Ekonomi/Bisnis

Selasa, 20 Jun 2023

Hubungan Patani (Thailand) – Perak (Malaysia)

Oleh Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Hubungan Patani-Perak sangat rapat lebih lebih lagi hubungan diantara penduduk disempadan kedua dua negeri. Lebih lebih lagi sempadan sekarang sangat berbeza dari garis sempadan pada tahun 1909. Kali ini kita bicara tentang hubungan diantara Negeri Perak dengan Negeri Patani khususnya Negeri Reman, sebuah negeri kecil diantara 7 negeri kecil Patani di zaman dulu.


Negeri Perak  bersempadan dengan Wilayah Yala.  Hubungan  diantara Negeri Perak dengan Wilayah Yala di bahagi kepada  2 hubungan iaitu

Kerabat keluarga penulis datang menziarah penulis pada Hari Raya Aidil Fitri 2023. 

1.kawasan Negeri Reman, salah satu negeri kecil di Patani pada zaman dulu,  pada peringkat awal terdapat kawasan  negeri Reman yang sekarang termasuk dalam Negeri Perak.  Konflik sempadan diantara Negeri Perak dengan Negeri Reman  telah di tandatangani diantara kedua-dua pihak iaitu British  bagi pihak Negeri dengan Negeri Reman Pada tahun 1889 dan kemudian pada 1909.


Dalam perjanjian tersebut Negeri Reman terpaksa serah  sebahagian tanahnya kepada Negeri Perak. Sehingga sekarang  rakyat Negeri Perak masih mengangap rakyat  Perak  di kawasan tersebut sebagai “orang  Patani” Dari kajian penulis  dari 11 orang Menteri  Besar Negeri  Perak dari keturunan  Patani iaitu Menteri Basar yang pertama, Menteri Besar ke 8,  menteri Besar ke  10.


2.  penghijrahan orang Melayu Patani ke Negeri Perak.  Terdapat beberapa kawasan di Negari Perak yang didiami  oleh masyarkat Melayu Patani sepreti kawasan Selama dan  Batu kurau. Walaupun begitu terdapat beberaga kawasan lain  yang didiami oleh masyarakat Perak dari keturunan Patani.  Seperti dari kalangan keturunan Wan Hussien As-Sanawi yang  bertaburan sekitar 300 orang di Taiping, Cangkat Ibul, Cangkat  Jering.


Perjanjian Inggeris-Siam 1909, bukan hanya penyerahan kuasa Siam terhadap Negeri Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Kedah kepada kuasa Inggeris dan Inggeris akui kuasa Siam terhadap Patani. Tetapi dalam perjanjian ini ditambah juga sempadan baru diantara Kelantan-Legeh (Patani), Kedah-Singgora, Perak-reman (Patani) dan Kedah-Setul, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 ini ditandatangani pada 10 Mac 1909 dan dikuatkuasa pada 9 Julai 1909.

Turunakan bedera Siam bukan bendera Reman. Tetapi kerana Reman dibawah kuasa Siam. Dengan itu Reman menggunakan bendera Siam.

Dalam persembadanan baru diantara Negeri Perak (Malaysia) dengan Negeri Reman (salah satu negeri kecil di Patani Thailand). Tanah Negeri Reman yang disebut Reman Hilir diserah kepada Negeri Perak dan Nergeri Reman di hulu masih dibawah kerajaan Siam. Upacara penyerahan sempadan ini diadakan di Kroh pada 16 Julai 1909. Bagi pihak Inggeris ialah Ernest Woodford Birch, Residen British di Perak dan Wakil Perak oleh pembesar pembesar Negeri Perak dan Wan Husein, DO Betong mewakili pihak kerajaan Siam. 

               Batu tanda sempadan dulu Negeri Reman-Negeri Perak 

Wan Husein kemudiannya menurunkan bendera Siam yang sedang berkibar di tiang. Sebenarnya Bendera Gajah Putih itu bendera Siam bukan bendera Negeri Reman. Oleh kerana Negeri Reman dibawah Siam. Dengan itu Negeri Reman menggunakan bendera Gajah Putih (Siam). Tungku Menteri bersama-sama dengan Dato Seri Adika Raja pula telah menaikkan bendera negeri Perak. Wan Husein kemudian berjabat tangan dengan Ernest Woodford Birch sambil mengambil gambar sebelum majlis penyerahan kawasan Reman ke Negeri Perak berakhir.

       Raja Perempuan Che Ning, Permaisuri Negeri Reman Yang Terakhir

Wilayah Negeri Reman yang diserahkan ke Negeri Perak semuanya 2,624 orang. Terdiri dari 1,296 orang penduduk Melayu, penduduk Cina 975 orang, penduduk Siam 346 orang dan penduduk Eropah 8 orang. Dalam masa 100 tahun dari tahun 1909 penduduk Kawasan ini yang dinamakan Hulu Perak telah berkembang kepada hamper 90 ribu jiwa. Sebagiannya masih menganggap mereka adalah keturunan Melayu Reman. Dan masih terdapat peninggalan negeri Reman seperti Istana Singgah di Kampung Selarong. Juga makam permasuri Raja Reman. Semoga kembali silaturrahim diantara Melayu Reman hulu (Yala, Thailand) dengan Melayu Reman Hilir (Hulu Perak, Malaysia.)


                             Istana Singgah di Kampung Selarong

               Kerabat keluarga keturunan Raja Reman di Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan