Ekonomi/Bisnis

Rabu, 19 Februari 2014

Kijang Emas : Simbol Negeri Kelantan Darulnaim, Malaysia.


Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan
        Setiap kali saya melawat negeri Kelantan iaitu negeri yang bersempadan dengan Provinsi Narathiwas, Selatan Thailand. Terbacalah symbol negeri tersebut iaitu Kijang Emas. Di sini saya muatkan sebuah artikel tentang symbol negeri gersebut. Artikel itu ditulis oleh Adi Putri dan disiar di laman web https://soscili.my Inilah isi kandungan artikel itu :- 
Kijang Emas digunakan untuk symbol negeri Kelantan. Maksud di sebaliknya ?
Macam yang kita tahu, harimau adalah lambang keberanian dan kekuatan. Sebab tu la Malaysia gunakan harimau dalam pelbagai simbol dalam negara kita, iaitu supaya kita menjadi sebuah negara yang gagah perkasa juga. Contohnya dalam Jata Negara, PDRM, pasukan bola sepak Harimau Malaya, Maybank dan banyak lagi.

Tapi, setiap negeri dalam Malaysia juga ada lambang haiwan masing-masing, yang juga membawa maksud yang berbeza. Kesemua haiwan ni melambangkan negeri-negeri tu, dan dalam masa yang sama ada kisah tersendiri.

Antaranya adalah…
1. Kijang emas pada hampir semua gambar Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Bagi negeri Cik Siti Wan Kembang ni pulak, lambang haiwan bagi negeri ni adalah kijang. Kijang adalah dari spesies Rusa, juga dikenali dengan nama Rusa Menyalak, sama macam panggilan dalam bahasa Inggeris, iaitu Common Barking Deer, atau Muntjac. Sebabnya, kijang mempunyai ciri-ciri macam rusa, tapi takde tanduk yang bercabang.

Lambang kijang emas ni sebenarnya dah lama digunakan oleh negeri Kelantan, contohnya sebagai wang emas yang menjadi nilai untuk perbelanjaan rakyatnya pada satu masa dulu. Kepingan duit emas yang digunakan pada zaman itu, masih lagi tersimpan di muzium Negara Malaysia sekarang sebagai bukti kewujudannya.

Mengikut kajian ahli arkeologi, Duit Kijang adalah yang paling banyak digunakan di Kelantan berbanding dengan yang lain. Duit ini dinamakan Duit Kijang kerana bahagian hadapan duit tersebut terukir gambar kijang. Ada yang berpendapat duit emas Kelantan ni dikeluarkan di antara kurun ke-16 dan 18 Masihi.

Asal-usul kijang dalam negeri Kelantan sebenarnya dikatakan bermula apabila seorang pedagang Arab telah menghadiahkan seekor kijang kepada pemerintah perempuan di Kelantan, iaitu Cik Siti Wan Kembang.

Disebabkan dia sayangkan kijangnya, maka pemerintah perempuan Kelantan ni pun menitahkan agar duit Dinar emas yang ditempa mestilah diukir dengan motif kijang. Pada bahagian belakang duit siling tu pula ditempa dengan tulisan Arab Malik al adil yang bermaksud ”Raja yang Adil’.

Beberapa tahun yang lepas, Kelantan sekali lagi memperkenalkan Dinar Emas Kelantan, yang juga mempunyai ciri-ciri paling penting bagi negeri tersebut, iaitu Kijang Emas sebagai simbol negeri tersebut.

“Duit kijang ini adalah mata wang zaman Kesultanan Melayu Kelantan-Pattani ketika pemerintahan raja pertama Kelantan, Cik Siti Wan Kembang. Kesahihan tarikh duit itu tidak dapat ditentukan kerana tiada rekod bertulis mengenainya, namun ramai berpendapat ia dibuat sekitar tahun 1500.” – Pengumpul wang lama, Nik Ramezi Muhammad, dipetik dari Berita Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan