Ekonomi/Bisnis

Rabu, 6 Ogos 2025

ReUni Alumni Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu. PSU Pattani

 Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik HassanPada

Pada 3 Ogos 2025 di Prince of Songkla University, Kampus Pattani mengadakan ReUni Alumni Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu. Beberapa mantan pensyarah dan alumni memberi sedikit ceramah. Dalam keadaan sekarang, kita mesti berubah trend bukan hanya pelajar yang minat dalam bahasa Melayu mereka mesti mendalami ilmu Sosiobudaya Melayu, Ekonomi Melayu dll. Begitu juga pelajar yang minat ilmu Sosiobudaya Melayu, Ekonomi Melayu mereka mesti mendalami ilmu bahasa Melayu. Mereka mesti integrasi diantara bahasa Melayu dengan ilmu keusahawanan seperti orang Korea, Cina dan Jepun di negara mereka belajar bahasa Melayu itu adalah alat untuk perniagaan merek. Jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu di PSU jika tidak mengubah trend, satu hari nanti akan ditelan zaman. Beberapa tahun lalu pernah mengadakan Program Keluarga Angkat di Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Negeri Peraka. Dengan bantuan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan Perdana Menteri Malaysia. Alhamdulillah peserta Program Keluarga Angkat dari Patani walaupun sudah belasan tahun berlalu. Dan mereka masih bersilaturrahim dengan membawa anak anaknya menziarah keluarga angkat di negeri-negeri tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan