Ekonomi/Bisnis

Selasa, 28 Mac 2023

Hubungan Nusantara Studies Center (Patan Thailand Selatan) dengan Indonesia

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pada peringkat awal Nusantara Studies Center ditubuhkan berpunca dari tindakan Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains, Prince of Songkla Kampus Pattani. Di Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains tersebut terdapat 2 jurusan yang berkaitan dengan Melayu. Iaitu Jurusan Bahasa Melayu yang lebih fokus kepada Bahasa Melayu Malaysia.

 

Dan satu lagi ialah Jurusan pengajian Melayu. Jurusan pengajian Melayu ini kami lebih meluaskan skop pengajian kepada pengajian Alam Melayu atau Alam Nusantara. Pengajian ini yang merangkumi selain Rumpun Melayu di Asia Tenggara, kami juga mengaitkan masyarakat Melayu di Sri Lanka, Melayu Afrika Selatan, Melayu Australia, Melayu Pulau kokos dan Pulau krismas, Melayu Arab Saudi dan suku suku dari rumpun Malayo-Polynesia di Madagaskar.

Masnor Muslich

Tindakan Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sosial Sains, Prince of Songkla Kampus Pattani ialah memansuhkan Jurusan Pengajian Melayu kemudian mereka mencari jalan alternatif dengan menggabungkan kedua dua jurusan itu menjadi satu jurusan iaitu jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu. Dan dari situlah lahirnya Nusantara Studies Center. Pada peringkat awal akan menamakan badan ini dengan nama Malay Studies Center untuk meneruskan perjuangan Jurusan pengajian Melayu yang telah digabungkan dengan Jurusan Bahasa Melayu. Tetapi perkataan Melayu tidak disenang oleh pensyarah lawatan dari Universti Malang Jawa Timur Indonesia, Almarhum Pak Masnor Muslich. Dengan itu nama ditukar dari Malay Studies Center kepada Nusantara Studies Center.

                 Masnur Muslich Bersama pelajar Pengajian Melayu

Aktiviti Nusantara Studies Center selain memainkan peranan di dalam kampus juga memainkan peranan di luar kampus. Aktiviti di luar kampus lebih kepada aktiviti di negara-negara Rumpun Melayu.

 

Disini akan huraikan aktiviti di Indonesia. Aktiviti di Indonesia terbahagi kepada 2 aktiviti iaitu 1. Aktiviti sastra dan budaya dengan menyertai seminar, membentang kertas kerja di seminar dan persembahan dari pelajar Jurusan Pengajian Melayu. 2. Aktiviti akademi dengan menyertai seminar, membentang kertas kerja akademi di seminar. Kedua dua aktiviti ini salah satu tujuannya ialah untuk menjaringkan kenalan kenalan di Indonesia.

Disini saya memberi beberapa contohnya seminar yang Nusantara Studies Center ikut serta adalah seperti berikut :


Panitia Selogika Unhas Sudah Terima 40 Naskah

 

“Pemateri yang mengisi kegiatan tersebut adalah Dekan Fakultas Ilmu Budaya Unhas, Prof Drs Burhanuddin Arafah MHum PhD, Northern Illinois University AS, Prof Dr James T Collins, Ketua Gapena Malaysia, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Universitas Khairun Ternate Maluku Utara, Prof Dr Gofran Ali Ibrahim.”

 

“Serta Prince of Songkla University Thailand, Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan MA, Ketua Program Studi S3 Antropologi PPs Unhas, Prof Dr Pawennari Hijjang MA, Ketua Prodi Magister Linguistik Sekolah Pascasarjana Unhas, Dr Hj Nurhayati MHum, Wakil Direktur Pusat Bahasa Mandarin Unhas, Mr Fang Qiang MHum dan beberapa dosen Unhas, Unmul dan Samarinda.”

Bagi acara “Banda Fiesta 2018”. Yang dianjurkan oleh Perhimpunan Sastra Budaya Negeri Serumpun pada 23-28 Oktobe 2018 tersiar di kompasiana.com pada 30 Oktober 2018 ditulis oleh Agung Pranyoto adalah seperti berikut :

 

“Komunitas SABANA (Sastra Banda Neira) Berkecimpung dalam Pelatihan Apresiasi Sastra Negara Serumpun”

 

“Yang hadir dalam acara tersebut diantaranya adalah Malim Ghozali dan Hisyam (Malaysia), Nik Rakib (Thailand), Yatiman Yusof dan Rohani Din (Singapura), Prof. Dr. Ampuan Berahim Tengah, Muhammad (Brunei Darussalam). Yang mewakili Indonesia adalah Dr. Husnu Abadi, Fakhrunnas MA Jabbar, Yeyen Kiram, Uki Bayu Sejati, Wahjudi Djaja, Herman Syahara, Moh. Rois, Sari Narulita, Shinta Miranda, dan lain-lain.”  

 

“Kehadiran para sastrawan dari lima negara ini memberikan dampak positif bagi seluruh masyarakat Banda Neira, Acara dibuka oleh Kepala Pendidikan dan Kebudayaan Provinsi Maluku, Prof. Dr. Aksan Tuasikal yang mewakili Bupati Maluku Tengah. Acaranya berlangsung selama lima hari, adapun salah satu kegiatannya adalah workhsop penulisan sastra, workhsop teater, seminar dan diskusi internasional (trend dunia sastra & sastra dunia), susur sejarah Banda, penampilan mini pentas. Acara tersebut diikuti oleh Komunitas SABANA, guru, mahasiswa dan pegiat sastra.”

Di Banda Neira, saya sempat bersilaturrahim dengann pihak pensyarah di Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Hatta-Syahrir. Dan kami masih bersilaturahim sehingga sekarang. Alhamdulillah terdapat berita “Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Hatta-Syahrir” telah bergabung dengan Sekolah tinggi Perikanan Hatta-Syahrir” menjadi “Universiti Banda Neira” .

 

Diatas adalah sedikit contoh acara yang Nusantara Studies Center melibatkan diri. Oleh kerana Nusantara Studies Center adalah sebuah badan kecil yang lebih kepada badan kombinasi diantara akademi dengan Action oriented, dengan itu Nusantara Studies Center mengadakan aktiviti menerus dari acara acara tersebut.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan