Ekonomi/Bisnis

Rabu, 29 Mac 2023

Nusantara Society di Russia sebuah persatuan kecil tetapi sangat berjasa di Russia.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini saya sekali lagi kemukakan hal Russia. Tetapi kali ini akan fokus kepada sebuah persatuan ahli akademi Russia yang menjalankan beberapa aktiviti berkaitan dengan Alam Melayu atau Alam Nusantara.

Kita sangat terbatas berkenaan dengan badan-badan akademi Russia yang berperanan penting dalam kajian tentang Melayu-Indonesia. Disini marilah kita mengenal sebuah persatuan akademi di Russia yang bernama usantara Society.

Nusantara Society

Persatuan ini memberi huraian berkenaan dengan badannya ialah pertubuhan akademi di Russia yang bukan untung untuk felo penyelidik, profesor, pensyarah, pelajar dan lepasan ijazah institusi akademik, universiti dan sekolah tinggi di Kota Moscow dan Kota St. Petersburg, persatuan ini mengkaji wilayah Nusantara yang luas. Iaitu yang dihuni oleh orang yang bertutur dalam bahasa Austronesia. Nusantara termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Timor Leste, Madagaskar, Oceania, serta negara-negara di mana penutur minoriti Austronesia, seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Kampuchea  dan Taiwan (Republik China)

 

Sejarah Ringkas

Nusantara Society ini diasaskan pada 10 Januari 1990, atas dasar kajian tentang Bahasa dan sastra Bahasa  Melayu-Indonesia. Kemudian, pada Jun 1998, the Nusantara Research Center telah ditubuhkan di the Institute of Asian and African Countries di Moscow State University. Pengasas dan Presiden the Nusantara Research Center dari tarikh penubuhan sehingga sehingga 2004 ialah Dr. B. B. Parnickel.

 

Pada tahun 2000 Nusantara Society telah didaftarkan semula, Pengasasnya ialah: N. F. Aliyeva, L. N. Demidyuk, T. V. Dorofeeva, B. B. Parnikel, V. A. Pogadaev, V. V. Sikorsky.

 

Matlamat Utama

Matlamat utama Nusantara Society adalah seperti berikut :

1.Untuk menjalin hubungan dengan institusi saintifik dan universiti di Alam Nusantara, Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan lain lain tempat.

 

2. Mempromosikan kursus pengajian dan pengajaran tentang Alam Nusantara serta pengajaran bahasa Melayu dan Indonesia, dan bahasa Austronesia yang lain.

 

3. Untuk menjalankan pertukaran buku, majalah dan bahan lain antara negara di Alam Nusantara dengan Rusia, untuk menganjurkan semua jenis pameran, persembahan, tayangan video dan filem.

 

4. Mengusahakan projek penyelidikan bersama dan mengatur persidangan dan seminar.

5. Untuk menggalakkan kerja penyelidikan pasca siswazah dan pelajar dan untuk memudahkan percubaan pakar Rusia, siswazah dan pelajar di luar negara.

Kerjasama dengan institusi lain.

Nusantara Society kerjasama rapat dengan beberapa badan baik di dalam Russia dan luar negara. Badan-badan tersebut adalah seperti berikut:

 

the Gorky Institute of World Literature dibawah the Russian Academy of Sciences,

the Margarita Rudomino All-Russia State Library for Foreign Literature

the Russian State Library,

the Faculty of Oriental Studies at Saint Petersburg State University,

Leiden University

the Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies (KITLV)

University of Malaya,

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengadakan MOU pada tahun  1995.

Dan beberapa badan luar negeri lagi.

Pada tahun 2017, Nusantara Society mengadakan acara genap 50 tahun bahan baca Bahasa Melayu-Indonesian dibawah naunangan Ahli akademi bernama A. A. Guber, seorang saintis dan orientalis Soviet yang cemerlang, Ahli Akademik dan guru pertamanya dalam pengajian Oriental. Kerja beliau meneroka masalah paling penting dalam sejarah baru dan terkini, ekonomi dan dasar Timur, persoalan umum gerakan pembebasan negara, pelbagai aspek hubungan antarabangsa dan dasar penjajahan. A. A. Guber menjadi basis kepada Nusantara Society.

Pada 4  April 2018, Nusantara Society menerbitkan keluaran ke 20 tentang Pengajian Melayu-Indonesia. Dan meluncur pada acara jubli Nusantara Society.

 

Nusantara Society juga terlibat dalam bidang penerbitan.Penerbitannya termasuk Siri Pengajian Melayu-Indonesia (sebahagiannya berdasarkan kertas seminar) dan pelbagai kajian tentang budaya Alam Nusantara (dengan kerjasama Universiti Saint Petersburg). Sehingga 2019 terdapat 21 terbitan Pengajian Melayu-Indonesia.

 Ahli Lembaga (2021)

Presiden: Professor Dr. Vilen V. Sikorsky (Kementerian Luar Negeri Federasi Russia).

Timbalan presiden: Professor Madya Dr. Victor A. Pogadaev (Akademi Diplomat, Kementerian Luar Negeri Federasi Russia)

Timbalan presiden: ProfessorMadya Dr. Eugenia S. Kukushkina (Institute Negara Asia dan Afrika)

Setiaushasa koordinator Dr. Ekaterina A. Baklanova (Institute Negara Asia dan Afrika)

 

Ahli

Felo penyelidikan Dr. Anton O. Zakharov (Institut kajian Oriental, Akademi Sains Russia)

Professor Madya  Dr. Marc Yu. Ulianov (Institute Negara Asia dan Afrika)

Penyelidik kanan Dr. Maria Yu. Stanyukovich (Muzium Antropologi dand Etnografi)

 

Ahli kehormat

Datuk Dr. Kemala (semenjak 22 November 2017

Dr. Siti Zainon Ismail (semenjak 1 Januari 2020

 

Aktiviti Nusantara Society di Alam Nusantara kebanyakanya seperti yang saya lihat ialah Profesor Madya Dr. Victor A. Pogadaev. Kerana dia pernah mengajar Bahasa Russia di Universiti Malaya dan melibatkan diri dengan kawan kawan di persatuan-persatuan penulis baik di Malaysia dan Indonesia. Degan itu dia tiak asing lag bagi sastraan, budayaan di Malaysia dan Indonesia. Dia juga menyusun kamus besar Bahasa Indonesia–Bahasa Russia.

Nusantara Society juga mengadakan webinar dengan kawan kawan di luar Russia seperti Eropah an Alam Nusantara.


   Acara International Minangkabu Festival di Sumatra Barat, Indonesia.

Kita di Alam Melayu atau Alam Nusantara boleh mengambil Nusantara Society menjadi contoh yang menjalankan penyelidikan sastra budaya Melayu-Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan