Ekonomi/Bisnis

Selasa, 24 Oktober 2023

Ibrahim Haji Yaacob : Pahlawan Nasional Republik Indonesia yang berasal dari Malaysia

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Nama Ibrahim Haji Yaacob sangat terkenal di kalangan peminat sejarah politik Malaysia dan Idonesia. Kerana satu waktu dulu jika diizinkan Allah Republik Indoesia dan Malaya akan bergabug mennjadi sebuah negara bersatu. Tetapi rancangan Negara Indonesia Raya itu gagal.


Penulis juga pernah melawat Makam Pahlawan Nasional Republik  Indoneia itu di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Kali ini saya ketegahkan sebahagian riwayat hidup Ibrahim Hj Yaakob atau Drs. Iskandar Kamel (IBHY) dari Aiman Hakim thepatriots.asia beberapa laman web. Isi kandungannya adal seperti berikut:

Ibrahim Hj Yaakob dilahirkan pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Chenor, Temerloh, Pahang. Dari keluarga, yang berasal dari keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerlohm, Pahang. Ayahnya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati di situ. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu dan bapanya berpisah. Lalu Ibrahim Hj Yaakob dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana.

Ibrahim Hj Yaakob mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918. Pada tahun 1928, Ibrahim Hj Yaakob telah dipilih menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak. Di mana di situlah Ibrahim Hj Yaakob mula didedahkan dengan ideologi perjuangan nasionalisme.


Contohnya, Pada tahun 1929, Ibrahim Hj Yaakob dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo. Ibrahim Hj Yaakob juga dikatakan turut menjadi ahli Parti Nasional Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno.

Pihak Inggeris yang telah memerhatikan kegiatan politik di MPSI ini sedaya upaya untuk menghentikan pergerakan mereka. Oleh itu, setelah Ibrahim Hj Yaakob menamatkan pengajiannya pada 1931, Ibrahim Hj Yaakob dihantar mengajar ke Bentong, Pahang. Di sanalah, Ibrahim Hj Yaakob terlibat aktif di dalam sebuah persatuan namanya Kelab Melayu Bentong.


Pada 1938, Ibrahim Hj Yaakob dan rakan-rakannya telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda bersama rakan-rakan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)nya. Kesatuan Melayu Muda merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan di Malaya. Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya.

Peringkat awal pertubuhan, Kesatuan Melayu Muda agak kurang mendapat sambutan kerana rakyat  ketika itu masih lebih menaruh kepercayaan kepada ketua-ketua tradisional. Dalam usianya yang singkat, sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941, jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.


Menjelang April 1941, Ibrahim Haji Yaakob telah dihubungi oleh pihak Jepun yang menawarkan wang untuk membeli akhbar harian Melayu nama akhbar itu ialah Warta Malaya. Ibrahim Haji Yaakob menerima tawaran itu dan tanpa diketahui oleh pemimpin Kesatuan Melayu Muda yang lain telah menjanjikan sokongan Kesatuan Melayu Muda (KMM) kepada Jepun apabila Jepun menyerang Malaya. Warta Malaya menjadi medium propaganda Kesatuan Melayu Muda yang secara terbuka menyokong idea kesatuan politik antara Tanah Melayu dan Indonesia.

Dalam usaha untuk memajukan kepentingan Kesatuan Melayu Muda dan Melayu kemerdekaan, Ibrahim Haji Yaakub sejajar dirinya dengan Jepun dan mencadangkan kepada mereka yang mempunyai akhbar sendiri akan memberikan kepadanya perlindungan yang terbaik untuk menyembunyikan aktiviti mereka sebagai ejen Jepun. Dengan wang yang diberikan oleh Jepun, Ibrahim Haji Yaakub membeli Warta Malaya untuk digunakan dalam propaganda anti-British.


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kepada keruntuhan seluruh rangkaian akhbar Tanah Melayu. Beberapa hari selepas kejatuhan Singapura, Ibrahim Haji Yaakub bertemu dengan pihak berkuasa tentera Jepun untuk meminta Kesatuan Melayu Muda  (KMM) yang dibenarkan untuk menyambung semula penerbitan Warta Malaya.

Walaupun Jepun bersetuju, akhbar itu hanya dibenarkan untuk membuka semula beberapa bulan kemudian di bawah pengurusan seorang pegawai Jepun. Akhbar itu akhirnya dihentikan penerbitannya pada 14 Ogos 1942. Ketika pendudukan Jepun, dilantik sebagai Komandan Giyugun (tentera sukarela) dengan pangkat Leftenan Kolonel.


Dalam minggu-minggu terakhir sebelum Jepun menyerah kalah, Ibrahim Haji Yaakub sempat mengatur pertemuan di antara pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan pemimpin Indonesia bagi mencapai satu tujuan, kemerdekaan dan Indonesia Raya. Mereka pada mulanya bertemu di Paya Lebar Singapura dan seterusnya di Taiping, Perak.

Dalam kesempatan itu, Ibrahim Haji Yaakob menyampaikan bahawa kemerdekaan Malaya tercakup dalam Kemerdekaan Indonesia. Konon, mendengar keinginan Ibrahim Haji Yaakub itu, Soekarno pun berkata, “Mari kita ciptakan satu tanah air bagi seluruh tumpah darah Indonesia.” Ibrahim Haji Yaakub kemudian menjawab, “Kami orang Melayu akan setia menciptakan ibu negeri dengan menyatukan Malaya dengan Indonesia yang merdeka. Kami orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang Indonesia.” Perisytiharan kemerdekaan Indonesia dirancang pada 24 Ogos 1945 di Jakarta.

Namun, Tuhan juga sebaik-baik Perancang. Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos, Indonesia cepat – cepat mengisytiharkan kemerdekaan tanpa penglibatan Malaya. Ternyata hal ini amat mengecewakan Ibrahim Haji Yaakob dan ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang lain. Ibrahim juga sedar nasibnya kini di dalam bahaya kerana bekerjasama dengan Jepun.


Oleh itu, pada 19 Ogos 1945, Ibrahim Yaakob telah melarikan diri ke Jakarta bersama isterinya Mariatun Haji Siraj, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Manan untuk menemui Soekarno dan para pemimpin republik lainnya lalu bertemu dengan Sukarno untuk proses penyatuan Malaya dan Indonesia.

Namun dek kerana situasi belum aman, Soekarno dan Mohammad Hatta memutuskan untuk menunda pembicaraan penyatuan Malaya tersebut. Ibrahim Haji Yaakob juga diminta Soekarno untuk tidak kembali ke Malaya untuk sementara waktu.


Ibrahim Haji Yaakob kemudian bertukar nama menjadi Iskandar Kamel, dan bergabung dengan MBT TKR (Markas Besar Tentara – Tentera Keamanan Rakyat), diperintahkan membentuk Badan Intelijen SOI Seksi E (Luar Negeri) dengan pangkat Leftenan Kolonel. Tugas utamanya menjadi pengurus Gerakan Kemerdekaan Malaya.

Ibrahim Haji Yaakob juga ditugaskan untuk membangunkan jaringan perisikan ke Malaya dalam membantu pergerakan nasionalis di Malaya. Beliau mengusahakan pengiriman senjata dari Malaya, Rangoon, dan Manila.


Selain itu Ibrahim Haji Yaakob juga turut turun padang ke semua daerah pendudukan Belanda di Indonesia serta membentuk dan memimpin GKR (Gerakan Revolusi Rakyat) di Solo menentang PKI (Partai Komunis Indonesia). Pada Perang Kemerdekaan 2 (Agresi Militer II 19 Desember 1948), Ibrahim Haji Yaakob berjuang secara gerila  di daerah Karanganyar dan Merapi, hingga kembali ke Jogjakarta pada Ogos 1949.

Menjelang tahun 1951, Ibrahim Haji Yaakob memutuskan untuk mengundurkan dari dari bidang ketenteraan dan beralih ke lapangan politik. Beliau ditugaskan ke Kementerian Luar Negeri dan membentuk KEMAM (Kesatuan Malaya Merdeka) yang berjuang untuk kemerdekaan Malaya dari Indonesia.


Ibrahim Haji Yaakob juga menjadi anggota pimpinan PNI (Partai Nasional Indonesia) cabang Jakarta Raya hingga tahun 1958. Ketika era “Demokrasi Terpimpin”, Ibrahim Haji Yaakob sempat menjadi anggota MPRS (Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara) mewakili Riau. Di dalam Kempen Trikora (Tri Komando Rakyat),  Ibrahim dilantik sebagai Bendahara Kongres Rakjat Indonesia sekitar 1958-1960.

Ketika Kempen Dwikora (Dwi Komando Rakyat), Ibrahim Kembali memimpin KEMAM, dan membantu proses penghantaran pasukan ke Malaya dan Borneo Utara Hingga Tahun 1964 dan dlantik sebagai seorang pegawai  kepada Leftenan Jeneral Ahmad Yani.


Ketika Peristiwa 30 September berlaku, Ibrahim Haji Yaakob ditugaskan untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan Partindo dan membersihkannya dari unsur-unsur komunis. Setelah membubarkan Partindo, Ibrahim Haji Yaakob bergabung dan menjadi Ketua III Partai Murba pada tahun 1967.

Ketika Pemilu 1971, Ibrahim Haji Yaakob telah tercalon sebagai anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) dari daerah pemilihan Jawa Barat melalui Partai Murba, namun tewas. Pada tahun 1976, Ibrahim telah dilantik sebagai anggota Majlis Pertimbangan Partai (MPP) di Partai Demokrasi Indonesia (PDI).


Walaupun nama Ibrahim mulai berkembang di Indonesia, beliau sesekali tidak akan lupakan tanah kelahirannya, Malaya ataupun Malaysia. Pada tahun 1973, beliau pulang semula ke tanah kelahirannya setelah berpuluh tahun menjadi rakyat negara jiran.

Setelah itu Ibrahim Haji Yaakob mengundurkan diri dari politik dan terjun ke dunia perniagaan. Beliau juga turut menjadi salah seorang pengasas Bank Pertiwi dan dilantik sebagai pengarah bank tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan