Ekonomi/Bisnis

Selasa, 23 Mei 2023

Pegawai Pejabat Pendidikan Luar Sekolah dan Sistem Luar Persekolahan bachok, Narathiwas melawat Rumah Nusantara

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pada Mei 2023 pihak para pegawai Pejabat Pendidikan Luar Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas telah dating melawat Rumah Nusantara. Tujuan lawatan kali ini ialah untuk melihat situasi “keluarga membaca”. Sebenarnya Rumah Nusantara ini berbentuk “Mini Perpustakaan” Kerana di Rumah Nusantara ini termuat sekitar 7,000 buah buku. Buku buku itu dipindah dari Prince of Songkla University, Kampus Pattani. Semasa akan pencen pihak fakulti di Prince of Songkla University, Kampus Pattani menawar supaya buku buku itu ditempatkan di fakulti dengan fakulti akan menyediakan satu bilik untuk buku buku itu. Tetapi oleh kerana buku buku itu adalah beli dari hasil duit peribadi. Lebih lebih lagi kebelakangan ini duit yang fakulti pernah membantu pensyarah beli bahan bahan kuliah sudah tiada lagi. Dengan itu penulis fikir lebih baik bawa buku buku pulang ke daerah penulis. Buku buku itu tersimpan di daerah saya dan mungkin boleh menjadi tempat rujukan kepada para pembaca yang layak.

Buku buku ini walaupun belum disusun secara sistematik mengikut system perpustakaan. Tetapi buku buku telah telah dibahagi kepada beberapa bahagian. Seperti buku buku Sastera, baik sastera dan puisi dari Indonesia, Brunei dan Malaysia. Sebahagiannya buku buku ini diserah oleh penulis buku itu sendiri. Kemudian buku buku motivasi baik dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Thai. Seterusnya kamus kamus bahasa Nusantara. Kamus kamus ini selain bahasa Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina juga terdapat Bahasa Bahasa daerah di Nusantara. Bukan itu saja tersapat kamus kamus bahasa Vienam, portugis, Jerman, Rusia, dll.

Satu sudut khas untuk buku buku karangan tokoh budayawan Melayu Riau. Iaitu Pak Tenas Affendy atau nama sebenarnya Tengku Nasyaruddin Effendy. Buku buku Pak Tenas Affendy untuk menjadi tempat rujukan hal pakaian, budaya, pemikiran Melayu.


Buku buku sebahagian besarnya adalah buku buku yang berkaitan dengan Melayu dan Rumpun Melayu. Setiap kali penulis ke Indonesia akan pergi ke Toko Buku untuk mencari buku buku yang terkait dengan tempat yang pergi. Jika susah untuk mencari Toko Buku, penulis akan ke Perpustakaan setempat untuk fotostat buku buku seperti semasa ke Pulau Lombok.

Dalam lawatan pihak Pejabat Pendidikan Luar Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas kali ini. Penulis minta pustakawan dibawah pejabat tersebut lebih buka minda lihat bagaimana perkembangan perpustakaan di negeri-negeri jiran.


Di Indonesia kita oleh lihat bagaimana fungsi bahgian arkib di daerah dengan arkib disimpan dibawah perpustakaan. Dan menamakan bahagian itu dengan Perpustakaan dan Arkib setempat.

Bahkan bahan bahan arkib baik secara original, Salinan, foto di Thailand tiada bahagian Arkib di perpustakaan masing masing.

                         Perpustakaan Nasional Republik Indonesia 

Perpustakaan Provinsi Riau Soeman HS

Begitu juga jika kita lihat dari segi “Living Library” secara peribadi nampaknya Perpustakaan Nasional Republik Indonesia lebih ke depan dari perpustakaan Nasional Thailand. Bangunan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia setinggi 24 tingkat itu selain ada beberapa ruang seperti ruang baca, ruang pameran dll. Juga ada ruan kantin di tingkat ke 4 dan ruang naskah naskah kuno di tingkat 9. Dan di tingkat ke 9 ini agak menarik kerana pihak Perpustakaan Nasional Republik Indonesia telah mencetak buku buku kajian naskah kuno kerjasama diantara Perpustakaan Nasional Republik Indonesia dengan pihak lain seperti Masyarakat Pernaskahan Nusantara (Manassa) atau The Indonesia Association For Nusantara Manuscripts. Dari cetakan buku buku hasilan kajian ini pihak Perpustakaan Nasional Republik Indonesia meletakkan buku buku itu di tingkat tersebut. Dan pengunjung-pengunjung  boleh ambil buku buku itu secara percuma.


Di perpustakaan di Thailand tiada bahagian arkib. Dengan itu jika seseorang pelanggan ingin mendapat maklumat atau bahan arkib agaknya sulit untuk mendapat bahan bahan tersebut di perpustakaan setempat. Kita wajib melihat bagaimana bahagian Arkib di sesebuah perpustakaan di Indonesia menjalankan fungsinya. Supaya kita dapat mengambil kelebihan darinya untuk serap masuk ke dalam fungsi perpustaaan di Thailand.

Ini bahagian arkib di perpustakaan di Indonesia.



Disini penulis akan ketengahkan beberapa perkara tentang “Living Library” suyapa pihak Pejabat Pendidikan Luar Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas boleh mengubah perpustakaannya kepada perpustakaan berbentuk “living Library”


Kittirat Na Ranong, bekas pengarah dan pengurus Bursa Saham Thailand memberi idea bahawa untuk menghidupkan perpustakaan, perpustakaan harus mempunyai 5 ciri seperti berikut:


1) Mampu menampung semua keperluan pembelajaran dengan bergaya untuk semua peringkat umur

2) Hias dengan gaya moden Fokus pada ketelusan, keterbukaan, keselesaan


3) Lengkap dengan peralatan pencarian maklumat, internet tanpa wayar

4) Terdapat sudut rekreasi, skrin tayangan, sudut perbincangan, mengikuti berita, sudut filem, mendengar muzik dan permainan otak.

5) Terdapat sudut kopi dan kedai buku untuk menikmati buku kegemaran anda.


Penulis sangat kagum dengan perpustakaan peribadi B.J. Habibie, Mantan presiden Indonesia. Begitu juga cita cita penulis untuk membangunkan sebuah perpustakaan peribadi fokus kepada ilmu KeMelayuan dan ilmu ASEAN. Jika tercapai satu hari akan menjadi tempat rujukan peminat peminat I sekitar daerah ini. 

           Semasa bersama Mantan presiden Indonesia B.J. Habibie

Perpustakaan B.J. Habibie dan Ainun

Sombat Suwanphithak, bekas Pengarah Pejabat Pentadbiran Pendidikan Tidak Formal, telah memberikan 6 idea tentang perpustakaan hidup seperti berikut: 


1) Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti disediakan.

2) Terdapat perkhidmatan maklumat yang moden dan pantas dengan teknologi ICT.

3) Suasana dan persekitaran hendaklah disusun kondusif untuk kajian dan penyelidikan. dan menyumbang kepada aktiviti komuniti, masyarakat

4) Pengurusan kualiti dan kecekapan

5) Bekerja dengan hati

6) Bekerjasama dan menyelaras dengan rangkaian

Perpustakaan Awam Daerah Bachok, Narathiwas.

Bagi perpustakaan dibawah Pejabat Pendidikan Luar Sistem Persekolahan (Non-Formal Education) Daerah Bachok, Narathiwas juga boleh mengadakan beberapa program supaya dapat menarik pembaca pembaca ke perputakaan tersebut seperti :


Program diskusi ilmu

Program Rakan perpustakaan

Program Mingguan dalam bidang social, budaya, sejarah, kepakaran. Dll.

Program Perpustakaan Bersama masyarakat dan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan