Ekonomi/Bisnis

Isnin, 30 Mei 2022

Syair Dang Sirat


Syair Dang Sirat

Mengkisahkan hubungan 2 negeri Melayu iaitu Johor dengan Patani.


Yusoff Iskandar (1992) mengatakan Syair Dang Sirat ataupun Pantun Dang Sirat


“Tiada berapa lama Sultan abdul Jalil (Negeri Johor) pun berkahwin dengan Nang Cayang  (Raja Kuning). Dalam istana Nang Cayang itu, ada seorang penyanyi, Namanya Dang Sirat,


Suaranya sangat merdu bunyinya. Maka asyiklah Sultan Abdul Jalil kepadanya.”


Adil Buyung (1974)

Kononnya Dang Sirat itu ada mempunyai satu tangkal; apabila tangkal itu dimasukkan Dang Sirat di dalam sanggulnya, rupa Dang Sirat kelihatan sangat cantik dan suaranya pun merdu;


Dan itulah yang menyebabkan raja dari Johor, suami Nang Cayang itu jatuh gila berahi kepadanya.


Rujukan :-

Abdullah Zakaria Ghazali mengatakan “Hikayat Patani mencatatkan Dang Sirat, rupanya tiada  baik, terlalu jahat lagi hitam pertubuhannya, dan mukanya lebar penuh dengan parut puru dan tubuhya terlalu besar.” Dang Sirat memiliki ilmu guna-guna yang dipelajari dari Dang Jela.


Abdullah Zakaria Ghazali, Naskah Melayu Patani:Mengupas Sejarah dan Kedaulatan Kerajaan Melayu di Selatan Thailand.Universiti Malaya.


Adil Buyung,1974.Sejarah Terengganu,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Rahimah A. Hamid (editor), 2015.Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu Dalam Karya Sastera, Penerbit USM,


Yusoff Iskandar,1992, Persejarahan Melayuu:Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan