Ekonomi/Bisnis

Selasa, 29 Ogos 2023

Sekolah Tadika di Patani, Selatan Thailand.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Kali ini akan bicara tentang Sekolah Tadika ataupun Taman didikan kanak-kanak di Patani, Selatan Thailand. Pengertian Sekolah Tadika di Patani, Selatan Thailand sangat berbeza dengan Sekolah Tadika di Malaysia. Ataupun dengan Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) di Indonesia. Kerana Sekolah Tadika di Patani, Selatan Thailand adalah sekolah yang menjalankan pembelajaran di hari sabtu dan Ahad. Pelajar-pelajarnya terdiri dari pelajar-pelajar darjah 1-6 di sekolah rendah yang belajar di hari isnin-hari jumaat.


Disini akan ketengahkan tentang Sekolah Tadika yang dimuatkan dalam tesis Sdr. Zawawee Pakda Ameen, pensyarah di Prince of Songkla University, Kampus Pattani. Tesis MA ini dituju kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Isi kandungan tentan Sekolah Tadika adalah seperti berikut :

Sekolah Tadika (Taman didikan kanak-kanak)

Pendidikan di sekolah tadika merupakan salah satu kegiatan agama yang kebiasaannya dilakukan di sekitar kawasan masjid. Tadika adalah kata singkatan daripada Taman Didikan Kanak-kanak. Sekolah tadika adalah institusi pendidikan awal yang mengajar pendidikan agama Islam, bahasa Melayu dan bahasa Arab. Setiap kampung di wilayah Pattani memiliki sebuah masjid dan di kawasan masjid terdapat sebuah binaan sekolah tadika. Ini adalah fenomena yang terjadi kerana kesedaran penduduk Patani terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai orang Islam. Walaupun pada tahap awalnya tidak terdapat bantuan daripada pihak berkuasa, namun kesedaran terhadap masa depan status keagamaan dan kemelayuan penduduk Melayu Patani adalah faktor terpenting.

Kebiasaannya pendidikan awal ini dijalankan pada waktu pagi sebelum ke sekolah rendah kebangsaan atau waktu petang selepasnya, dan pada hari Sabtu dan Ahad. Dengan masa belajar yang terhad, para cikgu berusaha mengajar sesempat mungkin supaya dapat mengisi ilmu pengetahuan bahasa dan agama yang dijadualkan. Mereka mengajar dengan niat kepentingan keagamaan dan modal kesedaran terhadap identiti Melayu Patani yang ada di dalam diri mereka. Oleh itu cikgu tidak menuntut wang gaji daripada mana-mana pihak. Bagaimanapun terdapat juga sedikit bantuan daripada pihak masjid dan penduduk kampung sebagai sagu hati dan juga untuk membeli alat-alat mengajar seperti kapur dan pemadamnya. Usaha wakil rakyat Melayu di Thailand pada kebelakangan ini telah menyebabkan pihak kerajaan membantu sedikit masalah kewangan sekolah tadika dengan memberi wang gaji kepada guru. Meskipun sekolah tadika mempunyai kelemahan dalam aspek fizikal seperti binaan, kewangan dan alat-alat mengajar, institusi ini juga dapat berlangsung kerana mendapat sokongan kuat daripada penduduk Melayu.

Sekolah tadika merupakan institusi pendidikan pra-sekolah yang memperkenalkan huruf-huruf Arab, Jawi dan Rumi. Bahasa Arab dan bahasa Melayu merupakan kunci untuk mempelajari dan memahami ilmu-ilmu agama Islam yang diajarkan di Patani, terutamanya di institusi pondok dan madrasah. Pelajar-pelajar di institusi ini terdiri daripada kanak-kanak yang masih belajar di sekolah rendah kerajaan. Sekolah tadika adalah hasilan daripada peranan institusi pondok, sekolah tadika memainkan peranannya sebagai institusi pengasas identiti Melayu Patani kepada penduduk Melayu di Patani.

Pendidikan di sekolah kerajaan dianggap oleh penduduk Melayu pada zaman dahulu atau golongan tua sekarang yang berumur 60-an sebagai sekolah Siam yang mengajar untuk menjadi orang Siam atau orang Buddha. Dengan itu dasar kerajaan terutamanya penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib pada tahun 1921 merupakan faktor yang menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan agama dan bahasa Melayu. Bagi kerajaan, dasar tersebut merupakan langkah permulaan yang penting untuk menggalakkan rakyatnya berbahasa Thai yang seterusnya dapat mendatangkan keamanan di kawasan ini. Sebaliknya penduduk Melayu pada waktu itu (tahun 1921) menganggapnya sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menghilangkan identiti Melayu Patani kerana pendidikan di sekolah rendah yang diwajibkan oleh kerajaan menggunakan pengantar bahasa Thai dan ilmu yang diajar adalah ilmu sekular. Dalam situasi tersebut sekolah tadika adalah benteng utama yang berfungsi melawan pengaruh identiti nasional yang dilaksanakan melalui dasar tersebut, walaupun menggunakan masa hanya sejam atau dua jam sehari kalau dibandingkan dengan sekolah rendah kerajaan yang dipelajari dari 8 pagi sehingga 4 petang.

Dalam temuramah dengan guru  di beberapa buah sekolah tadika di wilayah Pattani, didapati bahawa kebanyakan guru tadika sedang belajar di sekolah agama yang juga mempunyai sistem pendidikan pondok. Setelah selesai mengajar sekolah tadika pada waktu pagi, murid-muridnya akan pergi belajar di sekolah rendah kerajaan, sementara guru juga perlu pergi belajar di sekolah agama masing-masing. Pada waktu malam guru-guru tersebut mempelajari kitab Jawi dengan tuan gurunya. Sekolah tadika dibahagikan kepada 3-6 darjah iaitu kelas A, B, 1, 2, 3 dan 4. Pembahagian kelas tergantung kepada pelajar dan sekolah rendah kerajaan kerana pelajar yang belajar di sekolah tadika adalah mereka yang sedang belajar di sekolah rendah kerajaan.

Ilmu yang diajarkan di sekolah tadika adalah ilmu keagamaan seperti mata pelajaran Tauhid, Fiqh, Sejarah Nabi, al-Quran dan ilmu bahasa seperti mata pelajaran Nahu, Saraf, Mutalaah, Muhadathah, Imlak, Khat, Rumi dan Jawi. Kebanyakan pelajar yang tamat sekolah rendah kerajaan juga akan berhenti belajar sekolah tadika kerana mereka akan menyambung pendidikannya di sekolah pondok atau di pondok tradisional. Terdapat segolongan kecil yang menyambung pendidikannya di sekolah menengah kebangsaan Thai.

Institusi pondok berperanan mengeluarkan guru-guru untuk mengajar di sekolah tadika. Kadang-kadang tuan imam akan memohon bantuan guru tadika daripada sekolah pondok atau pondok tradisional. Pelajar yang lulus daripada sekolah tadika akan menyambung pendidikannya di sekolah pondok atau pondok tradisional. Mereka ini pula kemudiannya berkhidmat mengajar di sekolah-sekolah tadika.


Ini adalah hubungan erat antara institusi pondok dan sekolah tadika. Sekolah tadika berfungsi menanamkan asas identiti Melayu Patani kepada kanak-kanak. Sementara institusi pondok berperanan mewujudkan penyebar dan penanam asas identiti Melayu Patani yang bergiat di sekolah tadika. Fenomena tersebut dapat menunjukkan bahawa sekolah tadika adalah salah satu daripada peranan institusi pondok dan merupakan institusi yang banyak membantu menyemaikan identiti Melayu Patani.

Rabu, 23 Ogos 2023

Mampukah bahasa Melayu menjadi bahasa ASEAN

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Semasa Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walaupun masa beliau menjawat jawatannya agak singkat. Tetapi orang Melayu Malaysia dan termasuk Melayu Patani di Selatan Thailand turut heboh dengan cadangan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub kepada Pak Joko Widodo, Presiden Indonesia. Beliau mencadang Bahasa Melayu menjadi Bahasa ASEAN selepas Bahasa Inggeris.


Dari segi politik Malaysia khusus orang Melayu Malaysia adalah sangat positif dapat mengambil hati orang Melayu di Malaysia. mereka menggangap mantan Perdana Menteri Malaysia itu adalah seorang nasionalis dan mencintai Bahasa Melayu. Tetapi dari segi logiknya ia sangat lucu seperti mantan Perdana Menteri Malaysia tidak tahu situasi ebenar kedudukan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia. Ini juga seakan penasihat ataupun orang keliling mantan Perdana Menteri Malaysia itu buta situasi sebenar.


Saya sebagai kawan lama mantan Perdana Menteri Malaysia itu semenjak umur 20-an tahun telah hantar mesej kepadanya bahawa cadangan itu tidak akan berhasil dan pihak mantan Perdana Menteri Malaysia itu mesti belajar cara Indonesia mengembangkan Bahasa Indonesia ke seluruh dunia. Baik dengan membuka kelas Bahasa Indonesia di Kedutuan Besar Republik Indonesia dan biasiswa  Darmasiswa, begitu juga dengan Biasiswa Kemitraan Negara Berkembang (KNB) yang KNB akan diberikan kepada pelajar  internasional yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan belajar di 27 universiti di Indonesia.

Semasa hebohnya berita cadangan itu di Patani Thailand, ada beberapa kawan tanya adakah cadangan itu akan berhasil. Kerana bagi kami di Patani, Selatan Thailand, jika Bahasa Melayu dapat jadi Bahasa ASEAN, akan mengangkan maruah masyarakat Melayu di Patani yang menjadi kelompok minoriti di negara gajah putih itu.


Jawapan saya, Mustahil !!!! pertama maksud Melayu di Malaysia dengan Indonesia sangat berbeza. Melayu di Malaysia lebih kepada Ras merangkumi ras Malayan di Malayssia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina. Sebaliknya Melayu di Indonesia lebih kepada satu etnik di Indonesia seperti di pesisir Sumatra, Kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan sebagainya.


Dari segi Bahasa, di Malaysia Bahasa Melayu difahamkan Bahasa yang merangkumi Bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei. Sebaliknya, di Indonesia Bahasa Indonesia adalah Bahasa Idonesia bukan Bahasa Melayu walaupun Bahasa Indonesia berasal dari Bahasa Melayu. Bahasa Indonesia selain berasal dari Bahasa Melayu, bahasanya diambil perkataan dari Bahasa Bahasa daerah di Indonesia. Bahasa Indonesia terpengarug dari Bahasa Belada. Sebaliknya Bahasa Melayu Malaysia terpengaruh dari Bahasa Inggeris.

Dan jawapan saya lagi, jika betul betul ingin Bahasa Melayu baik atas nama Bahasa Melayu ataupun Bahasa Indonesia. Kedua dua pihak, Indonesia dan Malaysia mesti duduk semeja dulu, dan memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak yang bertanggungjawap tentang Bahasa iaitu MABBIM. MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Indoneia dianggota oleh Balai Bahasa. Dan Malaysia dianggota oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dianggota oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.


Disini saya kemukakan sebuah artikel yang terkait dengan cadangan mantan Perdana Menteri itu. Artikel itu ditulis oleh Trisna Wulandari denan tajuk “5 Perbedaan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, dari Penutur hingga Status” disiarkan di detikedu di detik.com. Ini untuk kita tahu bagaimana pandangan orang Indonesia setelah berita mantan Perdana Menteri Malaysia itu mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN kepada Bapak Presiden Indonesia. Isi kandingan artikel tersut beberapa perkataan diubah dari Bahasa Indonesia kepada baasa Melayu seperti identitas kepada identiti. Isinya adalah berikut:


Malaysia mengusulkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN setelah bahasa Inggris.


"Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda ke peringkat antarbangsa," kata Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dalam dalam akun Facebook-nya, Rabu (23/3/2022).


Menurut Ismail Sabri Yaakob, pengusulan ini lantaran bahasa Melayu dituturkan banyak penduduk ASEAN, termasuk Indonesia.


"Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand selatan, Filipina selatan, serta sebagian dari Kamboja turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi tidak ada alasan kami tidak bisa menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa resmi ASEAN," katanya.


Kepala Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbudristek Prof. Endang Aminudin Aziz, M.A., Ph.D. membenarkan adanya penutur bahasa Melayu di Indonesia, tetapi sebagai bahasa daerah, bukan bahasa nasional.


Ia menambahkan, bahasa Melayu di Indonesia juga berbeda dengan di Malaysia. Sebab, bahasa Melayu di Indonesia sudah terpengaruh bahasa daerah lain dan bahasa Indonesia sendiri.


"Kerana status bahasa Indonesia jadi bahasa nasional, jadi dituturkan banyak orang. Jadi mau tidak mau, bahasa Jawa, Sunda menyerap istilah dari bahasa Indonesia. Bahasa Melayu pun di Riau banyak menyerap kosakata bahasa Indonesia," jelasnya.


"Sementara bahasa Melayu di Malaysia berkembang sendiri, dengan lafal sendiri, dengan kosakata sendiri. Bahawa mereka saling memahami, wajar kerana akarnya sama," imbuh Aminudin.


Aminudin menjelaskan sejumlah perbezaan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia sebagai berikut.

Perbezaan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia

1. Penyebutan bahasa Indonesia bukan bahasa Melayu

Aminudin mengatakan, dari fakta sejarah disebutkan bahawa asal bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu. Namun, bahasa baru ini lalu sepakat dinamakan bahasa Indonesia, bukan bahasa Melayu. Kerana itu, sambungnya, orang perlu menyebutnya sebagai bahasa Indonesia, tidak disamakan.


"Dan ini harus jadi sikap bangsa Indonesia kerana bahasa Indonesia ini bagi kita adalah bahasa perjuangan. Ketika kita deklarasikan dengan Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928, kita menamainya bahasa indonesia," jelasnya.


2. Bahasa Melayu berstatus bahasa daerah di Indonesia

Ia menambahkan, bahasa Melayu di Indonesia juga berstatus sebagai bahasa daerah. Sementara itu, bahasa Indonesia berstatus bahasa nasional sehingga statusnya lebih tinggi.


Status bahasa Melayu tersebut menurutnya juga menjadikan bahasa ini tidak ubahnya seperti bahasa daerah lain di Indonesia, baik bahasa Sunda, Batak, Jawa, bahasa di Papua, dan lain-lain.


Kerana itu, sambungnya, upaya untuk tidak mencampur aduk penggunaan sebutan antara bahasa Indonesia dan bahasa Melayu diterapkan.


"Di diskusi di Kepri sebelumnya saat ada kunjungan Badan Kerja Sama Antar Parlemen (BKSAP), saya minta teman-teman kabarkan ke DPR , kita tidak menggunakan istilah bahasa Melayu. Harus menggunakan bahasa Indonesia, bahasa Melayu itu bahasa daerah bagi kita," terang Aminudin.


"Setelah diskusi juga di Kepri, sepakat juga kini (penyebutan bahasa Indonesia) harus pakai (istilah) bahasa Indonesia, bukan bahasa Melayu istilahnya.


3. Berkembang dengan cara berbeza

Aminudin mengatakan, cara perkembangan bahasa Indonesia berbeda dengan bahasa Melayu di Indonesia. Ia menjelaskan, perkembangan dan pengayaan kosakata bahasa Indonesia dipengaruhi bahasa Belanda, Arab, Portugis, Inggris, China, Jepang, Prancis, Turki, Korea, hingga 718 bahasa daerah di Indonesia.


Bahasa Melayu di Indonesia menurutnya juga dipengaruhi bahasa daerah lain dan bahasa Indonesia sendiri.


"Bahasa Indonesia kini juga mempengaruhi bahasa Melayu. Nah ini karena apa? Karena bahasa Indonesia jadi bahasa nasional, jadi dituturkan banyak orang. Mau tidak mau, bahasa Jawa, Sunda, juga menyerap istilah dari bahasa Indonesia. Bahasa Melayu pun di Kepulauan Riau banyak menyerap kosakata bahasa Indonesia," terangnya.

4. Jumlah penutur bahasa Indonesia jauh lebih besar

Menurut Aminudin, jumlah penutur bahasa Indonesia jauh lebih besar dari bahasa Melayu karena penduduk yang mencapai sekitar 279 juta jiwa. Para penutur ini termasuk murid SD (Sekolah Dasar – Sekolah Rendah dan TK (Taman Kanak kanak – TADIKA) hingga orang tua, baik di kota maupun di pedesaan.


"Kecuali mungkin orang di pedalaman terpencil yang mungkin masih menggunakan bahasa daerahnya," katanya.


Ia menambahkan, jumlah penutur bahasa Indonesia di atas belum ditambah sekitar 80,000 pembelajar bahasa Indonesia asing yang saat ini belajar dari fasiliti Badan Bahasa di lebih 40 negara. Di samping itu, ada juga penutur yang belajar bahasa Indonesia dari masyarakat setempat.


"Contoh di Jepun, meskipun tidak kita fasilitasi langsung, orang indonesia di Jepun juga mengenalkan bahasa Indonesia kepada orang-orang Jepun. Demikian juga di Australia, seperti anak-anak SD-nya. Dari hasil diskusi teman-teman Balai Bahasa Perth, ada 40,000-an penutur," jelas Aminudin.


5. Tingkat keterpahaman bahasa Indonesia lebih tinggi

Tingkat keterpahaman atau mutual intelligebility bahasa Indonesia menurut Aminudin juga lebih luas dari bahasa Melayu.


"Maksudnya begini, orang Melayu yang dengar tutur bahasa Indonesia akan mengerti, tetapi belum tentu penuturan berbahasa Melayu akan dimengerti penutur bahasa Indonesia. Yang seperti ini menunjukkan, ketercakupan dan keterpahaman bahasa Indonesia jauh lebih tinggi," kata Aminudin.


Bagaimana detikers, apakah kamu menjumpai perbedaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di percakapan sehari-hari?

Isnin, 21 Ogos 2023

Mahkota Siak Bukti Penyatuan Kekuasan Kesultanan Siak Sri Indrapura kepada Republik Indonesia

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Penulis beberapa kali ke Pekanbaru, Provinsi Riau. Dengan menghadiri acara budaya dan sastra di sana. Dan ada juga pihak penganjur membawa peserta acara melawat ke Istana Siak Indragiri. Dengan dapat melihat beberapa tempat bersejarah inilah menyembatkan penulis sangat tertarik dengan Riau. Bentuk rumah penulis pun sedikit bentuk Rumah Melayu Riau walaupun tidak sepenuh Rumah Melayu Riau dari pandang mata orang Riau.


Disini penulis kemukakan sebuah artikel tentang Mahkota Sultan Siak yang tersimpan di Muzium Nasional RI di Jakarta. Dikatakan Mahkota emas milik kesultanan Siak Indrapura ini diserahkan kepada Negara Republik Indonesia oleh Sultan Syarif Kasim II (1915-1949) yang juga merupakan sultan terakhir dari Kesultanan Siak.


Dan penyerahan ini menandai pengakuan Kesultanan Siak akan kedaulatan Negera Kesatuan Republik Indonesia dan menjadi tanda bahawa Kesultanan Siak Indrapura ini akan lebur menjadi bahagian negara Indonesia.


Artikel bertujuk “Mahkota Siak Bukti Penyatuan Kekuasan Kesultanan Siak Sri Indrapura kepada Republik Indonesia” ditulis oleh  Ujang Mulyadi dan disiarkan di laman web Muzium Nasional di Jakarta. Isi kandungannya seperti berikut :


Mahkota bukan sekedar hiasan kepala yang dikenakan oleh raja, ratu ataupun dewa. Mahkota ialah simbol kemasyhuran penguasa, kekuasaan legitimasi, keabadian, kemakmuran, serta kehidupan setelah kematian. Penyerahan Mahkota Sultan Siak Sri Indrapura di tahun 1945 kepada pemerintah Republik Indonesia menunjukkan tekad, komitmen dan dukungan Kesultanan Siak Sri Indrapura menyatukan diri dengan Republik Indonesia saat itu.


                                    Sultan Syarif Kasim II 

Mahkota Siak memiliki berat 1,803.3 gram serta berdiameter 33 cm dan tingginya 27 cm dengan berbahan emas, berlian dan rubi. Regalia yang kini menjadi koleksi Museum Nasional Indonesia memiliki bentuk yang indah dan artistik dengan motif filigree atau kerawang.


Pembuatan motif ini biasanya untuk perhiasan dan produk seni dengan menggunakan benang logam atau kawat halus (emas, perak, atau tembaga) yang dipelintir, dianyam, dibentuk, dan disatukan dengan patri menjadi sebuah bentuk tertentu. Kerawang atau filigree dibuat secara manual dan membutuhkan keterampilan sehingga menghasilkan hasil yang unik, personal, juga bernilai tinggi. Motif kerawang atau filigree di Indonesia memiliki detail bentuk kawat yang berputar dan melengkung serta repetitif.

Sultan Syarif Kasim II dan Permaisuri 

Sultan Syarif Kasim II sebagai pemimpin dari Kesultanan Siak Sri Indrapura sejak 1915 tidak hanya menyerahkan mahkotanya sebagai pernyataan meleburnya kesultanan tersebut pada Republik Indonesia. Hampir seluruh kekayaan Kesultanan Siak Sri Indrapura, termasuk istana, diserahkan sebelum dirinya mengungsi ke Aceh lantaran adanya ancaman dari Belanda dan Sekutu kepada Sultan Syarif Kasim II akibat dirinya dan tokoh-tokoh Riau berikrar untuk mempertahankan kemerdekaan RI dalam rapat umum pembentukan badan-badan perjuangan pada Oktober 1945. Tertanggal 28 November 1945, Sultan Syarif Kasim II mengirimkan telegram kepada Presiden Sukarno terkait kesediaannya dalam mendukung Republik Indonesia dengan memberikan uang sebesar 13 juta gulden.


Mahkota sang sultan telah ditetapkan sebagai Cagar Budaya berperingkat Nasional melalui Surat Keputusan Nomor 248/M/2013 pada tanggal 27 Desember 2013 oleh Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.


Sumber:

Satari, Soejatmi (ed.). 2009. Treasures of Sumatra. Jakarta: Museum Nasional.


Yussubrata, Desse (ed.). 2018. Khasanah Cagar Budaya Indonesia. Album Cagar Budaya Nasional I (2013-2016). Jakarta: Direktorat Cagar Budaya dan Permuseuman, Direktorat Jenderal Kebudayaan, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.


Tandiono, Evelyn & Ingrid Dianita Indah. 2019. ‘Inovasi Penggabungan Teknik Filigree dan Enamel dalam Perancangan Perhiasan Buatan Tangan untuk Menunjukkan Status’ dalam Prosiding Seminar Nasional Desain Sosial 2019 hlm. 32-36.

Cerita Panji : Dari Jawa sampai ke Thailand.

 Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

                       Kisah Paji di Pameran Perpustakaan Nasional

Cerita "Inao" di Thailand berasal dari Cerita “Panji” dari Indonesia. Cerita “Inao” pertama kali muncul di Thailand pada era akhir Ayutthaya. Ayutthaya adalah ibu kota Thailand sebelum Bangkok. Dikatakan muncul pada zaman Raja Ayutthaya bernama Raja Boromakot (1732-1758 M.) . Cerita Panji atau Inao diceritakan oleh seorang abdi Raja Boromakot kepada putri-putrinya. Dan abdi itu berasal dari Melayu Patani. Dengan asal usul abdi keturunan Melayu Patani ini kita boleh merumuskan bahawa perjalanan Cerita Panji dari Jawa ke Thailand melalui Patani. Patani terletak di Selatan Thailand dan penduduknya dominan etnik Melayu.


Dari cerita Panji yang diceritakan oleh abdi keturunan Melayu Patani itu kemudian cerita itu diubah menjadi drama lagi oleh putri-putri Raja Ayutthaya.  


Putri sulung Raja Ayutthaya menulis drama yang dicerita abdi Melayu Patani itu dengan nama “Dalang” ataupun di kenali di Thailand dengan nama “Inao Yai” atau “Inao besar”. Dan putri bongsu Raja Ayutthaya menulis cerita itu dengan nama “Inao”.


Kemudian cerita Panji di Thailand itu diteruskan dari zaman Ayutthaya ke zaman Bangkok iaitu ibu kota Thailand sekarang.

Di zaman Bangkok itu Raja Thailand, Raja Rama II (1767-1824) telah menyempurnakan bahagian bahagian yang terhilang di cerita Inao versi Thailand.

                                 Cerita Inao versi Thailand

Disini penulis kemukakan artikel Panji tajuknya “Panji Cerita Asli Indonesia” yang dituliskan oleh Mawaddatul Khusna R. dan Fifia Wardhani yang diterbitkan di dalam Warta Museum Tahun XIII No. 13 Tahun 2018 dan juga disiarkan di laman web Muzium Nasional.

Isi kandungannya seperti berikut:

Relief seorang laki-laki bertopi “tekes’ yang diduga sebagai Raden Panji bersama seorang pengiringnya (kadeyan). Relief ini ditemukan di Jawa Timur dari abad ke-14 Masehi (Foto : MNI)


Cerita Panji merupakan cerita asli Indonesia yang berkembang pada masa abad ke-12 Masehi. Tidak hanya dikenal di Pulau Jawa, Bali, Lombok, Sulawesi, cerita ini berkembang sampai mancanegara antara lain Thailand, Vietnam, dan Myanmar. Cerita yang berawal dari cerita lisan di Jawa Timur ini telah digubah oleh masyarakat penerimanya ke dalam berbagai bentuk seni lain seperti seni rupa, seni sastra, dan seni pertunjukan.

Persembahan Cerita Inao di Thailand 

Persembahan Cerita Inao di Thailand 

Secara umum, cerita ini berkisah antara dua tokoh.  Raden Panji (Kudawaningpati atau Inu Kertapati) merupakan putera mahkota Kerajaan Jenggala.  Galuh Candrakirana (Dewi Sekartaji) yang memiliki arti “putri (yang cantik bagai) sinar bulan” ialah sekar kedhaton (putri kerajaan) Daha atau Kediri.  Kedua putra-putri raja ini sudah diperkenalkan satu sama lain oleh orang tua mereka sejak kecil.  Namun, dalam berbagai varian ceritanya, perjodohan itu menghadapi berbagai tantangan.


Tema cerita berpusat pada nilai kepahlawanan, keberanian, keteguhan, dan kasih sayang.  Tidak hanya antarmanusia, tetapi juga kasih sayang kepada Tuhan.

Kisah ini diyakini merupakan gubahan yang mengacu pada persitiwa, tokoh sejarah, dan budaya yang terjadi di wilayah Jawa bagian Timur pada abad ke-12 Masehi.  Cerita Panji memiliki autentisiti karya pujangga pada masa Kerajaan Majapahit dengan latar tempat yang benar-benar ada seperti Jenggala, Kediri, Urawan, dan Gagelang.  Merefleksikan kreativitas dan kearifan lokal yang orang Jawa zaman itu menjadikan cerita Panji ditetapkan sebagai Memory of the World (MoW) oleh UNESCO pada 31 Oktober 2017 lalu.


Nilai kesejarahan ini dibalut secara fiksi sehingga cerita ini mudah dinikmati dan mampu berkembang luas di masyarakt.  Cerita Panji berkembang seiring dengan tumbuhnya Majapahit di wilayah Nusantara.  Tak hanya dikenal di Bali, Lombak, Sumatera, cerita ini pun dikenal sampai Semenanjung Malayu, Kamboja, Thailand dan Myanmar, bahkan diadaptasi ke dalam kearifan lokalnya masing-masing.

Cerita rakyat popular sepertu Ande-ande Lumut, Keong Emas, dan Golek Kencana juga diyakini merupakan turunan dari cerita Panji.  Nilai-nilai universal yang terkandung di dalam kisah Panji dan turunannya ini menjadikannya mudah diterima oleh masyarakat dan hidup dalam beragam media seni.  Keragaman inilah yang menjadi kekayaan budaya dan tetap lestari.


Jejak Cerita Panji

Relief-relief yang menggambarkan cerita Panji dari abad ke 14 Masehi dijumpai pada candi-candi di Jawa Timur seperti Candi Miri Gambar, Candi Surawana, dan Candi Perwara pada Candi Tegowangi.  Relief ini juga ditemukan pada candi-candi di Gunung Penanggungan antara lain Candi Wayang, Candi Gajah, Candi Kendalisada, dan Candi Selokelir.

koleksi Perpustakaan Nasional

Di masa Majapahit ini, relief Cerita Panji tidak digambarkan secara lengkap, melainkan hanya beberapa adegan yang dianggap penting atau mewakili seluruh kisahnya.  Penggambaran cerita Panji pada relief candi-candi di Jawa Timur dapat dikenali melalui pahatan seorang ksatria dengan penutup kekasih Panji dan beberapa sahabat pengiring (kadeyan) atau punakawan.


Tidak ditemukan naskah Panji dari masa Majapahit.  Naskah-naskah yang berisi cerita-cerita seperti Panji Asmorobangun, Panji Semirang, dan sebagainya ditulis ulang jauh sesudah masa periode Majapahit.  Naskah panji tertua yang masih ada saat ini adalah naskah Panji Anggraini (Angreni) dari Palembang, Sumatera Selatan.

Istilah “Panji” yang digunakan sebagai tokoh utama dalam cerita Panji sudah dikenal sejak periode Kediri.  Istilah tersebut merupakan nama gelar atau jabatan yang masih berhubungan dengan lingkungan istana yang mengacu kepada tokoh ksatria laki-laki yaitu seorang raja, putra, mahkota, pejabat tinggi kerajaan, kepala daerah, dan pemimpin pasukan.  Istilah “panji” atau ‘apanji” atau “mapanji” ini terus digunakan secara umum hingga masa Singhasari dan Majapahit.

                   Naskah kuno Panji, koleksi Perpustakaan Nasional

Prasasti Banjaran 975 Saka (1053 Masehi) dari periode awal Kediri merupakan prasasti tertua yang menggunakan istilah “panji”.  Prasasti yang masih in situ (di tempat asalnya) ini menyebutkan nama rajanya, yaitu Sri Mapanji Alanjung Ahyes.


Prasasti Hantang 1057 Saka (1135 Masehi) merupakan prasasti dari masa Kadiri yang juga menggunakan istilah “panji”.  Prasasti yang disimpan di Museum Nasional ini menyebutkan nama raja Sri Maharaja Apanji Jayabhaya.  Para pejabat kerajaannya menggunakan gelar panji seperti Mapanji Kabandha, Mapanji Mandaha, dan Mapanji Daguna.

 Lukisan Bali Putera Panji bertemu tiga wanita di dalam hutan

Di masa Singhasari, pejabat tinggi kerajaanya juga memakai gelar panji seperti Rakryan Demung Mapanji Wipaksa dan Rakryan Kanuruhan Mapanji Anunda.  Kitab Pararaton juga mencatat keturunan Ken Arok yang menggunakan nama panji antara lain Panji Anengah (nama lain Anusapati), Pani Saprang, dan Panji Tohjaya.

Selasa, 15 Ogos 2023

Aksara Incung, aksara yang dimiliki oleh masyarakat Kerinci, Provinsi Jambi.

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Aksara Incung merupakan warisan tak benda yang dimiliki oleh Provinsi Jambi. Aksara Incung merupakan salah satu aksara di Indonesia yang digunakan oleh Suku Kerinci yang mendiami dataran tinggi Jambi, Provinsi Jambi.


Secara bahasa, aksara Incung berarti miring atau terpancung iaitu dari bahasa kerinci. Aksara Incung sendiri dibentuk oleh garis-lurus, patah terpancung, dan melengkung. Aksara Incung adalah peninggalan nenek moyang orang Kerinci Kuno. Incung ini digunakan oleh leluhur Kerinci untuk mendokumentasikan tentang sejarah, sastra, hukum adat, dan mantra-mantra.


Disini akan kemukakan sebuah artikel dari laman web Warisan budaya, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Isi kandungannya adalah seperti berikut :-


Akara Incung yang terdapat di Kabupaten Kerinci dipergunakan oleh orang Kerinci sejak zaman dahulu. Ada semacam kepercayaan dikalangan orang Kerinci, bahwa penciptaan aksara dan pelahiran kesusasteraan bersumber dari suatu latar belakang perwujudan budaya alam, manuia dan ketuhanan sebagai suatu keseluruhan. Sehingga kesusastraan orang Kerinci yang ditulis pada tanduk kerbau, bambu, kulit kayu, kain dan kertas merupakan kesusastraan suci yang dianggap keramat dan sakti.

Sampai saat sekarang, kepercayaan terebut sulit hilang dalam kehidupan budaya mayarakat Kerinci. Sejak abad ke 19 naskah-nakah ini telah dijadikan benda keramat oleh orang Kerinci, sedangkan orang-orang yang ahli, dapat menulis dan membaca tulisan ini sudah sedikit sekali. Dengan demikian, naskah-naskah kuno yang bertuliskan aksara Incung ini terancam punah dan ditinggalkan oleh generainya.

Penggunaan aksara oleh pemerintah daerah untuk menjaga aksara Incung

Hal ini bisa saja disebabkan oleh kurangnya minat seseorang untuk membaca dan menekuninya karena tulisannya tidak akrab lagi dengan mereka. Tambahan lagi nakah-naskah ini disimpan dan dikeramatkan oleh pemiliknya sehingga tidak ada keinginan untuk membaca, mempelajari, menghayati dan menyebarluaskan isi serta nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Pada hal nakah-naskah tersebut menyimpan banyak nilai-nilai moral, sosial, budaya,, sejarah, pendidikan dan sebaginya. Nilai-nilai atau pengetahuan ini bukan saja bermakna pada masa lalu dan masa kini tetapi juga untuk masa depan. Nakah-nakah yang bertulisan Incung selain tersebar di rumah-rumah penduduk/masyarakat sebagai pusaka yang dikeramatkan, juga terimpan di Museum Negeri Jambi dan Museum Nasional Jakarta.

Penggunaan aksara oleh pemerintah daerah untuk menjaga aksara Incung

Sedangkan di luar negeri tersimpan di Museum Leiden Belanda. Pada masa sekarang, di Provinsi Jambi sudah ada pemikiran dan perhatian dari pihak-pihak tertentu dan instansi pemerintah untuk peletarian dan mempelajari aksara Incung ini antara lain melalui penalihaksaan aksara Incung ke dalam bahasa latin, penelitian, mengajarkan tulis baca aksara incung di sekolah-sekolaaksara latin dan menuliskan nama-nama dinas instansi dan nama-nama jalan dengan memakai aksara incung dan lain-lain.

Sabtu, 12 Ogos 2023

Undang Undang Tanjung Tanah : Naskah Tertua Bahasa Melayu

 Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Naskah Melayu yang sangat terkenal bagi penyelidik naskah naskah kuno ialah Naskah Undang Udang Tanjung Tanah. Naskah ini ditemui di Desa Tanjung Tanah, Kecamatan Danau Kerinci, Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi. Dengan itu naskah ini dinamakan naskah undang Undang Tanjung Tanah.


Disini kita mengikuti perkembangan Naskah Undang Udang Tanjung Tanah dari tulisan Shalihah S. Prabarani yang termuat di laman web Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Tulisannya adalah seperti berikut :-


Direktorat Pelindungan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi, bersama dengan Tim Ahli Cagar Budaya Nasional melakukan pendokumentasian dan verifikasi data penetapan Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah sebagai Cagar Budaya Nasional pada Jumat, 12 Mei 2022 lalu, di Desa Tanjung Tanah, Kecamatan Danau Kerinci, Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi.

Kegiatan ini dilakukan bersamaan dengan acara Kenduri Sko, sebuah ritual adat yang diselenggarakan dalam rangka penyucian pusaka. Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah, yang dalam Tambo Kerinci 214 disebut juga sebagai Pusako Depati Talam Tuo Tanjung Tanah, merupakan salah satu pusaka yang dimandikan dalam ritual tersebut. Pusaka ini hanya dibuka dari kotak penyimpanannya setiap 5 (lima) tahun sekali, dan harus diawali dengan Kenduri Sko.


Naskah Tanjung Tanah yang ditulis dalam Bahasa Melayu ini terdiri dari tiga puluh lima halaman. Sebanyak tiga puluh dua halaman menggunakan aksara Sumatera Kuno, sedangkan dua halaman terakhir menggunakan aksara Ulu Tua atau Incung. Berdasarkan jenis aksara dan bahasa Melayu Kuno yang digunakan, pembuka yang diawali dengan narasi pertanggalan dengan Bahasa Sansekerta, dan penyebutan tahun Saka alih-alih Masehi, diduga naskah ini ditulis pada masa pra-Islam. Media penulisannya menggunakan bahan daluang, yaitu lembaran tipis yang dibuat dari kulit pohon. Dari analisis radiokarbon diketahui bahwa naskah ini berasal dari kurun waktu 1304-1380 Masehi. Jika dikaitkan dengan data-data sejarah, maka kemungkinan besar naskah Tanjung Tanah ditulis pada paruh kedua abad ke-14 Masehi

Menurut Dr Ninie Susanti, Ketua Umum Perkumpulan Ahli Epigrafi Indonesia (PAEI) sekaligus anggota Tim Ahli Cagar Budaya Nasional, kitab ini memiliki peran sangat signifikan dalam sejarah perkembangan peradaban Melayu. Di dalamnya berisi kumpulan peraturan, jenis tindak kejahatan dan denda yang dikenakan jika melanggar aturan tersebut, serta jenis hukuman yang berlaku di Kerajaan Melayu yang kala itu berpusat di Dharmasraya. Selain itu, keberadaan kitab ini mampu mengungkap adanya transisi kebudayaan dari masa PraIslam ke masa Islam, termasuk diantaranya transisi aksara dan pengaruh kebudayaan lain yang berkembang pada masa itu.

Berbeda dengan Dr Ninie, Dr Junus Satrio Atmodjo dari Perkumpulan Ahli Arkeologi Indonesia (IAAI) sekaligus Ketua Tim Ahli Cagar Budaya Nasional (TACBN), menjelaskan tentang evolusi kebudayaan yang terjadi di Kerinci selama ribuan tahun. Perubahan budaya yang terjadi dapat diketahui dari tinggalan arkeologi yang banyak ditemukan di wilayah Kerinci, mulai dari tinggalan megalitik masa prasejarah, masa Hindu-Buddha, hingga masa masuknya pengaruh Islam. Inilah, menurutnya, yang membuat Kerinci begitu istimewa.


Judi Wahjudin, selaku Plh Direktur Pelindungan Kebudayaan, secara terpisah mengatakan bahwa Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah sebagai salah satu artefak yang menjadi properti utama dalam Kenduri Sko hingga saat ini masih dianggap sebagai naskah kuno Melayu tertua di dunia.


Plh Direktur Pelindungan Kebudayaan beserta Tim Ahli Cagar Budaya Nasional berdiskusi dengan Pucuk Depati Talam Tuo Tanjung Tanah


Ia menambahkan bahwa ditilik dari kondisi fisik dan nilai penting yang dikandungnya, maka upaya pelindungan hukum melalui penetapan sebagai Cagar Budaya harus dilakukan segera. Upaya ini tentunya harus didukung Pemerintah Daerah setempat sesuai kewenangannya. Pelindungan hukum secara bertahap dilakukan dengan disertai literasi terkait konservasi objek dan penguatan tata kelola penyelenggaraan Kenduri Sko.


Penetapan sebagai Cagar Budaya Nasional perlu segera dilakukan

Penetapan Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah sebagai Cagar Budaya Nasional berlandaskan pada nilai pentingnya sebagai naskah hukum yang menjadi panduan bagi wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan Raja Adityawarman, termasuk diantaranya raja-raja Kerinci. Melalui penetapan ini, sebagaimana amanat Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2010 Tentang Cagar Budaya, diharapkan Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah dapat terus lestari.



Selasa, 8 Ogos 2023

Pak Lazuardy dari Lingga : Berburu Naskah Kuno Melayu

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Pada beberapa tahun lalu semasa ada acara jika tidak silap Namanya Pekan Budaya Melayu di Tanjungpinang, Kepulauan Riau, Indonesia. Saya ikuti acara itu di Tanjungpinang. Semasa ada ruang masa saya terus melihat pameran di acara itu. Termasuklah ke tempat pameran Muzium Linggam Cahaya. Muzium milik Kebapaten Lingga itu sangat menarik dan dihadiahkan beberapa buku berkaitan dengan muzium dan kabupaten Lingga. Setelah pulang ke Patani, Pak Fadli, seorang kakitangan Muzium Linggam Cahaya “add friend” saya di Facebook dengan menyatakan dia adalah seorang kakitangan Muzium Linggam Cahaya. Saya menerima “add friegnd”nya dengan senang hati. Kemudian Pak Lazuardy “add friend” di Facebook saya dan mengatakan dia adalah Paman Pak Fadli. Kami bertukar tukar fikiran baik di bidang apa saja.

Dan marilah kita mengenali Pak Lazuardy lebih lanjut melalui artikel tajuknya “Lazuardy Berburu Naskah Kuno Melayu” tulisan Dedi Arman di laman web Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Tulisannya adalah seperti berikut :-


“Lazuardy Berburu Naskah Kuno Melayu”

Lazuardy, peminat sejarah dan budaya Lingga berusaha menggali potensi kesejarahan dan budaya di Kabupaten Lingga. Ia terus berburu kitab-kitab tulisan Melayu. Temuan terbarunya didapatkan 147 kitab.


Ia mengaku bersemangat menggali khazanah budaya Melayu yang masih tersimpan dan belum banyak digali. Menurut Lazuardy, saat ini ia berhasil mengumpulkan kitab-kitab tulisan Melayu. “Alhamdulillah kita berhasil mencari dan menemukan kitab lama. Sebanyak 147 kitab dengan berbagai macam bidang bahasan dan kajiannya didapatkan. Saya bawa ke Museum Lingga Cahaya Daik,”kata Lazuardy mengutip lamlinggakab.org, kemarin.

Kata Lazuardy, kitab yang didapat semuanya tulisan Arab Melayu dengan tahun terbit yang bervariasi. Mulai tahun 1900-an. Membahas tentang adab sopan santun, pergaulan, agama serta dijumpai kitab kamus Melayu lama. “Nanti akan kita rapikan dan perbaiki naskah yang sudah mulai rusak,”ujarnya.


Dikatakannya lagi, setelah kitab-kitab ini terkumpul akan dibahas dan dikaji. “Karya luar biasa ini patut kita jaga dan rawat. Nantinya bisa dijadikan bahan dan literatur penelitian. Perlu juga disampaikan untuk bahan ajar anak cucu kita kedepan,”sebutnya.

Lazuardy sendiri hari-hari bekerja sebagai staf Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Lingga. Ia tak memiliki latar belakang pendidikan (akademis) bidang sejarah atau budaya. Namun, kemampuannya tak diragukan. Sosoknya menjadi “kamus berjalan” sejarah dan budaya Lingga. Ia sangat familiar bagi peneliti yang melakukan kajian sejarah dan budaya di Kabupaten Lingga. Tanya saja pada peneliti Balai Pelestarian Nilai Budaya Kepri, Balai Pelestarian Cagar Budaya Batusangkar, Balai Arkeologi Medan, Kantor Bahasa Kepri atau pun peneliti dari LIPI yang pernah ke Lingga, pasti kenal dan akrab dengan sosok Lazuardy. Lazuardi juga banyak berteman peneliti dari perguruan tinggi, seperti Universitas Indonesia dan UMRAH. Ia menjadi pendamping setia dalam penelitian. Lazuardi bisa jadi informan yang baik. Ia juga bisa menjadi kawan berjalan yang tangguh dalam mendapatkan data-data penelitian. Tak heran, Lazuardi banyak dipakai oleh para peneliti untuk membantu dalam penelitian di Lingga.

Meski tak punya pendidikan akademis kesejarahan dan budaya, ia fasih berbicara tentang Kerajaan Riau Lingga, aset-aset budaya Lingga, termasuk bercerita tentang naskah kuno. Ia juga bersemangat berkisah tentang kesenian yang ada di Lingga yang hampir punah. Lazuardi juga lincah bercerita tentang tudung manto, bangsawan, nobat, silat syekh atau pun aset kesenian Lingga yang lain. Penguasaannya terhadap kesejarahan dan budaya Lingga juga sampai ke telinga peneliti asing. Banyak peneliti asing dari Australia, Jepang, Singapura, termasuk dari Hawaii yang datang ke Lingga mencarinya.**