


Nonthaburi  1,334,100 jiwa  Melayu/Muslim 3.1 % = 41,357 jiwa


Patumthani 1,327,100 jiwa   Melayu/Muslim 2.7 % = 35,831 jiwa


Bangkok  8,305,200 jiwa คน  Melayu/Muslim 4.6 % = 382,039 jiwa


Provinsi-provinsi di Selatan

Legor  1,450,500 jiwa           Melayu/Muslim 6.6 % = 95,733 jiwa


Krabi  362,200 jiwa               Melayu/Muslim 34.6 % = 125,321 jiwa


Trang  598,900 jiwa              Melayu/Muslim 14.3 % = 85,642 jiwa


Pattalung  481,000 jiwa       Melayu/Muslim 11.7 % = 56,277 jiwa


Phuket  525,700 jiwa          Melayu/Muslim 16.0 % = 84,112 jiwa


Pang-nga  258,500 jiwa       Melayu/Muslim 22.1 % = 57,128 jiwa


Ranong  249,000 jiwa         Melayu/Muslim 12.0 % = 29,880 jiwa


Surattani  1,009,400 jiwa    Melayu/Muslim 2.2 % = 22,206 jiwa


Chumporn 467,800 jiwa     Melayu/Muslim 0.8 % = 3,742 jiwa

Provinsi-provinsi di Kawasan dominan Melayu

Pattani  609,000 jiwa           Melayu/Muslim 84.4 % = 513,996 jiwa


Yala  433,200 jiwa               Melayu/Muslim 76.6 % = 331,831 jiwa


Narathiwas  670,000 jiwa      Melayu/Muslim 85.9 % = 575,530 jiwa


Songkhla  1,481,000 jiwa      Melayu/Muslim 25.3 % = 374,693 jiwa


Setul  274,900 jiwa              Melayu/Muslim 67.1 % = 184,457 jiwa


Penduduk   Melayu   di   provinsi-provinsi dominan MelayuSelatan   Thailand    terdiri    dari   beberapa   kelompok    seperti   berikut:

1.  Penduduk   Melayu   tempatan

Penduduk   kelompok  ini   ialah   penduduk  keturunan Melayu yang   telah mendiami Selatan Thailand dari turun-temurun. Kebanyakan  penduduk kelompok ini mendiami Wilayah Pattani, Yala, Narathiwas dan  sebahagian dari wilayah Songkhla. Terdapat  juga penduduk kelompok   ini tersebar ke kawasan-kawasan lain di Selatan Thailand tetapi kebanyakannya telah diasimilasi menjadi Thai Muslim dan berbahasa Thai. Penduduk Melayu di Bangkok dan provinsi-provinsi sekitar Bangkok kebanyakan dari keturunan tawanan perang era perang Siam-patani. Dan terdapat juga dari keturunan Melayu Kelantan, Melayu Kedah dan Melayu Terengganu. Selain itu di Kawasan tersebut dari penduduk keturunan Melayu Cham yang berhijrah dari Kampuchea ke Thailand. Dan keturunan Muslim dari Parsi, Arab, India dll.


 2. Penduduk dari Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia)

Penduduk kelompok ini adalah kelompok kedua terbesar dari   semua kelompok penduduk Melayu di Selatan Thailand. Mereka  bukan sahaja mendiami provinsi Setul yang asalnya menjadi salah satu dari tanah negeri Kedah (berpunca dari penyerahan Setul kepada pemerintahan Siam). Dan beberapa kawasan di provinsi Legor atau Nakorn Sri Thammarat dari keturunan tawanan perang, tetapi keturunan melayu asal Kedah ini juga mendiami Daerah  Sadao Provinsi Singgora atau Songkhla  yang Kawasan itu adalah bekas tanah negeri Kedah. Mereka dari keturunan Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) juga beberapa  Kawasan dalam Provinsi Narathiwas yang pernah menjadi bekas tanah jajahan negeri   Kelantan yang disebut sebagai  "a small corner in the northeast of  Kelantan". Selain itu terdapat juga penghijrahan penduduk   semenanjung khususnya Kelantan ke Selatan Thailand seperti   pembukaan Kampung Tujuh di pinggir bandar Narathiwas oleh  penduduk kampung Tujuh, Tumpat, Kelantan dan pembukaan  Kampung Jabi  di pinggir bandar Narathiwas oleh penduduk  kampung Jabi, Terengganu. 

Seorang ahli politik Patani, Syed Nasir Al-Jufri datuknya berasal dari Jambi Indonesia

3. Penduduk  dari   Indonesia

Penduduk keturunan Jawa, Minangkabau dan  keturunan  lain-lain   telah lama mendiami di Selatan Thailand khususnya  Patani.   Dalam  Hikayat Patani ada menyebut tentang kedatangan  penduduk keturunan  Jawa. Kerana penduduk keturunan Jawa, Minangkabau dan keturunan lain dari kepulauan Indonesia telah   lama  mendiami  di Selatan Thailand menyebabkan mereka  mengubahsuaikan diri dan berkahwin dengan penduduk tempatan   sehingga keturunannya menjadi sebahagian dari penduduk   tempatan.


    Seorang calon ahli parlimen, Amir Sarikhan keturunan kacukan Melayu-Pakistan


4. Penduduk  kacukan,

iaitu  penduduk  Melayu  tempatan  berkahwin  dengan  penduduk  pendatang  dari  Pakistan atau India. Walaupun  mereka  mempunyai darah Melayu tetapi sebahagian darinya masih kuat  dengan semanagat kePakistanan atau keIndiaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan